[C] Cukup Sempurna

By TheLittleShi

73.4K 3.7K 110

STATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kala... More

Cukup Sempurna
Prolog
1-Hayera Talia
2-TalLiyas' Cafe
3-Permulaan
4-Raed & Raes
5-Muiz, Kawan Baik
6-Ibu
7-Naufal yang Jengkel
8-"Kau sukakan dia kan?"
9-Ayah Akan Gembira
10-Larikan Talia!
11-Behind The Story
12-"You Promised me..."
13 - Talia's Feeling
14 - Muiz Belot!
15 - Raed's Confession
16 - The Answer
17 - White Rose Means...
18 - The Trio
19 - Rahsia Hati Muiz
20 - Perempuan Oh Perempuan!
21 - Assalamualaikum, My Sweetheart
22 - Bie
23 - "Its Abang Baby..."
24 - Flashback
25 - Girls x drama
26 - "Where have you been?"
27 - "Apa yang cantik?"
28 - Dejavu
29 - Jumpa Lagi
30 - HosPlay
31 - Mimpi
32 - Niat Tak Baik
33 - Bercakap Dengan Cermin
34 - Americano and Latte
35 - Laila Raihana
36 - Memori
37 - Memori II
38 - I don't want to... live anymore...
39 - Kau sentuh dia...
40 - "π‘·π’‚π’“π’‚π’„π’†π’•π’‚π’Žπ’π’?"
41 - Glimpse of Us
42 - Memori III
43 - "Abang ada..."
44 - Cukup Sempurna
45 - Aku tak selamanya single
46 - Jaga Diri
47 - Jangan Mungkir Janji
48 - Cemburu
49 - "Boleh Talia cuci mata"
50 - "Ma..."
51 - " I'm stronger than she knows"
52 - Move On
53 - Turning Tables
54 - Bidadari Megat Raed Baihaqi
55 - Futsal
56 - Pengakhiran
Cukup Sempurna - Special 1
Cukup Sempurna - Special 2
Cukup Sempurna - Special 3
Cukup Sempurna - Special 4
Cukup Sempurna - Special 5 (Last)
A/N from Shi❀
JIKA ADA JODOH

EPILOG

2K 62 2
By TheLittleShi


DIA pengsan. Sedar saja, sekelilingnya tertutup dengan langsir biru disekeliling. Ada drip NaCl bergantung bersambung pada tangan. Air jatuh setitik demi setitik. Talia cuba untuk bangun. Biarpun ketika ini kepalanya terasa pusing, namun dia gagahkan tubuh. Kali terakhir dia ingat, dia berada di tandas kafe. Melakukan ujian sebelum matanya gelap. Pening dan berpinar-pinar sebelum dia tidak sedarkan diri.

Langsir diselak dan kembali ditutup membuatkan dia berpaling melihat gerangan yang masuk. Tubuh Megat Raed berjalan tegak. Megat Raed mendekat dengan muka yang berkerut risau. Hampir luruh jantungnya bila dapat panggilan daripada Aliya bahawa isterinya pengsan dan ada di wad kecemasan sekarang. Syukurlah tiada sebarang luka atau sebarang kecedaraan pada tubuh isterinya. Jika tidak, dia akan salahkan diri sendiri kerana tidak mampu menjaga isterinya dengan baik.

"Sayang? Kenapa duduk ni? Baring semula dekat sini. Sayang kena banyak rest." Suruh Megat Raed lalu membantu isterinya baring semula diatas katil pesakit. Kepala isterinya yang berbalut tudung bawal cream itu diusap lembut sebelum dia mengambil duduk dipinggir katil pesakit. Melihat wajah isterinya dengan wajah yang cukup risau.

Talia akur. Jemarinya dilari mengurut dahi. Kepalanya terasa pening.

"Talia ada di hospital ke sekarang?" soalnya.

Soalan yang memang sudah ada jawapannya. Drip ditangan. Katil pesakit. Langsir biru. Bau ubat-ubatan. Dan Megat Raed yang masih bersaruh kot putih menunjukkan di mana dia ada sekarang jika bukan hospital

"Ya, sayang. Sekarang sayang dalam ED (Emergency Department). Sayang pengsan dalam toilet di kafe. Aliya yang bawa sayang ke sini." Jawabnya dengan nafas yang cuba diatur tenang. Lantas tangan wanita itu dicapai. Bersatu dengan tangannya. Sebelah lagi mengurut perlahan kepala wanita itu. Seketika, dia jatuhkan ciuman sekilas sebelum menyambung aktivitinya tadi.

Rasa bersalah apabila membenarkan isterinya pergi keluar bekerja dengan keadaan yang baru pulih. Dia sedar isterinya agak stress dengan kes Datuk Anita dan arwah Naufal sebelum ini. Keadaan baru sangat berubah. Mungkin dia yang tidak peka dengan kesihatan isterinya.

"Luckily Ziyad tengah on duty tadi. Ziyad kata tekanan darah sayang agak tinggi. Sayang ada masalah ke? Sayang stress pasal kes arwah ayah ke, naik turun mahkamah? Kalau ada masalah, jangan pen..."

"Ziyad cakap apa lagi?" potongnya. Ada sesuatu yang dia ingin tahu sekarang. Selain daripada tekanan darahnya tinggi. Sesuatu yang buat dia terkejut. Yang membuatnya pengsan dalam tandas tanpa sempat keluar.

Talia sangat yakin, itu punca sebenar kenapa dia pengsan dan berada di hospital sekarang. Sangat-sangat yakin kerana dia sendiri tak percaya hingga terasa bagaikan darah berkumpul dikepala dan kepalanya terasa berat sebelum pemandangannya gelap.

"Tak cakap apa-apa lagi. Kami tengah tunggu result untuk blood test sayang. Insya Allah, abang doakan nothing serious." Beritahu Megat Raed ringkas. Tidak mahu penerangannya akan membuatkan kepala isterinya semakin sakit. Make it simple and meaningful.

"Talia rasa Talia pregnant!" Beritahu Talia separuh yakin, separuh ragu-ragu. Dengan dahi yang berkerut, wajah yang keliru. Ya... dia ingat sebelum dia pengsan, dia nampak dua garis biru.

"What?!" Suara Megat Raed naik satu level. Tak menjerkah, tapi suaranya kuat kerana terkejut. Entah apa reaksi disebalik langir dia tak tahu. Untung saja langsir biru itu tertutup sekarang. Jika tidak, mesti nurse pelik melihat tingkahnya suami isteri sekarang.

Talia teringat, kit ditangannya dipandang tidak berkelip. 2 garis biru yang muncul sebaik saja ujian dilakukan sebentar tadi membuatkan dia terdiam sejenak. Keadaannya ketika itu bagaikan tidak tahu untuk memberikan reaksi yang bagimana. Kepalanya terasa kosong. Buntu!

Fikirannya sukar untuk percaya. Dia buat test ini pun sebab sudah seminggu haidnya lambat. Kepalanya juga sering pening-pening. Badannya rasa penat dan lesu. Dia tak mengharapkan apa-apa. Cuma nak tahu kenapa dia jadi begini. Dan dia memang tak sangka sebab dia tak berharap untuk keputusan seperti itu.

Kit itu dipandang lagi sebelum semuanya bertukar kelam.

"Yes! You gonna be a dad, Raed." Sampuk Ziyad dicelah-celah langsir.

Talia pandang suaminya dengan mata membulat. Rasa tak percaya!

Megat Raed pandang dia. Dari rasa tidak percaya terus berubah gembira.

"Sayang..." Lantas tubuh Talia dipeluk erat. Dicium-cium wajah Talia kerana rasa gembira. Seketika, pelukannya dilepaskan. Namun tangan mereka masih bertaut. Tiada kata yang mampu untuk dia luahkan sekarang kerana dia sendiri terkejut dengan berita ini.

"Congratulations Raed, Talia! Nak jadi ayah dah kawan aku ni." Usik Ziyad sambil tangan menepuk bahu sahabatnya.

"Thank you, bro!"

"No hal. Aku refer Talia ke OBGYN (Obstetrics and Gynaecology) terus kalau macam tu. Talia punya blood pressure quite tinggi. Tambah pula kandungan still baru lagi. So kita akan check everything and prevent something bad from beginning. Congrats sekali lagi." Ujar Ziyad sebelum berlalu membiarkan pasangan itu.

"Alhamdulillah, sayang! Abang rasa tak percaya lagi sekarang ni."

"Me too. Sampai Talia pengsan dalam toilet tadi sebab terkejut sangat!"

Megat Raed ketawa perlahan sambil menarik tubuh isterinnya masuk ke pelukannya semula ubun-ubun isterinya dicium syahdu.

"Thank you so much, sayang! I'm the happiest man in the world!"

Perut isterinya yang masih kempis diusap. Ada anaknya didalamnnya.

"Assalamualaikum, anak daddy..."

Mata Talia beralih melihat usapan tangan suaminya pada perutnya.

Sebelum mata mereka memandang antara satu sama lain dengan pandangan yang gembira.


DI ruangan menunggu, Ziyad memerhati Aliya yang masih berada disitu. Menantikan berita tentang kawan baiknya, Talia biarpun Megat Raed sudah ada disisi isterinya itu.

Lalu, dia atur langkah mendekati Aliya. Wajah wanita itu tidak serisau tadi. Tapi wanita kesayangannya itu termenung jauh. Tadi, sempat dia maklumkan pada Aliya yang kawan baik wanita itu baik-baik saja dan sedang mendapat rawatan lanjut.

"Kenapa tak balik lagi?" Soalnya seraya melabuhkan punggung disebelah Aliya. Tadi dia sempat menyuruh Aliya pulang kerana Megat Raed sudah ada menemani Talia di dalam wad. Tak sangka, wanita ini masih menunggu dia ruangan ini.

Aliya mulanya terpinga-pinga memandang Ziyad. Seketika, dia tegakkan tubuh.

"Tunggu nak melawat Talia. Dia baik-baik je kan? Raed ada dalam tengah temankan dia kan?" Dia risaukan keadaan Talia. Hampir gugur jantungnya tadi bila salah seorang pekerjanya memberitahu Talia masuk tandas dan tak keluar hampir 15 minit. Akhirnya mereka tterpaksa pecahkan pintu apabila Talia tak berikan sebarang respon apaila dipanggil.

Aci redah saja apa hal urusan Talia dalam tandas ketika itu. Yang penting dia nak tahu, keadaan Talia.

"Ya. Tapi tak lama rasanya tu. Raed masih ada outpatient hari ni. Tak habis lagi. Kejap lagi awak masuk lah, temankan Talia sampai dia dibenarkan keluar."

Dia terlupa yang Megat Raed belum habis shift lagi. Nasib Aliya belum balik ke café, ada juga nanti teman untuk Talia bersembang.

Aliya membalas dengan anggukan kepala. Tiada kata untuk menjawab soalan Ziyad.

Seminit.

Dua minit.

"So, is she pregnant?" soal Aliya

"How do you know that?" soal Ziyad kembali. Musykil.

"This!" tangannya diangkat menunjukkan pregnancy test yang sempat dia ambil dalam genggaman Talia ketika dibawa ke hospital tadi.

Ziyad cuma anggukkan kepala dengan senyuman. Kemudian dia menunduk seketika sebelum kembali memandang Aliya dengan pandangan redup.

"Dia orang dah nak ada baby. Kita, bila pula nak start all over again? Saya dah tak muda lagi, Liya..."

"Saya tak rasa kita boleh bersama Ziyad."

"Awak betul-betul dah move on? Dah tak ada rasa sayang pada saya?"

"Bukan itu maksud saya Ziyad. Macam mana saya nak berubah hati untuk orang yang bersungguh-sungguh tunggu saya?"

"Jadi... apa masalahnya sekarang?"

"Keluarga awak macam mana? Lepas saya tinggalkan awak, lepas saya bawa Zahra balik Malaysia dan hancurkan hati ibu bapa awak, saya tak rasa mereka boleh terima saya semula Ziyad..."

"Percayalah... Mereka masih mengharapkan awak, Liya."

"Anak lelaki mereka pun masih setia mengharapkan awak juga..."


TAUTAN tangan mereka utuh dan erat. Talia dekatkan tubuhnya pada tubuh Megat Raed. Perlahan, tangan kanannya memegang lengan lelaki itu lalu kepala berlabuh di bahu Megat Raed. Pemandangan di hadapan mereka sangat indah. Terlalu indah untuk digambarkan.

"Talia nak buat confession pada abang," ujarnya dengan mata yang langsung tidak lari dari menatap Kaabah di depan mereka.

Megat Raed langsung kalih, mencium dahi bersih isterinya sejenak sebelum bersoal.

"What confession, sayang? Suka betul buat confession sekarang kan?" Tanya Megat Raed sambil memandang sisi isterinya.

Talia angkat kepala turut kalih melihat Megat Raed yang sudah berpaling wajah melihatnya. Dengan jarak yang tidak jauh, dia terus menatap wajah Megat Raed.

"I have been crushed on you sejak Talia tingkatan 2." Jujurnya.

Ya, sewaktu dia di tingkatan 2, dia sudah mula sukakan abang sepupunya itu. Dia tak tahu kenapa, tapi mungkin sebab Megat Raed mengikut jejak langkah seperti Puan Yuhaina untuk menjadi seorang doktor, dan dia juga pasang cita-cita untuk menyandang karier tersebut, dia jadi sukakan Megat Raed.

Apabila muncul Laila Raihana yang baik hati, dia lupakan perasaannya.

"Seriously? Kenapa tak pernah bagitahu abang?" Soal Megat Raed tidak percaya. Walhal, mereka tiaklah rapat sangat dulu. Selepas kejadian itu, barulah hubungan mereka sangat akrab.

"Kita sepupu, abang... Dan Talia masih remaja dan abang tengah usaha untuk genggam segulung ijazah."

Megat Raed menganggukkan kepala. Faham. Lagipun jarak umur mereka jauh beza. Talia remaja dan dia dewasa. Jika Talia meluahan perasaan ketika itu, belum tentu dia terima dengan luahan Talia ketika itu.

"Talia risaukan sesuatu abang." Dia mengusap perutnya yang sudah menampakkan bentuk yang semakin membukit.

"Risaukan apa?"

"Perkahwinan dengan sepupu adalah sah, tapi tak digalakkan sebab anak-anak ada potensi untuk dapat masalah kesihatan. Talia risau kalau anak-anak kita..."

"Insya Allah. Kita doakan yang terbaik. Sempurna ataupun tak sempurna, dia tetap anak kita. Dan sebagai seorang ayah, mestilah abang nak anak-anak kita sempurna. Tapi siapa kita nak tentukan semua tu selain daripada berdoa dan berharap. Jadi abang doakan, isteri abang sentiasa sihat, anak-anak abang pun sihat tubuh badan, akal fikiran." Doanya ikhlas. Tangannya menyentuh tangan si isteri yang pengusap perut itu.

Hati Talia kembali tenang. Dia berpaling menghadap suaminya yang lebih tinggi berbandingnnya.

"Terima kasih abang kerana sentiasa ada dengan Talia."

"Terima kasih sayang kerana sudi bawa hero-hero abang 2 orang dalam ni." Ucapnya dengan senyuman sebelum melabuhkan ciuman pada dahi isterinya.

Mereka mendapat tahu tentang kandungan kembar itu pada bulan kedua. Dan baru-baru ini mereka dapat tahu jantina anak-anak mereka.

Rasa syukur untuk takdir yang indah Allah hadiahkan pada mereka.

Megat Raed menarik tubuh isterinya ke dalam pelukannya dengan mata mereka sama-sama menatap Kaabah. Dalam hati berdoa semoga perjalan panjang mereka ini bahagia hingga ke akhir hayat bersama anak-anak mereka. AAMIN YA RABB.




TAMAT



311222

Shi

Continue Reading

You'll Also Like

181K 10.5K 72
#2α΄›Κœ 𝐓𝐑𝐔𝐄 π‹πŽπ•π„ : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik u...
156K 4.6K 34
1st Story❀ Rhea Medina Amrin Zahin Kehadiran cinta mengajar 1001 erti hidup. RHEA MEDINA seorang gadis biasa. Di limpahi kemewahan dari kecil tida...
661K 22.4K 61
2nd Story ❀ Rayn Ilham Umar Al-Khalid RAYN ILHAM, dia seorang gadis. Ye gadis, jangan hanya melihat pada namanya. Dia cukup lengkap memiliki ciri-c...
9.1K 942 18
|| not everyone in this world are perfect|| -seorang pelajar wanita jatuh cinta pada budak lelaki istimewa (bisu)- JAKE as Jung Jaeyun/ Sim Jake Rea...