FARREL'S BOO©️

By nabilllss

4.1M 227K 23.2K

KF SERIES VOL 1 [ karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan & takkan di-edit semula sebabnya malas ] ↳... More

𝐅𝐚𝐫𝐫𝐞𝐥'𝐬 𝐁𝐨𝐨
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°
°∘∘51∘∘°
°∘∘52∘∘°
°∘∘53∘∘°
°∘∘54∘∘°
°∘∘55∘∘°
°∘∘56∘∘°
°∘∘57∘∘°
The End | 59
°∘ Special chapter∘°

°∘∘58∘∘°

56.2K 3.2K 339
By nabilllss

Song title: Stereo Love
━─━─━──༺༻──━─━─━

"Kita dekat mana ni abang?" Aisy memerhati sekeliling dikawasan sebuah rumah banglo depan matanya sekarang.

"Rumah Ev." Ringkas Khalaf menjawab. Dia memegang kemas sebelah tangan Aisy untuk memudahkan pergerakan wanita itu turun dari motor.

"Kata nak pergi rumah mama?"

Soalan Aisy dibiar tanpa jawapan. Khalaf menanggalkan ikatan pada helmet yang tersarung pada kepala isterinya. Helmet itu kemudiannya diletakkan ke atas ruang duduk motor itu kembali.

"Jum." Lengan Aisy ditarik lembut agar mengikut langkahnya.

"Farrel.." Perlahan Aisy memanggil.

Langkah mereka berhenti seketika. Khalaf kalihkan pandangan ke wajah wanita itu.

"Hm?" Keningnya terangkat sesaat.

"Abang dah janji dengan Aisy kan, yang abang dah maafkan mama." Tutur Aisy tenang. Wajah beku suaminya itu direnung lama. Dia risau jika Khalaf takkan jejakkan kaki lagi ke rumah agam Tengku Rossa.

Masih Khalaf menyepi tanpa jawapan. Hanya kepala diangguk beberapa kali.

"Ikut abang." Suruh lelaki itu sebelum kembali menarik lengan Aisy serentak mendekati pintu rumah banglo milik Evren.

Dia pasti yang rakannya itu ada di rumah. Tengok kereta Range Rover hitam ada, adalah seketul si dia yang bernama Evren.

"Airis??" Anak mata Aisy merenung tepat ke arah anak perempuannya yang berada di pegangan Evren. Lelaki itu membawa bayi tersebut ke arah mereka.

"Kut iyapun tak pernah jaga baby janganlah bagi anak aku pakai baju warna biru, Ev." Geram Khalaf melihat apa yang dipakai oleh Airis. Dari atas hingga bawah hanya warna biru yang menghiasi pandangannya.

"Diamlah."

"Nah Aisy—" Evren menghulurkan Airis penuh berhati-hati kepada mamanya.

Usai itu, Evren kembali mengalihkan pandangannya. Renungan tajam Khalaf dibalas tenang. Mula lah. Datang-datang ajak aku bergaduh.

Evren melabuhkan punggung berhadapan dengan sofa yang diduduk oleh pasangan suami isteri itu.

"Banyak cekadak betul. Kau ingat aku ada masa nak ulang alik pergi rumah kau semata-mata nak ambil baju baby Airis? Dia menyilangkan kaki sebelum menyandarkan tubuh.

"Aku beli baru lah. Cute apa semua biru. Stoking pun biru. Baby Airis pakai apapun cantik." Cukup lengkap Evren memuji bayi comel bernama Airis Fenella.

Aisy disebelah Khalaf hanya mampu hamburkan ketawa kecil. Dia sempat memandang muka menyampah suaminya. Memang betul kalau apa yang dia lihatkan. Anak perempuannya berserba biru hari ini.

"Suka hati kau lah Ev." Keluh berat dilepaskan oleh Khalaf. Malas hendak panjang lebar.

"Buat apa lagi dekat sini? Ku Ros tak tidur malam risaukan kau tahu?"

"Della pun call aku banyak kali. Apa kau ingat kau budak-budak nak semua orang risau?" Lincah Evren membidas Khalaf. Dia sudah lama menunggu masa yang ini. Masa untuk dia membebel.

"Tu luka tu—" Evren memuncung bibir dan dihala ke arah wajah Khalaf yang masih jelas ada kesan luka kemalangannya kelmarin.

"Dah elok belum?" Soalan yang dilontarkan oleh lelaki itu hampir buatkan Aisy terbahak-bahak dengan ketawa. Kata dia tadi siapalah Khalaf untuk semua orang merisaukannya? Bukan budak-budak kan? Habis dia sendiri pula yang risaukan Khalaf.

"Muka macam mintak kaki. Tapi risaukan aku." Wajah beku Khalaf tadi memudar sebaik sahaja bibirnya mengukir senyuman nipis.

"Ceh. Beria." Evren menafikan.

"Lama tak kena penampar kau ni. Itu yang nampak bebal semacam." Khalaf meraup rambutnya kebelakang.

"How about him? Are you ready?" Setelah puas menyakitkan hati Khalaf, akhirnya kembali kepada soalan yang dia betul-betul mahukan jawapan.

"Kau rasa kalau aku balik mansion mama jantan tu ada tak?" Soalan dibalas dengan soalan. Khalaf memandang sekilas Aisy disebelah yang dari tadi fokus memasang telinga.

"Mana aku tahu. Dah itu mansion Ku Ros. Rumah mama kau, rumah mama dia jugak." Evren menghirup sedikit white coffee yang berada di atas meja kaca depannya.

Lama Khalaf membisu. Dia memandang jejari kasar tangannya beberapa saat sebelum kembali menaikkan wajah.

"Aku penat. Malas lah nak jumpa diorang semua."

Aisy dan Evren memandang Khalaf serentak. Nampak sangat yang serabut di kepalanya belum hilang.

"Kau dah ambil masa kau, Khalaf. Dah lah tu. Benda dah berlaku." Tenang Evren menutur ayat. Dia tahu apa yang dipendam oleh lelaki dihadapannya sekarang ini. Tampak saja wajahnya sudah tidak kusut.

"Aku bukan apa—"

"Aku tak suka tengok muka dia. Ringan je kaki nak tendang." Mendatar suara Khalaf membalas.

Evren mengurut pelipis dahi. Silap-silap bukan 'si dia' yang ditendang oleh Khalaf. Kaki dia dulu naik tendang Khalaf sudahnya.

"Kalau kau tak suka muka Firas sama lah macam kau tak suka muka kau. Dari tendang muka dia baik kau tendang muka kau sendiri." Telinga Evren sudah panas mendengar pernyataan kurang cerdik sahabatnya.

"Siapa kata aku tak suka muka aku? Aku cakap aku tak suka muka dia. Not my face. Ujar Khalaf masih mempertahankan dirinya. Dia mengusap lengannya yang terasa pedih akibat dicubit oleh Aisy disebelah.

"Bodoh nya jawapan. Malas aku layan." Putus Evren tidak mampu lagi hendak melayan.

"Takyah layan."

"Hantarkan aku dengan Aisy balik rumah mama." Khalaf mencampak kunci kereta Range Rover kepada tuan badannya. Lelaki itu terus bangun dari sofa.

"Bila masa kau ambil kunci kereta aku?" Hairan Evren entah bila pula bapak orang ni ambil kunci keretanya. Licik. Suka buat kerja dalam diam. Direnung tajam wajah sahabatnya yang tampak begitu selamba itu.

"Jum boo. Abang penat bawa motor tadi. Biar driver pula yang bawa kita." Dia menarik tangan kanan Aisy perlahan. Menyuruh agar turut bangun dari duduk.

Melihat Aisy yang masih terpinga-pinga, Khalaf terus mengambil Airis darinya. Bayi itu dipegang erat sebelum satu kucupan dilabuhkan pada hidung bagi melepaskan rindu.

Khalaf mengeluh panjang apabila kereta sudah memasuki perkarangan rumah agam Tengku Rossa. Dia hanya memandang melalui tingkap yang gelap.

Tanpa sedar Evren sempat melihat wajah kurang senang Khalaf dari cermin yang melantunkan bayangan ruang duduk dibelakang.

Kereta telah berhenti dan masing-masing menyepi. Aisy mengangkat wajah memandang Khalaf disebelah. Apa yang suaminya itu fikirkan agaknya?

"Abang.." Lembut Aisy menegur.

"Taknak masuk?" Soal dia pula.

"I.. I don't know." Kedengaran perlahan saja lelaki itu menjawab. Anak matanya masih ralit memandang diluar sana.

"Need my help, bro?" Evren mendengar perbualan ringkas mereka tadi. Dia tanya sama ada perlukan pertolongan atau tidak.

"Kau orang berdua duduk dalam ni kejap. Bagi aku settle kan sesuatu." Tambah lelaki itu sebelum terus keluar dari perut kereta. Sempat dia hadiahkan senyuman senget kepada Khalaf.

Evren memasuki pintu utama rumah agam tersebut serentak memerhati sekeliling diruangan hadapan. Dia mengatur langkah mencari sesiapa yang ada didalam.

"Abang Anaqi!" Suara si kecil Harizz menyapa sistem pendengarannya. Budak lelaki itu memeluk kakinya erat.

"What's up Harizz—" Rambut Harizz diusap beberapa kali.

"Ev??" Kelibat Tengku Rossa turut mendekati ke arah Evren.

Wajah Tengku Rossa tampak gembira semacam. Hanya Evren tempat dia hendak bertanyakan tentang Khalaf.

"Ada apa Ev kesini? Farrel ada dengan Ev? Dia dah balik ya?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan. Sungguh wanita itu berharap soalannya itu dijawab dengan respon yang sedap didengar.

"Sorry to say, Ku Ros." Sengaja Evren mengukir senyuman kelat.

"I can't find him. Tapi Ev pasti yang sekarang dia ada dengan Aisy." Evren menarik lengan Harizz kehadapan.

"Seriously?" Perlahan nada suara Tengku Rossa membalas. Riak wajahnya bertukar muram. Ketara betul emosinya berubah.

"Farrel memang taknak jumpa mama dah ke, Ev.." Wanita itu mula memain jari tangannya sendiri yang mula berkerut akibat umur sudah melonjak ke warga emas.

"Salah mama ke sebab biarkan rahsia tu terbongkar dalam tangan dia? Am I too cruel with it?"

Dapat Evren dengar nada suara seorang ibu yang menyesal atas masalah yang berpunca darinya sendiri. Sungguh kesal air muka wanita itu.

"Mama.. mama janganlah nangis. Harizz taknak tengok mama nangis macam mana kakak nangis." Harizz melepaskan genggaman Evren pada lengannya tadi. Dia mendapatkan mamanya yang jelas kelihatan mata sudahpun berkaca.

Evren masih tenang dengan rancangannya. Hanya memaparkan wajah tanpa perasaan.

"Ku Ros tak kejam pun. Janganlah Ku Ros salahkan diri sendiri."

"Ev cuma nak minta satu je—" Sambung dia lagi. Keluh ringan dilepaskan.

"Kenapa Ev? Mama sanggup buat apa saja asalkan mama dapat tengok senyuman Farrel. Mama rindu dia.." Luah Tengku Rossa penuh sayu. Sempat dia memandang Harizz yang dari tadi ralit memerhatinya.

Kalau dia diberi peluang untuk diputarkan waktu kembali, dia akan pastikan perkara ini tidak akan terjadi. Hanya Tuhan yang tahu betapa kasihnya seorang ibu terhadap anaknya bagaimana. Biarpun keluarnya sudah lengkap apabila Khaleef Firas muncul, tetapi bahagiakah dia jika Khalaf Farrel tidak mahu bersemuka dengannya lagi?

Salah seorang anak lelaki yang menjaganya dengan amanah. Penuh bertanggungjawab dalam melindungi Fredella. Tengok saja sekarang, tidak pernah dia dengar Aisy mengadu akan hal Khalaf sendiri. Hanya yang baik saja keluar dari mulut menantunya. Sedingin manapun Khalaf, masih terselit kelembutan dan ketenagannya.

"Ku Ros takyah buat apapun.."

"Kenal Khalaf pun cukup dah." Evren meneruskan.

"Maksud Ev? Mama perlu kenal di-dia macam ma-mana lagi?.." Sehingga tergagap wanita itu membalas. Tak dapat dia tahan lagi air mata.

"Kenali Khalaf Farrel bukan hanya pada luaran dia, tapi dalam dirinya juga. He likes to keep quiet and just hide his feelings in silence." Putus Evren panjang lebar.

Makin lebat air mata Tengku Rossa jatuh. Tubir matanya sekarang dipenuhi dengan cairan tersebut.

Harizz mencebik melihat wanita itu tidak berhenti dari menangis. Ya. Dia tidak suka melihat orang yang dia sayang menangis.

"Maafkan Ev." Dua saat kemudian bibir Evren naik mengukir senyuman nipis. Boleh tahan berbakat juga ya aku.

"Assalamualaikum mama—" Suara Aisy membuatkan semua mata serentak memandang ke arahnya.

"Waalaikumsalam. Aa-Aisy..." Tengku Rossa terus berlari anak hendak memeluk tubuh menantunya.

Aisy senyum manis. Lesung pipitnya jelas kelihatan. Dia membalas pelukan Tengku Rossa, erat. Belakang tubuh mama diusap lembut.

"Aisy dari mana nii.."

"Ma-macam mana kamu boleh kesini? Aisy datang dengan si-siapa..."

"Mana Farrel?" Dalam esakan wanita itu masih terselit dengan soalannya tentang keberadaan Khalaf.

"Aisy datang sini dengan suami Aisy lah mama."

Mendengar jawapan itu, Tengku Rossa meleraikan pelukannya. Dia memandang wajah manis Aisy sebelum mencari susuk Evren dibelakang.

"Mama! Tengok tu! Abang Arel dengan Airis—"

Usai melihat wajah Evren yang turut tersenyum lebar memerhatinya itu, terus dia kalihkan pandangan mengekori kemana Harizz berlari.

Tubuh jejaka yang sangat dia kenali. Sedang mendukung bayi sambil terpaku berdiri menghadapnya. Wajah yang berbekaskan kesan luka ditepi bibir dan dahi. Bibir yang selalu menghadiahkan senyuman padanya selama ini.

"Farrel!" Teriak Tengku Rossa. Dia mendapatkan anak lelakinya itu. Dalam air mata yang membasahi wajah itu sudahpun tampak sedikit gembira apabila senyuman mula terukir.

Tengku Rossa tidak dapat hendak melepaskan rindunya dengan memeluk Khalaf, kerana cucunya berada didalam dakapan lelaki itu.

"Bersyukur nya mama dapat jumpa Farrel. Are you okay? Kenapa dengan luka ni?" Lembut wanita itu menyoal. Tangannya naik menyentuh rahang tajam Khalaf.

Senyuman Tengku Rossa sedikit memudar apabila Khalaf menyepi. Namun anak mata anaknya itu merenung lama dia dari tadi.

"Farrel masih marahkan mama?"

Sepi. Anak mata mereka masih bertembung. Aisy sedikit resah melihat kelakuan suaminya seperti itu. Namun dia tahu Khalaf sudahpun memaafkan segalanya. Dia hanya perhati dari jarak yang tidak jauh.

"Ask me, mama." Tiga patah perkataan itu saja yang keluar dari mulut Khalaf.

"Ask you? Ask you about what, Farrel?" Tengku Rossa cuba memahami apa yang hendak disampaikan. Sekurang-kurangnya dia lega sedikit.

"Ask me to smile. The smile of me that you missed." Mendatar suara Khalaf membalas.

Bertambah lega Tengku Rossa mendengar. Seperti diberi nafas kedua. Senyuman yang hampir hilang tadi terukir kembali. Air mata diseka menggunakan jari. Syukur.

"Show me then. Mama rindu."

Serentak itu, Khalaf menarik Tengku Rossa merapat sebelum dipeluk kemas. Sebelah tangannya lagi masih kemas memegang Airis.

Evren yang melihat itu turut lega. Lepasni boleh claim gaji tinggi sikit. Ingat senang nak buat ayat berkesan gitu? Bayarlah.

Continue Reading

You'll Also Like

821K 33.1K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
549K 30.3K 45
⚠️ WARNING ⚠️ - CERITA INI TIDAK SESUAI UNTUK BUDAK BAWAH UMUR SEBAB DALAM STORY NI ADA SCENE YANG TIDAK ELOK! *BUKAN SCENE L*CAH YA 🥹* - KALAU AWAK...
5.6K 527 15
[SHORT STORY] "Awak janji yang awak tak akan abaikan saya walaupun apa pun yang terjadi? Awak janji yang awak akan sentiasa ada dengan saya walaupun...
1.1M 54K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...