Kalau Sudah Tertakdir | C (IN...

Galing kay Qeyraaaaa_

15.3K 324 2

SLOW BURN WARNING ⚠️ "Aku rasa aku kena ingatkan balik siapa diri kau. Mana tahu kau dah lupa ingatan? Kau da... Higit pa

COPYRIGHT
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 28

BAB 27

206 11 0
Galing kay Qeyraaaaa_

Bonet pink Audi RS3 yang terpaling kesayanganku terbuka luas. Kenapa yang terpaling? Bukan paling atau kesayangan sahaja? Kerana kereta inilah bukti terpahatnya cintaku terhadap suamiku. Dan menunjukkan bahawa seteruk-teruk dia, dia setia berpegang pada janji untuk menunaikan segala keinginanku biarpun kadang-kadang tak logik dek akal.

Termasuk cik pinkie, nama istimewa untuk keretaku. Bukan aku tak berkemampuan untuk membeli dengan wang sendiri. Namun mengingatkan bayaran mantainance dalam bulan tertentu, kos baiki serta kos-kos tersembunyi membuatkan aku terpaksa menguburkan impian.

Berkotak-kotak beg putih berlabel jenamaku dipunggah keluar. Berisi tudung pelbagai corak bersama hiasan bunga palsu. Pintu tengah dibuka. Mencapai lima gaun labuh yang dibalut kemas dalam beg pelindung pakaian. Lagi lima di bahagian penyangkut kiri.

Hairan juga aku mengapa Harraz membuat permintaan agar aku menghantar barangnya. Sudah dimaklumkan awal-awal yang semua pesanan berskala besar akan dihantar oleh pekerja menggunakan van butik. Kecuali dalam keadaan terdesak. Aku sendiri akan turun padang.

Aku khuatir baju-baju akan ronyok ketika sampai ke tangan tuannya. Berhadapan dengan spesies yang tak cerewet, aku boleh bertimbang rasa lagi. Kalau sebaliknya, mulalah episod 'kita jumpa kat mahkamah' atau nak sedap pada halwa telinga, 'see you at the court!'

"Lama tunggu saya?"

"Taklah, baru tunggu 5 minit. Dah awak drive laju sangat, baru nak tunggu kaki saya ni patah riuk." Aku selamba menyindir.

Dahi Harraz berkerut berlapis-lapis. Memproses dalam makna ayatku sebelum dia ketawa terbahak-bahak. Dua lekukan yang timbul pada pipi menyerlahkan kemanisan wajahnya yang sawo matang. Punya lesung pipit, lelaki idaman setiap wanita.

Sara? Itu kena tanya empunya badan.

"Raisya, Raisya. Gadis polos yang sometimes gila-gila orangnya dan boleh bertukar garang sekelip mata. Because of that jerk."

"And that jerk rich man is officially my husband now,"ujarku bangga dengan sengihan lebar. Flex terbaik yang aku ada setakat ini.

"Aydan apa khabar?"

"Alhamdulillah, dia sihat walafiat."

"Sara?"

Aku dah mengagak nama adikku akan meniti juga dalam perbualan kami. Insting seorang kakak. Firasatku kuat mengatakan sesuatu silang kata yang belum diselesaikan antara mereka berdua. Selagi tidak memperolah jawapan akan kemusykilan di minda, makin hebat hatiku berteka-teki.

"Dia okey je. Tapi Harraz bila ada masa free nanti, tengok-tengokkanlah keadaan Sara tu."

"Kenapa dengan Sara? Dia sakit ke?" Panik.

"Kurus macam orang sakit. Harraz perasan kan perubahan kat fizikal Sara?"

Perasaan serba salah menghambat diri tika berura-ura memohon pertolongan Harraz. Itu sebab aku berharap hubungan mereka baik-baik sahaja. Jadi kerja Harraz untuk mengawasi menjadi lebih senang supaya tahap kesihatan Sara kembali pulih seperti sedia kala. Namun apakan daya, Harraz bukanlah seorang doktor terlatih yang memiliki klinik persendirian. Kalau tidak, dah lama aku mengupah perkhidmatan Harraz khas untuk adikku.

Aku tak berniat sedikitpun untuk ambil kesempatan. Atas kebaikan Harraz. Atau... lebih baik aku lupakan sahaja soal tadi.

"Saya perasan jugak. Awak pun sama, jaga kesihatan dan jangan skip makan. Nanti jatuh sakit, payah karang. Saya bukan ada selalu untuk tolong,"pesan Harraz lembut. Sambil itu, tangannya bergerak menyambut kotak tudung yang dihulur. Disumbat ke dalam bahagian tengah penumpang yang agak berselerak dengan briefcase kulit.

Aku telan liur payau. Hanya aku je ke merasakan yang ayatnya aneh? Ayat terakhirnya seolah diulang main dalam ruang mindaku. Sudahlah Raisya, overthinking lagi! Riak muka sedaya upaya dikawal tenang.

"Hahaha... awak tak perlu risau. Kalau saya sakit ke, saya boleh inform Aydan. Dia suami saya, so ada sebab ke untuk saya suruh orang lain temankan saya jumpa doktor?" Aku buat-buat tanya. Dengan penuh yakin, tanpa secuit rasa bersalah. Padahal sebenarnya mahu je aku gam mulutku yang terlebih ramah kali ini.

"Aah, lupa pulak."

Tersentak kuat aku sejenak tatkala Harraz berkata sebegitu. Lain macam sangat dah ni! Kena bawa berubat dengan ustaz kampung aku rasanya. Boleh hembus-hembus manja sikit bagi nyah segala jin kafir yang membuat sarang. Mana tahu kena guna-guna buatan orang. Tak memasal aku menjadi mangsa keadaan. Seram pula aku!

"Harraz, saya rasa lebih elok saya undur diri dulu. Sebab saya dah janji dengan Aydan balik awal,"kataku. Cara paling efektif untuk mengelak daripada situasi kekok buat masa sekarang.

"Nak saya hantarkan ke rumah?"soal Harraz.

Bulat mataku membesar.

"It's okay saya boleh drive sendiri. Lagipun takkanlah saya nak tinggalkan kereta saya kat sini?" Aku menolak tawarannya dengan sopan.

"Kalau saya ikut awak?" Harraz masih tak berputus asa mencuba nasib.

Tanpa senjaga keluhan dilepaskan. Aku sebenarnya bukan tak suka dia mengikutiku pulang ke rumah. Namun sedikit berat hati kerana berkemungkinan boleh mencetuskan pertikaman mulut antara kami suami isteri. Bimbang suamiku akan salah faham. Payah benar nak pujuk Tengku Aydan yang sememangnya kuat merajuk.

"Alang-alang tu boleh jumpa Aydan. Dah lama tak jumpa dia."

Mahu tak mahu, aku mengangguk tanda setuju. Tangan dilambai satu kali sebagai isyarat. Sepantas kilat badan dibenam masuk ke dalam perut kereta. Cermin pandang belakang yang senget diposisikan tegak.

Apabila aku menekan minyak, laju keretanya dipandu agar tak tertinggal jauh kerana ketika itu jalan agak sesak dengan pelbagai kenderaan. Jarak rumahku dengan kawasan lapang kami bertemu tadi dekat sahaja. Buktinya tak sampai 10 minit, kereta kami selamat berhenti di hadapan sebuah rumah agam.

Masuk-masuk je, ruang parking utama telah diisi satu kereta. Menunjukkan suami tercinta telah balik dari tempat kerja. Entah bagaimana mahu gambarkan betapa aku rasa tak sedap hati. Betul seperti yang aku agak, keluar figura tinggi lampai itu yang santai berbaju putih kosong dan berseluar sukan. Berpura-pura batuk kecil sebelum menghampiri kami. Dengan muka tak berperasaan, ditongkat sikunya pada bumper belakang keretaku.

"Baru tahu jalan balik? Ingat dah lupa suami kat rumah." Sinis Tengku Aydan bertanya.

Harraz lantas menuju ke arah kami. Bahu tegap Tengku Aydan ditariknya dalam rangkulan sebelah tangan. Tak mengesahkan jelingan helang rakannya. Bak kata gen Z, benda boleh bincang buat apa nak gaduh? Ke terbalik? Hahaha...

Aku hanya diam membisu. Tak berani masuk campur urusan brader-brader.

"Wei, bro. Sorry aku lupa nak bagitahu kau. Tadi aku jumpa dengan Raisya sebab nak ambil barang yang aku tempah dari butik dia,"terang Harraz.

"Oh yeah? Staf yang berlambak kat butik buat apa? Makan gaji buta?"

"Amboi mulut..." Tak sempat aku menghabiskan kata-kata, dia pantas memotong.

"Raisya Qistina, masuk dalam sekarang. Now!"

"Tapi..."

Tengku Aydan menjegil mata.

"Masuk!" Teriakannya sekuat petir yang membelah bumi. Buatkan lidahku kehilangan fungsi untuk menentang arahannya lagi. Macam robot yang baru dimasukkan atur cara. Automatik kaki diatur masuk ke dalam rumah.

Mata Tengku Aydan dialihkan pada lelaki yang datang bersama isterinya.

"Dan kau pulak, lain kali boleh je kau guna service van butik dia. Kau bukan tak banyak duit. Berkepuk-kepuk kat peti besi. Alah... setakat bayar upah delivery je. Ataupun aku boleh suruh Jayden hantarkan. Budak tu bukan ada kerja sangat."

"Kau marah ke aku jumpa Raisya?"

Pui!

Mulut meludah air liur ke arah longkang kecil betul-betul di sebelahkaki lima. Soalan tadika apalah yang si Harraz pakai ni? Bikin hatinya semakin panas menggelegak je.

"Tak. Tak marah pun. Tapi kau nampak pagar rumah aku? Hah, tu jalan keluar. Pergi mampuslah dengan soalan bodoh kau tu!" Tengku Aydan memaki kesat. Sah-sah Raisya isterinya. Mana taknya dia rasa nak hantuk kepala Harraz kat dinding sekarang tetapi terpaksa ditahan. Bongok sangat!

Astaghfirullah, mencarut lagi..

Tengku Aydan mengorak langkah ke ruang tamu. Meninggalkan Harraz yang masih terpinga-pinga berseorangan. Tak lama dengan itu, kedengaran bunyi deruman enjin kereta yang bising akibat berkali-kali ditekan minyak. Bunyi itu semakin lama dirasakan semakin jauh daripada sini.

"Awak haus? Nah, saya ada buatkan jus epal hijau untuk awak." Aku berkejaran menuju ke arahnya. Dengan segelas cawan yang dituang cecair hijau cair di tangan. Tertumpah sedikit ke lantai apabila aku berhenti secara mengejut. Tanpa diarah terus dilap dengan kain lembap dapur.

"Chocolate. Frappe." Mendatar.

"Okey, saya order sekejap." Aku menggosok-gosok hujung seluarku yang terkena jus. Bersihkan ala kadar supaya tak terlalu kelihatan kotor.

Selepas aku siap membuat pembayaran untuk minuman suamiku, baru aku tukar seluar lain. Zaman sekarang mudah belaka. Semuanya di hujung jari. Jadi aku tak berapa risau setiap kali dia mengidam minuman kegemarannya.

"Duduk sini depan aku, mein engel. Aku nak cakap dengan kau."

Bukan main aku mencari dari mana datangya suara garau itu. Toleh ke kiri dan ke kanan, nasib tak jadi teleng betul. Rupa-rupanya dia sudah elok duduk tersandar di kerusi meja makan.

"Butik macam mana? Sales bulan masyuk tak? Aku dengar hari tu ada orang mengamuk besar kat butik kau." Tengku Aydan memulakan bicara. Tak geti sabar.

Dia tak marah lagi ke?

"Oh... hari tu." Aku seperti teringat sesuatu. Perihal kes butikku yang agak hangat diperkatakan dua minggu lepas. Beberapa jam sahaja namaku terpampang pada carian nombor satu Twitter. Puncanya buat masalah dengan anak orang kaya. Kira dalam banyak-banyak keuntungan yang diperoleh butikku, terselit juga satu hari di mana aku teruk dikecam netizen. Aik, masalahnya komen-komen dipenuhi dengan kemarahan mereka terhadapku yang semudahnya pergi meminta maaf pada gadis muda itu. Termenung jauh juga bila aku baca.

Apa yang tak kena dengan orang Malaysia ni? Dah cukup baik aku turunkan ego. Walhal bukan salah butik aku jika saiz baju pengantinnya tak padan dengan badan. Setelah diperiksa semula, ternganga semua apabila semuanya terbongkar.

Termasuklah kejayaan anak orang kaya itu mengembangkan badan sehingga sihat sebegitu rupa. Makan tak ingat dunia. Sepatutnya sedia maklum yang dia bakal naik pelamin tiga bulan lagi.

"Alhamdulillah, budak tu pun dah tarik balik saman. Cuma... sampai tak sudah tarik muka bila kitaorang terserempak. Semalam bila saya nak salam, dia buat muka toye."

Tiba-tiba, cermin kaca meja ditumbuknya geram.

"Ei, geram pulak aku dengar cerita kau ni. Kalau aku ada sekali semalam, dah lama terpelanting aku sepak."

Aku tergelak. Terhibur.

"Saya pun ada satu lagi gosip nak share dengan awak,"kataku.

"Apa?"

"Awak kenal tak model baru yang tengah naik sekarang?"

Terjongket kening Tengku Aydan.

"Siapa?"

"Alah... yang baru-baru ni dia bukak tudung. Surprisingly, saya dapat jumpa dia pagi tadi. Dan paling yang mengejutkan saya, dia boleh selamba badak baling botol mineral kat muka Yu Xin. Bila saya sound, dia try buka penutup botol. Saya apalagi rampas lepas tu simbah kat dia." Bersemangat benar aku meluahkan segala tidak puas hatiku akan kebiadapan model itu. Muka cantik tapi tak ada adab susila. Baru setahun jagung dalam industri seni sudah bersikap kurang ajar. Tahun-tahun seterusnya?

Giliran dia pula tertawa mendengar khabarku.

"Slay siot isteri aku. Kenapalah kau tak simbah ke dengan air panas ke apa? Biar hitam berparut terus. Padan muka tak laku!" Tengku Aydan menambah kegentingan situasi dengan idea gilanya.

"Lebih-lebih pulak awak ni,"tegurku sambil menggeleng kepala.

"Bukan aku tak tahu yang kau memang dah lama teringin nak buat. Lagi jumpa manusia macam tu. Memang ngamlah. Tapi kau okey lagi sebab simbah air putih."

"Kan... nak je saya balas lagi teruk. Tapi saya takut orang kecam saya. Saya tak nak hilang fans saya." Ya Allah, tak boleh dibayangkan sekiranya mimpi burukku benar-benar menjadi kenyataa n!

Sebak pula rasanya tatkala mindaku melayang pada peminat-peminat yang setia menyokongku dari bawah. Siap ada kelab peminat seMalaysia ditubuhkan untukku. Dikendalikan oleh pembantu peribadiku, Yu Xin semestinya.

Tengku Aydan memetik ibu jarinya agar perhatianku diberikan penuh kepadanya. Terkelip-kelip mataku memandangnya.

"Mein engel, dengar sini cakap aku. Tujuan kau hidup

untuk siapa? Untuk puaskan hati orang lain ke untuk kebahagiaan kau? Sebanyak mana pun kau berusaha untuk nampak sempurna kat mata manusia, diorang tak akan pernah nampak. Bukan diorang yang bagi kau makan. Bukan diorang yang bagi kau rezeki. Diorang siapa? Penghancur kegembiraan orang je." Lantang Tengku Aydan bertazkirah lewat waktu asar ini. Acah-acah pak ustaz bidang terjun.

Terdiam aku jadinya. Tak tahu nak jawab apa.

"Are you listening to me, mein engel?"

Mata kami berlaga. Lama sebelum aku tunduk semula.

"Maybe?"

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
1.6K 137 25
[Spin Off MAMT πŸ’™] Hidupnya berubah dalam sekelip mata tatkala, satu kejadian hitam yang berlaku. Dan kerana itu, dirinya kini terasa seolah-olah di...
10.6K 473 82
Mengisahkan tentang perjalanan cinta pahit dan manis yang ditempuhi satu pasangan kekasih , Tengku Aali Irshad dan Elyana Maisarah . Pertemuan pertam...
236K 15.5K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...