FARREL'S BOO©️

By nabilllss

4.1M 227K 23.2K

KF SERIES VOL 1 [ karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan & takkan di-edit semula sebabnya malas ] ↳... More

𝐅𝐚𝐫𝐫𝐞𝐥'𝐬 𝐁𝐨𝐨
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°
°∘∘51∘∘°
°∘∘52∘∘°
°∘∘53∘∘°
°∘∘54∘∘°
°∘∘55∘∘°
°∘∘56∘∘°
°∘∘57∘∘°
°∘∘58∘∘°
The End | 59
°∘ Special chapter∘°

°∘∘42∘∘°

57.1K 3.1K 319
By nabilllss

Aisy mengeliat beberapa saat sebelum dia bangun menyandarkan tubuh pada kepala katil. Seperti biasa setiap hari ahad, Aida dicutikan bagi memberi ruang untuk waktu privasi Aisy bersama Khalaf.

Tapi mana suaminya itu pergi? Ruang tidur disebelah sudah tiada lagi kelihatan susuk Khalaf berbaring.

Selimut tebal pantas diselak ketepi bagi memudahkan pergerakannya. Aisy mula cecahkan kaki kelantai sebelum dia berdiri.

Apabila Aisy menuruni anak tangga yang berdekatan dengan dapur, dia terhidu bau makanan yang sangat menarik perhatiannya. Laju saja kaki gadis itu melangkah masuk kedalam ruangan tersebut.

"Farrel—" Kuat nada suara Aisy menyapa.

"Ya Allah, sayang—"

"Stop there." Serta merta tubuh Khalaf berpaling keberlakang menghadap Aisy.

"Aa-aku.. aku tengah masakkan kau laksam." Segera Khalaf meninggalkan kerjanya. Dia menapak ke arah Aisy yang kelihatan bersinar matanya pada waktu itu.

"Lepastu ummi aku cakap, kena letak lada hitam sikit lepas garam Tuan Mu...." Qayyum yang turut ada di ruangan itu terpaku sebaik sahaja dia melihat Tuan Mudanya sekarang ada bersama Aisy.

"Tenung apa kau Qay? Tunggu kau." Khalaf terus menolak lembut badan Aisy agar berpaling membelakangi Qayyum. Lelaki itu selamba sahaja menarik pinggang isterinya, dibawa menjauhi dapur.

'Ah sudah. Aku pula kena, Cik Aisy yang masuk dapur melulu je macamtu..' Qayyum mengomel seorang diri sambil tangannya ralit membaca sesuatu di skrin telefon.

Aisy seperti terkunci sebentar mulutnya beberapa saat. Dia sedia maklum yang Khalaf tidak tahu bagaimana cara untuk buat laksam, tetapi apakah tujuan anak buahnya si Qayyum berada di dapur tadi? Malah, lelaki itu tampak seperti bersungguh-sungguh membantu suaminya.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Farrel, Aisy tak fahamlah—" Anak mata Aisy mengikut saja kemana Khalaf bergerak. Selepas saja suaminya itu dan Qayyum selesai berkerjasama membuat laksam, dia terus dibawa kembali ke dapur.

"Apa yang kau tak faham?" Balas Khalaf sebelum dia duduk dikerusi meja makan bersebelahan dengan si isteri.

"Kenapa pulak awak minta tolong Qayyum masak? Dia reti ke buat laksam?" Sekarang, apa yang lebih menarik perhatiannya adalah hidangan laksam buatan suaminya yang berada di depan mata.

"Dia tak masak, aku yang masak. Qay tu asal Kelantan. Aku cuma minta dia bodek ummi dia bagi resepi laksam yang kau nak ni lah—"

Apabila Aisy menghamburkan ketawa besar, automatik dahi Khalaf berkerut. Pelik ke dia harini? Apa tak pakai seluar ke?

"Jangan suka sangat."

"Aku lapar juga ni, ingat nak makan laksam sekali. Tapi kang tak pasal-pasal aku termakan kau."

"Nak?" Khalaf menarik kerusi yang diduduk Aisy merapat dengannya.

"Awak yang mengandung ke Aisy ni? Lagi kuat membebel—" Aisy menghabiskan sisa tawanya yang hampir tidak tertahan itu.

"Takda laa..aku stress dengan si Bubu tu. Kerja nak cakar aku je"

"Tengok ni sayang—" Khalaf mengulurkan tangan kirinya.

Entah apa yang buatkan Khalaf bermanja seperti ini sekali. Sedangkan sebelumni kena tembak berkali-kali takda pula mengadu sakit kat bini ye tak? Ini kena cakar kucing je pun.

"Meh Aisy tengok." Setiap lekuk tangan kekar suaminya itu diperhati. Boleh tahan juga agresif Bubu. Habis calar balar jari tuannya.

"Kejap lagi lepas makan Aisy letak ubat."

"No. I don't want" Ringkas Khalaf menjawab.

"Dah kenapa pulak? Nanti kuman, gatal-gatal pula." Terangkat kening Aisy hairan dengan bantahan suaminya.

"I want your lips to touch the scratches on my hand. That's enough to heal this."

Hampir beberapa saat Aisy hanya membisu selepas mendengar ayat itu. Iyalah, bukan Khalaf la kalau tak ambil kesempatan dalam kesempitan.

"Please boo.." Perlahan nada suara lelaki itu meminta.

"Mengada awak ni." Aisy mengucup lembut tangan Khalaf. Sempat dia mengusap bekas cakar tersebut.

Khalaf tersenyum lebar sehingga menampakkan baris gigi depannya. Bukan selalu dia tunjuk 'mengada' nya pada Aisy.

"Kau biar betul Tuan Muda minta tolong carikan resepi Qay?" Aaren menampar kasar berlakang badan Qayyum.

"Nampak muka aku macam tak boleh dipercayai macam kau ke?" Bidas Qayyum. Anak matanya hanya tertumpu pada skrin laptop pada ketika itu. Fokus menaip sesuatu menyelesaikan kerja.

"Adalah sikit macam penyangak. Aku lagi hensem." Aaren menarik kerusi sebelum duduk. Mereka berdua berada di sebuah meja yang tidak jauh dari tepi kolam renang.

"Pergi sambung mission kau lah. Sibuk datang buat apa—"

"Mamat cina bukit tu ganti aku. Padan muka dia bertimbun kerja." Satu kotak rokok dikeluarkan dari poketnya. Belum sempat Aaren memicit pemetik api pada hujung puntung rokoknya, muncul Khalaf sambil membawa sebuah bekas makanan ke arah mereka.

"Siapa benarkan kau hisap rokok dekat rumah aku?" Suara germesik Khalaf buatkan serta merta pandangan Aaren beralih ke arahnya.

"Ma-maaf. Aku tak sengaja—"

"Simpan sebelum aku ambil, buang." Khalaf meletakkan bekas makanan yang dipegangnya tadi ke atas meja, berdekatan dengan laptop Qayyum.

Pantas Aaren menyelinap masuk kembali kotak rokok tersebut miliknya itu kedalam poket seluar.

"Apa ni Tu—"

"Apa kau ingat bini aku nak makan semua laksam yang banyak tu ke? Bawa lah balik sikit"

"Terima kasih." Qayyum mengukir senyuman nipis sebelum dia menilik bekas makanan itu. Dalam kasar-kasar Tuan Mudanya itu, terselit jugalah lembutnya.

Apabila loceng pintu utama rumah agamnya berdering, pantas Khalaf bangun dari sofa begitu juga dengan Aisy.

"Biar aku buka pintu sayang. Pergi duduk." Bantah Khalaf apabila isterinya turut mahu mengikut buka pintu.

"Alah taknak— Mana tahu mama datang bawa Harizz ke" Aisy berdegil tetap mahu mengikut.

Belum sempat pintu utama tersebut dibuka oleh Khalaf, terlebih dahulu isterinya menarik. Khalaf menghembus nafas berat, akur. Perlahan Aisy tarik sehingga bukaan pintu dikuak lebih lebar.

"Ciao meraviglia."(Hi gorgeous)

Tersentak Aisy apabila gerangan yang berada disebalik pintu itu adalah lelaki asing yang tidak dikenalinya. Mulutnya automatik terkunci tidak tahu hendak jawab apa.

Mendengar suara lelaki tersebut menyapa, Khalaf terus kehadapan sebelum menarik lengan isterinya. Anak mata hitam pekatnya menerkam susuk lelaki itu.

"Can you please stand behind me, Aisy."

Apabila Khalaf meminta Aisy keberlakang, Aisy segera mengundur berdiri disebalik tubuh tegap suaminya.

"Chi ti ha permesso di venire qui, Rykarl?"(Who allowed you to come here, Rykarl?)

Aisy hanya mendengar suaminya menggunakan bahasa asing.

"Glad you know me—" Rykarl membalas tenang. Lelaki itu mengukir senyuman nipis.

"Kau nak aku ulang soalan yang sama?" Khalaf semakin kedepan merapatkan jaraknya bersama Rykarl.

"Okay relax.."

"Aku datang sebab nak discuss something. Also I want to ask about Emir. Where is he now?" Sekilas pandangan Rykarl tertumpu ke arah Aisy.

"Kau boleh masuk, ikut aku."

"Distogli gli occhi da mia moglie, Karl."(Take your eyes off my wife, Karl) Dingin riak wajah Khalaf pada ketika itu.

"Don't you worry about that. Aku tak suka ambil hak orang. Sorry Mrs Khalaf."

"Good." Khalaf memusingkan tubuh menghadap Aisy.

"Wait for me okay? Kau masuk bilik dulu. Jangan pergi mana-mana."

Aisy mengangguk perlahan tanda faham. Dia meleraikan genggaman Khalaf pada lengannya.

Continue Reading

You'll Also Like

4.4K 164 18
seorang gadis yang dikenali sebagai echaa seorang student yang sangat ceria tapi penakut sedikit kat highschool telah berjumpa seorang lelaki yang po...
1.1M 54K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
5.6K 527 15
[SHORT STORY] "Awak janji yang awak tak akan abaikan saya walaupun apa pun yang terjadi? Awak janji yang awak akan sentiasa ada dengan saya walaupun...
5.9K 449 33
No. 1 in #Toxic No. 1 in #Bucin Adrasta. Sebut saja namanya pasti digeruni semua pelajar-pelajar di SMK Bima Sakti. Layaknya seorang Ketua Geng Motor...