BAB 9

1K 143 20
                                    

" Ji.. "

" Jihoon.. "

" Jihoon.. "

" Park Jihoon.. "

" Sayang... "

Perlahan mata Jihoon terbuka. Mengerjap seketika, cuba menyesuaikan dengan cahaya matahari yang tiba-tiba mencucuk mata.

Ah, dia tertidur?

Padahal dia sudah berjanji mahu berjaga malam.

Tangannya naik meraup wajah, sebelum terpancul wajah si gadis yang dipujanya, menatap Jihoon penuh cemas.

" Kenapa, Heeso? " Kerut Jihoon. Matanya yang memang sedia ada sepet bertambah kecil kerana ingin menyesuaikan dengan cahaya yang mendadak masuk.

" Jaemin dengan Marie... Hilang! "

Perlahan, kemamaiannya hilang. Jihoon membulatkan mata, memandang Heeso yang resah.

Lantas matanya menangkap jejak Jaemin dan Marie yang tiada.

Bibirnya diketap.

" Awak tahu ke dorang pergi mana? "

" Tadi Jaemin kata nak ambil gambar kejap. Lepas tu, lama sangat Jaemin hilang, and Marie kata dia nak menyusul sebab risau. Ni dah 2 jam Jihoon... Dorang belum balik. " Rintih Heeso. Jihoon menggeleng.

" Kejap apa awak cakap? Dah 2 jam? Kenapa baru kejut saya? " Sungguh Jihoon tidak mahu kehilangan sesiapa, baik Jaemin atau Marie.

Biarlah mereka berempat selamat bersama.

" Saya ingatkan dorang akan balik! Sumpah Ji! Saya takut. " Tubuh Heeso yang mulai menggeletar menyuntik nurani Jihoon. Dia pantas merangkul tubuh si gadis.

" Shhh jangan nangis. Saya janji dorang akan okay. " Pujuk Jihoon. Heeso yang mulai tenang dalam pelukan, mengangguk kecil.

Rahang tegas Jihoon diketap.

Ambil gambar? Dalam keadaan darurat macam ni? Apa yang Jaemin fikir?

Tak habis habis jadi bodoh.

" Saya nak cari dorang kejap. Awak tunggu sini tau. " Baru sahaja Jihoon mahu bangun, lengannya diraih Heeso yang ketakutan.

Pantas gadis itu menggeleng.

" Saya nak ikut. Jangan tinggalkan saya. "

Jihoon tersenyum. Semanis yang mungkin.

" Tak, saya takkan tinggalkan awak. Hold my hand, I won't leave you. "

Seperti dipanah sihir, Heeso menurut. Meraih tangan Jihoon, turut sama bangun mahu mencari Jaemin dan Marie.

Beg sandang milik Jaemin juga ditinggalkan lelaki itu. Menandakan Jaemin hanya membawa camera sahaja.

Segera beg sandang Jaemin, digalas Jihoon. Bersama memaut tangan Heeso, mencari dua sahabat mereka sehingga jumpa.

Dalam kekalutan, terasa detak jantung Jihoon menggila. Tangan lembut Heeso yang memautnya, sungguh membuatkan dia terawang.

Lembut dan putih.

Persis tuannya.

Jihoon tersenyum.

Salah satu sebab kenapa Jihoon tidak mengalah, kerana adanya insan dibelakang dia, yang mengharap pada Jihoon.

Perjalanan diteruskan. Belukar dilalui, semak ditebas, hanya hening menguasai, kerana fokus mereka hanya mencari Jaemin dan Marie.

Sebelum suara bising mengamit mereka berdua. Pantas Jihoon menarik tubuh Heeso untuk menyorok dibelakangnya, lantas pokok besar menjadi tapak persembunyian mereka.

1437 / pjhOù les histoires vivent. Découvrez maintenant