1437 / pjh

By yoshihoshiss

48.1K 6.1K 954

Ada sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia me... More

PROLOG
CHARACTER!
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
EPILOG
THANK YOU!

BAB 11

1K 146 40
By yoshihoshiss

" Macam mana? "

" Maaf boss, kami masih belum jumpa Park Jihoon. "

Lantas ditalian, mendengus kuat. Telefonnya dipegang erat.

" Tak jumpa? Mahal kan aku bayar! Pahal tak buat kerja?! "

Terdiam apabila ditengking, si pelaku menghembus nafas.

" Siapa je ada dengan korang? "

" Na Jaemin dan Marie. Kami dah suruh mereka berdua buka mulut, tapi sorang pun taknak beritahu mana Park Jihoon. " Geleng disana.

Sementara itu, si pelaku mendengus.

" Kau tak usik Jaemin kan? "

" Errr.. ada pukul sikit-- "

" KENAPA KORANG APAKAN JAEMIN?! DIA BAKAL KAHWIN DENGAN CUCU AKU! "

Teriakan dibalas.

Ya, teriakan nenek.

Memarahi orang upahannya ditalian.

" Maaf, tapi kami nak dia buka mulut. "

" Paksa Marie je. Jaemin jangan. Terus jaga mereka, jangan biarkan seorang pun terlepas. Dan cari Jihoon sampai dapat! "

" Baik boss! " Lantas talian dimatikan.

Nenek menyandarkan tubuhnya disofa. Nafas diatur laju.

Dia tak bodoh, malah terlebih dahulu dia sudah mengetahui siapa Park Jihoon.

Kerana kemana sahaja Heeso pergi, sudah ada orang upahan menemani, arahan nenek.

Sehinggalah kejadian Jihoon membantu Heeso daripada ditengking Jaemin. Sejak daripada itu, nenek meminta segala maklumat tentang Park Jihoon digali.

Dan fakta bahawa Jihoon merupakan seorang ketua unit Air Force menyakitkan hati wanita ini.

Dia tidak mahu kejadian yang dirasai anaknya dahulu, turut dirasai oleh cucunya.

Kerana itu nenek sanggup buat apa sahaja untuk memastikan cucunya mengahwini Na Jaemin, bukan tentera itu!

Seketika, gambar keluarga yang tergantung didinding menarik minatnya. Dia bingkas berdiri, memandang utuh gambar itu.

Nenek, mendiang anaknya, bersama kedua cucunya, Heena dan Heeso.

Ya, mendiang mama merupakan satu-satunya anak nenek. Yang sungguh nenek sayangi, nenek tantangi, sehinggalah mendiang papa bertindak menghancurkannya.

Mendiang papa Heena dan Heeso, Kim Heecul.

Seorang ketua unit Air Force yang sungguh dihormati. Cekap menjalankan tugas, seringkali menjayakan misi, dan menerima pelbagai anugerah serta penghargaan.

Jika disoal siapa ketua langit, pasti nama Heecul disebut.

Sungguh lelaki ini tidak boleh dikalahkan pihak lawan jika langit sudah dijejak.

Kerana itulah, obsesinya kepada Air Force menebal.

Sehingga mengabaikan anak serta isterinya.

Mendiang mama disahkan mengandung anak ketiga, sungguh mereka semua gembira.

Heena dan Heeso gembira kerana bakal mendapat adik lagi.

Dan nenek gembira kerana bakal mendapat cucu lagi.

Namun, kesibukan Heecul yang jarang pulang ke rumah membuatkan mendiang mama stres.

Semuanya dilaksanakan sendiri. Kerja rumah, pengurusan anak, bahkan checkup bulanan turut dihadiri mendiang mama sendiri.

Sehinggalah satu hari, sebuah gambar dihantar kepadanya.

Gambar Heecul yang sedang tidur bersama perempuan lain.

Akibat stres melampau, mama dikejarkan ke hospital, dan mengalami pendarahan. Janin itu keguguran, mama juga tak dapat diselamatkan kerana pendarahan yang banyak.

Peristiwa ini juga menghantui Heena dan Heeso kerana tiada dirumah pada waktu itu untuk menjaga mama. Mereka ada tugasan berkumpulan dirumah sahabat masing-masing.

Dan ketika itu juga diketahui rupanya Heecul diperangkap. Namun, nasi sudah menjadi bubur, mama sudah pun pergi.

Selepas kejadian itu, Heecul menjadi kurang siuman. Bahkan sering bercakap sendiri.

Menyebabkan satu hari dia mengakhiri hidupnya dengan menggantung diri didalam bilik.

Trauma? Bahkan Heena dan Heeso kekurangan tidur sejak kejadian itu. Hanya nenek yang menyalurkan kekuatan.

Yang mendidik.

Yang membesarkan.

Kerana itulah wanita ini hanya mahu yang terbaik untuk kedua cucunya. Melihat Heena yang sanggup merendahkan darjatnya mengahwini lelaki miskin sudah cukup melukakan hatinya.

Dan apabila mengetahui Heeso kini sudah mulai rapat dengan anggota berceloreng, sungguh merisaukan.

Choi Miso akan pastikan,

Park Jihoon tidak akan berjaya mendapatkan cucunya.

------------------

" Doc Jae--Jaemin... " Rintih Marie. Dia mengusap lembut sudut bibir Jaemin yang masih terluka. Darah yang mulai kering, dibersihkan perlahan.

Jaemin yang lemah, menggeleng kecil.

" Awak-- okay? "

" O--okay. Doc kena fikirkan diri doc. " Balas Marie.

Usai kejadian Marie dirogol oleh pengganas durjana itu, gadis ini tidak lagi diikat. Namun, dia dijaga ketat, menyebabkan dia selalu gagal membebaskan ikatan Jaemin.

Sungguh, tubuhnya remuk. Bahkan setiap hari dia menggigil kerana ketakutan yang melampau. Bayangan itu setiap malam menganggunya.

Lelaki itu...

Serta teriakannya yang tidak dihiraukan.

Kerana itulah Marie berusaha keras membebaskan Jaemin. Dan dia juga yakin, Captain Jihoon dan Doktor Heeso sedang berusaha untuk membantu mereka juga, melihat kepada kebuntuan pengganas kerana tidak menjumpai Jihoon sehingga kini.

" Maaf sebab gagal selamatkan awak, Marie. " Rintih Jaemin. Marie menggeleng. Bibirnya menggeletar, tangannya perlahan naik, cuba membersihkan kotoran darah diwajah Jaemin.

" Tak apa, doc. Jihoon dengan Heeso akan selamatkan kita kan? " Soalan Marie membuatkan Jaemin menunduk.

Saban hari dia ditendang, dipukul bahkan diludah kerana mengunci mulut untuk memberitahu lokasi Jihoon.

Kerana itu Jaemin bersabar.

Kerana tanpa diketahui, jam tangan yang melilit lengannya, merupakan alat komunikasinya bersama Jihoon.

Malam mereka berjaga bersama, merupakan malam mereka saling memberi maklumat.

Dan jam ditangan Jaemin, memberi maklumat keberadaan Jihoon dan Heeso yang semakin dekat dengan lokasi pesawat. Kerana itulah Jaemin bersabar.

Juga kerana jam tangan yang dipegang Jaemin mempunyai fungsi ' danger close '

Jika Jaemin menekan butang itu, signal akan diterima para anggota di Korea.

Dan bom akan dijatuhkan.

Meledak kesemua pengganas, termasuk Jaemin, Jihoon dan Heeso.

Jaemin masih akan menunggu. Menunggu sehingga Jihoon berjaga memberi isyarat.

Matanya memerhati Marie yang berhati mengelap kotoran darah diwajah dan tubuhnya.

Seketika, terasa dunianya berhenti seketika. Wajah Marie diperhati. Sungguh indah.

Persis Minjunya dahulu.

" Doc.. saya nak cakap sesuatu boleh? " Marie membuka bicara.

" Panggil saya Jaemin je. Kenapa? "

Marie menunduk. Tampak risau mahu menuturkan, lantas matanya bertentangan dengan mata Jaemin.

" Saya nak cakap sesuatu. Lama dah saya pendam. Tapi sebab mungkin saya akan mati, baiklah saya beritahu. "

" Mati? Apa awak cakap ni-- "

" Saya sukakan awak, Jaemin. "

Tergamam. Jaemin terdiam seketika. Memandang Marie yang kini menunduk, menggigit bibirnya.

" Dah lama saya suka awak, sejak kali pertama awak datang kesini. Maaf sebab beritahu, saya tahu awak sayang tunang awak. Tapi saya mungkin takkan jumpa awak lagi, jadi biarlah saya meluah, ya? "

Lantas mata Marie mulai berkaca. Bagai ingin menitiskan air mata.

Jaemin yang masih membungkam, pantas memalingkan arah.

" Kenapa suka saya? Awak tahu kan-- "

" Saya tahu. Saya tahu awak ada tunang sekarang. Saya tahu sakitnya bagaimana. Tapi saya takkan ganggu awak, Jaemin. Saya akan tolong bebaskan awak. "

" Meskipun nanti saya yang akan mati. "

-------------------------

" Ji, kita tak boleh lintas. " Balas Heeso, memandang kepada keadaan dihadapannya kini.

Pesawat Jihoon hanyalah sebatas beberapa meter sahaja. Mereka bakal selamat.

Tetapi, disisi mereka, merupakan markas mereka.

Markas para pengganas.

Markas mereka berkumpul.

Tetapi, tiada perhatian yang dihulur kepada sisi ini. Kerana itulah, Heeso dan Jihoon perlu berhati-hati.

Satu kelalaian, maka ditembak mati.

" Kita tunggu malam lah, Ji. Dorang mungkin akan tidur, so masa tu kita menyel-- "

" Jam tangan Jaemin akan bertahan lagi 2 jam, Heeso. "

" Jam? Jam apa maksud awak? "

" Danger close. Jaemin pegang isyarat tu. Kalau jam dia mati sebelum kita sampai kesana, susah untuk Air Force bom para pengganas. "

Heeso berkerut.

" Tak perlulah bom, Ji. Kita kena tunggu je pasukan penyelamat sampai. "

" Penungguan kita tu, boleh menyebabkan kita terbunuh. "

Heeso kaku. Memandang wajah serius Jihoon.

Hanya membiarkan ketua unit Air Force ini berfikir.

" Okay saya ada plan. Tapi saya nak awak percaya saya. "

Mata Jihoon tepat memandang Heeso. Meminta doktor ini sanggup memberi kerjasama.

Heeso yang ketakutan hanya mengangguk.

" Okay, saya percaya awak. "

" Awak akan berjalan beberapa tapak kesitu, dan selebihnya saya akan buat. Cukup untuk raih perhatian para pengganas semua ke saya. Dan awak akan tekan button emergency kat pesawat saya. "

" Jihoon! Apa awak fikir? Perhatian pengganas?! Awak yang mereka cari, Ji! Awak gila?! "

" Sebab saya yang mereka cari lah, saya kena serah diri, Heeso. "

" Bukan macam ni, Ji. Awak boleh terbun-- "

" Awak percaya saya? "

Heeso terdiam. Menunduk, menghela nafas.

Lantas matanya kembali memandang Jihoon yang berharap.

" Percaya. "

" Jadi, izinkan saya buat plan tu. Jangan risau, saya akan lindungi awak, meskipun nyawa saya jadi galang ganti. "

" Tapi, Ji.. "

" Percayakan saya, Heeso. Percayakan hati saya. "

Heeso kaku.

Baik.

Saya akan percayakan awak, Jihoon. Dengan cinta yang awak pegang.

Lantas keduanya mulai memulakan misi. Heeso yang memulai dengan derap kaki perlahan, cuba menyelinap.

Sebelum Jihoon dengan pantas mengalihkan perhatian para pengganas.

" WOI! "

Serentak, kesemua perhatian teralih kepadanya. Para pengganas membulatkan mata, memandang Jihoon yang sedang menyerah diri.

" Park Jihoon! " Teriak seorang. Berpusu pengganas mulai berlari, lantas menghala senapang pelbagai saiz, tepat ke kepala Jihoon.

" Gotcha! Captain serah diri. "

Jihoon hanya tersenyum sinis.

Memandang setiap satu wajah pengganas.

" Mana boss korang? Mana si boss yang nak aku mati tu? " Provok Jihoon, tertawa senang.

" Mana perempuan tu?! " Teriak salah seorang. Jihoon mengangkat bahu.

" Korang nak aku je kan? So what? "

" Cari perempuan tu. "

Suara keras menyentak. Lantas para pengganas yang sedari tadi menggerumun Jihoon, perlahan memberi laluan kepada seseorang yang sedang menapak menghampiri mereka.

Memakai topeng diwajah.

Namun, Jihoon pasti ini ketuanya.

" Hai, Park Jihoon. "

" Siapa kau? " Soal Jihoon, memandang tajam sosok bertopeng itu. Meskipun kini, tangan dan kakinya sudah dipegang erat oleh para pengganas, matanya masih memandang tajam kepada ketua pengganas ini.

Dia lah punca kesemua anggotanya mati.

Dia lah punca.

Lantas si ketua melutut dihadapan Jihoon. Tertawa kuat, seakan mengejek penangkapan Jihoon.

" Kau tengah sorokkan perempuan tu? " Soal si ketua. Jihoon mengetap bibir.

" Kau nak aku je kan? Kenapa nak sibuk yang lain? "

Seketika, mata Jihoon menangkap sosok tubuh Jaemin dan Marie yang seperti baru sahaja meloloskan diri. Segera hatinya tersenyum senang.

Good job, Jaemin, Marie.

Seakan mengerti, Jaemin dan Marie turut menyusul ke pesawat Jihoon secara senyap.

Berjumpa Heeso disana.

Kini, hanya pada Park Jihoon.

" Cepat betul hati awak berubah, Jihoon.. "

Jihoon berkerut. Memandang si ketua yang baru menuturkan ayat.

Sebelum tangannya ditepuk. Menyebabkan beberapa orang suruhannya menadah tangan.

Dan dilihat, ketua ini sedang menanggalkan topengnya.

Perlahan...

Lantas wajah yang terpancul membuatkan nafas Jihoon terasa tercekat.

Si pemuda membulatkan mata, memandang tidak percaya.

Tubuhnya menggeletar, memandang sosok yang kini sedang menatapnya, penuh sinis.

" Hyunjoo... "

Continue Reading

You'll Also Like

843 286 25
𝘤𝘰𝘮𝘱𝘭𝘦𝘵𝘦𝘥. penatlah jadi 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗰𝗵𝗮𝗿𝗮𝗰𝘁𝗲𝗿, baik aku jadi 𝘀𝗶𝗱𝗲 𝗰𝗵𝗮𝗿𝗮𝗰𝘁𝗲𝗿 je! start: 02 june 2023 end: 02 july 2023
6.9K 940 30
Park Y/n, 18 tahun Shin Yuna, 18 tahun - Y/n Bestie Watanabe Haruto, 19 tahun Haruto Team & Friends Park Jeongwoo, 19 tahun - Y/n oldest brother Choi...
15.8K 1.8K 15
Disebabkan kau comel aku jatuh cinta dengan kau , Kim Doyoung start ; 16 January 2019 end ; 9 February 2019 cover by myeong-minho
1.1K 309 24
Engkau merasakan bahawa menggunakan cara itu merupakan cara paling berkesan untuk mendapatkan hatinya namun engkau lupa akan akibat yang menanti saat...