[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•

By bmints

81.6K 8.8K 3.4K

Aku bukan ditiduri lelaki. Aku dirogol. Bayi ini mengingatkan aku kepada anak perogol yang aku kandungkan dul... More

INTRO
ONE
TWO
THREE
FOUR
FIVE
SIX
SEVEN
EIGHT
NINE
TEN
ELEVEN
TWELVE
THIRTEEN
FOURTEEN
FIFTEEN
SIXTEEN
SEVENTEEN
EIGHTEEN
NINETEEN
TWENTY
TWENTY-ONE
TWENTY-TWO
TWENTY-THREE
TWENTY-FOUR
TWENTY-FIVE
TWENTY-SIX
TWENTY-SEVEN
TWENTY-EIGHT
TWENTY-NINE
THIRTY
THIRTY-ONE
THIRTY-TWO
THIRTY-THREE
THIRTY-FOUR
THIRTY-FIVE
THIRTY-SIX
THIRTY-SEVEN
THIRTY-EIGHT
THIRTY-NINE
FOURTY
FOURTY-ONE
FOURTY-TWO
FOURTY-THREE
FOURTY-FOUR
FOURTY-FIVE
FOURTY-SIX
FOURTY-SEVEN
FOURTY-EIGHT
FOURTY-NINE
FIFTY
FIFTY-ONE
Novel and EBook
EPILOGUE
New Story

FIFTY-TWO

551 42 17
By bmints









"Doktor kata papa boleh sembuh dalam beberapa bulan lagi, kena selalu pergi terapi..." ujar Puan Jeon.

Jungkook mengangguk faham, tangan Tuan Jeon dipegang lembut. Lelaki 50-an itu sudah boleh bergerak cuma masih perlukan sedikit sokongan, bercakap pun masih tidak jelas. Apapun Tuan Jeon tetap mengalami perubahan yang baik sejak terkena strok.

"Papa," Jungkook mengusap perlahan belakang tangan papanya. "Kook minta maaf kalau kedatangan Kook hari ni tak menyenangkan papa. Kook cuma nak melawat sekejap, sebagai seorang anak dan sementara papa masih ada..."

"Kook doakan papa kembali sihat macam dulu. Pasal syarikat, Kook putuskan untuk kekal jadi presiden saja. Kook tak nak papa fikir Kook gila kuasa sebab Kook memang tak pernah fikirkan pasal tu. Asal boleh cari rezeki untuk keluarga, dah memadai,"

"Kook bukan anak yang baik, tapi Kook cuba untuk tidak derhaka dengan papa jadi please... Kook nak kita berbaik. Kook minta ampun atas semua salah silap Kook selama ni. Kook tak nak dendam dengan papa, dengan hyung, dengan sesiapa pun lepas ni. Boleh ya, papa?"

Tuan Jeon hanya diam, namun matanya tidak berkalih dari memandang wajah Jungkook yang benar-benar mengharap daripadanya.

Faham papanya tak boleh bercakap seperti biasa, Jungkook tersenyum tipis dan menganggap diam Tuan Jeon itu bermakna setuju. Tangan Tuan Jeon yang masih dalam genggaman, Jungkook kucup perlahan.

Puan Jeon yang entah kenapa berasa sebak, menggosok kepala Jungkook lembut. Terharu dengan anak lelaki bongsunya yang sebelum ini dibuang oleh ayah sendiri, tetap terbuka hati meminta maaf walau tiada salah.

Sangat menampar diri bila tersedar, bahawa anak yang terlalu dikasihi tak semestinya baik dan anak yang terpinggir tak semestinya tak baik.











"Chaerin main dekat gelongsor tu saja ya? Jangan main tempat lain," pesan Chaewon sebelum biarkan Chaerin  bermain di kawasan permainan kanak-kanak.

Sementara Jungkook melawat ayahnya di rumah keluarga Tuan Jeon, Chaewon membawa anak-anaknya berjalan di bandar dan sekarang mereka makan di KFC.

Bukan tak mahu mengikut Jungkook, Chaewon cuma rasa dirinya tidak diingini oleh keluarga Jungkook. Biasalah bukan menantu idaman, Chaewon sedar diri dan biarlah Jungkook saja yang pergi bimbang kehadirannya tidak disukai terutama Tuan Jeon.

"Weee!!" sorak Chaerin tika bermain gelongsor.

Chaewon hanya tersenyum melihat anaknya bermain sambil makan ayam goreng, sesekali mengawasi Jungwon yang duduk di kerusi bayi.

"Eh, macam kenal je perempuan yang makan dengan baby tu..." ujar seorang wanita yang duduk selang beberapa tempat dari Chaewon.

"Bukan Chaewon ke tu?"

"Yalah, eh tapi nampak lain gila!"

"Memang lah nampak lain, ada laki yang tanggung... Baby tu anak baru dia lah tu,"

"Oh..."

"Ish, entah lelaki manalah jadi pak sanggup dia. Dulu kan dia ada seorang anak luar nikah,"

"Suami dia orang kayalah, jangan main-main. And aku dengar anak first dia memang hasil hubungan dengan suami dia. Like, diorang ehem ehem pastu berpisah, then Chaewon pregnant, pastu beberapa tahun kemudian baru diorang jumpa balik and kahwin,"

"Uish, ada pula macam tu ya?"

"Biasalah, manusia pun pelik-pelik juga..."

"Jom tegur dia nak? Kita tengok reaction dia macam mana hehehe,"

"Ha jom try," lalu ketiga-tiga wanita tersebut bangun dan berjalan ke meja Chaewon.

"Ini mainan Tuffless awak tak nak main ke?" ralit Chaewon bercakap dengan anaknya sehingga dia perasan ada orang berdehem.

"Ehem, hi Chaewon! Ingat kami lagi tak?"

Chaewon pun bingung seketika melihat tiga sekawan itu. Ya, tipulah dia tak ingat inilah geng yang suka buli dia sewaktu belajar dulu.

Yang suka tuduh dia sundal, Chaerin anak haram, banyaklah.

"Erm hi," Chaewon tersenyum janggal. "Ya, saya ingat korang..."

"Lama tak jumpa kau. Ada anak dua dah,"

Chaewon hampir sakit jantung bila wanita yang menegurnya itu mencubit sekilas pipi Jungwon tanpa izin. Mujur tak menangis anaknya.

"Eh, mana anak kau seorang lagI? Oh ya, suami kau juga?"

"Suami ada hal sekejap, seorang lagi tengah main dekat situ," Chaewon tunjuk sekilas ke arah Chaerin.

"Oh, tu anak first kau kan? Besar dah dia, cantik pula tu,"

"Mestilah, tengoklah mak dia..."

"Ya, cantik macam mak dia tapi jangan sampai perangai maknya pun dia ikut- oops? Haha!"

"Haah kan? Hahaha!"

"Hei, kalau korang datang sini semata-mata nak kenakan saya baik tak payah. Buat tak kenal saja sudahlah," akhirnya Chaewon bersuara.

"Eh, mana ada kami gurau je. Hmm, nampaknya kau ni tak berubah ya? Masih hati tisu, orang gurau sikit terasa..."

"Gurau pun ada adab, jangan sampai sakitkan hati orang macam tak pernah masuk kelas moral masa sekolah,"

"What?" lalu wanita itu bercekak pinggang bila Chaewon memerlinya.

Chaerin yang berada di gelongsor pun ternampak Chaewon seakan 'bergaduh' dengan tiga wanita itu, raut wajah Chaewon pun jelas menandakan tak selesa. Chaerin langsung mencapai kasut, disarung ke kaki lalu menghampiri Chaewon.

"Mama!"

"Eh hai sayang. Dah puas main?"

"Tak, Chaerin datang sebab Chaerin tengok ada orang kacau mama,"

"Eh? Siapa?"

"Nilah," Chaerin tunjuk kepada tiga wanita itu lalu masing-masing ternganga.

"Apa? Kami ni kawan mama kamu masa belajar tau,"

"Kawan? Mama Chaerin mana ada kawan. Kawan mama, jiran sebelah rumah mama saja. Korang bukan kawan mama jadi jangan kacau mama!" marah Chaerin.

"Mama, mama,mama... Lantaklah, orang nak bertegur sapa pun bitter..."

"Chaerin tahulah mama tak suka korang, tengok muka mama pun dah tahu korang bukan buat baik dengan mama jadi pergilah!"

"Pfft, kau yang budak kecik pulak melebih..."

"Grrr..." Chaerin merasakan amarahnya tercabar, langsung minuman Fanta Strawbery di atas meja diambil lalu disimbah ke pakaian wanita itu, termasuk kawan-kawannya sekali.

"YAHHH S-SHET! APA KAU BUAT NI BUDAK!!" 

"Chaerin! Kenapa buat macam tu!" Chaewon melepuk tangan Chaerin namun anaknya malah ketawakan wanita-wanita itu.

"Nak lagi tak?" Air Pepsi milik mamanya pula Chaerin ambil.

"Hei kenapa ni?" seorang staf mula datang.

"Budak ni tumpahkan air dekat kami! Halau tiga beranak ni sekarang!"

"Diorang yang kacau mama Chaerin!" ujar Chaerin.

"Tak apalah, cik semua. Mengalah saja, budak ni kecil lagi..."

"Kau nak kami mengalah! Hei, budak ni kurang ajar main simbah orang tahu tak?"

"Ya, tahu tapi budak kecil besar ni mana kenal baik buruk. Tolong jangan bising, mengganggu ketenteraman pelanggan lain, sila balik ke tempat cik semula..."

Meroyan lah tiga wanita itu dihalau oleh staf, Chaerin sampai tutup mulut ketawakan mereka.

"Apalah Chaerin ni, mama tak ajar Chaerin buat macam ni kat orang tau. Lain kali jangan buat dah,"

"Okey mama," Chaerin mengangguk.

Chaewon mengeluh perlahan, namun dalam hati dia juga ikut ketawa. Padan muka.

author ; nyah termerepek kat part ni sampai dah masuk 1000 words...











"Junghyun! Mandikan anak!"

"Junghyun! Pampers anak dah tukar belum?!"

"Junghyun! Bangun! Anak mengigau tu!"

"Junghyun!"

Sunhye hanya mampu ketawa melihat betapa kalutnya Junghyun menguruskan anak dan rumah sepanjang dia berpantang. 

"Dahlah, cukup lah anak seorang. Tak tahan dah jadi kuli..." keluh Junghyun, sambil melipat pakaian.

"Huh, aku baru dua minggu berpantang kau dah mengeluh. Tak boleh harap langsung kau ni," Sunhye menggeleng kepala.

"Penatlah, dahlah kerja, rehat pun tak ada..."

"Tahu pun, nak sangat aku mengandung kan? Hah rasalah, kalau tak sanggup juga lepas ni kita berpisah saja. Tak ada masalah,"

Keluar saja ayat itu, Junghyun tidak membalas lagi. Tak boleh bertekak lama, cepat saja Sunhye ajak berpisah. Nak tak nak, senyap dan mengalah kalau rasa tak nak jadi duda.

Sunhye hanya perhati Junghyun menyusun pakaian di wardrobe, selesai lelaki itu membuar kerja dia pun memanggil.

"Junghyun-ah..."

"Ya?"

"Sini kejap,"

"Nak bagi arahan apa pulak? Sabar, bagi aku buat yang belum siap lagi,"

"Sinilah, aku tak suruh apa-apa pun. Serius,"

Junghyun pun menurut. Dia duduk di birai katil namun Sunhye menariknya sampai ke tengah. Junghyun menunggu saja apa Sunhye mahu cakap tapi wanita itu malah hanya memandangnya.

Chup!

Mata Junghyun sedikit membulat bila pipinya dikucup sekilas oleh Sunhye.

"Dah kenapa pandang aku macam tu? Tak suka orang cium pipi ke?"

"Tak, aku cuma..."

Chup! 

Junghyun terkedu lagi.

"Jadi ayah dan suami yang baik, baru aku sayang kau macam ni. Hmm?" Sunhye menguntum senyum dengan kening dijongket beberapa kali.

Junghyun pun tersenyum seraya mengucup dahi Sunhye. "Okey..."











"Cepat adik!" Chaerin menepuk tangan tanda semangat kepada Jungwon yang merangkak ke arahnya. 

Sampai saja Jungwon, lantas si kecil itu dipeluk erat oleh si kakak.

"Yeay! Laju adik merangkak," puji Chaerin. "Jom main tiup buih nak?"

Chaerin meniup buih ke atas, biarkan buih-buih berterbangan. "Weee!!"

Bulat saja mata Jungwon melihat buih-buih, tangan kecilnya junga terangkat mahu mencapai buih tersebut. 

Jungkook dan Chaewon yang hanya memerhati di tempat mereka berkelah, sekadar tersenyum melihat anak-anaknya bermain tak jauh dari mereka.

"Ralit betul dua beradik tu bermain," ujar Chaewon. "Tak perasan dah kita dekat sini,"

"Baguslah, kita boleh duduk tenang macam ni. Anak-anak behave," Jungkook menarik pinggang Chaewon agar lebih rapat dengannya.

Chaewon pun lentokkan kepala di bahu Jungkook. Masing-masing diam seketika, memerhati suasana taman rekreasi yang meriah dengan keluarga dan anak-anak kecil di situ.

"Tengok anak-anak baik macam ni rasa macam nak tambah lagi..." tiba-tiba Chaewon bersuara.

"Hah? Seriuslah?" soal Jungkook, mata pun membulat tak percaya isterinya kata begitu.

"Eung," Chaewon mengangguk. "Kalau anak ketiga buas dan nakal, baru saya tutup kilang,"

"Kalau anak ketiga baik juga?"

"Kita tambah lagi,"

Jungkook pun terkedu sebelum dia ketawa. "Hahahah aduhai bini aku ni..."

"Biarlah, asalkan yang jadi ayahnya awak. Beranak sepuluh pun boleh," Chaewon memandang wajah Jungkook sambil tersenyum, mengenyitkan mata kepada suaminya.

"Okey cukup tiga tahun usia Jungwon kita proses lagi seorang,"

"Cun!" Chaewon naikkan ibu jari.








#abaikantypo

Next update, mint akan drop epilogue then tamatlah cerita ni🙌🏻

2th August 2022


NOVEL THE BABY : RM40 INCLUDED POSTAGE (BANK IN /ONLINE TRANSFER)

DEPOSIT : RM15 AND ABOVE

EBOOK : RM10 (BANK IN / ONLINE TRANSFER / TOPUP CELCOM)

WHATSAPP : 013-4129176

Continue Reading

You'll Also Like

473K 47.9K 36
Semuanya perlu berada di dalam genggamannya. Gelar si dia, Jeon Jungkook. Si Mr Sexy. Start: 18/10/2018 End: 02/12/2018 Photo [Using For Cover]: Cred...
39K 4.8K 36
Nightclub?Mabuk?Playboy? *Itu sudah biasa baginya...* ✈//Seorang lelaki berkulit bronze berasal dari Korea Selatan merupakan seorang pilot.Menjadi pi...
113K 8.1K 40
"aku just nk cakap yang kau cantik kalau kau tak pakai cermin mata kau yang tebal 10 inci tu" apa yang akan berlaku kepada sekumpulan yeoja yang nerd...
115K 5.4K 32
Kehilangan berlaku disebabkan namja yg bernafsu dan melepaskan kepada aku tanpa sebab. Semua hilang, maruah aku, dara aku, harga diri aku dan lain la...