FARREL'S BOO©️

By nabilllss

4.1M 227K 23.2K

KF SERIES VOL 1 [ karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan & takkan di-edit semula sebabnya malas ] ↳... More

𝐅𝐚𝐫𝐫𝐞𝐥'𝐬 𝐁𝐨𝐨
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°
°∘∘51∘∘°
°∘∘52∘∘°
°∘∘53∘∘°
°∘∘54∘∘°
°∘∘55∘∘°
°∘∘56∘∘°
°∘∘57∘∘°
°∘∘58∘∘°
The End | 59
°∘ Special chapter∘°

°∘∘45∘∘°

55.3K 3K 294
By nabilllss

"Eh mama?" Khalaf semakin melebarkan bukaan pintu utama rumah agamnya bagi memudahkan pergerakan Tengku Rossa bersama Harizz.

"Apa yang nak terkejut sangat Farrel? Tengok mama sendiri pun macam jumpa hantu—" Tengku Rossa menarik lembut tangan Harizz melangkah masuk sebelum terus mendekati ruang tamu.

Khalaf menghembus nafas berat mendengar mamanya membebel. Pintu utama ditutup kembali dan turut ke arah ruang tamu.

"Jumpa Farrel je membebel, jumpa Farrel je membebel." Khalaf melabuhkan punggung ke atas sofa. Begitu juga dengan Tengku Rossa dan Harizz.

"Abang Arel, kakak mana??" Soalan pertama yang ditanya oleh budak kecil itu. Harizz tersengih seperti kerang busuk.

"Dekat atas. Dia tengah merajuk dengan aku, baik kau jangan kacau dia kalau taknak mood singa dia keluar." Selamba Khalaf.

"Nanti kakak turun lah tu. Rizz sabar kejap ya." Tengku Rossa sudah memahami apa yang dirasai menantunya sekarang. Apabila usia kandungan bertambah, ada saja hal yang tak kena pada mata. Lebih-lebih lagi dapat suami macam Khalaf yang hanya tahu erti 'menang' dalam pergaduhan mulut.

"Ada je nak usik Aisy. Mana tak nya mood dia nak stable." Tengku Rossa mencelah. Renungan tajam diberikan kepada Khalaf.

"Lusa ni mama nak ajak kamu berdua balik rumah Tok Ma. Jangan bagi alasan apa-apa dah eh."

"Aik? Itu baru 'ajak' bukannya Farrel buat keputu—"

"No excuse, young Zaim."  Belum sempat Khalaf menghabiskan ayat, terus Tengku Rossa membidas.

"Hi mama! Harizz!" Aisy yang sedang menuruni anak tangga terakhir tampak teruja dengan kehadiran ibu mertuanya bersama Harizz.

"Kakak!"

Usai menyalam tangan Tengku Rossa, terus Aisy duduk bersebelahan Harizz. Dia lantas menggomol adik lelakinya itu. Lama rasanya tidak berseronok dengan budakni.

"Melina." Tegas nada suara Khalaf memanggil Aisy dengan nama keduanya.

Suara gelak tawa Aisy bersama Harizz terhenti serta merta. Renungan tajam Khalaf buatkan Aisy berasa kekok. Apa masalah diani pun tak tahu lah.

"Pandang Aisy macam tu kenapa awakni??" Aisy hanya membalas renungan suaminya. Wajah gadis itu tampak sangat tidak berpuas hati.

"Duduk sebelah aku."

"Saya rindu Harizz lah. Suka hati Aisy lah nak duduk mana—" Berkerut dahi Aisy beberapa saat.

"Bangun Rizz. Heret kakak kau kesini. Duduk dengan aku." Khalaf menepuk perlahan ruang duduk yang masih kosong disebelahnya.

"Jum kakak duduk sebelah abang Arel!"

Tengku Rossa mengeluh perlahan melihat keadaan anak menantunya diruangan itu. Sehingga selesai Aisy dan Harizz berubah tempat ke sofa yang diduduk oleh Khalaf diperhatikan. Hanya wajah mencebik Aisy yang buatkan dia tersenyum nipis.

"Aisy, mama dah plan suruh Farrel bawa kamu balik Kedah."

"Yeke mama?? Bila—" Sekelip mata waajahnya bertukar teruja.

"Lusa." Pertanyaan Aisy dijawab oleh Khalaf.

"You know what I mean, right ma?"

"Farrel bukannya taknak balik sana sebab malas jumpa Tok Ma. Adalah minah sorang tu yang dengki dengan boo Farrel." Sekilas dia memandang Aisy disebelah.

"Takut belum sempat apa-apa lagi tangan ni melekat dekat muka dia—"

"Mama ada kan? Takda nya dia nak buat macam tu lagi." Tengku Rossa sudah dapat agak si gerangan yang paling di-anti oleh Khalaf.

"Sorry Ku Ros, Tuan Muda Khalaf—" Entah dari mana Fareez muncul memasuki ruangan itu. Sempat dia menundukkan sedikit wajah meminta izin untuk mencelah.

"Boleh aku bercakap dengan kau sekejap, Tuan Muda?"

"Ma? Can I?" Khalaf turut meminta izin pada Tengku Rossa.

Apabila Tengku Rossa mengangguk perlahan, Khalaf terus bangun dan menjauhi ruangan itu. Begitu juga dengan Fareez turut mengekori langkah Tuan Mudanya.

"Apa kena dengan kamu berdua ni, hm? Farrel buat apa dekat Aisy?" Lembut wanita itu menyoal.

"Farrel suka kejar Aisy satu rumah, mama. Aisy dahlah tengah sarat—"

"Bila Aisy marah, dia kata Aisy tak sayang dia." Bersungguh-sungguh Aisy mengadu apa yang tidak kena antaranya bersama Khalaf pada hari ini.

"Aih budak bertuah." Wanita itu menggeleng kepalanya perlahan. Perangai anak lelakinya seorang itu berubah 360 darjah sejak Aisy mengandung. Mengada ada, mood macam perempuan period pun ada.

"Punya lama kau dekat Berlin. Kau balik cakap dekat aku yang kerja kau tak selesai lagi Fareez?"

"Takkan selesai selagi Tuan Muda Khalaf tak kesana." Hanya itu yang dibalas oleh Fareez. Wajah teliti Khalaf yang sedang menilik beberapa helaian kertas direnung lama.

"I told you before. Selagi Aisy tak bersalin, aku takkan ke Berlin." Masih ralit Khalaf membaca data yang tertulis pada helaian kertas tersebut.

"Aku perlukan Tuan Evren kalau kau tak dapat kesana juga."

"Ev dengan Aaren tak dapat join." Berserabut rasanya kepala apabila tiada siapa yang dapat menggantikan kehadirannya di Berlin.

"Then? Tuan Rykarl?" He's back right?" Laju Fareez memberi cadangan.

"Si Rykarl? Silap-silap markas aku dekat Berlin tu berkecai."

"Bukannya kau tak tahu dia baru lepas bom markas The Russian R'." Terlebih dahulu Khalaf membidas. Padahal, itulah sebenarnya perjanjian dia bersama Rykarl sebelum ini. Kalau tak disebabkan arahannya, takdalah terjadi semua itu.

Sekarang, dia perlu membuat keputusan sama ada mahu ke Berlin untuk menyelesaikan beberapa perkara, ataupun menemani keluarganya balik ke kampung.

"Apa kata Tuan Muda bodek Ku Ros—" Fareez memberanikan diri untuk menyedapkan hati Tuan Mudanya. Sudah tentu jawapan yang diterimanya nanti bakal dibidas oleh Khalaf.

"Cerdik cadangan tu. Yang kena bebel aku, bukan kau." Khalaf merenung tajam ke arah Fareez. Rambutnya diraup kasar keberlakang.

━─━─━──༺༻──━─━─━

Lama Khalaf memandang ke arah Aisy yang sedang bersandar pada kepala katil. Khalaf mendekati ke arah Aisy selepas dia selesai menutup pintu.

Lelaki itu turut duduk di atas katil bersebelahan dengan isterinya. Aisy pada waktu itu sedang menyusun beberapa helaian baju kedalam sebuah beg bagasi kecil.

"Susun baju untuk bawa balik rumah Tok Ma ke?"

"Hm." Hanya sepatah yang dibalas oleh Aisy. Sekilas pun dia tidak mengalihkan pandangan pada suaminya disebelah.

"Aku tolong susun." Perlahan Khalaf menarik beg bagasi itu.

Baru saja sehelai lipatan baju yang hendak dimasukkan oleh Khalaf, Aisy yang duduk tadi terus bangun dari katil tanpa mengendahkan suaminya. Kalini nampak ketara betul merajuk dengan Khalaf.

Namun lengannya sempat disentak oleh Khalaf. Serta merta pergerakannya terhenti disitu.

"Baby girl.." Perlahan nada suara Khalaf. Sementara itu dia meletakkan kembali lipatan baju tadi. Lengan Aisy ditarik lembut menyuruh agar kembali duduk.

"Aisy nak masuk bilik air kejap Fa—"

"Kau tipu, sayang." Khalaf menolak lembut bahu Aisy agar berpaling sepenuhnya menghadap dia.

"Aku tahu aku annoying pagi tadi. I'm sorry."

"Janganlah marah aku lama-lama. Nanti aku tak dapat tengok dimples kau dah." Masih dia cuba melembutkan hati isterinya. Jangan buat main kalau perempuan mengandung marah.

"Saya sayang Farrel tahu tak? Suka hati awak je cakap saya tak sayang suami—" Barulah keluar apa yang disimpannya pada Khalaf.

"Sayang aku? Betul ni?" Khalaf cuba menyorokkan senyumannya melihat wajah mencebik Aisy.

"Eishh Farrel—" Aisy kembali berkeras hendak bangun dari katil.

"Okay okay listen." Pergerakan isterinya pantas dikunci dengan memegang kedua-dua lengannya.

"Kalau kau sayang aku, maafkan aku."

"Kalau Aisy tak maafkan awak?" Aisy sengaja membalas begitu padahal dia sudah lama memaafkan Khalaf.

Aisy telah meleraikan genggaman Khalaf pada lengannya. Dia menaikkan kedua-dua belah tangan ke atas bahu lelaki itu. Tangannya sudah melingkari kemas pada leher Khalaf.

Tindakan isterinya itu buatkan dia tersentak namun cuba mengawal bibir dari terukir senyuman.

"Jangan meminta, Aisy. Aku sayang dua-dua boo aku."

"Aisy tak buat apa pun lah Farrel. Sekejap je—" Aisy tersenyum nakal sambil membetulkan entah apa disebalik leher suaminya.

Beberapa saat selepas itu, Khalaf merasakan yang rambutnya telah digenggam kemas dan terasa seperti diikat oleh Aisy.

"Apa kau buat dekat kepala aku?" Khalaf hanya memerhati wajah isterinya itu.

"Buat tocang. Siap!!"

Bila masa dia pegang getah dekat tangan pun taktahu lah. Khalaf hanya melayan karenah Aisy. Nafas dihembus berat. Asalkan dimaafkan sudahlah.

Continue Reading

You'll Also Like

821K 33.1K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
5.9K 449 33
No. 1 in #Toxic No. 1 in #Bucin Adrasta. Sebut saja namanya pasti digeruni semua pelajar-pelajar di SMK Bima Sakti. Layaknya seorang Ketua Geng Motor...
110K 3.9K 76
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
4.4K 164 18
seorang gadis yang dikenali sebagai echaa seorang student yang sangat ceria tapi penakut sedikit kat highschool telah berjumpa seorang lelaki yang po...