FARREL'S BOO©️

Da nabilllss

4.1M 227K 23.2K

KF SERIES VOL 1 [ karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan & takkan di-edit semula sebabnya malas ] ↳... Altro

𝐅𝐚𝐫𝐫𝐞𝐥'𝐬 𝐁𝐨𝐨
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°
°∘∘51∘∘°
°∘∘52∘∘°
°∘∘53∘∘°
°∘∘54∘∘°
°∘∘55∘∘°
°∘∘56∘∘°
°∘∘57∘∘°
°∘∘58∘∘°
The End | 59
°∘ Special chapter∘°

°∘∘38∘∘°

61.2K 3.4K 236
Da nabilllss

"Tolong potongkan buah tembikai untuk Aisy lagi boleh?"

"Dah habis. Mama bawa sikit je semalam." Khalaf bangun dari sofa sambil membawa sebuah beg galas ke arah katil wad Aisy.

"Awak keluarkan baju saya kenapa?" Melihat suaminya yang mengeluarkan sehelai T-shirt, juga sehelai seluar panjang buatkan Aisy mengerutkan dahi.

"Nak mandikan kau." Ringkas Khalaf menjawab. Usai itu, pakaian dalam isterinya turut dikeluarkan.

"Aisy nak mandi sendiri--"

"Tak boleh." Belum sempat lipatan baju yang dikeluarkannya tadi diambil oleh Aisy, terlebih dahulu dia ambil dan pegang.

"Tapi kenapa? Bolehlah Farrel.." Aisy sengaja memaparkan wajah manja. Berharap agar rayuannya diterima.

"Tu. Luka dekat peha tu. Reti cuci? Tangan kau bukannya kuat lagi pun."

"Kita dah boleh balik. Kau nak discharge lambat ke cepat, Aisy?" Tegas Khalaf menyoal.

"Ta-tapii, nanti kalau awak yang mandikan---" Masih dia bantah bantuan suaminya. Wajah bertukar tidak berpuas hati.

"Kalau kau tak suruh tengok pun aku tengok. Luar ke, dalam ke--" Bebelan Khalaf terhenti selepas mulutnya ditampar lembut oleh Aisy.

"Farrel! Cuba miang tu jangan bawa ke pagi. Dari malam tadi lagi." Tajam jelingan Aisy memandang suaminya. Selagi tak stop kan dia membebel, sampai dalam bilik mandi lah diulangnya.

Beberapa saat ruang dalam wad peribadi itu senyap selepas Aisy memarahi Khalaf. Tersentak Aisy apabila Khalaf bertindak mengunci pergerakannya dengan meletakkan kedua-dua tangan diantara kedudukannya. Tidak cukup dengan itu, Khalaf mendekatkan wajah rapat ke isterinya. Lama anak mata mereka bertembung.

"Farrel.. Ke-kenapa ni??" Aisy hampir kalah dengan renungan yang diberikan oleh suaminya. Dia juga tidak selesa apabila lelaki itu memaparkan riak wajah yang beku. Dia mahu Khalaf yang tidak serius seperti tadi.

"Aku ni siapa, Aisy?" Apabila Aisy menolak dada Khalaf perlahan meminta agar dilepaskan, pantas lelaki itu kembali merapatkan jarak.

"Do I have to repeat the same question?" Wajah isterinya yang sudah tertunduk itu kembali dinaikkan bersama jarinya.

"Aa-awak.." Air liur ditelan, tidak dapat dia bertentang mata. Ketegasan kelakuan suaminya itu buatkan dia gugup hendak menjawab.

"Hm? Siapa depan mata kau sekarang ni?" Masih beku wajah Khalaf menyoal.

"Suami sa-saya.." Ruang pernafasan Aisy dipenuhi dengan bauan mahal yang terhasil dari Khalaf. Mana tidaknya, jarak diantara mereka hanya beberapa inci.

"I'm yours?"

Aisy mengangguk perlahan.

"That means you're mine. Always mine."

"Apa saja milik kau, hak kepunyaan aku. Don't you dare refuse my request to bathe you." Khalaf bertutur tenang. Renungannya masih tepat memandang wajah Aisy.

Aisy menghembus nafas lega apabila suaminya telah membebaskan pergerakannya. Jarak antara mereka kembali kepada asal. Detik jantungnya berdegup laju mendengar pernyataan Khalaf tadi. Boleh tahan tegas juga ekk?

"Jum." Khalaf menghulurkan tangan kanannya buat Aisy. Menyuruh agar gadis itu turun dari katil wad.

"Ke-kejap. Mengilu.." Pergerakan Aisy sedikit sulit kerana luka pada pehanya masih basah.

"Let me help you, sayang." Khalaf meletakkan kembali lipatan baju isterinya ditepi. Lelaki itu mengangkat perlahan tubuh lemah Aisy sehingga selesai dia turun dari katil.

Baju Aisy diambil serentak pinggang isterinya itu ditarik lembut. Perlahan Khalaf membawa gadis itu ke arah bilik mandi yang sedia ada dalam wad tersebut.

"Angkat beg Tuan Muda jap Aaren. Aku nak jumpa Cik Della--" Keluar saja dari perut kereta bahagian memandu, terus Qayyum mencari kelibat Aaren.

"Dah kenapa pulak? Suka hati kau je tinggalkan barang Tuan Muda dalam kereta." Aaren yang duduk tadi terus bangun memaparkan riak wajah hairan.

"Memekak betul la. Tuan Muda Khalaf yang suruh kau bawa naik atas. Aku ada kerja belum habis ni."

"Shuh-- shuhh--" Qayyum meneruskan langkah kedalam rumah agam Tengku Rossa.

Sehingga hilang bayang sahabatnya itu direnung, tanpa sedar Khalaf sudahpun berada membelakangi pandangannya.

"Oh mak--" Apabila Aaren mengalihkan kembali pandangan kehadapan, terkejut dia secara tiba-tiba melihat Tuan Mudanya itu muncul. Pandangannya turut beralih ke arah Aisy yang dicempung oleh lelaki itu.

"Tu-Tuan Muda Khalaf--"

"Teruk juga mata kau lebam Aaren." Khalaf memerhati bahagian mata kiri Aaren yang ditumbuknya beberapa hari lepas.

"T-Tak adalah. Aku okey." Aaren tersenyum kelat. Serba salah kerana kecuaiannya, Aisy diculik.

"Suruh abang kau tu tengokkan mata kau--"

"Evren yang buat mata aku lebam lagi teruk, Tuan Muda." Aaren menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal. Memang Evren turut ada bagi penumbuk padanya kelmarin.

"Padan muka kau." Khalaf kembali mengatur langkah. Dibawanya Aisy yang lena itu dengan penuh berhati-hati mendekati ke arah pintu utama.

Melihat Tuan Mudanya itu selesai melangkah masuk kedalam, Aaren kembali menyambung tugas. Di dalam hati dia sekarang menyumpah seranah abang bertuahnya si Evren.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Kau dah makan belum Harizz?" Khalaf mengusap kepala budak lelaki itu. Dari tadi dia menemani Harizz menonton rancangan TV di ruang tamu.

"Belum--" Harizz menggeleng kepala laju. Anak mata masih ralit memberi tumpuan pada TV.

"Mama tak ajak kau makan ke?" Berkerut dahi Khalaf mendengar jawapan Harizz. Jam tangannya dipandang sekilas. 5 petang. Busy betul orang yang dalam rumah ni, sampai budak kecik ni pun tak makan lagi?

"Rizz nak Kak Aisy suap, taknak mama." Harizz meletakkan kepala ke atas peha Khalaf. Bukan main selesa baring atas peha abangnya seorang itu.

"Kak Aisy belum bangun. Tengah tidur dalam bilik. Jum Kak Dell suapkan Harizz--" Fredella yang baru saja menuruni anak tangga itu membuatkan Harizz mengiringkan sedikit kepalanya ketepi.

Pandangan Khalaf tertumpu kepada Qayyum yang turut mengekori langkah adik perempuannya dari berlakang.

"Rizz taknak.."

"Rizz nak tunggu kakak bangun dari tidur jugak--" Harizz masih bermalasan tidak mahu bangun.

"Come.." Perlahan Khalaf mengangkat tubuh kecil Harizz agar kembali bangun.

"Nanti Kak Aisy bangun, dia tahu kau tak makan lagi mesti dia marah."

"Mood dia dahlah tak betul, macam singa. Kau nak ke dia gigit kau little boy?" Selamba Khalaf. Kalau ada Aisy sekarang tak ke dia merajuk sampai bersalin?

"Alaa, taknak kakak garang.." Harizz menghembus nafas kasar. Dia mencebik beberapa saat.

"Kalau taknak, Harizz kena makan jugak. Makan dengan Kak Dell okey?" Fredella terus mengangkat tubuh kecil budak lelaki itu dan dibawanya ke arah dapur.

"Duduk Qay." Apabila Fredella dan Harizz telahpun meninggalkan ruangan itu, Khalaf menyuruh Qayyum agar duduk dihadapannya.

"How about our Locos now?"

"More better. Aku ada banyak buat perbincangan dengan Cik Della. Everything went well when she helped me a lot." Qayyum melabuhkan punggung ke atas sofa empuk itu. Rambutnya diraup keberlakang.

"Aku rasa kau orang berdua ni sesuai bergabung sebagai hacker assistant aku." Khalaf menyandarkan tubuh tegapnya keberlakang.

"Aa-aku taknak." Qayyum membantah laju. Tidak mungkin dia mahu berkongsi tugas dengan adik perempuan Tuan Mudanya itu.

"Laptop kau dah okey?" Khalaf tersenyum nipis melihat muka gelisah Qayyum.

"Dah."

"Cik Della masukkan semula data ZM'S dengan RSE'S dalam laptop aku."

"Didn't you see it? You both look powerful when combined in one task." Satu pujian yang ikhlas diberikan oleh Khalaf. Jujur, kerjanya yang tergendala kembali mudah apabila Qayyum dan Fredella bergabung untuk menyelesaikannya.

"She's better than me. Aku cuma unit bawahan The Locos, Tuan Muda Khalaf." Qayyum masih merendah diri, tidak mahu terlebih kata. Acah cool la sikit.

"Harizz.." Tengku Rossa mendekati ruang tamu. Tersenyum nipis dia melihat Harizz yang turut sibuk mahu menolong Khalaf mengurut lengan Aisy.

"Buat apa tu?" Tengku Rossa duduk di atas sofa yang berhadapan dengan anak menantunya.

"Tolong abang Arel urut tangan kakak--"

"Aku tak suruh pun, Harizz. Bahaya tangan kau pegang minyak panas tu--" Tegas Khalaf. Tangannya pula ralit mengurut setiap inci lengan Aisy yang masih lebam itu.

"Tok Ma call mama. Dia suka sangat dengar berita yang Aisy mengandung."

"Nanti mama ingat nak ajak kamu berdua balik sana. Sekali dengan Harizz."

"Boleh. Aisy dah lama nak makan kari ikan Tok Ma--" Aisy mengukir senyuman lebar mendengar pernyataan itu.

"Farrel malas." Air muka Khalaf terus berubah. Entah mengapa dia sangat malas hendak kesana, lebih-lebih lagi ada si Puteri yang selalu tak berpuas hati dengan isterinya.

"Della faham. Takpa, Della ikut sekali balik kampung. Biar Della cili mulut si dia tu--" Fredella yang entah dari mana muncul bersama bedak sejuk yang bertepek pada seluruh muka itu mengejutkan Harizz.

"KAKAK! HA-HANTU!!" Lantas Harizz memeluk Aisy lalu menekup wajah disebalik tubuh kakaknya itu.

"Kau ni minta penampar kan. Pakai benda putih-putih tu dah kenapa--" Satu bantal kecil dilempar kasar oleh Khalaf, dan tepat terkena pada Fredella.

Aisy yang melihat telatah mereka itu tergelak kecil. Perlahan dia kembali menarik Harizz kehadapan. Alangkah indahnya jika Sumayyah masih ada, dapat merasai semua kebahagiaan yang berada dihadapannya sekarang.

Continua a leggere

Ti piacerà anche

5.6K 527 15
[SHORT STORY] "Awak janji yang awak tak akan abaikan saya walaupun apa pun yang terjadi? Awak janji yang awak akan sentiasa ada dengan saya walaupun...
4.4K 164 18
seorang gadis yang dikenali sebagai echaa seorang student yang sangat ceria tapi penakut sedikit kat highschool telah berjumpa seorang lelaki yang po...
8M 273K 63
Badboy series volume 1 Completed (Unedited version) Tengku Adrian Benjamin | Reanne Az Zahraa "I takkan macam ni kalau you does...
119K 4.4K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...