Kekal Selamanya

By floweryyfloral

18K 712 11

"Kau sanggup putuskan persahabatan kita disebabkan lelaki tu?" Muhammad Harraz Dhaffa dan Nur Aralyn Irdina. ... More

KEKAL SELAMANYA
PROLOG
KS | 01
KS | 02
KS | 03
KS | 04
KS | 05
KS | 06
KS | 07
KS | 08
KS | 09
KS | 10
KS | 11
KS | 12
KS | 13
KS | 14
KS | 16
KS | 17
KS | 18
KS | 19
KS | 20
KS | 21
KS | 22
KS | 23
KS | 24
KS | 25
KS | 26
KS | 27
KS | 28
KS | 29
KS | 30
KS | 31
KS | 32
KS | 33
KS | 34
KS | 35
KS | 36
KS | 37
KS | 38
KS | 39
KS | 40

KS | 15

376 20 0
By floweryyfloral

Zahra duduk termenung di sebuah cafe sambil bermain dengan straw minumannya. Dia memikirkan tentang Haffaz.

Sudah dua minggu berlalu tapi Haffaz tidak ada langsung menghantar text padanya.

Dia sedikit rasa terkilan tapi dia cuba fikir positif. Mungkin Haffaz masih sibuk.

Dia mengeluh sebelum bangun dari kerusinya, ingin keluar dari cafe itu.

Baru dia nak menolak pintu, ada yang membuka pintu dari luar. Zahra mendongak melihat gerangan itu.

Haffaz. Wah! Kuat betul jodoh mereka ya? Selalu saja terserempak.

Muka Zahra pada awal nampak gembira apabila terjumpa dengan lelaki itu tapi lepastu dia terus mengubah riak wajahnya. Dia merasa sedikit bitter pada Haffaz.

"Oh, Haffaz." Sapa Zahra singkat dan senyum palsu. Lalu dia pun melintasi Haffaz dan keluar dari cafe itu. Tak nak bercakap dengan lelaki itu!

Haffaz pula sedikit terkedu. Kenapa wanita itu berkelakuan lain? Kenapa dia tak membawa dirinya cakap lagi?

Dia tidak suka akan rasa dengan kelakuan Zahra itu. Dia juga sedar akan perubahan riak wanita itu.

Oleh itu dia terus mengejar langkah Zahra yang baru saja keluar dari cafe itu.

"Zahra!"

Zahra terus menghentikan langkahnya bila Haffaz memanggilnya sambil berlari kecil ke arahnya. Zahra mengerutkan dahinya. "Awak kenapa?"

Haffaz memandang tepat pada matanya dan itu semakin membuat jantung zahra berdegup laju.

"You're acting weird."

"Pelik apanya?"

"Kau macam mengelak aku."

Zahra tergelak kekok. "Ha ha sebab apa pula saya nak elak awak? Kita bukannya rapat."

Kata-kata Zahra tu sedikit membuat Harraz merasa sesuatu yang lain pada hatinya. Kenapa dia rasa seperti ada dicucuk?

Haffaz tiba-tiba teringatkan akan pesanannya pada Zahra melalui text itu. Dia memejamkan mata. Aish! Dia lupa akan hal itu! Dia terlalu sibuk 2 minggu ni. Sebab tu kah wanita itu berkelakuan begitu?

Dia memandang Zahra dengan wajah bersalah. "Is this because of what I said in the text?" Soalnya perlahan.

Zahra melalihkan pandangannya. Dia menunduk. Memang betul, tapi dia tak mengaku. Kalau Haffaz tak nak kenal dengan dia, Haffaz tak patut pun memberinya harapan.

Haffaz mengetap bibir. Sudah tentu pasal tu. Dia mengeluh. "Aku minta maaf. Aku sibuk sangat 2 minggu ni sampai aku tak ada masa sangat untuk pegang telefon aku. Aku betul-betul lupa. Aku tak sengaja." Terangnya panjang, rasa bersalah. Rasa bersalah kerana membuat wanita itu seperti sudah menaruh harapan.

Zahra menggeleng. Dia tiba-tiba merasa malu pula. Dia seharusnya faham yang Haffaz seorang yang sibuk. Kali ni dia senyum memandang lelaki itu. "It's okay. Saya faham. Saya sepatutnya faham yang awak sibuk."

Hati Haffaz merasa tenang kembali melihat senyuman Zahra tu. Terserlah lesung pipit pada pipi kanannya. Comel.

"Hujung minggu ni aku free. Do you still want go out with me?"

Zahra membulatkan mata sebelum tersenyum lebar. Dia mengangguk laju. "Nak nak!"

Sedar akan keterujaannya, Zahra menggaru kepala. Malu. Memang ketara sangat dia menyukainya.

Haffaz tergelak kecil. Comel betul perangai.

Mendengar gelakan Haffaz itu membuat Zahra ingin pengsan. Ini pertama kali dia mendengar lelaki dingin itu ketawa dan itu disebabkan olehnya!

Umi! Zahra nak kawin!

"I'll text you the day before yea? Kali ni aku tak akan lupa." Kata Haffaz meyakinkan Zahra.

Zahra mengangguk. "Okay!" Tak sabar!

Tapi kalau Haffaz lupa lagi sekali, bye! Dia akan cuba move on! Tak, tipu je. Dia tak akan lepaskan lelaki macam ni!

Haffaz melihat jam tangannya sebelum tersenyum nipis ke arahnya. "I have to go. Jumpa nanti. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Zahra pun hanya melihat Haffaz yang masuk kembali ke dalam cafe tadi.

»

Hujung minggu pun dah tiba. Haffaz turun ke tingkat bawah selepas sudah lengkap menyiapkan diri. Dia hanya memakai baju t-shirt polo berkolar berwarna maroon dan seluar hitam. Simple tapi nampak bergaya.

"Anak mama lagi seorang ni nak pergi mana?" Tanya puan Humaira sebaik saja anak kembar seorang nya itu menghampirinya dengan suaminya.

Haffaz mengunjuk tangannya terlebih dahulu untuk menyalam tangan mama dan daddy nya. "Nak jumpa kawan." Balasnya tenang.

Puan Humaira memincing matanya. "Kawan ke girlfriend?"

Haffaz menjongketkan bahunya. "Bakal menantu mama dan daddy kot." Selamba saja dia berkata dengan senyuman senget.

"Amboi! Siapa wanita bertuah tu?!" Teruja puan Humaira dibuatnya. Anak kembarnya yang dingin ni sudah menyukai seseorang? Akhirnya!

"Ada lah." Haffaz menaik-naikkan kirainya.

Kedua orang tuanya pun hanya tergelak dan menggelengkan kepala. Memang suka berahsia anak seorang mereka ini.

"Bawa anak dara orang elok-elok. Jaga tingkah laku Faz juga kalau dengan perempuan." Nasihat tuan Danial dengan nada sedikit tegas.

"Yeee."

Lepas itu dia pun mengucapkan selamat tinggal kepada kedua mereka untuk mengambil Zahra dari rumahnya.

Dia sendiri yang menawarkan diri untuk mengambilnya, lagipun dia sendiri yang mengajaknya.

Zahra pun sudah memberi alamat rumahnya semalam sewaktu Haffaz menghubunginya untuk berjanji pada hari ini.

Jumpa saja rumah Zahra, gerangan Zahra terus saja keluar dari rumahnya. Dia melambai dengan teruja dan ceria ke arah Haffaz yang mana lelaki itu membalas lambaiannya dengan senyuman kecil.

Agh! Jantung kite nak tercabut!

"Hai, assalamualaikum!" Masuk saja Zahra ke dalam keretanya, dia menegur Haffaz dengan ceria.

"Waalaikumussalam." Balas Haffaz tenang. Tapi jantungnya tak tenang. Berdegup laju semacam je.

Haffaz melihat penampilan wanita di sebelahnya itu sekilas. "You look beautiful."

Zahra terus menolehnya dengan mata terbulat. Dia puji aku?! "H-hah? T-thank you." Ucapnya malu. Wajahnya sudah berubah merah.

"Ni, parents kau tahu kau keluar dengan aku?" Tanya Haffaz. Rasa tak elok pula lupa minta izin membawa anak dara orang keluar buat pertama kalinya.

"Uuh, tak? Saya bagitau saya keluar dengan kawan je."

"Diorang tak kisah ke kalau kawan itu lelaki?

Zahra tersengih kekok. "Hmm kisah sikit kot?" Balasnya ragu-ragu. Kedua orang tuanya tidak ada lah melarang dia kalau nak berkawan dengan lelaki, tapi pandai-pandai jaga batas dan diri. Tapi nanti kalau dia beritahu keduanya, nanti diorang akan mula menyakatnya dan menasihatinya panjang-panjang. Tapi memang selama ini dia tidak pernah keluar dengan mana-mana lelaki pun.

Haffaz mengecilkan matanya terhadap wanita itu sebelum mengangguk saja. Malas nak panjangkan cerita.

Sepanjang perjalanan, mereka berdua senyap saja. Zahra nak bercakap, tapi mulut dia seakan terkunci lepas Haffaz memujinya, malu!

Sampai saja ke Emerald Mall, lepas Haffaz meletakkan kereta, keduanya pun masuk ke dalam.

"Kau nak makan apa?" Soal Haffaz sambil mereka berjalan dalam Mall itu.

Zahra menunjuk satu restoran. "Kat situ nak?"

"Boleh je." Lepas itu mereka pun memasuki restoran tu dan mencari tempat duduk.

Duduk je, ada pelayan yang datang ke arah mereka untuk mengambil pesanan mereka.

"Kau memang suka salted egg chicken eh?" Tanya Haffaz seusai pelayan tu pergi.

"Yup! Dari dulu lagi. Kalau makan dekat kedai, most of the time saya akan order tu je. Sedap!" Jawab Zahra. The best food ever!

Haffaz mengangguk. "Oh, no wonder. Before this, pun kau makan tu."

"Awak ingat eh?" Zahra sengih. Gembira bila Haffaz ingat tentang hari tu.

Haffaz menjongketkan bahu saja.

"Zahra." Lelaki itu memandangnya serius.

"Ya?" Aduh, gerun pula Zahra bila melihat wajah serius Haffaz. Tapi kalau dia senyum, nanti dirinya juga yang nak pengsan.

"I'm a very straightforward person. Jadi boleh aku tanya kau satu soalan?"

Zahra mula rasa gugup. Hah entah kenapa kalau orang tanya kat kita macam tu buat kita rasa gugup. Dia meneguk air liurnya. "Soalan apa itu?"

"Do you like me?"

Terus terbatuk Zahra dengan soalan Haffaz tu. Sedikit lagi nak tercekik dengan air liurnya sendiri. Dia memandang Haffaz dengan riak terkejut.

Tahulah sikap dia pada Haffaz sangat ketara, tapi tak payah lah tanya dia terus macam tu! Sangat memalukannya!

Zahra melilaukan matanya ke arah lain. Tak nak tengok muka lelaki tu. Sudah tentu mukanya sudah merah sekarang ni. "K-kalau ya pun, awak nak b-buat apa?"

"Pandang aku dulu." Arah Haffaz bila Zahra tidak ingin memandangnya. Dia menahan senyuman.

Zahra dengan perlahan melihatnya. Nak pengsan! Haffaz memang tepat melihat matanya.

"Kalau kau betul-betul suka aku, aku akan lamar kau." Kata Haffaz dengan nada datar, riaknya juga kekal serius.

"Eh?!" Terkejut beruk Zahra.

Wajah serius Haffaz tu berubah apabila dia mula tergelak kecil. Geli hati melihat wajah terkejut wanita tu. "Tak lah. Tapi mungkin satu hari nanti. I still need to get to know you more first."

"Janganlah main-main macam tu. Sikit lagi nak terkeluar jantung saya ni!" Geram dibuatnya Zahra. Perkara macam tu tak boleh cakap sesuka hati je eh?! Tapi kalau Haffaz betul-betul pun, dia akan terus setuju hehe. Amboi gatal betol dia ni.

Haffaz tersenyum saja. "I really want to get to know you, jadi, kau sudi tak jadi kawan aku?"

Zahra tersengih. "Kawan sampai kawin?"

Ternaik sebelah kira Haffaz sebelum dia tersenyum kecil. Dia mengangguk.

"Kawan sampai kawin it is."

Continue Reading

You'll Also Like

3.1M 68.7K 81
Diana is an 18 year old girl about to start her senior year until she bumps into a woman at the bookstore who has quite the personality. The woman ta...
149K 9.2K 11
"α€˜α€±α€Έα€α€Όα€Άα€€α€œα€¬α€•α€Όα€±α€¬α€α€šα€Ί α€„α€œα€»α€Ύα€„α€Ία€œα€Ύα€―α€•α€Ία€žα€½α€¬α€Έα€œα€­α€―α€·α€α€²α€·.... α€™α€Ÿα€―α€α€Ία€›α€•α€«α€˜α€°α€Έα€—α€»α€¬...... ကျွန်တော် α€”α€Ύα€œα€―α€Άα€Έα€žα€¬α€Έα€€ α€žα€°α€·α€”α€¬α€™α€Šα€Ία€œα€±α€Έα€€α€Όα€½α€±α€€α€»α€α€¬α€•α€«.... α€€α€»α€½α€”α€Ία€α€±α€¬α€Ία€›α€„α€Ία€α€―α€”α€Ία€žα€Άα€α€½α€±α€€...
176K 3.8K 25
"I only fuck girls who want to be fucked, flipped over and banged, Sunshine and..." "And that's what I want, daddy. Exactly what I want from you." * ...
418K 1.2K 10
Fun wlw sex. Different kinks and stuff, all about trying things. May even include potential plot lines and will definitely include some form after ca...