𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

By arysslavhh

460K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... More

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

08 || ERDEN'S ✧.*

4.6K 254 17
By arysslavhh

PINTU kereta di bahagian penumpang dibuka perlahan oleh Carl. Dia merenung wajah Ayeshah yang beriak biasa dan tidak beriaksi. Carl mengeluh tatkala Ayeshah masih kaku di tempatnya.

"Ayeshah Azzahra.." Panggil Carl dalam nada yang perlahan. Wajah Ayeshah dipandang tajam. Bukan selalu Erden Carl membukakan pintu untuk perempuan.

Ayeshah membalas renungan tajam Carl. Ingat dia takut?

"Awak nak apa? Sudahlah paksa saya ikut awak, sekarang ni awak nak saya ikut arahan awak pula?" Bebel Ayeshah.

Sakit pula hatinya tatkala Bonda dan Papanya menyuruh dia mengikut Carl. Sekarang ni siapa anak Dato' Ahmad Idrus dan Datin Asyfa yang sebenar?

"Kau dah ikut aku, kau kenalah ikut arahan aku, Honey Bear.." Carl melembutkan suaranya sebelum dia tersenyum manis.

Ayeshah memutarkan bebola matanya. Dia masih tetap dengan keputusannya. Dia tidak mahu bergerak walaupun seinci.

"Awak siapa nak atur hidup saya?!"

"Aku bakal suami kau.."

Selamba Carl menjawab sebelum dia tersenyum bangga. Bangga melihat muka Ayeshah yang sudah masam.

"Awak ni gila ke? Awak nak pergi shopping pergilah sendiri. Saya tunggu dekat sini.." Ayeshah menarik pintu namun sempat Carl menahan.

Carl mendekatkan wajahnya ke wajah Ayeshah. Ayeshah sudah membulat mata. Mata bertentang mata. Jarak wajah mereka hanyalah seinci. Ayeshah sudah menelan air liurnya. Mulutnya seperti digam rapat.

Carl tersenyum nakal. Tangannya membuka seat belt yang melilit tubuh Ayeshah. Dia menjauhkan wajahnya apabila seat belt sudah berjaya dibuka.

Carl menyorok senyumannya tatkala melihat wajah merah Ayeshah. Ayeshah sudah menghela nafas lega.

"Janganlah masam sangat muka tu, Honey. Jom keluar. Kalau tak, aku sendiri yang angkat kau.." Carl sudah melorek senyuman sinis. Sengaja dia mengenakan Ayeshah.

Pantas tangan Ayeshah mencapai beg tangannya sebelum dia melangkah keluar dari kereta. Carl sudah tersenyum puas.

"Macam itulah, Zahra aku.." Ucap Carl lalu dia menutup pintu kereta.

Ayeshah hanya memandang saja Carl tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Jom kita masuk.."

Carl mula melangkah menjauhi Ayeshah. Namun Ayeshah masih lagi terkaku di tempatnya. Carl menoleh ke belakang. Kepala digeleng perlahan.

"My Beautiful Zahra.. Jom.." Carl menarik tali beg tangan Ayeshah yang berada di tangan Ayeshah.

Ayeshah seperti di pukau. Dia hanya mengikut saja kemana Carl pergi. Sepatah pun dia tidak bercakap.

Tiba di kedai cincin, Ayeshah menoleh ke arah Carl yang berada di sebelahnya. Carl turut menoleh ke arah Ayeshah.

"Awak.. Kita nak buat apa dekat sini?" Soal Ayeshah hairan. Mereka berdua berdiri tercegat di hadapan kedai cincin itu.

"Beli cincinlah, Honey Bear.." Carl menarik beg tangan Ayeshah. Namun Ayeshah menarik semula. Carl memandang Ayeshah hairan.

"Kenapa ni? Kau tak nak masuk ke?"

Ayeshah menggeleng.

Carl mengeluh perlahan sebelum dia melakar senyuman kecil di bibir.

"Kalau kau tak masuk, macam mana aku nak tahu saiz jari kau?"

Ayeshah terkaku. Dia blur. Apa ni?

"Nak buat apa beli cincin?" Ayeshah menggaru kepalanya.

"Zahraku sayang.." Carl meleretkan suaranya.

Ayeshah memandang wajah Carl lama. Dia menunggu jawapan yang bakal keluar dari mulut Carl.

"Kan semalam aku cakap aku nak masuk meminang kau. I'm serious, Honey.."

Ayeshah tergamam. Dia sangkakan Carl hanya bergurau saja.

"Apa aku cakap, aku akan buat.." Carl senyum. Senyuman yang penuh makna.

Carl menarik lengan Ayeshah yang berlapik dengan baju. Ayeshah hanya rela saja. Dia tidak tahu mahu beri riaksi apa ketika ini.

"COME Zahra.." Carl menarik beg tangan Ayeshah.

Cincin yang dibeli tadi dipegang oleh Carl. Carl tersenyum tatkala melihat beg kecil yang berada di tangan kirinya. Setelah dipaksa, akhirnya rela juga.

"Zahra jom kita masuk butik LV." Ajak Carl.

Ayeshah yang mendengar itu terus memberhentikan langkahnya. Baju Carl ditarik perlahan.

"Mahal sangatlah. Nak buat apa masuk situ?" Ayeshah sudah berkerut dahi. Banyak lagi tempat yang murah, yang mahal juga dia nak pergi.

Carl tersenyum kecil sebelum dia menapak ke Ayeshah yang tidak jauh darinya.

"Duit aku. Aku sanggup belikan apa saja untuk bakal isteri aku."

Carl menarik beg tangan Ayeshah. Nak pegang tangan tak boleh, haram.

Namun Ayeshah menarik semula. Dia tidak layak masuk ke tempat yang mahal walaupun ayahnya Dato'.

Ayeshah menggeleng.

"Awak nak beli apa? Saya tak layak masuk situ.." Ayeshah merendahkan suaranya.

"Aku nak belikan handbag untuk kau. Aku yang nak belikan. Aku ulang sekali lagi.." Carl menelan air liurnya.

Ayeshah sudah pasrah. Mahu ataupun tidak, dia tetap perlu mengikut arahan Carl.

"Aku. Yang. Nak. Belikan. Untuk. Kau." Satu persatu Carl menyebut untuk beri Ayeshah faham. Kalau tak faham juga tak tahulah nak kata apa.

"Faham tak, kesayangan Erden?" Lembut saja yang bercakap.

Ayeshah sudah mengeluh. Perlahan-lahan dia mengangguk kepalanya.

Carl menarik Ayeshah mengikutnya. Ayeshah hanya akur. Nanti dibebel pula.

"Honey Bear, kau nak handbag apa?" Soal Carl kepada Ayeshah.

Ayeshah mengangkat kedua bahunya. Bukannya dia nak sangat handbag Louis Vuitton tu.

Carl mengeluh sebelum menggeleng.

"Honey Bear kesayangan Erden, kau pilihlah. Aku bayarkan.."

Sekali lagi Ayeshah menggeleng.

"Awaklah pilih. Awak yang nak belikan. Saya tak nak pun.." Jawab Ayeshah jujur.

Dia bukan perempuan yang gemar dengan duit lelaki. Dia juga ada duitnya sendiri. Namun dia tidak mahu menggunakan barangan yang tidak setaraf dengannya. Cukuplah guna apa yang ada. Tidak perlu riak.

Kali ini giliran Carl pula pasrah. Jadi terpaksalah dia pilih. Beg berwarna pink yang berharga 11 ribu itu dicapai oleh Carl.

Membulat mata Ayeshah tatkala melihat Carl mencapai beg yang berharga 11 ribu. Seumur hidupnya, dia tidak pernah ada beg yang mahal begitu.

Beg dihulur kepada Ayeshah. Pantas Ayeshah mencapai.

Baru saja Ayeshah ingin membuka mulut, Carl sudah menekup mulutnya.

"Diam. Jangan cakap apa-apa. Kau yang suruh aku pilih."

Carl menarik tangannya dari mulut Ayeshah.

"Sorry tersentuh." Carl menghadiahkan senyuman kepada Ayeshah.

Beg tangan yang berwarna hitam dicapai. Carl membelek beg itu sebelum diserahkan kepada Ayeshah.

Terlopong mulut Ayeshah tatkala melihat harga beg yang berwarna hitam itu. 18 ribu! Gila!

Carl melangkah ke arah kasut pula. Ayeshah hanya ikut. Menyesal pula suruh Carl pilih.

Carl mencapai kasut tumit tinggi yang berwarna putih. Dia membelek sebelum dia menoleh ke arah Ayeshah.

Kasut dihulur kepada Ayeshah. Berkerut dahi Ayeshah memandang Carl.

"Cuba pakai."

Ayeshah menggeleng laju. Gila mamat ni. Duit dia unlimited ke apa?

"Berapa banyak awak nak beli ni? Mahal sangatlah kasut tu! 5 ribu! Kasut saya ni 15 ringgit je tau!" Bebel Ayeshah. Ini kalau dibiarkan, mahu satu kedai diborong.

"Aku janji last. Cubalah dulu.."

Ayeshah menjeling Carl sebelum dia duduk pada kerusi kecil yang disediakan.

Matanya tajam memandang Carl. Kasut disarung.

Tersenyum Carl tatkala kasut itu muat di kaki Ayeshah. Ayeshah sudah menjeling Carl.

Beg tangan dan kasut yang dipilih diambil oleh staff. Ayeshah dan Carl melangkah ke kaunter.

"Semuanya RM34000.."

Membulat mata Ayeshah tatkala mendengar harga yang disebut oleh staff Louis Vuitton itu.

Carl menghulur black card kepada staff itu. Melopong matanya tatkala Carl hanya beriak selamba.

Dia memandang wajah Carl seakan tidak percaya. Seriusly? Dia bayar macam tu je?

Mereka berdua berjalan keluar dari Butik Louis Vuitton. Beg kertas kini penuh di tangan Ayeshah.

Carl mengambil beg kertas yang berada di tangan Ayeshah. Pantas Ayeshah menoleh ke arah Carl.

"Biar aku bawa.." Ujar Carl sebelum dia melakar senyuman.

Ayeshah hanya diam. Dia meneruskan saja langkahnya. Sudah jam 11 pagi. Rasa lapar mula hadir.

Sedang dia berjalan, bahunya dilanggar kuat oleh seseorang. Carl memandang tajam wajah perempuan yang melanggar buah hatinya.

"You ni buta ke apa? Jalan pandang depan!" Marah perempuan itu. Orang ramai sudah memandang mereka. Ayeshah terus menundukkan wajahnya.

Carl menarik Ayeshah ke belakang. Mahu saja dia menampar perempuan yang melanggar bakal isterinya.

"Kau buta ke dia yang buta?" Carl masih mengawal nadanya. Masih awal mahu meninggikan suara.

"Perempuan tu yang buta!" Perempuan itu menunjuk Ayeshah yang berada di belakang Carl.

Carl menoleh ke arah Ayeshah yang berada di belakangnya. Dia kembali memandang wajah perempuan di hadapannya.

"Bukan kau ke yang buta? Jalan pandang depan, bukan tengok handphone.." Ucap Carl sebelum dia memutarkan bebola matanya.

"Hello? I jalan elok je okay? Perempuan tu je yang masuk jalan I!" Tengking Perempuan itu.

"Mana nama kau? Tak ada pun nama kau dekat sini." Sengaja Carl mahu menaikkan darah perempuan itu.

Perempuan itu memandang Carl tidak puas hati. Matanya beralih pada Ayeshah yang berada di belakang Carl.

Tangan Ayeshah ditarik kuat. Perempuan itu sudah mengangkat tangannya ke udara untuk menampar wajah Ayeshah.

Pantas Carl menolak tangan perempuan itu. Tubuh perempuan itu ditolak kasar. Starbuck yang berada di tangan perempuas itu dirampas.

Carl mencurah air pada tubuh perempuan itu. Cawan yang sudah kosong itu dibaling tepat pada wajah perempuan itu.

"Bodoh!" Carl meludah pada wajah perempuan itu. Puas hatinya apabila dapat menyiksa perempuan itu.

Tangan Ayeshah ditarik. Mereka melangkah mendekati kereta. Ayeshah dihantar pulang ke rumah.

CARL melangkah ke arah gazebo yang berada di luar rumah. Dia mengeluh perlahan tatkala semua rakannya turut ada di situ.

Carl melabuhkan punggung di sebelah Cadee. Cadee hanya memandang adiknya sekilas sebelum dia kembali mengalihkan pandangan terhadap telefon bimbitnya.

Carl mencucuk pinggang abangnya berkali-kali. Cadee menjeling adiknya.

"Erlan..." Carl mendayukan suaranya. Wajah Cadee ditenung sebelum dia mengelip matanya berkali-kali.

Cadee memutarkan bebola matanya. Dia hanya mengabaikan saja Carl yang mengganggu ketenteramannya.

Lengan Cadee digoyangkan berkali-kali. Carl memuncungkan bibirnya.

"Erlan... Layanlah aku..." Ucap Carl sambil menggoyangkan tubuh Cadee.

Cadee yang sudah geram itu terus mematikan telefonnya. Tubuhnya dipusingkan menghadap Carl.

Wajah Carl dipegang. Matanya memandang wajah Carl yang masam itu.

"Iya Erden Carl. Erden nak apa?" Soal Cadee lembut.

Mereka yang turut berada di situ memandang Cadee dan Carl hairan. Jarang sekali adik beradik ini mahu berlembut. Selalunya akan bertengkar setiap masa.

"Nak kahwin.." Carl mendayukan suaranya.

Tangan Cadee yang masih memegang wajah Carl itu terus dilepaskan. Tubuh Carl ditolak jauh.

"Apa dia? Aku tak salah dengarkan?" Soal Cadee tidak percaya.

Eric yang mendengar itu sudah senyum teruja. Dia berlari mendekati Carl yang sedang duduk itu sebelum dia baring di atas riba Carl.

"Kau demam eh? Kesiannya dia demam.." Eric mengusap tengkuk Carl. Carl yang sudah rimas itu terus menolak Eric menjauhinya.

"Kau serius ke ni?" Cadee masih lagi ragu-ragu. Tiba-tiba aje nak kahwin.

"Kau ada nampak aku main-main ke sekarang?" Dia menjeling abangnya. Susah sangat ke nak percaya?

"Janganlah kahwin.. Nanti aku nak manja-manja dengan siapa?" Ujar Stephen sebelum dia memeluk tubuh Carl.

Pantas Carl menolak tubuh Stephen. Dia terus bangun dari duduknya. Rimas.

"Kau nak kahwin dengan siapa?" Soal Xylon yang turut berada di situ.

Leron dan Daren hanya melihat saja. Tidak tahu mahu percaya ataupun tidak.

"Dengan Zahra..."

"Zahra mana pula kau ni, Carl? Hari tu Ayeshah, hari ni Zahra.." Leron mula membebel. Kepala digelengkan.

Carl melepaskan keluhan.

"Ayeshah Azzahra binti Dato' Ahmad Idrus." Carl menyebut nama Panjang Ayeshah dengan satu nafas.

"Aku terima nikahnya Ayeshah Azzahra binti Dato' Ahmad Idrus dengan mas kahwinnya bernilai 1 ringgit tunai.." Panjang Stephen berkata.

Mereka yang berada disitu memandang Stephen hairan. Carl sudah merenung tajam wajah Stephen.

"Kenapa tak cakap sah? Tak sah eh?" Soal Stephen hairan.

Krik krik..

"Esok mummy balik. Kau angkutlah mummy bawa pergi rumah dia.." Ucap Cadee sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Mereka semua turut melangkah masuk ke dalam rumah. Sudah lewat malam.

Kini tinggallah Stephen seorang diri.

"Kenapa tak sah ya?" Soalnya sendiri.

To Be Countinued
—Ree

Continue Reading

You'll Also Like

468K 24K 59
𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan...
260K 18.7K 54
Pernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...
165K 10.5K 40
Disaat gadis tu ditimpa kesusahan, si dia datang menghulurkan bantuan. Sehingga lah suatu hari si hero datang menyelamatkan keadaan. "We meet again s...
3M 267K 89
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...