[C] Cukup Sempurna

By TheLittleShi

73.4K 3.7K 110

STATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kala... More

Cukup Sempurna
Prolog
1-Hayera Talia
2-TalLiyas' Cafe
3-Permulaan
4-Raed & Raes
5-Muiz, Kawan Baik
6-Ibu
7-Naufal yang Jengkel
8-"Kau sukakan dia kan?"
9-Ayah Akan Gembira
10-Larikan Talia!
11-Behind The Story
12-"You Promised me..."
13 - Talia's Feeling
14 - Muiz Belot!
15 - Raed's Confession
16 - The Answer
17 - White Rose Means...
18 - The Trio
19 - Rahsia Hati Muiz
20 - Perempuan Oh Perempuan!
21 - Assalamualaikum, My Sweetheart
22 - Bie
23 - "Its Abang Baby..."
24 - Flashback
25 - Girls x drama
26 - "Where have you been?"
27 - "Apa yang cantik?"
28 - Dejavu
29 - Jumpa Lagi
30 - HosPlay
31 - Mimpi
32 - Niat Tak Baik
33 - Bercakap Dengan Cermin
34 - Americano and Latte
35 - Laila Raihana
36 - Memori
37 - Memori II
38 - I don't want to... live anymore...
39 - Kau sentuh dia...
40 - "π‘·π’‚π’“π’‚π’„π’†π’•π’‚π’Žπ’π’?"
41 - Glimpse of Us
42 - Memori III
43 - "Abang ada..."
44 - Cukup Sempurna
45 - Aku tak selamanya single
46 - Jaga Diri
47 - Jangan Mungkir Janji
48 - Cemburu
49 - "Boleh Talia cuci mata"
50 - "Ma..."
51 - " I'm stronger than she knows"
52 - Move On
53 - Turning Tables
55 - Futsal
56 - Pengakhiran
EPILOG
Cukup Sempurna - Special 1
Cukup Sempurna - Special 2
Cukup Sempurna - Special 3
Cukup Sempurna - Special 4
Cukup Sempurna - Special 5 (Last)
A/N from Shi❀
JIKA ADA JODOH

54 - Bidadari Megat Raed Baihaqi

1.3K 54 0
By TheLittleShi



"HOW about your wife?" soal Syed Taufiq apabila melihat wajah sahabatnya yang nampak tenang itu. Tidak seperti ketika isteri lelaki itu masuk hospital tempoh hari. Rasanya sudah hampir 3 minggu kejadian itu berlalu. Dan Megat Raed langsung tidak membuka mulut tentang perihal isterinya.

Megat Raed mengerling sekilas pada Syed Taufiq. Kemudian beralih pada wajah Ziyad. Dua-dua tengah tayang muka busy body. Tak pernah kalau tak menyibuk kalau hal berkaitan dia dan isterinya.

"Talia sihat. Survive and getting better. Hari ini dah mula masuk kerja balik. Harapnya semua okay lah. Aku tengok beberapa minggu ni, emosi dia dah kembali stabil. So.. aku assume dia boleh manage emosi dia dengan baik." Jawabnya panjang lebar.

Malam semalam Talia minta izinnya untuk masuk bekerja semula. Katanya, kesiankan Aliya yang terpaksa uruskan segalanya kerana dia ambil cuti yang panjang untuk rehat. Walaupun wanita itu faham, Megat Raed juga faham keadaan di café yang agak sibuk kerana order yang banyak dan kekurangan kakitangan untuk membantu.

Selain itu, dia tahu, Talia juga perlukan distraction. Sebab itu dia izinkan. Jika Talia terus berada di rumah, dia bimbang Talia gagal mengurus emosinya biarpun keadaannya kian membaik.

"Syukurlah. She deserves to be happy. Dengar kata Datuk Anita dah kena tahan. Anak dia pun tunggu masa kan? Bila dia discharge?" suara Syed Taufiq lagi.

"Zackri kata esok. Kalau aku jadi Zackri, semalam lagi aku keluarrkan lelaki tak guna tu dari hospital ni." Sampuk Ziyad penuh geram. Dia geramkan Dr. Zackri sebenarnya. Lelaki itu penuh dengan empati yang tinggi terhadap pesakit. Termasuk pesakit yang jahat.

Megat Raed hanya mendiamkan diri. Malas mahu berbahas tentang perkara itu. Biar papa dan abah mentuanya saja yang uruskan perkara yang berkaitan undang-undang.

"Sebut pasal Datuk Anita dan anak dia, kau tahu tadi kecoh dekat ortho gambar-gambar Dr. Rina dengan lelaki dekat club. Bukan dekat club je, bilik hotel pun belambak dalam Twitter." Suara Ziyad pula.

"Aku pun dengar benda yang sama. Bukan ortho je, hampir semua department pun tengah bercakap sekarang ni." Sambung Syed Taufiq pula.

"No wonder dia tak datang hari ni." Sampung Megat Raed. Wajahnya selamba.

"Dia under kau kan sekarang?"

Soalan Ziyad dibalas anggukan. Perlahan dia sisip air Nescafé suam. Aroma yang wangi. Rasa yang enak.

"Aku dengar-dengar, ramai juga doktor-doktor yang dia pernah try. Dia tak pernah try kau ke sebelum ni, Raed?"

Ye lah. Nak juga dia tahu sebab bukan seorang dua yang bercakap yang Dr. Rina tu minatkan Raed. Banyak. Waima bilik kecemasan itu penuh dengan pesakit-pesakit kecemasan, masih sempat nurse disitu bercakap tentang Dr. Megat Raed Baihaqi.

"Eh, aku tak layan la budak-budak macam tu. Lainlah kalau orang tu isteri aku. Itu tak perlu dipaksa, aku yang tergila-gilakan dia." Tukasnya laju

Gila betul dengan pertanya Syed Taufiq tu. Boleh mengundang spekulasi.

"Eleh! Talia dengan Dr. Rina tu sebaya lah!" jeling Syed Taufiq. Over sangat kenyataan Megat Raed tu

"Kau rasa apa akan jadi pada Dr. Rina eh? Gambar-gambar tu tersebar luas korang tahu. Reputasi hospital confirm nak kena jaga." Sambung Ziyad tentang perbualan mereka tadi.

"Entah. Tapi dengar kata, ada meeting antara Board of Director (BOD) akan dibuat nanti. Matilah. Mana pernah jadi lagi kes-kes macam ni. Bila jadi macam ni, banyak shareholder mula bercakap, banyak bendalah BOD kena buat nak tutup semua mulut." Terang Syed Taufiq pula.

Megat Raed hanya diam. Telinga cuma mendengar perbualan sahabatnya yang jelas-jelas menunjukkan skill membawang yang terpendam itu. Hebat betul membawang. Ini kalau Talia tengok pun boleh menangis. Kalah punya pasal.

Apa akan jadi kalau mereka tahu dia antara orang yang terlibat menutup periuk nasi Dr. Rina dengan cara begini? Dia kisah apa, perempuan itu terang-terangan menghina isterinya tanpa cermin diri sendiri terlebih dahulu. Memang mendapatlah.

Sudahlah dia menahan sabar cukup lama dengan perempuan seperti Dr. Rina tu. Menggedik nombor satu.

TALIA merehatkan badannya sebaik saja masuk ke dalam rumah. Megat Raed tidak kelihatan. Mungkin sedang berada dibilik mereka atau sedang membersihkan diri.

Tubuhnya dibaringkan atas sofa tiga rangkai itu. matanya dipejam. Bukan untuk tidur, cuma untuk berehat. Nafas pula dihela perlahan. Penat seharian menguruskan café. Mungkin kerana dia terlalu lama bercuti.

Jumlah order di café semakin hari semakin banyak. Tak menang tangan Aliya sampai mereka fikir untuk merekrut pekerja-pekerja baru untuk membantu meringankan kerja harian mereka. Tambahan pula, ada beberapa orang pekerja yang mula mengundur diri untuk meneruskan pengajian dan sebagainya.

Seketika cuma, matanya kembali terbuka apabila satu notifikasi berbunyi dari telefonnya. Dia meraba mencari telefonnya didalam beg.

Skrin bertukar cerah. Headline notifikasi dari twitter itu dibaca.

'2 hari lepas makcik. Sekarang, anak buah pula perangai macam murahan?!'

Keningnnya berkerut. Entah apa pula yang trending pada hari ini. Jarinya mula menekan ikon notifikasi Twitter tersebut. Terpampang gambar Aufarina dengan pelbagai gaya seksi bersama-sama lelaki yang berlainan setiapnya. Bukan itu saja, tular juga gambar-gambar intim Aufarina dengan lelaki yang membuat Talia rasa mahu muntah.

Dari baring,Talia kembali membetulkan duduk, memasang sila diatas sofa. Membaca satu per satu komen yang ditulis.

'Anak beranak Anita ni memang problem agaknya.'

'Dengar kata anak dia lawyer. Dia pula golongan kayangan. Aku harap kes ni tak ada bias.'

'Perempuan macam ni elok buat tempat lap kaki saja. Murahan!'

Dan pelbagai lagi komen yang berbentuk cacian dan makian. Yang Talia sendiri telan liur untuk membaca. Komen netizen Malaysia ni, kalau tak fikir panjang memang tidak sah! Menakutkan sungguh kalau difikirkan berkali-kali. Cepat menjatuhkan hukum tanpa tahu perkara sebenar. Mana tahu gambar tu semua fitnah kan?

"Sweetheart, buat apa tu?"

Talia kali memandang Megat Raed yang sedang menuruni tangga. Baju kemeja pagi tadi sudah bertukar dengan pakaian t-shirt kasual bersama seluar pendek bawah lutut. Pakaian rasmi dirumah.

"Talia baca pasal Aufarina. Dia dah trending dalam Twitter dengan gambar-gambar dia yang..." kata-katanya terhenti. Tidak tahu mahu bagaimana untuk mendeskripsikan tentang gambar itu.

Megat Raed duduk disebelah isterinya. Mata menjeling skrin telefon yang cerah dengan paparan komen-komen penuh judgemental daripada netizen.

"Ohhh.. no wonder dia tak datang hospital tadi. Dengar kata tadi dapat surat amaran dan notis 24 jam berhenti." Ulang Megat Raed lagi seperti kenyataan tanpa perasaanya tadi ketika dia dengan kawan-kawannya. Kosong dan berselamba.

"Seriously? Dia tak habis lagi kan HO?"

"Ya. Tapi sayang tahu tak, for the sake of jaga nama baik hospital. Benda-benda macam ni boleh buat hospital rugi besar. Walaupun nampak kecil, tapi impak dia sangat besar. Mereka tak mahu ambil risiko, and at the same time, tak mahu nampak Dr. Rina ada rekod buruk. Sebab tu dia orang bagi notis 24 jam." Sambung Megat Raed lagi panjang lebar.

Talia terdiam. Tidak tahu untuk berkata apa. Kesian apabila mengingatkan Aufarina. Dengan masalah ibu saudara dan juga Naufal, gambar-gambarnya yang turut tersebar. Kini diberhentikan kerja. Apa yang bakal terjadi pada wanita itu?

Tapi pada masa yang sama, separuh hatinya merasakkan semua itu layak diterima oleh Aufarina atas apa yang wanita itu telah rancang atas perkara yang terjadi 6 tahun lalu. Tidak termasuk dengan mulut bacul wanita itu menuduhnya sebagai perempuan murahan.

Dan kini lihatlah. Dunia telah membuktikan yang sebaliknya.

"Kesian dekat dia kan, abang..."

Megat Raed pandang isterinya tak percaya? Bagaimana isterinya boleh jadi begitu baik terhadap orang yang telah menganiya dirnya dulu? Bidadari apa yang Tuhan berikan padanya ini? Bidadari Megat Raed Baihaqi?

"Enough about her. Sayang dah solat?"

Soalan itu Talia balas dengan anggukan.

"Then pergi mandi dan bersiap. Mama minta kita balik sana malam ni. Ada makan-makan sikit. Raes nak kenalkan mama dan papa dengan Ulya secara official."

"Seriously?!"

"Hmm. Ibu dengan abah pun ada nanti. So, jom abang mandikan sayang!" seraya itu tubuh kecil Talia dicempung.

"Taknak, abang!"

"Ala, mandi je sayang"

"No! I know you, abang!"

Jeritan Talia dibalas dengan tawa bebas Megat Raed.




261122

SHI

Continue Reading

You'll Also Like

640K 24.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
64.1K 2.3K 51
#2 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Mynn Zaryn x Adam Ashraf COMPLETED VOTES & COMMENTS WELCOMED. "Captain baby monkey!" Terngiang-ngiang panggilan itu...
565K 19.3K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
196K 9.7K 69
[KARYA PERTAMA] [Completed] Known as: Cinta Untuk Kamu Lagi Tengku Ayie Idlan - Seorang lelaki yang membenci kaum wanita. Sifat benci tersebut munc...