𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

By arysslavhh

461K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... More

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

04 || ERDEN'S ✧.*

5.8K 294 10
By arysslavhh

SATU minggu kemudian..

Kaki melangkah masuk ke kawasan hospital. Keadaan kini hanya sunyi dan sepi. Malam yang dingin itu membuatkan Carl rasa meremang. Gila kau tak meremang masuk kawasan hospital pukul 1 pagi?

Pintu wad Ayeshah dibuka perlahan-lahan bagi mengelakkan tidur Ayeshah terganggu. Carl berjalan mendekati Ayeshah yang sedang lena dibuai mimpi. Kerusi yang berada di sebelah katil itu ditarik perlahan.

Carl menatap wajah suci dan bersih Ayeshah. Cantik. Dia sendiri tidak sangka perasaan ini hadir dalam hidupnya. Buat pertama kalinya, dia mulai rasa cinta pada wanita yang berada di hadapannya. Perasaan yang tidak pernah muncul dalam hidupnya dan akhirnya, muncul jua.

Selimut yang menutupi separuh tubuh Ayeshah itu ditarik lagi. Carl menutup badan Ayeshah dengan selimut yang sedia ada. Remote penghawa dingin yang berada di atas meja sisi itu dicapai. Dia menurunkan suhu penghawa dingin itu bagi keselesaan Ayeshah.

"Kenapa kau cantik sangat, Zahra?" Perlahan saja dia mengatur ayat itu. Matanya setia menatap wajah Ayeshah yang sedang tidur itu. Manis.

"Kau sempurna, Ayeshah. Kau cukup sempurna di mata aku.." Carl tersenyum kecil. Perasaannya pada wanita ini sungguh dalam. Sewaktu hari pertama dia menjumpai wanita ini, jantungnya sudah berdegup kencang.

"Please keep the sweetness in you.." Masih sama. Pandangannya setia pada Ayeshah seorang.

"The sweetness Zahra.." Carl menyorok senyuman manisnya. Dia seperti dalam khayalan.

"Zahra yang manis inilah yang buat aku jatuh cinta.." Ujarnya lagi.

"Kau tak rasa bersalah ke sebab dah buat aku jadi gila macam ni?" Carl mengangkat kening sebelahnya. Walaupun tiada sesiapa yang nampak, apa dia kisah?

"Gilakan kau.." Carl terus menutup wajahnya menggunakan kedua tapak tangan. Senyuman manis terlakar pada bibirnya.

"Okay. Sekarang ni aku betul-betul gila.." Carl tergelak kecil. Tidak sangka pula dia boleh menjadi gila begini hanya kerana seorang perempuan.

"Kau nak tahu tak, Zahra? Waktu pertama kali aku tengok muka kau, aku rasa jantung aku macam berhenti sekejap.." Carl tersenyum apabila mengingati semula tragedi kemalangan beberapa hari lepas.

"Bila kau mula bersuara, macam nak hilang nafas aku. I need oxygen.." Tawa kecil keluar dari mulutnya..

"Tapi, aku tak sanggup tengok kau sakit macam hari tu.." Carl menundukkan wajahnya ke bawah. Sakit pula hatinya apabila teringat keadaan Ayeshah pada ketika itu.

"Please take a good care after this, Zahra. Aku tak nak kau sakit.." Matanya beralih pada wajah Ayeshah. Tetap cantik walaupun sedang lena dibuai mimpi.

Puas sudah Carl meluahkan segala perasaannya. Dia hanya mampu meluahkan pada Ayeshah sewaktu gadis ini tidur sahaja. Dia tidak cukup kekuatan untuk meluahkan depan-depan. Lebih kepada malu.

Carl menoleh ke arah meja yang berada di sisi katil. Matanya tertarik pada telefon bimbit milik Ayeshah. Tangannya mencapai telefon itu.

"Aku pinjam handphone kau tau? Aku pinjam je. Tak curi pun.." Carl terus membuka telefon itu. Sayangnya, Ayeshah tidak meletakkan sebarang password pada telefon bimbitnya.

Ikon kenalan ditekan. Laju sahaja tangannya memicit butang tambah pada skrin. Nombor telefonnya disimpan pada telefon Ayeshah.

'Bakal masa depan' Itulah nama yang disimpan pada telefon Ayeshah. Tak tahu malu! Yakin saja Ayeshah itu adalah masa depannya.

Telefon Ayeshah diletakkan semula di atas meja. Mata digosok perlahan. Rasa mengantuk mula terbit.

"Bagi aku tidur sebelah kau sekejap boleh? Aku janji.. Sekejap je.." Ujarnya dalam nada yang rendah. Cukup dirinya saja yang mendengar.

Kepala diletakkan di atas katil Ayeshah. Mata dilelapkan seketika. Penat lelahnya seharian ini masih belum hilang. Namun sedikit demi sedikit ianya hilang tatkala sudah melihat wajah insan yang dicintai.

MATA dibuka perlahan-lahan tatkala ada suara yang masuk ke ruang telinganya. Matanya digosok perlahan. Ayeshah memukul bahu Carl menggunakan bantal. Mahu pukul guna tangan, haram pula.

Carl mengangkat kepalanya. Wajah Ayeshah dipandang sekilas sebelum matanya digosok buat kali kedua. Ayeshah memandang Carl hairan. Sejak bila pula mamat ni ada dekat sini?

"Awak? Kenapa tidur dekat sini? Kenapa tak tidur dekat atas sofa?" Soal Ayeshah prihatin. Carl hanya menggelengkan saja kepalanya.

"Sorry. Aku tertidur." Carl terus bangun dari duduknya. Sofa dihampiri lalu dia menyambung semula tidurnya. Rasa mengantuk masih tersisa.

"Eh kenapa nak tidur lagi? Kan dah pagi ni.." Ucap Ayeshah lalu dia menggelengkan kepalanya.

"Aku ngantuk lagi, Zahra. Bagi aku tidur sekejap boleh?" Perlahan saja nadanya membalas percakapan Ayeshah. Ayeshah hanya tersenyum kecil. Carl menutup matanya.

"Macam mana awak boleh ada dekat sini? Kenapa awak sanggup tidur dekat sini? Kenapa tak tidur dekat rumah?" Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Ayeshah. Berkerut dahi Carl tatkala mendengar soalan yang dituju oleh Ayeshah. Matanya masih ditutup rapat, hanya telinga saja yang mendengar.

"Dah hati aku dekat sini.." Kini giliran Ayeshah pula mengerutkan dahinya. Walaupun Carl bercakap dalam nada yang perlahan, namun cukup jelas untuk Ayeshah mendengar.

"Hah? Hati awak dekat sini? Hati awak dah terkeluar dari badan ke?" Ayeshah menggaru kepalanya. Susah betullah nak faham.

Carl terus membuka kedua matanya tatkala pintu bilik dibuka dari luar. Pantas dia menoleh ke arah pintu. Keluhan dilepaskan. Siapa lagi kalau bukan Cadee dan rakannya yang lain. Biasanya hanya Xylon dan Daren saja yang ikut, namun kini Stephen, Eric dan Leron turut ada disini.

"Oh dekat sini rupanya kau.." Ucap Stephen sambil menggelengkan kepala. Patutlah sewaktu Stephen mengetuk pintu biliknya, tiada respon diberi. Rupanya disini Carl bermalam bersama buah hati.

"Kan aku dah cakap, katil dia yang empuk dekat rumah tu dia dah tak pandang. Dia lagi rela tidur dekat atas sofa semata-mata nak dekat dengan buah hati.." Xylon tersenyum sinis. Tajam saja renungan Carl padanya.

"Diamlah. Kalau datang sini nak memekak, baik kau balik." Ucap Carl sebelum dia memutarkan bebola matanya. Orang nak tidur pun tak senang!

Stephen dan Eric mendekati Ayeshah yang sudah terpinga-pinga di atas katil. Senyuman manis dihadiahkan kepada Ayeshah. Ayeshah membalas senyuman mereka dengan kekok.

"Hi! Saya Stephen. Dia ni Eric.." Stephen menunjuk Eric yang berada di sebelahnya. Eric hanya melambai saja Ayeshah yang kekok itu.

"Ha-hai.." Balasnya tergagap-gagap. Dia sedikit kekok apabila dia tidak pernah menjumpai dua jejaka ini. Ini adalah pertama kali dia melihat mereka berdua.

"Awak macam mana? Okay tak?" Soal Stephen ramah. Matanya turun pada tangan Ayeshah yang masih berbalut itu.

"Ok-okay.." Ayeshah setia memandang wajah Stephen dan Eric. Mungkin sebab Stephen dan Eric ini sedikit lain daripada yang lain.

"Awak dah makan ke? Kalau belum saya boleh tolong belikan.." Ujar Eric bersama senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir.

"Be-belum.." Masih sama. Ayeshah masih tergagap-gagap menjawab soalan mereka.

"Kalau macam tu, saya pergi belikan-"

"Tunggu kejap, aku pergi beli.." Potong Carl. Mereka memandang Carl yang sudah keluar dari bilik ini dengan pandangan yang seakan tidak percaya.

Membulat mata Eric dan Stephen tatkala mendengar ayat yang dilontarkan oleh Carl. Lebih mengejutkan adalah bila Carl terus keluar dari bilik ini untuk membelikan makanan untuk Ayeshah.

"Kan aku dah cakap, orang kalau tengah mabuk cinta ni memang tak nak mengaku." Ujar Xylon sebelum dia tergelak kecil. Jarang-jarang dapat melihat Erden Carl dalam mood caring. Dulu caring dengan Clara, sekarang dengan cinta hati.

Cadee menghampiri Ayeshah yang sedang duduk di atas katil. Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya.

"Kau tak payah pelik sangat. Dia orang semua ni kawan Carl juga.." Jelas Cadee apabila melihat Ayeshah yang terpinga-pinga itu.

Perlahan-lahan Ayeshah mengangguk kepalanya. Bukan apa, cuma sedikit terkejut dan tidak selesa apabila Stephen dan Eric tiba-tiba mendekatinya.

"Kau dah okay ke ni? Tangan kau sakit lagi ke?" Soal Cadee lalu dia memandang tangan Ayeshah. Nampaknya macam sudah beransur pulih. Mujurlah tidak berapa teruk.

"Okay. Dah boleh gerak.." Balas Ayeshah tanpa memandang wajah Cadee. Dia hanya memandang tangannya sahaja.

"Doktor cakap kau dah boleh keluar hari ni.." Pantas Ayeshah mengangkat wajahnya lalu dia memandang wajah Cadee. Terus lebar senyumannya tatkala mendengar berita baik itu.

"Be-betul ke? Saya dah boleh balik rumah?" Soalnya dalam nada teruja. Akhirnya dia sudah boleh bersuka-ria di rumahnya sendiri dan tak perlu menyusahkan orang lain.

Cadee mengangguk kepalanya. "Nanti bapa kau ambil."

Ayat yang keluar dari mulut Cadee itu membuatkan Ayeshah memandangnya hairan. "Macam mana awak kenal papa saya?"

Cadee terus tersenyum senget. "Bapa kau tu business partner aku."

Ayeshah mengangguk kepalanya. Dia sendiri tidak sangka lelaki di hadapan matanya ini adalah business partner ayahnya.

Pintu dibuka kasar dari luar. Pantas mereka semua menoleh ke arah pintu. Muncullah wajah Carl bersama beg kertas berwarna coklat di tangannya.

"Kau ni ada masalah hidup eh? Cuba buka pintu tu elok-elok sikit. Makin tua makin bodoh pula.." Ujar Stephen dalam nada perli.

"Shut the fuck up.." Jelingan maut dihadiahkan kepada Stephen.

Beg kertas itu diletakkan di atas meja. Tupperware dikeluar dari beg kertas itu. Berkerut dahi Cadee tatkala bekas Tupperware itu seperti bekasnya yang berada di rumah. Bukan dia punya, malah Clara punya.

Carl membuka penutup Tupperware itu lalu didekatkan kepada Ayeshah. Membulat mata Cadee tatkala melihat isi dalam Tupperware itu.

"Makanlah. Kalau tak sedap diam je, penat aku masak.." Ucap Carl lalu dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang sedia ada di dalam bilik ini.

Mi goreng dimasukkan ke dalam mulut. Ayeshah sungguh terkejut apabila rasa mi goreng itu cukup sempurna dan tiada cacat cela. Wajah Carl dipandang seakan tidak percaya. Carl rasa dirinya dipandang itu hanya mengangkat sebelah keningnya sebelum tersenyum senget.

"Sedapnya awak masak!" Puji Ayeshah. Suapan kedua dimasukkan ke dalam mulut.

"Tengok oranglah.." Bangga Carl apabila dipuji. Gila tak bangga kalau kena puji dengan crush.

"Ini bukan masak, ini mencuri!" Ucap Cadee dalam nada yang tinggi. Wajah bangga adiknya itu dijeling.

Melopong mulut Ayeshah tatkala mendengar ayat yang keluar dari mulut Cadee.

"Hah?! Mencuri?!" Ayeshah terus mencapai botol air mineral lalu diteguk pantas.

"Haah. Dia curi mi goreng tu dekat rumah aku.." Cadee memutarkan bebola matanya. Masam sudah muka Carl ketika ini. Baru kena puji dengan crush, abangnya sudah kantoikan segalanya.

Stephen dan yang lain tergelak besar tatkala melihat muka Carl yang sudah masam.

"Pulang balik Tupperware tu Carl kalau tak nak Clara mengamuk.." Wajah adiknya di pandang sekilas. Kalau Clara tahu tupperwarenya hilang, mahu dia bertukar daripada manusia menjadi singa.

Pintu bilik ini dibuka sekali lagi dari luar. Pantas mereka menoleh. Dato' Ahmad Idrus dan Datin Asyfa melangkah masuk ke dalam bilik ini. Jelas di Wajah Ayeshah, dia sangat teruja dan gembira tatkala ibu dan ayahnya kini berada di hadapan matanya.

"PAPA! BONDA!" Jerit Ayeshah teruja. Mereka hanya memandang saja anak beranak itu berpelukan.

"Anak papa okay? I'm sorry sebab tak dapat jaga Esha.." Ujar Dato' Ahmad Idrus sambil mengusap kepala anaknya. Laju saja Ayeshah mengangguk. Dia benar-benar gembira. Carl tersenyum kecil apabila melihat senyuman pada wajah Ayeshah. Senyuman gadis itu cukup membuat hatinya tenang.

"Bonda minta maaf sebab tak ada dengan Esha waktu Esha sakit.." Kini giliran Datin Asyfa pula mengusap kepala anaknya. Satu-satunya anak yang mereka ada.

"Tak apalah.. Esha faham.." Ucapnya bersama senyuman manis dibibir.

Dato' Ahmad Idrus dan Datin Asyfa mengalihkan pandangan mereka terhadap Carl. Carl yang rasa dirinya diperhati itu segera mengangkat wajahnya. Senyuman kecil diberi kepada Dato' Ahmad Idrus dan Datin Asyfa.

"TERIMA kasih sebab jagakan Esha untuk aku.." Ucap Dato' Ahmad Idrus kepada Carl. arl yang mendengar itu hanya tersenyum.

"No problem. Salah aku juga sebab langar dia.." Carl menundukkan wajahnya tatkala teringat tentang kejadian minggu lalu. Baru ari ini dia mengaku itu salahnya.

"Ini semua takdir. Carl tak perlu salahkan diri sendiri.." Ujar Datin Asyfa dalam nada yang rendah. Dia tidak menyalahkan sesiapa kerana dia tahu ini adalah takdir hidup anaknya. Takdir yang Tuhan aturkan perlulah iterima dengan hati yang terbuka.

"Kalau saya bawa perlahan waktu tu mungkin Ayeshah tak patah tangan.." Ucapnya bersama senyuman tawar.

Pantas Datin Asyfa menggeleng. Dato' Ahmad Irus hanya memasang telinga sahaja.

"Carl.. Dalam hidup ni kita kena percaya pada takdir. Apa yang berlaku semuanya dah diaturkan. Jadi, Carl janganlah salahkan diri sendiri ya? Esha pun tak salahkan sesiapa.." Datin Asyfa menatap sayu wajah Carl. Dia tahu Carl berasa bersalah. Sepatutnya perasaan itu tidak perlu timbul dalam diri Carl.

"Saya betul-betul minta maaf, Aunty.." Perlahan saja nada Carl ketika ini.

"Tak apa.. Carl tak salah.." Datin Asyfa menghadiahkan Senyuman manis kepada Carl.

Carl menelan air liurnya kelat. Mahu cakap ataupun tidak?

"Err.. Boleh tak saya nak minta izin?" Carl menatap wajah Dato' Ahmad Idrus dan Datin Asyfa dengan penuh harapan.

Dato' Ahmad Idrus dan Datin Asyfa memandang sesama sendiri. "Izin apa ni Carl?"

"Boleh tak saya nak berkawan dengan Ayeshah? Maksudnya kawan lebih rapat..?" Terus tersenyum Dato Ahmad Idrus dan Datin Asyfa mendengar kata-kata Carl. Ingatkan apalah tadi.

"Alhamdulillah. Akhirnya kau dah ada perasaan dekat perempuan.." Terus masam muka Carl tatkala mendengar ayat yang keluar dari mulut Dato' Ahmad Idrus..

Tergelak besar Dato' Ahmad Idrus apabila melihat air muka Carl berubah. Bahu Carl disentuh perlahan. "Aku gurau ajelah."

"Boleh. Aunty izinkan. Jangan buat benda tak elok pula.." Datin Asyfa menggeleng perlahan. Namun dia percaya, Carl tidak akan melakukan perkara buruk pada anak perempuannya.

Lebar senyuman Carl ketika ini. Dia tidak sangka Dato' Ahmad Idrus dan Datin Asyfa mempercayai dirinya.

To Be Countinued
—Ree

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 67.3K 74
[ Book 3 ] • 𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐭𝐡𝐞 𝐝𝐞𝐯𝐢𝐥 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐫𝐢𝐭𝐞 • Randika Daniel- sebaris nama, dua patah kata namun siapa sangka mampu menggerunkan hati y...
306K 15.9K 52
Alvin Rafael. Cinta ? Tiada perkataan cinta dalam kamus hidupnya lagi. Cintanya sudah lama mati. Hatinya sudah lama dibunuh. Dulu, gadis itu bagaik...
839K 33.1K 60
Aviera Ratasya. Dia memiliki segalanya. Cintanya utuh milik kekasihnya, Isaac Ethan. Kisah cinta mereka indah namun pengakhiran yang tidak pernah d...
906K 47.6K 67
[ COMPLETED ] Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak m...