BAB 33

873 134 6
                                    

" Jihoon, jangan jadi gila! " Teriak Jeno. Jelas tidak menyenangi tindakan Jihoon kini.

Apa yang Captain Air Force ini fikir?

Tengah malam begini, meredah bangunan yang hampir runtuh, berseorangan?

Bodoh ke?

Apa guna askar lain, kalau akhirnya Jihoon akan meredah sendiri?

" Heeso kat dalam, Jen! "

" Aku tahu! Aku faham! Tapi jangan membuta-tuli. Ingat prosedur. Kau berseorangan! Waktu pun dah makin malam. Jangan sebab gelabah kau ni, semua terkorban! "

Gertakan Jeno, menghentikan perilaku Jihoon. Lelaki ini menunduk, meraup wajahnya. Dan terserlah raut wajah itu.

Raut wajah khawatir dan sungguh risau.

Jihoon mendudukkan diri ke lantai, mendongak melihat bulan yang semakin membentuk bulat.

Dia disini, diluar, beratapkan langit.

Heeso? Didalam, ditemani runtuhan bangunan yang bila-bila masa sahaja boleh sepenuhnya runtuh. Dan mengorbankan gadis itu.

Kerana itu Jihoon tidak mahu berlengah lagi.

Dia hanya tidak mahu kehilangan gadisnya.

" Kau fikir tak kalau masuk tanpa suit tu apa jadi? Radiasi tu lagi. Kau nak mati ke, Ji? Fikirlah, kalau selamatkan Heeso, tapi kau mati, apa guna? "

" Sakit yang aku tinggalkan untuk dia lagi besar, Jeno. "

" Habis tu, sakit aku? Kau ada fikir tak sakit aku kalau kau mati?! Sakit hilang kawan?! "

Rahang tegas Jeno menegang. Jelas sekali dia marah.

Ya, dia marah dengan Jihoon.

Seorang Captain tak seharusnya bersikap begini. Jeno tahu Jihoon lebih matang. Cuba lelaki ini risaukan keadaan Heeso.

Jeno memahami.

" Jihoon... "

Satu suara bersuara perlahan lantas mengundang perhatian Jihoon dan Jeno. Mata pemuda Lee terbuntang, memandang sosok didepannya yang sudah lengkap berpakaian kuarantin.

" Eunjeong! Apa awak buat-- "

" Diam, Jeno. "

Tegas, Eunjeong menolak perlakuan baik Jeno. Biarlah kali ini, dia membantu Jihoon yang kerunsingan.

Gadis ini menapak menghampiri, meletakkan satu walkie talkie dipegangan Jihoon yang lemah.

" Ap--apa ni? "

" Kami semua bawa ni tadi sebelum runtuhan. Saya minta awak diam je ya? Biar saya yang bercakap. " Pinta Eunjeong. Jihoon berkerut, namun dia juga tidak menyangkal tindakan Eunjeong.

Sebelum butang On ditekan.

" Hello Heeso? "

Bzzz...

Bzzz...

" Eu--Eunjeong... "

Mata Jihoon membulat, serta merta jantungnya mengepam darah dengan laju. Tangannya yang menggenggam walkie talkie, semakin dieratkan.

Itu suara Heeso.

" Heeso, kau okay tak? "

" Eunjeong... Aku takut... "

Jihoon memejam matanya, menahan getar mendengar rintihan gadis itu. Pasti gelap dan sunyi didalam.

Jihoon sungguh ingin masuk dan menyelamatkan gadis itu.

1437 / pjhΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα