[C] Cukup Sempurna

By TheLittleShi

73.4K 3.7K 110

STATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kala... More

Cukup Sempurna
Prolog
1-Hayera Talia
2-TalLiyas' Cafe
3-Permulaan
4-Raed & Raes
5-Muiz, Kawan Baik
6-Ibu
7-Naufal yang Jengkel
8-"Kau sukakan dia kan?"
9-Ayah Akan Gembira
10-Larikan Talia!
11-Behind The Story
12-"You Promised me..."
13 - Talia's Feeling
14 - Muiz Belot!
15 - Raed's Confession
16 - The Answer
17 - White Rose Means...
18 - The Trio
19 - Rahsia Hati Muiz
20 - Perempuan Oh Perempuan!
21 - Assalamualaikum, My Sweetheart
22 - Bie
23 - "Its Abang Baby..."
24 - Flashback
25 - Girls x drama
26 - "Where have you been?"
27 - "Apa yang cantik?"
28 - Dejavu
29 - Jumpa Lagi
30 - HosPlay
31 - Mimpi
32 - Niat Tak Baik
33 - Bercakap Dengan Cermin
34 - Americano and Latte
35 - Laila Raihana
36 - Memori
37 - Memori II
38 - I don't want to... live anymore...
39 - Kau sentuh dia...
40 - "π‘·π’‚π’“π’‚π’„π’†π’•π’‚π’Žπ’π’?"
41 - Glimpse of Us
42 - Memori III
43 - "Abang ada..."
44 - Cukup Sempurna
45 - Aku tak selamanya single
46 - Jaga Diri
47 - Jangan Mungkir Janji
48 - Cemburu
49 - "Boleh Talia cuci mata"
50 - "Ma..."
52 - Move On
53 - Turning Tables
54 - Bidadari Megat Raed Baihaqi
55 - Futsal
56 - Pengakhiran
EPILOG
Cukup Sempurna - Special 1
Cukup Sempurna - Special 2
Cukup Sempurna - Special 3
Cukup Sempurna - Special 4
Cukup Sempurna - Special 5 (Last)
A/N from Shi❀
JIKA ADA JODOH

51 - " I'm stronger than she knows"

990 56 1
By TheLittleShi


AWAL pagi lagi, Megat Raed sudah terpacak di depan rumah Puan Linda. Dengan muka yang penat, lelaki itu tetap memberikan sebuah senyuman ikhlas sebelum masuk ke dalam rumah selepas dipelawa oleh Puan Linda untuk sarapan bersama.

Mata Megat Raed tajam melihat Talia yang sedang membantu Puan Linda menyiapkan makanan. Nak marah, tapi dia tahan hati. Tidak mahu mencetuskan salah faham didepan keluarga ini. Lagipula, selepas melihat senyuman isterinya yang kembali terukir, dia tidak mampu untuk marahkan Talia lebih lama. Yang pasti, bila lihat keadaan isterinya dalam keadaan baik, dia jadi lega.

Beberapa jam dia disini, sempat dia berbual sebentar dengan Encik Hamid dan Puan Linda sementara Talia dan Naira mengemas barang di bilik. Banyak perkara yang ditanya kepadanya, pun begitu dia jawab dengan tenang.

Dia tahu, seorang ayah itu sedang merindui anak perempuannya yang sudah pergi tidak kembali. Dan bila dia ada disini, sepertinya membuka kisah lama yang sukar untuk ditutup. Syukurlah, Encik Hamid terima kedatangan dia dan Talia ke sini. Kata lelaki itu, lepas rindunya pada Laila apabila melihat Talia. Dua orang wanita itu sangat raat dulu.

Sempat kedua mereka mendoakan dia dan Talia supaya terus bahagia dalam alam perkahwinan. Megat Raed aminkan doa itu dalam hati. Sesungguhnya, dia benar-benar bahagia sekarang. Perkara yang telah berlalu itu tetap akan dia simpan. Akan tetapi dia juga perlu bergerak ke hadapan.

"Kenapa tak beritahu abang awal-awal yang Talia nak datang sini? Abang risau tahu tak dekat Talia. Macam mana kalau jadi apa-apa waktu abang tak ada dengan Talia? Suka kan buat abang risau dekat Talia macam ni? Haritu dua tiga hari tak mahu bercakap. Dah berbaik, tak beritahu abang mana nak pergi. Main keluar je.. Kalau ibu tanya abang, apa nak jawab?" terus Megat Raed buka mulut untuk memulakan peluru berpandunya sebaik saja kereta bergerak meninggalkan rumah agam itu.

"Abang marah sangat bila Talia buat keputusan tanpa beritahu abang. Abang rasa macam abang ni bukan sesiapa dalam rumah tangga kita."

"Abang..."

"No. Abang taknak dengar Talia bercakap." Brek kaki ditekan rapat. Berhenti di pinggir jalan meredakan rasa marahnya. Risau jika terus memandu dalam keadaan marah, nanti jadi benda yang tidak diingini akan berlaku.

Talia telan liur. Serasa kering tekaknya bila mendengar suara keras suaminya itu. Nasiblah Naira naik kereta berasingan dengan mereka. Bersama Muiz. Entah apa yang kawan dia tengah hadap sekarang.

Tapi bukan itu saja yang dia risaunya. Megat Raed sekarang yang merisaukan. Tiba-tiba dia kena marah.

Sebenarnya tak tiba-tiba pun. Memang salah dia. Jadi, tak guna untuk dia nak menegakkan benang yang basah. Dia yang datang ke sini tanpa kebenaran Megat Raed terlebih dahulu. Hanya atas tiket boleh keluar bersama Naira saja.

Dia tidak boleh diamkan saja terus mulutnya. Dia juga mahu Megat Raed suarakan apa yang cuba dia sampaikan. Tdak mahu jika pergaduhan ini terus meleret hingga ke mereka tiba di semenanjung nanti.

"Talia minta maaf. Talia tak ada niat pun nak membelakangkan abang. Talia cuma rasa bersalah sebab..."

Nafasnya dihela perlahan.

"Talia dah lupakan arwah. Talia tak pernah berterima kasih pada arwah dan keluarga. Talia juga orang yang menghancurkan hati abang dulu. Kalau kak Laila masih hidup, abang mungkin..."

Kata-kata Talia terhenti apabila Megat Raed menarik tubuhnya duduk bertentangan dengannya. Menatap kedalam mata hitam dan redup itu. sarat dengan emosi yang dipendam.

"Tapi realitinya Laila dah pergi. Abang dah okay. Dah lama okay. Abang juga dah lama terima kenyataan tentang semua tu. Abang faham kalau Talia rasa macam tu. Tapi Talia tak perlu salahkan diri sendiri. Tak perlu datang sini sorang-sorang. Abang ada untuk teman isteri abang."

Jeda.

"You know how much I love you, sweetheart. Jadi jangan pernah rasa bersalah dengan pemergian Laila."

TALIA terus memandang jauh luar. Dipisahkan dunia luar dengan sliding door yang tertutup rapat. Tangan pula memeluk tubuh, masih memikirkan perkara tadi.

Mereka kembali ke hotel setelah melawat kubur arwah Laila. Sempat mereka berdua menghadiahkan bacaan Yaasin dan juga berdoa untuk arwah. Dan sepanjang berada disitu, hati Talia memang rasa sangat sebak apabila dia tidak dapat berjumpa dengan Laila Raihana buat kali terakhir 6 tahun yang lalu.

Namun semuanya telah berlalu. Seperti suaminya, dia benar-benar telah merelakan segalanya berlalu. Pemergian ayahnya, kehilangan kandungannya, pemergian Laila. Dia telah lepaskan semuanya pergi. Dia hanya mampu berdoa dan mengingati dalam diam.

Walaupun perasaannya masih sakit, tapi apabila mengenangkan Megat Raed yang tenang, dia rasa tidak layak. Dia punca biarpun Megat Raed keras menafikan. Dan itu hanya dia pendam dalam dia. Untuk dia cuba padamkan kata-kata itu dari fikirannya.

"Tak nak mandi? Kejap lagi nak masuk asar ni, sayang." Sapa Megat Raed lembut apabila melihat isterinya masih berdiri di depan sliding door memerhati luar. Lembut tangannya menyetuh bahu Talia yang membelakanginya. Walaupun dia tahu, minda isterinya masih bermain perkara-perkara yang sukar untuk dihilangkan.

Tapi dia akan bincang perkara itu selepas ini. Esok malam mereka akan pulang kes semenanjug. Muiz dan Naira pula balik malam ini. Sengaja dia tidak mahu pulang lebih awal kerana mahu meluangkan masa sekejap bersama Talia. Lagipula, sebelum datang ke sini, Syed Taufiq juga memberi pesanan yang sama. Jadi, dia ambil peluang ini untuk memulihkan lagi semangat isterinya.

Talia berpaling. Megat Raed sudah siap dengan pakaian di badan. Lalu dia anggukan sebelum mencapai tuala lalu masuk ke dalam tandas.

Megat Raed memandang dengan dahi yang berkerut. Dia perasan, dari melawat Laila di perkuburan lagi Talia diam. Tidak membuka mulut. Pada mulanya, dia fikir Talia dalam fasa bersedih. Namuns sekarang, wajah itu nampak kusut dan sedih. Bercampur baur.

Megat Raed atur langkah ke katil lalu memejamkan matanya selepas menutup pintu gelangsar. Sementara menunggu Talia mandi, dia merehatkan tubuh diatas katil empuk itu. Berkejaran dia ambil tiket pesawat terakhir semalam. Rehat sekejap di bilik hotel, kemudian pergi ke rumah Puan Linda.

Ting!

Ting!

Bunyi notifikasi dari iPhone 13 Pro Max Talia membuatnya mengeluh. Perlahan dia rabakan tangan mengambil telefon yang terdampar disebelah tempat tidurnya.

Suami kau dah tahu belum tentang Naufal?

Kalau tak, I willingly to tell him the whole story of yours.

Nombor yang tidak disimpan namun cara tulisnya seperti sudah kenal lama. Pesanan itu pula langsung Talia tidak pernah baca. Skrin digesek melihat conversation dari atas.

Aku tahu, kau perangkap aku kan?

Nak aku kena marah dengan Dr Raed?

But it's okay, dia tak nak ambil tindakan undang-undang

Thanks to you.

Tapi, dia tetap milik aku!

Raed mengerutkan dahi. Tidak faham kenapa namanya disebut oleh orang yang menghantar pesanan itu. Dia lantas bangun, duduk berlunjur sambil badan bersandar di kepala katil. WhatsApp Talia terus dibuka. Biarlah Talia nak kata dia ceroboh privasi atau tak, tapi dia benar-benar mahu tahu siapa manusia disebalik tulisan itu.

Malangnya, tiada apa yang dia jumpa. Conversation itu hanya sebelah pihak. Talia langsung tidak membalas.

Melihat Talia baru keluar dari tandas dengan bathrobe menutupi badan, Megat Raed terus bangun dari katil mendekati isterinya yang mula nampak terpinga-pinga dengan kelakuannya saat ini.

"Ada apa-apa nak explain pada abang tentang WhatsApp ni?" tanyanya sambil menunjukkan apa yang telah dibaca tadi.

Talia nampak tidak terkejut. Wajah itu juga kembali tenang. Namun hela nafas seperti keluhan halus itu dapat dia tangkap.

"Aufarina." Balasnya sekaligus menjawab soalan yang dia yakin kini bermain dalam fikiran lelaki itu.

Entah dari mana Aufarina mendapat nombornya. Mungkin dari Naufal sebab dua manusia itu memang akrab sangat hubugannya sejak dulu. Mungkin juga sampai sekarang. Dia tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu lagi.

Niatnya pada awal memang malas nak layan WhatsApp perempuan gila tu. Beri amaran pada dia sebab mahu dapatkan suaminya. Memang tidaklah Talia mahu melayan. Gamaknya, Aufarina masih terperangkap tahun 2010 mungkin. Gunakan ugutan untuk menjatuhkan orang lain. Silap zaman betul. Memang ketinggalan zaman. Lapuk!

"Siapa Aufarina? Sayang kenal?" soal Megat Raed pula. Rasa seperti pernah dengar. Tapi dia tidak mampu mengorek ingatannya.

Lilitan tuala pada kepalanya dibuka. Taula disangkut terlebih dahulu sebelum Talia melangkah kearah katil.

Megat Raed membuntuti isterinya dari belakang. Lalu dia labuhkan punggung di sebelah Talia. Menanti jawapan daripada isterinya.

"Dr. Rina. HO yang ambil case Talia beberapa hari lepas dihospital."

"What?! Siapa dia sebenarnya? Apa hubungan dia antara sayang dan lelaki tu?" hanya disebut lelaki itu penumbuknya rasa nak singgah pada wajah Naufal jika nama itu dia dengar. Nasib Muiz dah tolong hadiahkan bagi pihak dia.

"Rina pernah ada hati pada dia waktu Talia masih okay. Rina rancang segala-galanya sebab dia tak suka tengok Talia dengan lelaki tu. Tapi sekarang dah lain. Rina nakkan abang pula." hujung ayat itu suaranya sedikit keras. Sakit hati apabila perempuan lain mahukan suaminya sedangkan jelas-jelas lelaki itu sudah beristeri.

"Damn! Sebab tu ke dia bagi sayang paracetamol? That girl betul-betul melampau! Siapa dia nak buat isteri abang macam ni? Abang sendiri pun tak pernah jentik isteri abang!"

"Oh... Pasal ubat tu... kalau dia boleh berdrama, Talia pun boleh."

Kening Megat Raed berkerut rapat. Apa yang isterinya cuba sampaikan? Dia kurang faham.

"What do you mean?" Laju soalan itu terlepas dari bibirnya.

"Let say... Talia memang ambil ubat tu walaupun Talia tahu itu paracetamol, ubat yang Talia allergic."

Mata Megat Raed membulat. Hampir jauh rahangnya bila Talia menuturkan kebenaran dengan wajah yang bersahaja. Wajah yang tak takutkan kematian!

"Sayang sengaja?! Sayang, did you know, kalau allergic reaction sayang waktu tu teruk, abang akan hilang isteri abang!" marahnya apabila dia tahu cerita yang sebenar. Sanggup isterinya melakukan perkara yang memudaratkan diri sendiri.

"I just want to let her know... kalau dia nak berlakon, Talia pun boleh buat benda yang sama. Talia bukan Talia yang dulu. I'm stronger than she knows."

"Yes, sayang. Proof they are wrong. Tapi, this is the wrong way, sayang. I cannot imagine my life without you if something bad happen. Promise me, ini kali terakhir sayang buat benda-benda macam ni. Jangan buat lagi dah!"

"Hmm.."

"Jawab elok-elok. Janji dengan abang!"

"Ye... Janji."

Lantas Megat Raed merangkul tubuh isterinya erat. Melabuhkan beberapa ciuman pada wajah yang dia rindui itu. 


021122

Shi

Continue Reading

You'll Also Like

9.1K 942 18
|| not everyone in this world are perfect|| -seorang pelajar wanita jatuh cinta pada budak lelaki istimewa (bisu)- JAKE as Jung Jaeyun/ Sim Jake Rea...
93.6K 4.3K 61
STATUS | COMPLETE START | AUG 4, 2019 END | APR 29, 2021 Kisah cinta Janna Warda dan Wafdan Muammar hanya cinta biasa. Tapi pada Janna Warda, ianya c...
565K 19.3K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
661K 22.4K 61
2nd Story ❀ Rayn Ilham Umar Al-Khalid RAYN ILHAM, dia seorang gadis. Ye gadis, jangan hanya melihat pada namanya. Dia cukup lengkap memiliki ciri-c...