𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

由 arysslavhh

461K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... 更多

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

03 || ERDEN'S ✧.*

6.7K 326 13
由 arysslavhh

KERETA dipandu laju menuju ke hospital. Hari ini merupakan hari kedua Ayeshah ditahan wad. Setelah dibebel oleh Cadee, Carl terpaksa gagahkan diri untuk ke hospital demi menjaga Ayeshah. Bukannya apa, ini adalah perjanjian mereka dengan Dato' Ahmad Idrus, mahu ataupun tidak, Carl tetap perlu menjaga Ayeshah.

Pintu wad dibuka perlahan-lahan. Carl memasukkan kepalanya sedikit untuk melihat Ayeshah. Dia tersenyum kecil tatkala melihat Ayeshah sedang leka membaca novel. Perlahan-lahan dia menapak ke Ayeshah yang sedang duduk di birai katil.

Ayeshah yang perasaan kedatangan Carl itu terus menutup novelnya lalu diletakkan di atas side table yang berada di tepi katilnya. Matanya memandang wajah Carl yang masam itu.

"Awak kenapa? Muka macam baru lepas cuci dengan asam je.." Ujar Ayeshah dalam nada yang rendah. Carl memutarkan bebola matanya. Nak perlilah tu..

"Kau dah makan ke belum ni?" Malas mahu melayan perlian Ayeshah, jadi Carl terpaksa menukar topik perbualan mereka.

Ayeshah mengangguk kepalanya. Matanya masih lagi menatap wajah Carl. Nak kata handsome, tidakpun.

"Apahal kau pandang aku macam tu? Aku handsome sangat ke hari ni? Semalam pun kau tengok aku macam nak telan.." Carl menggelengkan kepalanya. Apahallah perempuan suka sangat tenung wajahnya.

Ayeshah terus buat muka menyampah. Geli pun ada. "Saya suka confident awak, tapi janganlah melebih.."

Carl mencapai bantal yang berada di sofa yang diduduknya. Mahu saja dia baling bantal itu.

"Bantal ni kalau kena tepat muka kau, boleh senget tudung kau tahu tak?!" Dia meletakkan kembali bantal itu pada tempat asalnya.

"Awak ni garanglah.. Takut saya.." Ayeshah menghela nafasnya perlahan. Novelnya yang berada di side table itu diambil kembali. Malas mahu bercakap dengan mamat acah handsome ni, nanti kena marah lagi.

"Kalau macam tu jangan cari pasal, aku gigit kau karang.." Carl menjeling Ayeshah yang berada di atas katil. iPhone yang berada di dalam kocek seluarnya itu dikeluarkan. Malas mahu melayan Ayeshah, boleh gila dia jadinya.

Ayeshah menutup semula novelnya kembali. "Eh, nama awak siapa eh? Awak tak pernah bagitahu nama awak apa.."

Carl mengangkat wajahnya lalu dia memandang wajah Ayeshah. Kening kanannya diangkat. "Siapa suruh tak tanya.."

Ayeshah sudah pasrah. Rasa menyesal pula bila memulakan perbualan dengan mamat ni. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Kalau pandang Carl lama-lama, rasa berapi pula. Sakit hati!

Baru saja Carl mahu membuka mulut, pintu bilik ini sudah dibuka dari luar. Pantas mereka menoleh ke arah pintu.

"Nama dia Carl.." Ujar Cadee yang baru masuk ke dalam ruangan bilik ini. Daren dan Xylon yang turut mengikut Cadee hanya diam dan membisu sahaja. Mereka melabuhkan punggung pada sofa yang diduduk oleh Carl.
Carl sudah mengeluh perlahan. Wajah abang dan rakannya itu dipandang. Mengapalah dia memberitahu Cadee bahawa dia mahu kesini. Tak pasal-pasal mereka datang serbu.

"Nama aku Erden.." Ucap Carl tanpa memandang wajah sesiapa. Matanya focus memandang telefon bimbitnya.

Cadee, Xylon dan Daren terus memandang Carl. Mereka terkejut apabila Carl mengeluarkan kata-kata begitu.

Ayeshah sudah menggaru kepalanya. "Mana satu ni? Erden ke Carl?"

"Panggil aku Erden, Zahra.." Pinta Carl dan terus beredar dari situ. Mereka yang mendengar itu hanya tersenyum senget. Faham sangat mengapa Carl menyuruh Ayeshah memanggilnya Erden.

Semakin pelik Ayeshah apabila Carl terus keluar dari bilik itu. Kini matanya beralih pada tiga orang jejaka yang masih berada di dalam bilik ini.

Cadee melabuhkan punggungnya pada kerusi yang berada di sebelah katil yang Ayeshah duduk. Ayeshah memandang Cadee pelik. Dah kenapa ni?

"Awak ni siapa?" Soal Ayeshah hairan. Sejak dia kemalangan, makin ramai pula jejaka yang datang menemuinya.

"Aku Cadee. Abang kepada Carl.." Ujar Cadee dalam nada yang rendah.

Ayeshah hanya mengangguk faham. Matanya kini beralih pada Daren dan Xylon yang leka bermain dengan telefon bimbit masing-masing.

"Itu kau tak perlu kenal. Cukup untuk kau tahu yang dia orang berdua kawan kepada Carl." Jelas Cadee dalam nada tegas. Perlahan-lahan Ayeshah mengangguk kepalanya.

"Apa hubungan awak semua dengan saya?" Soal Ayeshah hairan. Sejak hari pertama dia kemalangan, hanya Carl saja yang datang menjenguknya. Ahli keluarganya langsung tidak datang menziarahinya.

"Kau tahu kan yang Carl punca kau jadi macam ni?" Cadee merenung wajah Ayeshah sedalam yang boleh.

"Tahu.." Perlahan saja nada Ayeshah mengatur ayatnya. Walaupun perlahan, ianya cukup jelas di telinga Cadee.

"Kau tak marah?" Laju saja Ayeshah menggeleng kepalanya.

"Ini semua takdir. Siapalah saya nak melawan takdir Tuhan.." Ayeshah mula mengeluh. Perit ataupun tidak, dia tetap perlu terima. Ini semua takdir yang sudah tertulis untuknya. Dia hanyalah manusia biasa, jadi tiada hak untuk dia menolak takdir yang Tuhan turunkan untuknya.

Terdiam Cadee tatkala medengar ayat yang meluncur keluar daripada mulut Ayeshah. Dia tidak sangka jawapan itu yang bakal keluar.

"Saya nak tanya boleh?" Soal Ayeshah perlahan. Risau juga kalau jejaka ini tidak memberi keizinan untuk dia bertanya.

Xylon mengerutkan dahinya. "Banyak pula mulut perempuan ni.."

Daren terus mengangkat wajahnya lalu dia memandang Xylon yang berada di sebelahnya. Walaupun ayat yang dinyatakan oleh Xylon itu diujar dalam nada yang rendah, tetapi ia cukup kuat di telinga Daren.

"Diamlah. Sibuk je orang tua nak bercakap." Daren kembali focus pada telefon bimbitnya. Begitu juga dengan Xylon.

"Kau nak tanya apa? Mood aku tengah baik ni nak jawab soalan kau.." Ujar Cadee mendatar. Dia masih menanti soalan yang bakal keluar dari mulut Ayeshah.

"Nama adik awak tu sebenarnya siapa? Erden ke Carl?" Mendengar soalan yang keluar dari mulut Ayeshah, Cadee terus merengus kecil.

"Nama dia Erden Carl.." Jelas Cadee dalam nada yang rendah. Dia tahu pasti Ayeshah akan bertanya tentang Carl padanya.

Ayeshah mengangguk faham. "Habis tu kenapa awak suruh saya panggil dia Carl, tapi dia suruh panggil Erden?"

Cadee mengetap rahangnya. Nafas ditarik perlahan. "Tak semua orang boleh panggil dia Erden. Hanya orang tertentu saja.."

Berkerut dahi Ayeshah apabila mendengar penjelasan Cadee. Dia menggaru belakang kepalanya. Semakin rumit pula.

"Orang tertentu? Apa maksudnya? Saya tak fahamlah.." Ayeshah memandang Cadee dengan penuh tanda tanya.

Xylon yang memasang telinga itu terus mengeluh. "Lembab betullah perempuan ni. Otak lama tak service ke apa?"

Daren yang mendengar itu tersenyum sinis. "Kan masa accident hari tu dia jalan kaki, maknanya dia tak ada kereta nak pergi service.."

Xylon memandang Daren seakan tidak percaya. "Woah! First time kau perli orang.." Terpegun Xylon memandang Daren.

"Nak try juga perli orang, macam best aje.." Xylon dan Daren terus tersenyum senget

"Hanya orang yang penting saja yang boleh panggil dia dengan nama tu.." Jelas Cadee sekali lagi. Lama Ayeshah menghadam ayat yang keluar dari mulut Cadee.

Jelas wajah Ayeshah terkejut apabila sudah memahami penjelasan Cadee. Dia memandang wajah Cadee seakan tidak percaya.

"Ma-maksudnya.."

Cadee terus mengangguk laju. "Maksudnya kau pentinglah dalam hidup dia.."

Cadee terus bangun dari duduknya. Daren dan Xylon turut bangun. Mereka bertiga terus menapak keluar dari bilik itu dan membiarkan Ayeshah dalam keadaan terpinga-pinga.

CARL duduk di sofa yang terletak di ruang tamu. Makanan ringan yang diambil dari dapur itu dimasukkan ke dalam mulut. Matanya focus menonton movie yang disiarkan pada kaca televisyen.

Cadee, Daren dan Xylon masuk ke kawasan rumah agamnya. Pintu besar rumah itu dibuka perlahan-lahan. Bukannya macam Carl, buka ganas sangat. Mereka bertiga terus memandang sesama sendiri tatkala mata melihat figura Carl yang sedang bersenang-lenang di hadapan televisyen.

Sofa kosong itu diduduk oleh mereka. Carl memandang Cadee dan lain sekilas sahaja. Dia kembali memandang kaca televisyen. Mulutnya masih mengunyah makanan yang diambil tadi.

"Carl? Kau tak nak pergi jaga dia ke?" Soal Cadee dengan tegas. Sudahlah langgar anak dara orang, lepas itu tak mahu jaga pula.

"Nak buat apa? Bukannya isteri aku pun.." Balas Carl tanpa memandang wajah abangnya. Geram saja Cadee ketika ini. Mahu saja dia tutup televisyen itu.

"Kau kata nak bertanggungjawab? Apahal sekarang kau ada dekat sini?" Cadee menghela nafasnya apabila Carl tidak mahu bercakap dengannya.

Remote televisyen itu diambil lalu ditekan butang merah. Serta merta kaca televisyen itu bertukar gelap dan hitam. Carl memandang abangnya dingin.

"Apa masalah kau ni, Er? Kau ni ada masalah hidup ke?" Carl merengus kasar. Kalau sehari tak menyakitkan hatinya tak boleh ke?

"Ada. Kaulah masalahnya. Selalu menyusahkan.." Cadee merenung tajam wajah adiknya. Mengapalah Tuhan kurniakan kepadanya adik yang tidak faham bahasa?

"Aku ada menyusahkan hidup kau ke? Tak ada kan. Kau diam sajalah." Carl memutarkan bebola matanya.

"Listen to me, Erden Carl.." Carl mengeluh perlahan dan terus memandang wajah ketat abangnya. Dia terpaksa mendengar kata abangnya apabila Cadee sudah menyebut nama penuhnya.

"Kau suka dia kan?" Cadee terus tersenyum kecil. Dia tahu isi hati adiknya ketika ini.

Carl yang mendengar itu terus tersenyum sinis. "Apa kau merepek ni lahanat?"

Xylon yang turut mendengar itu hanya mengetap bibirnya. "Jujur jelah yang kau dah jatuh cinta dengan dia.."

Carl terus menggeleng kepalanya. "Apa bukti kau? Mana kau tahu aku dah jatuh cinta kat perempuan tu?"

"Panggil aku Erden.." Daren mengajuk semula ayat yang Carl lontarkan kepada Ayeshah sewaktu di hospital tadi.

Cadee terus Tersenyum sinis. "Kau tak akan saja-saja suruh orang panggil kau Erden. Nama Erden tu hanya orang yang bermakna je yang boleh panggil.."

Carl terus terdiam sebelum dia memutarkan bebola matanya. "Merepek.."

"Dah jatuh cinta tak nak mengaku. Cakap ajelah kau dah fall in love dengan dia.." Xylon menggeleng kepalanya. Susah juga ya kalau kita ter-fall in love dengan seseorang ni.

"Macam mana nak mengaku kalau benda tu tak betul?" Carl terus menjeling Xylon. Daren yang memasang telinga itu hanya diam sahaja. Bukannya dia tidak tahu yang Carl sedang dilamun cinta.

Mereka semua diam dan senyap. Sudah malas mahu bertengkar dengan Carl. Cakap banyak-banyak bukannya Carl mengaku.

Stephen dan Eric yang baru saja turun ke ruang tamu itu memandang mereka hairan. Sudah kenapa semua senyap? Jarang-jarang rumah ni sunyi sepi.

Carl mengangkat wajahnya. Wajah abangnya ditenung. "Er? Kalau aku nak kahwin, kau bagi tak?"

"Uhuk! Uhuk! Uhuk!" Terus tersedak Stephen yang sedang menikmati jus oren itu.

"Uhuk! Uhuk! Uhuk! Uhuk!" Kini giliran Eric pula. Batuknya tidak berhenti sehingga keluar air mata. Okay, parah ni parah.

"Ap-apa Carl? Cu-cuba repeat. Telinga ni macam problem pula tadi.." Ujar Eric bersama pandangan yang tidak percaya.

Cadee sudah tersenyum kecil. "Kenapa? Dah penat pendam perasaan?"

"Ehem, orang dah jatuh cinta.." Xylon memandang wajah Carl tidak berkelip.

"Jatuh cinta? Dengan siapa?" Stephen memandang wajah Carl seakan tidak percaya.

"Dengan Aye-" Belum sempat Daren menghabiskan ayatnya, Carl sudah menutup mulutnya dengan tapak tangan.

"Mana ada aku jatuh cinta. Saja tanya." Ucapnya lalu dia terus bangkit dan menuju ke dapur. Mereka hanya memandang saja pemergian Carl.

To Be Countinued
—Ree

继续阅读

You'll Also Like

125K 7.1K 56
𖤐 BROKEN SERIES BOOK 1 ⊹♡ start : 02072023 end : 07022024 ⚠️clichè
831K 43.4K 63
✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 1st badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ 𝐊𝐚𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐤𝐮.❞ Er...
1.1M 64.9K 60
Mr Mama Series🌷 --- -"A King who was never stop to love his Queen"- PERKAHWINAN atas dasar cinta buatkan Illyana terjerat sendiri di dalam istana bi...
906K 47.6K 67
[ COMPLETED ] Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak m...