Kekal Selamanya

By floweryyfloral

18K 712 11

"Kau sanggup putuskan persahabatan kita disebabkan lelaki tu?" Muhammad Harraz Dhaffa dan Nur Aralyn Irdina. ... More

KEKAL SELAMANYA
PROLOG
KS | 01
KS | 02
KS | 03
KS | 04
KS | 05
KS | 06
KS | 07
KS | 08
KS | 10
KS | 11
KS | 12
KS | 13
KS | 14
KS | 15
KS | 16
KS | 17
KS | 18
KS | 19
KS | 20
KS | 21
KS | 22
KS | 23
KS | 24
KS | 25
KS | 26
KS | 27
KS | 28
KS | 29
KS | 30
KS | 31
KS | 32
KS | 33
KS | 34
KS | 35
KS | 36
KS | 37
KS | 38
KS | 39
KS | 40

KS | 09

400 20 0
By floweryyfloral

Beberapa minit kemudian, Harraz pun masuk ke dapur dan Aralyn pula baru saja meletakkan hidangannya atas meja makan.

Harraz pun duduk depan meja makan itu lalu Aralyn pun turut duduk berdepanan dengannya.

"Nasi goreng cornbeef?" Soal Harraz padanya bila melihat hidangan Aralyn.

"Yup." Aralyn mengautkan nasi goreng tu ke pinggan dan dihulurkan kepada Harraz.

"Thanks." Ucap Harraz ringkas. Dia pun mula menjamah nasi goreng itu.

Harraz tersenyum kecil. "It still taste the same, Lyn. Sedap." Ujarnya pada Aralyn. Aralyn dari zaman remaja mereka memang pandai memasak dan baginya sangat sedap. Aralyn dulu memang gemar membekalkan dia makanan yang dimasaknya sendiri dan antaranya adalah nasi goreng cornbeef itu.

Pujian dari Harraz itu membuat Aralyn senang hati dan dia senyum lebar padanya. "Lepas ni aku boleh masak selalu untuk kau lah."

Harraz mengangkat sebelah keningnya dengan senyuman senget. "Betul ke?"

Aralyn mengangguk laju. Dia rasa semangat! Mungkin dengan cara ini juga dia dapat tebus kesalahannya dulu pada Harraz.

Terletus ketawa kecil dari Harraz. "Kalau kau dah kata macam tu, aku tak boleh tolak."

Aralyn pula membalas dengan sengihan.

"Ibu dan ayah mana?" Soal Harraz pula bila dia tidak nampak kedua gerangan ibu dan ayah mertuanya.

"Diorang makan kat luar. Ada kawan mereka yang ajak."

"Oh." Kalau dia tahu puan Aisyah dan tuan Irfan keluar, baik dia sambung tidur tadi.

Tak tak, dia main-main saja.

»

Setelah kedua mereka selesai makan, baru saja Aralyn ingin bangun untuk mengangkat pinggan untuk mencucinya, Harraz menghalangnya.

"Takpe, biar aku je cuci semua ni. Kau dah masak." Jelas Harraz.

"Eeh tapi-"

"Aralyn, takpe."

Melihat Harraz yang tiada tanda mahu mengalah itu membuat dia mengangguk saja.

Sedikit sebanyak sikap Harraz itu sudah mengusik hatinya. Harraz sememangnya orang yang sangat baik dan gentleman walaupun dia juga seorang yang suka menyakat.

Harraz mengangkat pinggan, cawan dan sudu yang mereka telah gunakan dan membawanya kepada sinki lalu mencucinya.

Aralyn pula memasukkan makanan lebihan itu di bawah dulang. Dia melihat belakang Harraz yang sedang mencuci pinggan tu.

Memang sesiapa yang dapat Harraz sangat beruntung. Sangat idaman para wanita di luar sana.

Eh, dia lah wanita beruntung itu kan?

Dia sudah rasa bersyukur, mengahwini Harraz daripada Fahim itu.

Kalau dibandingkan kedua mereka, Harraz lebih jauh sempurna berbanding dengan Fahim. Entah apa yang dia tengok pada Fahim itu dulu.

Kalau bab rupa, kalau difikirkan balik, biasa-biasa saja wajah Fahim itu. Dari segi personaliti, usah dibincang. Baru dia sedar Fahim itu red flag.

Sewaktu mereka bercinta, Fahim sentiasa cuba untuk berpegangan tangan, memeluk bahunya, menyentuh pipinya dan di mana Aralyn sering kali melarangnya. Fahim seorang yang tidak berapa kisah dengan batas. Dia juga seorang yang mudah marah apabila cemburu. Dia memang tidak suka bila Aralyn dekat dengan mana-mana lelaki. Fahim akan terus memarahinya.

Tapi entah kenapa dia tetap cinta dan nak kan lelaki itu dulu. Sungguh dia menyesal. Tak ada apa yang bagus pun tentangnya. Mungkin semua perilakunya pun adalah palsu.

Sekarang rasa cinta itu dah mula hilang. Dia benci akan lelaki itu. Move on? Sikit lagi.

Dia memang tak patut fikirkan tentang lelaki itu. Membuatnya sakit hati!

"Jauh termenung." Suara Harraz mengejutnya.

"Hah?" Aralyn kelihatan bingung.

"Kau termenung." Nyata Harraz.

"Bila masa aku termenung?"

"Just now."

Aralyn menjelingnya. "Ish, mana ada." Nafinya.

"Ya lah, perempuan selalu menang." Ucap Harraz malas. Malas nak melayan Aralyn lagi. Dia pun melintasi wanita itu dan bergerak ke ruang tamu.

Aralyn mencebik dan mengikut langkah Harraz ke ruang tamu.

Harraz membuka televisyen dan memasang mana-mana cerita yang menarik baginya dan duduk bersebelahan dengan Aralyn yang sudah duduk di salah satu sofa di situ.

Aralyn melihatnya sekilas sebelum melihat televisyen semula. Antara sofa-sofa di ruang tamu ni, sebelah dia juga lelaki ni nak duduk? Bukan apa, tapi dia dapat merasakan kedua mereka masih rasa kekok.

"Ara. Bila kau mula kerja?" Soal Harraz apabila keadaan ruang tamu tu terasa sunyi walaupun ada suara dari televisyen.

Aralyn menoleh ke arahnya. "Hmm minggu depan hari isnin. Aku minta cuti seminggu." Jawabnya.

"Menyesal juga ambil cuti selama tu." Gumam Aralyn perlahan. Cadang nak honeymoon lepas nikah dengam Fahim itu. Tapi, Allah yang menentukan. Kita hanya mampu merancang.

Harraz mengangguk. "Aku esok dah start kerja ni."

"Oh,okay."

"So, kau kerja sebagai guru kan, Ara?" Soal Harraz lagi ingin memulakan percakapan antara mereka. Dia sedar mereka berdua masih merasa kekok dan dia tidak suka akan suasana itu. Lagipun dah lama mereka tak berjumpa, tanyalah khabar. Dahlah tiba-tiba kawin walaupun dah lama kenal. Tapi banyak perkara yang sudah berubah sejak beberapa tahun ini.

"Ya, guru bahasa melayu dekat Sekolah Rendah Matahari." Jawab Aralyn.

Harraz senyum. "You always wanted to be a malay teacher. Alhamdulillah, tercapai."

Aralyn membalas senyumannya. Memang menjadi guru bahasa melayu adalah cita-citanya dari dahulu lagi. Dia juga rasa terharu, Harraz ingat akan fakta itu.

"Kau pula sudah tentu dah jadi doktor kan Raz?" Aralyn turut bertanya.

Harraz mengangguk. "Yea. My years of studying paid off." 8 tahun geng. Letih dia. Lepas tu bila betul-betul jadi doktor, heh sama juga letihnya.

Lepas itu kedua mereka kembali senyap.

"Lyn, kalau lusa kita tidur dekat rumah mama dan daddy okay? Lepas itu minggu depan kita tidur sini balik. You know like selang seli, seminggu dekat sini, seminggu dekat sana. Is that okay with you?" Cadang Harraz tiba-tiba pada Aralyn.

Aralyn berfikir sejenak sebelum mengangguk setuju. "Boleh aje." Dia okay saja. Jarak rumahnya dengan rumah Harraz tak ada lah jauh sangat. Dalam 15 minit camtu boleh lah. Lagipun, Harraz kan suami, dia haruslah ikut Harraz.

"And aku ada dah nak beli apartment, dan ngam tempatnya tak jauh dengan tempat kerja kita berdua kot. So maybe in 2 weeks we can move there."

Aralyn memandangnya dengan terkejut, mulutnya terbuka luas. Biar betul lelaki ni?!

"What? Aku memang nak beli apartment tu way before aku jumpa kau semula." Jelas Harraz melihat wajah terkejut Aralyn.

"Jadi, kau okay ke dengan tu? Kita tinggal berdua je?" Tanya Harraz lagi minta pendapat wanita itu. Mana lah tahu kan, dia tak nak.

Aralyn menjongketkan bahu. "Aku ikutkan saja. Kau kan suami." Balasnya tenang.

Tak tenang sebenarnya. Dia dah gugup tu. Tinggal berduaan dengan Harraz dalam apartment dia sendiri?! Memang dah jadi suami isteri tapi– the vibes is not the same. Sekarang dia duduk berduaan dengan Harraz ni pun dah gugup.

Harraz mengangguk. "Okaylah kalau macam tu."

»

Malam pun tiba lagi. Masuk saja Aralyn ke dalam biliknya selepas mereka berdua makan malam bersama ibu dah ayahnya, dia membuka almarinya.

Teddy bear kesayangannya itu dikeluarkannya dan membawanya ke atas katil.

Harraz pula hanya melihatnya malas. Dah tahu mengapa Aralyn mengeluarkan patungnya itu. "Untuk apa teddy bear kau tu?" Sengaja dia menyoal walaupun dia sudah tahu sebabnya. Takut lah tu terpeluk dia dalam tidur!

Wajah Aralyn mula terasa membahang. "S-saja. Aku mesti p-peluk dia kalau tidur." Jawabnya dengan rasa gementar. Risau Harraz tahu tujuannya tapi sebenarnya dah tahu pun.

"Kau boleh peluk aku je. I don't mind." Harraz tersenyum senget. Dah mula nak menyakat!

Aralyn membulatkan matanya dan menghempas bahu Harraz dengan teddy bear dia tu. "Hah?! Tak nak lah!"

Harraz mendecit. "Dia sendiri yang peluk aku. Tidur-tidur pun tahu nak peluk aku."

"Ish! T-tu t-tak sengaja! Kau tahu kan aku memang perlu peluk s-sesuatu kalau tidur dan teddy bear aku tak ada atas katil kemarin malam! I-itu lah t-terpeluk kau." Jelas Aralyn sampai tergagap. Terasa sangat bersalahnya.

Harraz tergelak. "Rilek lah, aku tak kisah pun kalau kau nak peluk aku." Dia senyum mengusik lagi dan mendepakan tangannya dengan gaya menerima pelukan. Dia memang menyakat Aralyn, tapi dia betul-betul tak kisah kalau Aralyn nak memeluknya. Dah jadi isteri kan?

"Raz! Sudahlah!" Geram Aralyn dibuatnya. Tahu tak dia malu?! Harraz ni pula, tak segan ke? Baru 2 hari mereka jadi suami isteri!

"Ya laaah." Harraz berhenti dari ingin menyambung usikannya.

Oleh itu, malam tu Aralyn pun tidur dengan memeluk teddy bear nya.

»

Keesokan harinya lagi. Harraz harus bangun untuk pergi kerja. Selepas selesai bersiap, dia turun ke bawah dan menuju ke meja makan bersama isteri dan ibubapa mertuanya.

"Raz selalunya balik pukul berapa?" Soal puan Aisyah pada menantunya itu.

"It depends. Kadang awal, petang dalam pukul nak masuk 6 itu Harraz dah boleh balik. Kadang Raz balik pukul 8 atau 9 malam. Dan paling akhir tengah malam. Bergantung dengan masa pembedahan yang dijalankan." Jawab Harraz dengan jelas.

"Oooh." Puan Aisyah mengangguk faham. Aralyn dan tuan Irfan pula hanya mendengar. Menantunya itu seorang doktor, tentu sangat sibuk.

Selepas itu, Harraz selesai makan dan mula bangun dari kerusi. Dia bersalaman dengan puan Aisyah dan tuan Irfan sebelum dia bergerak ke pintu hadapan diikuti dengan Aralyn.

Harraz mengunjukkan tangannya.

Aralyn mengerut dahi. "Kenapa tangan kau?" Soalnya dengan bingungnya.

Harraz menggulingkan matanya dan menjetik dahi Aralyn.

"Aduh! Ish sakitlah Raz!" Adu Aralyn geram. Dahlah jari tu besar dan panjang, sakit tau! Dahinya diusap.

"Salamlah ngek." Ujar Harraz selamba.

Aralyn menjeling menyampah. Tangan Harraz yang masih diunjuknya tu dicapai dan disalam macam tu saja pada dahi.

Baru saja dia nak lepaskan tangannya, Harraz masih memegangnya.

"Ikhlas ikhlas lah kau ni."

Aralyn memandangnya tajam sebelum kali ni dikucupnya tangan suaminya tu dengan lembut lah sangat sekali.

Harraz tersengih. "Haa macam tu lah."

"Kejam." Ucap Aralyn perlahan.

Harraz menjongket bahunya.

Tiba-tiba dia menghampiri Aralyn. Dagu Aralyn dinaikkannya.

Dahi Aralyn yang ada kesan merah bekas jentikannya itu diusapnya perlahan dengan ibu jarinya. Kuat sangat ke dia jentik tu?

Tanpa jangkaan Aralyn, Harraz mengucup tempat bekas jentikan di dahinya tu beberapa saat. "Sorry, dah merah tu." Harraz meminta maaf dengan nada lembut.

Mata Aralyn dipandangnya. Reaksi Aralyn memang terbuntang matanya. Terkejutlah tu dengan tindakannya. Harraz menahan tawa.

Aralyn dijauhinya. "Okay. Bye, assalamualaikum, hati-hati kat rumah." Katanya dan menutup pintu.

Aralyn pula masih statik berdiri di situ. Perutnya rasa lain. Seolah ada yang berterbangan. Wajahnya juga terasa membahang habis.

Dia menampar lembut pipinya. Ah. Aura Harraz sekarang betul-betul dah berubah.


a/n. : setahu saya, kalau nak jadi doktor tu memang bukan setakat 8 tahun saja waktu belajarnya.

so that fact of harraz is just made up for the sake of the jalan cerita of this story hehe.

Continue Reading

You'll Also Like

352K 11.1K 35
The Sokolov brothers are everything most girls want. Intimidating, tall, broody, they are everything to lust after. Not that they... particularly car...
3.1M 68.7K 81
Diana is an 18 year old girl about to start her senior year until she bumps into a woman at the bookstore who has quite the personality. The woman ta...
1.3M 113K 42
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 π‘πšπ­π‘π¨π«πž π†πžπ§'𝐬 π‹π¨π―πž π’πšπ πš π’πžπ«π’πžπ¬ ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
527K 28.8K 48
𝐁𝐨𝐨𝐀 𝐎𝐧𝐞 𝐨𝐟 𝐈𝐬𝐑πͺ 𝐀𝐒 𝐝𝐚𝐬𝐭𝐚𝐧 advika: "uski nafrat mere pyaar se jeet gayi bhai meri mohabbat uski nafrat ke samne kamzor padh gay...