FARREL'S BOO©️

By nabilllss

4.1M 227K 23.2K

KF SERIES VOL 1 [ karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan & takkan di-edit semula sebabnya malas ] ↳... More

𝐅𝐚𝐫𝐫𝐞𝐥'𝐬 𝐁𝐨𝐨
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°
°∘∘51∘∘°
°∘∘52∘∘°
°∘∘53∘∘°
°∘∘54∘∘°
°∘∘55∘∘°
°∘∘56∘∘°
°∘∘57∘∘°
°∘∘58∘∘°
The End | 59
°∘ Special chapter∘°

°∘∘47∘∘°

48.7K 3K 336
By nabilllss

"Subhanallah. Pi tidoq dalam bilik lah Lisa."

"Rumah Tok Ma bukannya besaq macam rumah hampa. Satu sofa tu untuk hang ja baring—"

Fredella mengerutkan dahi apabila sistem pendengarannya bingit mendengar Hajah Rossila membebel. Mana tidaknya dia terlelap setelah berjam-jam memandu tadi.

"Cepat lah masuk, Della. Tak baik tak dengar cakap Tok Ma." Tengku Rossa turut mencelah mengejutkan anak perempuannya seorang itu bangun dari tidur. Bahu gadis itu ditepuk perlahan.

Beberapa minit kemudian Fredella bangun tanpa memberi respon. Dia menghela nafas berat sebelum terus bangun dari sofa. Bilik tidur dituju.

"Jemput minum Tok Ma, Aisy buat air kopi." Aisy yang baru keluar dari kawasan dapur membawa sedulang air. Dia perlahan-lahan membawanya ke arah mereka.

"Awatnya buat ayaq? Satgi jatuh naya—" Tampak risau air muka wanita itu. Laju dia mendapatkan Aisy.

"Pi duduk." Hajah Rossila terus mengambil dulang air tersebut dari pegangan Aisy.

Aisy tersengih melihat wanita itu bersungguh-sungguh membantunya. Dia duduk bersebelahan Tengku Rossa.

"Harizz mana mama?" Dari tadi dia tidak nampak kelibat Harizz.

"Dekat pondok luar tu katanya. Tadi mama tengokkan sekejap. Nampak macam behave." Tengku Rossa menuang air kopi kedalam beberapa cawan untuk dihidangkan.

"Oh ya? Aisy keluar tengok dia kejap ya mama."

"Boleh sayang. Tapi dah nak magrib, masuk cepat sikit." Lembut wanita itu membalas. Secawan air kopi dihirup bagi menghilangkan rasa dahaga.

"Okey.." Aisy mengukir senyuman nipis. Dia terus bangun sebelum meninggalkan ruangan itu.

"Dapat tahu laki pompuan belum tu Ros? Besaq elok ja mak tengok." Hajah Rossila mula menyoal apabila dia dari tadi ralit memerhati perut Aisy. Mungkin disebabkan badan Aisy kecil molek jadi baby bump tampak sangat membulat.

"Entah, Ros taktahu lagi. Si Farrel tu berahsia sangat. Katanya dia dah dapat tahu dari doktor, tapi sembunyikan dari Aisy dan Ros."

"Yang tahu cuma Farrel dengan Della." Meskipun masih tidak tahu jantina bakal cucunya, Tengku Rossa tetap bersyukur kerana kandungan Aisy dikhabarkan sihat sentiasa.

Hajah Rossila menggeleng kepala perlahan mendengar pernyataan itu.

"Dah puas main kan? Jum masuk. Dah gelap ni." Aisy menghulur tangan kanannya menyuruh agar Harizz menyambut.

"Dah! Jum—" Harizz menyambut tangan kakaknya sebelum menyarungkan selipar.

Dalam beberapa langkah mereka berdua hendak mendekati pintu rumah, muncul sebuah kereta myvi kuning memasuki kawasan tersebut.

"Kita tunggu kejap ya Rizz." Aisy menghentikan langkah dan memalingkan tubuh menghadap kereta itu. Dia ingin menunggu sehingga orang yang didalam perut kereta itu keluar.

"Assalamualaikum Paklong." Terlebih dahulu Aisy menyambut kehadiran Rezza. Jelas dimatanya melihat Puteri turut menyusul diberlakang lelaki itu.

"Lahh dah sampai dah hampa—" Rezza tersenyum lebar sehingga menampakkan baris giginya. Lelaki itu segera mendekati mereka berdua.

"Ni siapa nama dia pun taktaw?" Rezza mengusap rambut Harizz.

"Harizz. Adik saya." Ringkas Aisy menjawab. Dia turut membalas senyuman Rezza. Anak matanya sekarang lebih tertumpu kepada Puteri yang sudahpun dekat dengan jaraknya.

"Mana Maklong? Tak datang sekali?" Lembut dia menyoal apabila hanya nampak dua beranak itu sahaja yang tiba.

"Maklong tak berapa sihat. Tapi dia habaq esok kalau sihat dia mai."

"Ohh.."

"Nih Put. Salam lah depa—" Rezza mula memandang ke arah Puteri yang dari tadi menyepi.

"Put nak masuk." Sekilas pun Puteri tidak endahkan mereka. Dia terus melangkah masuk kedalam rumah bersama wajah yang masam.

"Mana-mana mai angin dia." Rezza menghela nafas berat.

"Pakcik, jum masuk. Kakak kata hari dah gelap tak elok duduk dekat luar rumah." Harizz mula mencelah. Dia menggaru lengannya yang terasa seperti baru digigit nyamuk.

"Iya meh masuk. Jemput la Paklong—" Aisy menarik tangan Harizz sebelum dia mendekati pintu. Badannya pun berasa letih hendak berehat.

Rezza turut mengekori langkah mereka berdua sambil mengukir senyuman kelatnya.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Mama." Aisy menolak perlahan agar pintu bilik dibuka lebih luas.

"Ya Aisy. Kenapa tu?" Tengku Rossa yang baru saja selesai mendirikan solat terus bangun mendapatkan menantunya.

"Mama dah habis solat? Aisy nak pinjam terlekung boleh?"

"Farrel dah pack kan untuk Aisy dalam satu beg kecil tu. Tapi lupa nak bawa kesini." Bila masuk waktu magrib baru dia terkebil-kebil mencari sepasang terlekungnya yang sudah disiapkan oleh Khalaf kelmarin. Sudahnya, lupa bawa pula.

"Oh lah iya ke? Kejap mama buka dulu—" Tengku Rossa membuka terlekung yang tersarung pada tubuhnya itu.

"Mama tak payah lipat. Aisy terus nak pakai." Melihat mamanya yang baru saja hendak melipat helaian terlekung tersebut, pantas dia menegur lembut.

"Nah." Tengku Rossa membalas senyuman Aisy.

"Elok-elok jalan." Pesanan ringkas diberikan oleh wanita itu.

Sewaktu Aisy berlalu keluar dari biliknya, dia terdengar ada suara-suara yang rancak sedang berbual. Maklum saja biliknya itu dekat dengan ruangan dapur.

Baru saja dia hendak melangkah masuk kedalam dapur, suara Puteri menghentikan pergerakannya. Aisy kembali berundur dan berdiri disebalik dinding yang memisahkan antara ruang tamu dan dapur.

"Awat nya Puteri? Kut iyapun tak suka Tok Ma yang nak masam muka lagutu kenapa?"

"Put tak marah Tok Ma lah. Ada pula nak marah Tok Ma buat apa?"

Hanya suara Hajah Rossila dan Puteri yang didengari oleh Aisy pada waktu itu. Sengaja dia mahu membatalkan niat hendak kedapur.

"Dah tu? Habaq mai lah hang masam muka sebab apa—"

"Sebab bini Khalaf lah Tok Ma. Terkejut Put tiba-tiba dia datang sini dengan dah mengandung bagai." Bidas gadis itu.

Pancuran air paip singki telahpun berhenti selepas itu. Mungkin Hajah Rossila sudah selesai mencuci pinggan.

"Hang dengki kat Aisy ka Put? Apa yang tak kena kalau dia mengandung? Takkan hang pulak yang nak kandungkan anak Khalaf." Sedikit tinggi nada suara wanita itu menjawab.

Fredella yang melihat Aisy menyepi disebalik dinding dapur itu terus mengatur langkah turut kesana. Pelik melihat kakak iparnya yang tercegat dari tadi disitu. Buat apa?

"Yelah, tak kesah pun kalau dia mengandung. Tapi kan Tok Ma—"

"Setakat menyusahkan Khalaf dengan jaga adik dia tu buat apa? Agaknya mesti Aisy gunakan Khalaf untuk tanggung Harizz semata-mata."

"Senang lenang betul dua beradik tu masuk keluarga Khalaf."

Ayat terakhir yang dikeluarkan oleh Puteri itu hampir buatkan air mata Aisy menitis. Matanya mula berkaca, terkedu mendengar pernyataan tersebut.

Fredella turut mendengar ayat yang tidak berlapis dari sepupunya itu tetapi dia hanya perhatikan Aisy dari jauh.

"Rasanya pak hang hantaq hang dekat tempat didikan agama. Awatnya kurang hajaq semacam ja cara hang bercakap ni Puteri?"

"Kalau depa dengaq apa hang cakap, tak ka naya." Suara Hajah Rossila mula semakin meninggi. Malu dengan kata-kata cucunya yang tiada adab itu.

"Lah Tok Ma ni. Nak marah Put pula. Put cuma cakap benda betul je.."

Belum sempat Puteri menghabiskan ayat, muncul Fredella masuk kedapur bersama wajahnya yang tidak senang. Renungan gadis itu hanya tertumpu pada Puteri.

"Mesti kau tak sedar kan Puteri?" Lantang suara Fredella menghentikan Puteri.

"Aik? Tak sedar apa? Tiba-tiba je masuk sini cakap macamtu." Puteri memincingkan mata memandang Fredella.

"Tak sedar yang Kak Aisy ada dekat tepi tu—" Fredella menunjuk ke arah dinding bersama jari telunjuknya menyedarkan Puteri.

Melihat wajah Puteri yang seperti tidak percaya itu buatkan Fredella tersenyum sinis. Gadis itu terdiam.

Begitu juga dengan Hajah Rossila, dia membisu sebaik sahaja tahu tentang keberadaan Aisy disitu.

"Dia dengar apa yang kau cakap, termasuklah aku. Tapi Kak Aisy lagi lama tahan sabar dari awal dengar ayat kurang berpendidikan agama kau tadi tu." Fredella mendengar suara tangisan Aisy disebalik dinding tersebut tapi dia masih belum hilang sabar hendak membidas Puteri.

"Ada Kak Aisy menyusahkan kau ke Put? Apa selamani duit kau ke abang aku pakai untuk tanggung Harizz? Tak kan?"

Puteri mengalihkan pandangan ke arah lain. Tidak mahu membalas renungan Fredella. Malah tidak tahu hendak menjawab dengan apa.

"Lisa, sudah. Pergi bawa Aisy berehat. Kesian dia duk berdiri dekat situ."

"Hang pi bawak dia bertenang." Hajah Rossila mula mencelah ingin meleraikan ketegangan. Dia lebih tahu perangai cucu-cucunya bagaimana. Lebih-lebih lagi Khalaf dan Fredella.

"Senza cervello."(No brain) Fredella terus menjauhi ruangan tersebut sebelum mendapatkan Aisy.

"Kak Aisy.." Fredella memegang kedua-dua bahu Aisy.

"Jum kita ke laman sekejap. Ambil angin malam dekat pondok." Fredella sempat mengusap perlahan berlakang tubuh Aisy bagi menenangkannya.

Usai Aisy mengangguk perlahan, Fredella terus menariknya keluar dari rumah.

Hanya dia saja yang dapat menenangkan Aisy jika Khalaf tiada. Sudah dapat agak apa yang bakal terjadi jika sepupunya seorang itu datang. Mujur dia dengar perbualan tersebut, jika tidak, pasti Aisy hanya memendam perasaannya seorang diri.

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 54.1K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
4.4K 164 18
seorang gadis yang dikenali sebagai echaa seorang student yang sangat ceria tapi penakut sedikit kat highschool telah berjumpa seorang lelaki yang po...
824K 33.2K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
550K 30.3K 45
⚠️ WARNING ⚠️ - CERITA INI TIDAK SESUAI UNTUK BUDAK BAWAH UMUR SEBAB DALAM STORY NI ADA SCENE YANG TIDAK ELOK! *BUKAN SCENE L*CAH YA 🥹* - KALAU AWAK...