EVERISA

thenovlise tarafından

108K 7.1K 761

Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara... Daha Fazla

01 • Prolog
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
ʕ⁠'⁠•⁠ ⁠ᴥ⁠•̥⁠'⁠ʔ
IZEVE: The Future of Us

79 • Epilog

2K 130 47
thenovlise tarafından

Tahun 2023.

DING!

Pintu lif terbuka. Terpampang di skrin atas pintu lif nombor 5 menandakan aku sekarang berada di tingkat lima.

Kakiku melangkah keluar dari perut lif dan berjalan merentasi hallway yang panjang untuk ke kelas. Orang-orang yang menegurku aku balas dengan senyuman dan anggukan saja. Lama aku berjalan untuk ke kelas yang terletak di hujung tingkat.

Sesampainya aku di depan pintu kelas, dedaun pintu aku buka sebelum masuk ke dalam. Sempat aku tengok papan kecil di atas pintu untuk pastikan yang aku tak tersalah kelas.

5 Elite.

"Amboi, amboi, amboi. Terpaling awal ya, kau?"

Suara Nana kedengaran sebaik saja aku masuk ke dalam.

"Ala, hari first, kan? Bukannya cikgu mengajar lagi pun," balasku selamba. Meja yang terletak di sebelah kanan kelas aku ambil.

"Pergi mana?" Tanya Nana ingin tahu. Spek matanya dibetulkan. Spek baru tu. Katanya terpaksa buat hujung tahun lepas sebab mata dia dah kabur. Sebabnya? Gara-gara selalu membaca dalam gelap.

Lain kali contohi aku yang selalu jaga mata ni. Perfect sight. Hoho.

"Pergi kelas form 4 kejap. Nak tengok takut-takut ada tertinggal barang tahun lepas."

Nana angguk faham.

Lepas tu, kitorang diam buat kerja masing-masing. Bukan buat kerja sangat pun. Aku tengah usik orang tepi aku yang dari tadi tidur.

Siapa lagi kalau bukan Armaya Irisa?

Dari form 4 sampailah form 5, kerja nak tidur je. Ingat dia ni koala agaknya.

"Janganlah kacau." Maya tepis tangan aku yang mencucuk-cucuk pinggangnya.

"Bangun."

"Tak nak. Cikgu tak ada pun sekarang, kan?"

"24 jam tidur kau ni. Ada minum ubat batuk ke?"

"Diam kau. Aku penat buat kerja semalam."

"Buat apa je?"

"Cek itu, cek ini."

Terangguk-angguk kepala aku. Orang ada jawatan, kan? Banyaklah kerja.

Eleh, kau? Cakap orang.

"Kau tu, siap dah ke kerja?"

Aku buat muka berlagak.

"Aku dah siapkan dekat rumah lagi, okey? Tak mainlah esok dah nak guna, hari ni baru buat."

Maya jelirkan lidah. Menyampah lah tu. Aku memang suka buat dia annoyed.

"Tidurlah kalau kau nak tidur. Semoga dalam mimpi nanti jumpa orang dekat..."

"Dekat?"

Aku berbisik di tepi telinga Maya.

"...dekat Melbourne."

Pak!

"Au!" Aku pegang paha yang ditampar kuat tadi. Mak aih, ini macam nak tampar gendang je gayanya.

"Jangan nak mengarut. Kitorang kawan je lah," marah Maya.

Aku buat muka.

"Kawan konon. Hari-hari chat, hari-hari on call, hari-hari ajak keluar masa cuti hujung tahun hari tu. Kawan ke spare part?"

Pak!

"Aduh, sakitlah Maya!" Aku usap sekali lagi paha aku. Tempat sama pula tu. Aku jauhkan sikit kerusi dari kerusi Maya. Tak mahu pisang yang dah berbuah dua kali jadi tiga kali pula.

"Mengarut lagi. Ni bercakap pasal Ray, dia cakap Isaac pun ikut dia pergi Melbourne."

"Memanglah. Bukan diorang pergi trip sekali ke?"

Maya buka mata. Aku yang tengah gigit biskut dipandang dengan mata yang dipincingkan.

"Oh, tahu?" Penuh sarkastik suara Maya.

Aku angguk.

"Macam mana kau tahu?"

"Isaac lah bagitahu."

"Habis tu kau pun sama. Hari-hari chat, hari-hari update itu ini. Kawan je ke?"

Uhuk! Uhuk!

Aku tekup mulut bila rasa sisa-sisa biskut hampir terkeluar. Aduh, perit. Sampai berair mata. Sakit oi tahan tersedak sambil makan ni. Nak batuk kuat-kuat tak boleh sebab takut tersembur makanan dalam mulut.

"Ma-Mana ada aku chat dia hari-hari."

"Iya ke?"

Aku angguk laju-laju. Hari-hari apanya? Dua hari sekali tu adalah.

"Eleh. Aku tak percaya."

Aku gulingkan mata. Suka hati kaulah, Maya.

"Tak percaya sudah."

Ding! Dong!

Aku buat tak tahu je bunyi loceng tu. Nanti ada juga yang jadi penyambut tetamu.

"Ya?"

"Cikgu Shazlee panggil Abang Maheer, Abang Widad, Abang Irham, Abang Raziel, Kak Maya dengan Kak Hawa."

Aku berpandangan dengan Maya. Kenapa Cikgu Shazlee nak jumpa kitorang?

"Untuk apa?" Maheer tanya junior form 4 tu.

"Cikgu cakap blazer dah siap."

.

TOK! Tok!

Pintu bilik disiplin diketuk Maheer yang berada di depan sekali.

"Masuk."

Krek!

Pintu kayu yang besar itu ditolak Maheer sebelum masuk ke dalam. Lepas Maheer masuk, barulah kami yang lain masuk.

"First time masuk bilik disiplin, weh," bisik Reen yang berdiri tepi aku.

Aku angguk je. Samalah dengan aku. Ini pun kali pertama aku masuk bilik disiplin juga.

Yang nak tanya dari mana Reen datang, dia datang sekali dengan kitorang tadi. Tapi Reen kan kelas Alpha, sebab tu junior yang panggil kitorang tadi tak sebut nama Reen. Tak ke pelik kalau orang dekat kelas lain, tapi pergi panggil dekat kelas lain?

"Semua dah ada?" Tanya Cikgu Shazlee yang tengah memeriksa blazer yang bergantungan di tempat penyangkut baju.

"Dah, cikgu," jawab Maheer.

"Baiklah. Ini, blazer kamu semua dah siap. Maaf lambat sebab tailor busy sikit. Sepatutnya siap masa cuti sekolah lagi."

"Tak apa, cikgu."

"Dekat blazer ni dah ada nama masing-masing. Boleh ambil dan try. Kalau ada masalah boleh kita betulkan terus."

Maheer yang berada paling dekat dengan tempat blazer disangkut terus ambil satu persatu dan bagi dekat tuan blazer tersebut.

"Hawa."

Aku ambil satu blazer yang dihulurkan Maheer. Uwau, bau baru lagi ni. Tak nak basuh boleh tak? Hehe.

"Semua dah dapat? Kalau dah, boleh cuba pakai sekarang. Yang perempuan boleh tukar dalam bilik solat dekat belakang."

Serentak dengan itu, aku, Maya dengan Reen masuk ke bilik solat yang dimaksudkan.

"Kunci pintu, weh," kata Maya.

Aku sebagai orang last masuk pun ikut jelah cakap akak kita tu. Punat kunci aku tekan sebelum mula menanggalkan blazer blueblack yang aku pakai sekarang.

Blazer dalam plastik pula aku keluarkan sebelum disarung ke badan. Butang aku pasang.

"Okey, Hawa?" Reen tanya aku.

Aku angguk.

"Okey. Besar sikit tapi aku lagi selesa pakai besar."

Reen angguk.

"Aku?" Reen pusing-pusingkan badan depan aku.

Thumbs up aku angkat.

"Perfect." Dah sesuai dengan tubuh tinggi Reen.

"Maya?" Maya yang nampak struggle  dengan blazer dia aku dekati.

"Weh, kenapa blazer aku macam pelik je ni? Butang dekat dalam. Orang yang jahit blazer ni khayal ke?"

Aku cek atas bawah sebelum tepuk dahi.

"Terbalik tu. Kau yang khayal, cakap orang."

Maya tengok balik blazer yang dipakai sebelum tergelak kuat.

"Patutlah." Lepas tu, Maya buang balik blazer dia sebelum dipakai dengan cara yang betul.

"Okey." Bahu blazernya ditepuk-tepuk beberapa kali.

"Sini ada cermin." Reen yang diam di tepi panggil kitorang. Cepat-cepat aku dengan Maya berjalan ke cermin yang dimaksudkan.

Cermin yang menampakkan separuh badan itu kami tengok. Terpantul di situ susuk tiga tubuh yang memakai blazer berwarna kelabu.

Ya, kelabu.

"Dah siap kan? Jom."

Kitorang bertiga pun berjalan keluar dari bilik solat tadi. Kasut yang ditanggalkan di luar dipakai kembali manakala blazer blueblack pula kami sangkut pada lengan.

"Dah siap? Sini," panggil Cikgu Shazlee.

Kitorang pun masuk ke barisan yang telah dibuat. Tempat-tempat kosong yang ditinggalkan diambil.

Nafas dalam ditarik. Bila dah pakai blazer ni, terus rasa berat bahu. Tanggungjawab yang dipikul kami bukannya mudah.

"Ahmad Raziel bin Mustafa."

"Ya saya, cikgu."

"Treasurer."

Raziel angguk.

"Muhammad Afi Irham bin Badrisham."

"Saya, cikgu."

"Secretary."

"Ya."

"Serena Ulya binti Safwan."

Reen angkat tangan.

"Head of Sport."

Angguk.

Reen terpilih jadi Head of Sport tahun ni. Merangkap pelajar perempuan pertama yang terpilih jadi Head of Sport sepanjang penubuhan STH. Aku tumpang bangga.

"Eve Nur Hawa binti Edwan."

"Saya, cikgu."

"Head of Academic."

"Ya, cikgu."

Dan aku pula dapat jawatan Head of Academic. Jawatan yang dipegang Kak Ai tahun lepas. Aku pun terkejut mula-mula bila nama aku naik jadi calon tapi yang lagi buat aku terkejut ialah aku dapat undian penuh. Maksudnya, semua orang setuju aku jadi HA. Pelik, kan? Aku ingatkan budak-budak sekolah ni benci aku. Rupanya tak. Terasa disayangi di situ. Hoho.

"Muhammad Widad bin Sulaiman."

"Ya, saya."

"Head of Dual."

"Ya, cikgu."

"Armaya Irisa binti Arman."

"Saya."

"Vice President."

Berikan tepukan gemuruh untuk Maya yang kuat tidur! Kuat tidur pun boleh jadi Vice President, tahu? Warisi jawatan daripada so-called-bestfriend dia pula tu.

Aku bukan apa. Firasat aku kuat mengatakan yang Maya dengan Rayhan bukan tahap kawan biasa je sekarang. Sebab dua-dua nampak macam malu-malu bila jumpa. Mata Maya pun bercahaya pelik setiap kali cakap pasal Rayhan. Mencurigakan, bukan?

"Dan last, Tuan Maheer bin Tuan Mustaqim."

"Ya, saya."

"President."

Pak! Pak! Pak!

Tepukan gemuruh diberikan untuk Maheer. Orang yang layak. Tak ada dah yang lebih sesuai dapat jawatan presiden tahun ni selain Maheer.

Baguslah. Tak payah Nana buat boikot nanti.

"Saya ucapkan tahniah kepada semua yang terpilih untuk jadi barisan kepimpinan tertinggi sekolah tahun ini. Diharapkan semua dapat jalankan tugas sebaiknya untuk membentuk sekolah yang lebih baik."

"In shaa Allah, cikgu," balas Maheer.

"Jadi, kamu semua dah pilih nama untuk kumpulan kamu tahun ni?"

Kami bertujuh saling berpandangan dengan senyuman.

Dah. Tujuh hari tujuh malam kitorang berbincang nak pilih nama apa. Ada yang cadangkan nama King lah, Frontliner lah. Macam-macam. Minta maaf tapi nama-nama tu aku reject. Siapa je berani nak letak nama Frontliner? Rasa tak layak, tahu?

"Dah, cikgu. Kami dah berbincang sesama kami dan dengan senior sekali."

"Senior?" Cikgu Shazlee angkat kening hairan.

Kami angguk.

"Sebab kami nak kekalkan nama tahun lepas. Bagi kami, nama itu ada aura sendiri dan sesuai untuk jawatan kami."

"Jadi maksud kamu..."

Maheer angguk.

"Kami pilih The Leaders."

.

TAP! Tap! Tap!

Laju kakiku berlari menuruni anak-anak tangga. Lif penuh jadi aku rela guna tangga. Biarlah terpaksa turun dari tingkat lima sekalipun.

Sebab aku nak jumpa dia!

Sampai di level 1, aku pegang lutut melepaskan lelah. Fuh, first time aku guna tangga dari tingkat paling atas ke tingkat paling bawah. Sumpah boleh kurus kalau hari-hari macam ni. Idea siapalah letak kelas form 5 paling atas dan form 4 bawah? Bukan patutnya orang lagi tua duduk bawah ke?

Ceh, tua setahun je pun.

Ah, tak kisahlah. Sekarang, aku kena pergi dewan.

Sekali lagi kakiku bergerak laju menuju ke arah dewan sekolah yang terletak di antara blok B dengan blok C. Cuma kali ni aku tak berlari sebaliknya berjalan laju saja. Risau juga nak berlari dengan kain sempit ni. Tersadung nanti, buat malu je.

"Selamat pagi, Kak Hawa."

Teguran junior yang bertembung dengan aku aku balas dengan ucapan selamat pagi dan senyuman. Baik-baik kan budak sekolah ni? Sopan je. Tengoklah siapa senior dia? Hoho.

Beberapa lagi teguran dan salam aku terima dan aku balas seadanya. Mata aku sibuk mencari kelibat seseorang yang dah hampir empat bulan tak bertemu mata.

Rindu?

Of course.

Tak malu ke?

Nak malu apanya. Bercakap dengan diri sendiri je pun.

Semakin dekat dengan kawasan dewan, semakin padat tempat yang aku lalu dengan orang ramai. Ada yang sibuk bergambar, ada yang tengah berborak dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa dan tak kurang juga yang tengah cari ahli keluarga yang sesat. Haha.

Mata aku meliar ke sekeliling tempat ini. Aku dah sampai dekat tepi dewan. Susuk tubuh yang aku ingin jumpa cuba aku cari tapi tak jumpa-jumpa.

Dia tak datang ke?

Tapi semalam dia cakap dia datang.

Lama aku mencari tapi tetap tak jumpa. Bahu yang tadinya terangkat tinggi kerana teruja dah jatuh kecewa.

Dia dah balik kut, Eve.

Haih.

Putus asa, aku patah balik ke belakang untuk naik ke kelas. Hari ni merupakan hari pengumuman keputusan SPM 2022, jadi ramai alumni yang datang untuk ambil result. Kitorang yang form 5 ni pula tak ada kelas sebab cikgu-cikgu sibuk uruskan majlis.

Aku nak jumpa Isaac sebenarnya tapi mungkin dia dah balik. Hm.

Baru beberapa langkah berjalan, kain sekolahku terasa ditarik dari belakang. Aku pusing.

Eh?

"Ayin!" Terus aku menjerit teruja bila nampak sesusuk tubuh kecil yang tengah memeluk bouquet bunga. Dah lama aku tak jumpa Ayin. Kali terakhir aku jumpa dia masa sebelum cuti hujung tahun tahun lepas. Isaac bawa Ayin jumpa aku before balik masa parents dia melawat.

"Kakak!" Jerit Ayin teruja juga. Senyuman lebar terukir di bibirnya yang mungil. Lesung pipit tu! Sebiji dengan abang dia.

"Dah besar dah adik kakak sekarang."

Ayin angguk laju-laju sampai bergoncang rambutnya yang diikat dua.

"Dah besar. Ayin minum susu banyak-banyak." Besar pun masih pelat ya, sayang? Hihi. Tak apa, asalkan comel.

"Iya?" Aku mencangkung depan Ayin untuk samakan ketinggian kami. Ayin ni walaupun baru nak masuk lima tahun tapi tinggi macam budak darjah satu. Genetik kut. Tengok abang dialah. Sekali tengok macam tiang elektrik. Dua kali tengok macam galah. Tiga kali tengok baru nampak macam manusia.

"Nah." Bouquet bunga yang sebesar dirinya dihulurkan kepadaku.

"Nah? Bunga ni?" Aku tunjuk bunga di tangannya.

Ayin angguk.

"Siapa bagi?"

Ayin senyum lebar sambil menggeleng.

"Aik? Tak ada orang? Habis tu Ayin dapat dari mana bunga ni?"

"Ambillah, kakak. Berat ni." Ayin muncungkan bibirnya manja bila aku masih tak ambil-ambil bunga daripada tangannya.

"Alalala. Berat ya, sayang? Meh, sini kakak pegang." Bunga tadi aku ambil. Uu, fresh flower. Ros merah pula tu.

"Siapa bagi ni?" Sekali lagi aku tanya.

Ayin gerakkan badan ke kiri dan ke kanan sambil elak pandangan mata aku. Bibirnya tersenyum-senyum malu.

"Aik? Senyum pula?" Aku cuit pipi Ayin.

"Cepat bagitahu. Siapa bagi?" Aku cuit pula pinggang dia.

"No!" Ayin dah tergelak bila aku mula geletek dia. Tanganku dipukul-pukul lembut.

"Bagitahu siapa bagi dulu, baru kakak lepas." Aku peluk pinggang Ayin sambil geletek dia. Bunga pula aku peluk dengan tangan satu lagi.

"T-Tak boleh!"

"Tak boleh, ya? Sini kakak geletek lagi kuat. Aum!" Aku cuit-cuit pinggang dia lembut. Berdekah-dekah Ayin ketawa geli.

Bibirku juga tertarik senyuman lebar. Tuan badan comel, bunyi gelak pun comel. Nak culik bawa balik boleh tak?

"A-Abang!" Jerit Ayin.

"Abang?" Aku berhenti geletek Ayin.

Ayin angguk. Tengok aku dengan sengihan. Rambutnya yang dah agak serabai aku betulkan.

"Abang suruh Ayin bagi dekat kakak."

Oh?

"Mana abang?"

Ayin tunjuk belakang aku. Mata aku terkelip perlahan sebelum aku bangun dan pusing belakang.

Ada Isaac yang tengah pegang fail dan berbaju uniform sekolah. Tangannya sedang memeluk tubuh dan satu senyuman nipis terukir di bibirnya.

"Isaac." Aku tengok dia dengan senyuman.

"Hawa." Satu langkah Isaac ambil mendekat.

Lama kami diam sebelum Isaac memecahkan kebisuan.

"Lama tak jumpa."

Aku angguk bersetuju.

"Tapi kita selalu chat, kan?"

"Well, chat tak sama dengan jumpa face to face," kata Isaac.

Aku ketap bibir tahan senyuman daripada melebar.

"Er, bunga ni." Aku tunjuk bunga di tangan.

"Ambillah."

"Ambil?"

Isaac angguk. Ayin yang datang memegang kakinya didukung dengan sebelah tangan.

"Aku dapat masa dalam dewan tadi. Aku tak suka bunga, jadi aku bagi dekat kau."

Oh, macam tu. Kelopak bunga ros di tangan aku usap lembut. Cantik.

Sebenarnya aku pun tak minat bunga tapi sebab Isaac yang bagi, aku simpanlah. Balik ni kena browse cara nak bagi bunga hidup tahan lama.

Ee, Eve gedik.

"Anyway, congratulations."

"Kau tak tahu lagi result aku tapi dah congratulate aku?" Kening kiri Isaac angkat.

"Saya tahu result awak mesti gempak." Aku buat muka yakin. Orang pandai, kan?

Isaac geleng.

"Biasa-biasa je."

"Yalah tu."

"Abang..." Ayin yang diam dalam dukungan Isaac mula memanggil manja.

"Hm?" Isaac usap dahi Ayin yang basah dengan peluh. Pukul sebelas macam sekarang memang panas lagi-lagi dekat tempat terbuka macam ni.

"Ayin lapar. Nak eat." Memuncung panjang bibir kecil itu. Aku tahan je rasa nak cubit. Cuteeeee.

"Lapar? Kita pergi makan dekat kantin, nak?" Cadang Isaac lembut.

Ayin angguk laju-laju. Kepalanya disandarkan di bahu Isaac. Nampak penat.

Isaac tengok aku.

"Jom."

"Jom?"

"Jom join kitorang makan. Lepas ni tak tahu lagi bila kita boleh jumpa."

Lama aku diam berfikir. Betul juga, kan? Lepas ni bila Isaac masuk universiti, memang susah kitorang nak jumpa. Lagi-lagi kalau pergi oversea. Bertahun-tahun kena tunggu baru boleh jumpa balik.

"Family awak?"

"Papa dengan mama aku tengah jumpa cikgu. Adik aku tak datang. Jomlah."

Adik Isaac. Irvan Haidar namanya. Sekarang baru masuk form 1.

"Okey." Setuju juga akhirnya.

Kami berdua pun berjalan ke kantin dengan Ayin dalam dukungan Isaac. Pandangan orang lain tak kami pedulikan. Mesti semua teringat rumors tahun lepas, kan?

"Hawa," panggil Isaac perlahan semasa kami tengah berjalan.

"Yep?" Aku tanya sambil cuit sikit pipi gebu Ayin. Nampak kuyu je mata dia. Nak tidur ni.

"About six years."

Aku tengok Isaac yang tengah lurus tengok depan sekilas.

"Kenapa dengan enam tahun?"

Isaac berhenti berjalan. Badannya dipusingkan ke arahku. Sebelah telinga Ayin yang terdedah ditutup dengan tapak tangannya. Sebelah lagi dah terlekat dekat bahu Isaac.

"Boleh kau tunggu aku?"

Aku terpaku.

Mata aku tertumpu pada sepasang mata hitam itu. Pandangannya ikhlas dan nampak berharap.

Isaac... suruh aku tunggu dia?

"Aku tahu dalam masa beberapa tahun into adulthood ni kau mungkin akan jumpa ramai lagi orang. Lagi better daripada aku. Tapi aku harap kau boleh tunggu aku. Jangan ubah hati kau."

Isaac tengok mata aku tepat.

"Boleh?"

Lama aku terdiam sebelum satu senyuman aku ukirkan.

"In shaa Allah."

Satu senyuman lebar terukir di bibir merah itu. Lega.

Aku tak cakap tidak. Sebab aku pun nak tunggu dia. Dan aku tak cakap ya. Sebab aku tak boleh ramal masa depan. Janji yang dimungkiri, itu sakit kan?

Kalau boleh aku tak nak ikat Isaac dengan perjanjian kami. Andai kata suatu hari nanti hati dia berubah, aku tak nak dia terperangkap dengan rasa bersalah sebab dah mungkir janji. Sebaliknya, aku nak kami berdua bebas jalani kehidupan masing-masing sampailah satu saat, Allah temukan kami semula.

Percaya pada takdir dan jalan cerita yang Allah tulis untuk kami berdua.

Kalau ada jodoh antara kami, datanglah masalah apa sekalipun, kami tetap akan bersama juga akhirnya.

.

End of highschool, and that's a wrap for Everisa.

Do you think they will end up together?

Kalau saya nak buat jahat boleh? Hohohoho.

P/s: Ujian kesetiaan itu sukar, lagi-lagi kalau terpisah oleh jarak yang  berbatu-batu jauhnya. Tapi jika kedua-duanya kuat menahan cabaran dan godaan, in shaa Allah atas pelamin juga jumpa. Haha!

Btw, thanks for reading, peeps! 18K reads before epilogue for the first story, that's a good thing I guess 😚

For those who'll be asking kenapa ending agak tergantung, actually sebab cerita ni focus on school life, so saya awalnya nak habiskan cerita Hawa dengan Isaac (and Maya) sampai zaman sekolah je.

Tapi, sambungan kisah diorang will be updated through a few special chapters. Tak banyak pun bcs walaupun niat asal nak habiskan sampai sini je, but I still want to give them a proper ending. And of course the updates will take some time (vvv slow update) hehehe.

And again, thanks for reading, thanks for voting, thanks for leaving comments, thanks for adding this story to your reading lists, thanks for recommending this story to your friends, thanks for enjoying everisa and thanks for appreciating my story.

Anything to say? Comment here :)

Bye! See ya when I see ya!

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

224K 14.9K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
4.5K 532 61
Meryam Ieirish X Zayn Qaiser 3 tahun mereka terpisah. Awalnya terpisah untuk melarikan diri dari lelaki yang menghancurkan dirinya. Namun takdir pert...
2.6M 88.2K 82
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik s...
66.6K 9.1K 30
Kak Sara Tart Nanas dan Abang Ahmad Nanas. Cerita ni stuck dalam kepala tapi malas nak buat ebook ke novel ke sebab extra effort maka terima je la se...