EVERISA

By thenovlise

109K 7.1K 762

Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara... More

01 • Prolog
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
72
73
74
75
76
77
78
79 • Epilog
ʕ⁠'⁠•⁠ ⁠ᴥ⁠•̥⁠'⁠ʔ
IZEVE: The Future of Us

71

1.1K 89 18
By thenovlise

HAWA.

Ayin tanya aku pasal kau semalam. She missed you.

Kau okey?

Hawa, kenapa tak balas chat aku?

Hawa, kau sibuk ke?

Hawa, reply chat aku kalau kau ada masa.

Aku harap kau sihat, Hawa.

Something happened?

Hawa, you're torturing me.

Hawa.

Hawa.

Maybe kau sibuk, tak apa.

Tapi nanti kau dah ada masa, tolong reply.

Bye.

Pak!

Aku letak telefon atas meja. Kepala aku tampung dengan kedua-dua belah tangan. Stres.

Telefon yang ditelangkup tadi aku ambil balik dan barisan chat yang dihantar Isaac aku baca. Tak ada satu pun yang aku balas. Kali terakhir aku chat Isaac seminggu lalu iaitu masa malam before Sport's Day untuk ucapkan good luck.

Satu pesanan yang baru dihantar petang tadi aku baca.

Hawa, you're torturing me.

'Saya minta maaf, Isaac. Tak ada niat nak seksa awak ke apa. Tapi janji tetap janji.'

Aku mengeluh lagi buat kesekian kalinya. Aku juga terseksa tapi apakan daya, takdir tak berpihak pada aku.

Aku ingatkan aku boleh survive tanpa jumpa atau tegur Isaac. Tapi sebaliknya pula yang jadi.

Setiap kali pergi sekolah, aku lari kalau terserempak dengan dia. Beberapa kali dia cari aku tapi setiap kali tu juga aku sempat sembunyikan diri dengan bantuan Maya. Masa rehat pula, aku selalu rehat kejap je sebelum cepat-cepat naik kelas. Mungkin takdir pun menyebelahi aku sebab rehat form 5 sekarang agak lambat berbanding rehat form 4.

Kepala aku rehatkan atas lengan yang dilipat di atas meja. Muka aku kalihkan ke sebelah kiri. Tengok gambar yang aku pin dekat bingkai gambar besar.

Gambar aku dengan Isaac. Masa aku letak gambar tu, semua usik aku tapi aku biarkan je. Alasannya aku letak gambar semua kawan yang aku ada. Tak tipu. Dekat bingkai tu juga ada gambar aku, Isaac dengan Wyatt, gambar aku dengan roommates aku and ada juga gambar kitorang dengan Bermuda Triangle.

Tapi gambar aku dengan Isaac tu aku pin betul-betul di tengah.

Jujur, aku rindu dia.

Haih.

"Kenapa ni, Hawa?"

Aku tengok kanan pula.

Maya.

"Dia chat kau lagi ke?" Tanya Maya sambil menekan-nekan kalkulator.

Aku angguk lemah.

Maya letak kalkulator sebelum dekatkan kerusi dengan aku. Aku tengok dia dengan mata terkelip-kelip perlahan.

"Kau... rindu dia?" Penuh berhati-hati Maya bertanya.

Aku diam. Hampir geleng sebelum angguk.

Mulanya aku nak cover tapi bila teringat apa yang Maya cakap dekat stadium hari tu, terus aku jujur.

"Aku pun nak rasa jadi kawan yang berguna juga."

"Kau tak nak cerita benda sebenar dekat dia?"

"Bukan ke Ellina dah cakap yang kita tak boleh bagitahu siapa-siapa pasal benda ni? Even Hannah dengan Tas sekalipun." Aku mengingatkan Maya.

"Aku tahu. Tapi kau tak rasa ke bila kau tiba-tiba senyap macam ni, kau macam gantung Isaac tak bertali?"

Tawa aku terhambur perlahan.

"Gantung tak bertali? Kau ingat ni lagu ke?"

"Ish! Seriuslah, Hawa," marah Maya.

"Okey, okey. Aku serius."

"So?" Maya jongket kening kanan.

"So... apa?" Aku buat-buat tak faham.

Keluhan berat Maya lepaskan.

"Maksud aku, kau tak nak come clean dekat Isaac and cakap kenapa kau tiba-tiba avoid dia? Bila kau buat benda macam ni tanpa dia tahu apa salah dia, kau tak rasa ke yang kau tengah torture dia sekarang? Macam apa yang dia buat dekat kau dulu?"

Aku terdiam. Teringatkan masa Isaac tiba-tiba berubah. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba dia jadi dingin dengan aku. Dan masa tu, sumpah aku rasa clueless sangat-sangat sebab tak tahu apa salah aku sampai dia berubah.

Aku pun, tengah buat benda sama ke dekat Isaac?

"Kau tak rasa dia akan sedih ke?"

Sedih?

"Tapi, kitorang tak ada apa-apa pun."

"Bagi kau, mungkin ya. Tapi bagi dia?"

"Maksud kau?"

Maya pegang kedua-dua tangan aku. Mata aku dipandangnya tepat.

"I can see it, Hawa. Bagi korang, hubungan korang cuma sekadar kawan. Tapi bagi aku yang setiap masa ada dengan kau ni, aku boleh nampak yang korang sebenarnya lebih dari kawan."

"Isaac cares a lot about you, Hawa. Dia tak pernah kisahkan perempuan sebelum ni selain daripada Ai. Ai pun dia anggap macam kakak dia je. Sampai budak-budak sekolah ni dulu tuduh dia songsang sebab ramai girls yang cantik cuba tackle dia tapi tak berjaya. Tapi dengan kau..."

Maya usap tangan aku lembut.

"...he changed. Pandangan mata dia dekat kau, lembut. Dia layan kau baik sangat. He even gave you food. Dia jadi banyak bercakap. Dia kongsi pasal daily life dia dengan kau. And most importantly, he smiles a lot with you, Hawa. Isaac yang aku kenal, dia sangat jarang senyum depan perempuan. Aku pun baru tahu dia ada dimple masa dia gelak dengan kau dekat seminar hari tu."

"Jadi Hawa, bila kau buat dia tergantung macam ni, kau rasa apa perasaan dia?"

Aku gigit bibir bila mata mula berkaca-kaca. Rasa bersalah yang teramat.

"A-Aku..."

Maya gosok belakang aku lembut.

"Aku nak buat apa ni, Maya?" Tanyaku berbisik. Mata yang berair aku kesat laju.

"Jumpa dia."

"Tapi bet tu..."

"Reen bagitahu aku yang masa 200m hari tu lorong dia rasa pelik. Macam ada banyak batu besar and licin sikit. Sebab tu dia tak boleh lari laju sangat. Bila tanya junior yang set up padang hari tu, diorang cakap setiap lorong sepatutnya clear."

"Maksud kau?" Aku tengok Maya dengan muka terkejut.

"Ni andaian aku jelah tapi aku yakin yang Ellina dah sabotaj lorong Reen supaya Reen tak menang."

"Sabotaj?"

Maya angguk.

Aku gigit bibir. Kalau betul Ellina sabotaj lorong Reen hari tu, maksudnya...

Dia main tipu lah, kan?

.

AKU betulkan kasut yang terlipat di tumit sebelum tegakkan tubuh semula. Aku baru je keluar dari surau sekolah untuk solat Dhuha. Hari ni aku puasa, jadi aku ambil keputusan untuk ke surau berbanding ke library. Kalau pergi library pun bukan aku membaca sangat pun. Mengelamun je lebih.

Baru je beberapa langkah turun tangga, mataku tertancap pada sesusuk tubuh yang baru keluar dari pintu sebelah lelaki.

Isaac.

Dengan muka yang masih basah dengan air wuduk dan blazer yang disangkut pada lengan, dia nampak sangat menarik pagi ni. Muka putih bersih dia tu nampak lebih bercahaya dan bersinar walaupun langit agak mendung sekarang.

Aku ketap bibir sambil tengok pergerakan Isaac yang tengah pakai kasut. Nak tegur, tapi tak boleh. Seksa, kan?

Tersedar, aku terus alihkan pandangan dan cepat-cepat melangkah untuk pergi. Tapi kalau aku nak pergi blok B, aku kena lalu laluan depan pintu bahagian lelaki dulu. Maksudnya, aku kena lalu depan Isaac dulu untuk balik kelas.

Aku intai Isaac. Fokus je tengok telefon sambil ikat tali kasut. Another level punya multitasking. Ikat tali kasut pun guna sebelah tangan je. Macam mana dia buat?

Eh, Eve! Fokus.

Telan liur dulu satu pusingan.

Rasanya kalau aku lalu cepat-cepat depan ni pun, dia takkan perasan kan? Sebab dari tadi mata dia tunduk je ke bawah tengok telefon.

Good, good.

Bismillah. Masa ni aku harap sangat boleh dapat kuasa The Flash. Sepantas kilat je berjalan sampai orang pun tak sedar bila dia lalu.

Cepat-cepat aku berjalan tanpa tengok kiri kanan melepasi tangga tempat Isaac duduk. Sikit lagi...

"Hawa!"

Beeep!

Kaki aku automatik terbrek. Mak aih. Dia nampak ke?

Dapat aku dengar bunyi tapak kaki yang mendekat dari belakang.

Aku cuba gerakkan kaki tapi tak berjaya. Keras tak bergerak. Rasa macam bukan kaki aku je. Macam kaki orang lain. Ke ada masalah synapse? Tak boleh transfer neurotransmitter sampai arahan untuk gerakkan kaki tak sampai?

Tolonglah bagi kerjasama, encik dan puan kaki. Tuan korang ni kena larikan diri segera, tahu? Tak boleh jumpa, bercakap mahupun chat dengan orang belakang tu.

I'm a girl with my words. Kalau dah janji A, A lah yang aku buat. Selagi tak terbukti yang Ellina tu guna taktik kotor untuk menang hari tu, selagi tulah aku kena jauhkan diri daripada Isaac.

"Hawa."

Gulp.

Daripada kuat suara dia tu, Isaac sekarang betul-betul dekat belakang aku.

"Haih."

Isaac mengeluh berat sebelum dia berjalan ke depan aku. Laju aku tundukkan pandangan.

"Hawa."

"Kenapa dengan kau?" Soalan pertama.

Jawapan yang aku bagi?

Krik krik.

"Kenapa kau macam nak jauhkan diri daripada aku?"

Diam lagi.

"Hawa, please..."

Aku gigit bibir. Janganlah buat suara kesian macam tu. Kita ni hati lemah, huhu.

"Kau ada masalah ke? Chat aku kau tak balas, kalau aku cari kau pun kau selalu tak ada."

"Ke kau nak balas dendam?"

Kali ni kepala aku terangkat laju tengok Isaac. Mukanya yang selalunya tenang nampak agak berserabut kali ni.

"Ba-Balas dendam?"

"Balas dendam lepas apa yang aku buat dekat kau before raya. Aku avoid kau, aku tak layan kau, aku tak pedulikan kau. Kau nak buat benda sama ke dekat aku sekarang? Kenapa? Ada yang hantar gambar dekat kau pula?" Bertubi-tubi soalan Isaac lontarkan.

"Bukan..." Lemah aku menjawab.

"Habis tu?"

Aku diam. Tak boleh nak jawab dengan jujur. Jadi lebih baik diam daripada aku menipu. Kalau dia marah masa tahu benda sebenar macam mana?

"Fine. Tak apa kalau kau tak nak bagitahu."

Aku tengok Isaac kejap. Rambutnya diraup kasar sampai agak serabut.

"Tapi aku akan cari tahu apa yang jadi sampai kau jadi macam ni." Isaac tengok mata aku tajam.

"Tapi ingat, I won't give up on you, Hawa."

Itu apa yang Isaac kata sebelum dia berlalu pergi.

Aku terkaku.

He won't give up on me?

Apa maksud dia?

.

"GUYS, aku ada something nak bagitahu. Boleh fokus tak kejap?"

Suara Maheer di depan aku biarkan seperti angin lalu. Mata fokus pada kertas A4 tempat aku meluahkan perasaan. Macam-macam lukisan aku conteng di situ. Pokok, kucing, kereta, rumah, bunga... semua ada. Nampak je macam aku fokus tapi sebenarnya fikiran dah ke laut.

"Tapi ingat, I won't give up on you, Hawa."

Streeet!

Serta merta pen yang tadinya laju membuat bulatan yang bersambung antara satu sama lain terhenti. Helaan nafas lemah aku lepaskan sebelum muka aku tekup di atas meja.

Isaac ni, dia sedar tak apa yang dia cakap tadi?

Kalau niat dia nak main-main, lagi baik dia cari orang lain. Hati aku ni dahlah takat lebur rendah. Mudah sangat cair. Aigoo.

"Dah kenapa kau ni?" Tanya Maya di sebelah.

"Tak ada apa-apa." Aku menjawab tanpa mengangkat muka. Biarlah orang tengok pelik pun. Tapi aku tak rasa diorang kisah sebab semua tengah fokus dekat Maheer.

"Duduk elok-elok. Maheer nak cakap something tu."

Mengeluh, aku angkat kepala sebelum betulkan duduk. Maya yang nampak risau aku balas dengan tanda isyarat okey guna tangan. Lepas tu, aku tengok Maheer yang dari tadi berdiri dekat depan.

"Okey, first of all aku nak minta maaf sebab ambil masa korang. Tapi aku baru dapat makluman daripada cikgu tadi dan aku kena share dengan korang as soon as possible."

Semua tertunggu-tunggu berita yang akan disampaikan. Makluman apa? Ada event apa-apa lagi ke?

"Yang pertama, macam yang korang tahu, dalam hujung minggu depan akan ada hari penutup bulan koku. Masa hari penutup nanti, cikgu bagi peluang dekat mana-mana murid yang berminat nak buat persembahan. Setakat ni cikgu cuma buka penyertaan untuk performance menyanyi, menari dengan orkestra. Tapi orkestra cuma akan dibuat oleh team orkestra sekolah. Jadi yang tinggal cuma menyanyi dengan menari je."

Oh, ada persembahan? Macam menarik je hari penutup nanti.

"Pertandingan ke, Maheer?" Tanya Widad. Nampak berminat je. Yalah, Widad ni salah seorang ahli kumpulan nasyid sekolah jadi suara dia pun mestilah merdu. Selalu juga dia flex vokal dalam kelas sampai jealous aku yang dengar.

"Tak. Performance untuk siapa yang nak volunteer je. Siapa yang nak, boleh hantar nama dekat Cikgu Iliyana before hujung minggu ni."

Ada yang dah mula berbisik-bisik nak join. Ada juga yang tengah meneka siapa yang akan buat persembahan nanti.

Aku tengok Maya.

"Apa?" Tanyanya.

"Kau tak nak?"

Maya kerutkan kening.

"Buat apa?"

"Menari."

"Nak menari apanya? Aku tangan pun keras macam kotak, ada hati nak menari." Maya mengutuk diri sendiri.

"Okeylah tu. Boleh buat robot dance." Aku jongketkan kening beberapa kali. Dah terbayang Maya si robot tengah menari atas pentas. Krek krek bunyi skru longgar. Mesti best, kan?

Maya tunjuk penumbuk. Aku pula cebikkan bibir sebelum tengok depan balik. Garang. Orang gurau je pun.

"Second, yang ni aku tak sure nak cakap berita baik ke berita buruk."

Ha, yang ni aku tak suka. Mesti ada benda tak best untuk didengari kan?

"Apa dia?"

"Haah, apa?"

Ramai yang mula bising bila Maheer ambil masa untuk bagitahu berita kedua. Ini sengaja nak bagi saspens ke macam mana?

"Macam ni. Korang tahu kan yang setiap tahun, form 4 akan ada annual activity?"

Yang lain angguk. Aku je yang blur. Terasa seperti katak di bawah tempurung. Tak tahu apa yang diorang cakapkan.

"Annual activity?" Aku tanya Maya.

"Aktiviti apa-apa yang kita nak buat. Ikut batch tu sendiri. Tapi untuk form 4 jelah. Batch-batch sebelum ni, ada yang pergi camping, ada yang pergi oversea, ada yang pergi piknik and ada yang buat aktiviti dekat sekolah je. Depends."

Aku angguk faham. Macam tu.

"Kita punya buat apa, Maheer?" Nana bertanya teruja.

"Cikgu tak buat keputusan lagi sebab lambat lagi. Tapi cikgu dah tetapkan tarikh aktiviti tu masa bulan sepuluh."

"Bulan sepuluh? Bukan masa year-end exam ke tu? Batch-batch sebelum ni semua buat before exam kan?"

Aku angguk bersetuju. Tak silap aku bulan sepuluh tu masa exam akhir tahun. Takkan habis je exam terus nak buat persiapan untuk aktiviti tu. Kalau kena buat aktiviti berat-berat macam mana?

"Sebab tu aku cakap tak tahu berita baik ke berita buruk. Sebabnya, annual activity tu akan dibuat after year-end exam, tak macam tahun sebelum-sebelum ni. Kalau tahun lepas, diorang pergi Italy before exam, kan? Tahun kita pula after exam, so kita boleh relaks masa aktiviti tu nanti."

Oh?

Kalau macam tu, maksudnya...

"Yes. Exam kita diawalkan. Tarikh diinjak dari bulan sepuluh ke pertengahan bulan sembilan."

Pertengahan bulan sembilan?

Maksudnya, lebih kurang dua bulan je lagi? Baru je lepas exam hari tu, tapi cikgu nak suruh kitorang exam balik dalam masa terdekat ni?

Please, nak pengsan.

.

LARIAN kaki aku lajukan. Baru tadi jumpa, takkan nak jumpa sekali lagi? Tak sampai seminggu dah nak mungkir janji ke, Eve?

Tapi dia yang cari aku!

Tapi kau boleh elak.

Macam mana? Kalau dah namanya satu sekolah, pusing sana pusing sini orang sama juga yang kau jumpa. Lainlah kalau kau tu macam John Cena, jadi halimunan orang tak nampak.

Huaaaa!

"Eve Nur Hawa!"

Brek.

Bukan sebab panggilan tu tapi sebab aku sekarang tersalah masuk taman blok D. Bukan main jauh aku lari daripada Isaac. Masa nampak dia tadi dekat kawasan lif tapi aku lari boleh sampai sini.

Aku pusing belakang nak patah balik tapi terhenti bila nampak sesusuk tubuh yang berdiri di pintu masuk.

Gulp.

"Nak lari lagi?" Tanya dia dari sana. Tangannya naik memeluk tubuh.

Aku larikan mata.

"T-Tak lah."

Ish, mulut ni kan tak lama memang aku cili baru tahu. Selalu tak bagi kerjasama.

"Tipu."

Oit. Dia cakap aku tipu.

"Er, saya kena masuk kelas balik ni." Aku cuba lalu tepi dia tapi cepat-cepat Isaac depakan tangan. Nasib baik aku sempat berhenti sebelum berundur beberapa langkah ke belakang. Kalau tak, ter-masuk dalam dakapan Isaac lah jawabnya.

"Alasan. PdP dah habis, kau nak buat apa balik kelas?"

Dia cakap aku bagi alasan pula. Huaaaa! Masalahnya dia betul!

"Er, nak ambil beg?"

Isaac kecilkan mata tengok aku. Tangan dia masukkan ke dalam poket blazer.

"Ambil beg lambat pun tak apa, kan? Sekarang, aku nak cakap dengan kau dulu."

Aduh, dia nak cakap apa pula? Aku risau kalau ada yang nampak je.

"Tapi, tak elok kita dua je dekat sini."

Isaac geleng.

"Rayhan ada dekat luar. Pagar terbuka, tempat ni tak tertutup and sekarang terang je." Bertubi-tubi Isaac matikan hujah aku.

Rayhan?

Aku intai sikit. Nampak kepala seseorang dekat luar di sebalik pokok. Mungkin tu kut Rayhan.

"Hawa."

Aku ketap bibir bila Isaac mula memanggil.

"Kau still tak nak bagitahu kenapa kau avoid aku?"

Geleng.

"Kenapa?"

"Tak boleh." Perlahan aku menjawab.

"Kenapa tak boleh?"

"Sebab..." Aku tengok muka Isaac yang berdiri agak jauh daripada aku dengan muka mendung.

"Sebab?" Isaac angkat kening.

"Sebab saya dah janji." Perlahan aku menjawab. Kali ni aku jujur je asalkan dia tak tahu apa janji tu. Ellina tak ada larang pun kan aku cakap yang aku ada buat perjanjian? Dia cakap jangan cakap pasal bet tu dengan siapa je. Kan kan kan?

"Janji?"

Aku angguk.

"Kau janji dengan siapa pula ni?"

Geleng. Rahsia.

Isaac hela nafas lemah.

"Okey, macam ni. Kau ada buat perjanjian?"

Angguk.

"Dalam perjanjian tu kau tak boleh dekat dengan aku?"

"Lebih kurang."

"Kalau macam tu, maksudnya kau jauhkan diri daripada aku bukan sebab kehendak kau lah kan?"

Angguk lagi– Eh?

Membulat mata aku tengok Isaac yang dah tergelak kecil. Adoi, kantoi.

"Fine. Kalau macam tu, aku anggap yang kau sebenarnya tak nak pun avoid aku. So, aku tetap akan jumpa kau. Kalau kau yang tak boleh jumpa aku, biar aku yang cari kau. Okey?"

Telan liur.

Kenapa dengan Isaac ni? Ada makan ubat apa-apa ke sampai buat dia berhalusinasi?

"M-Mana boleh macam tu!" Aku geleng cepat-cepat.

"Kenapa?" Isaac membuat muka serius.

"Se-Sebab..." Er, apa aku nak cakap ni? Takkan aku nak cakap yang kalau aku langgar janji nanti nama Reen akan digugurkan dari match netball? Tapi match tu dah selesai dua hari lepas.

T-Tapi, janji tetap janji!

Aaa, dilema!

Send help. T.T

"Isaac."

Aku angkat kepala tengok siapa yang tengah berdiri dekat belakang Isaac.

Ellina.

Dengan matanya yang tajam bagi amaran dekat aku.

Aku telan liur. Sedar yang aku dah langgar janji.

"Anything important?" Isaac bertanya dekat Ellina tapi mata tetap tengok aku.

"Yes."

"Apa?"

"Meeting. Ada sepuluh minit je lagi," kata Ellina dengan nada biasa. Mukanya juga terukir senyuman manis bila Isaac tengok dia sekilas.

"Kau pergi dulu."

Aku diam je dengar perbualan diorang.

"Tapi kita ada meeting dengan Cikgu Shazlee, Isaac. Cikgu janji pukul dua setengah, kan?"

Isaac angguk.

"So, rasanya lagi baik kita pergi awal. Maybe you kena cek dulu minit mesyuarat before kita start. Lagipun cikgu tak suka orang yang mungkir janji ni..."

Ellina tengok aku tajam.

"...kan?"

Aku kepal tangan erat.

"Cikgu akan denda sesiapa yang tak punctual apatah lagi orang yang mungkir janji. Because a promise is made to be fulfilled."

Mata aku kalihkan ke bawah. Sedar ayat itu ditujukan kepada siapa.

"Tapi–"

"Saya pergi dulu." Aku cepat-cepat memotong ayat Isaac sebelum melalui dia dengan Ellina yang tengah tengok aku tajam.

"Hawa," panggil Isaac dari belakang.

Tapi aku tak pedulikan. Menonong je aku berjalan keluar dari taman. Rayhan yang tegur aku cuma dibalas dengan senyuman tawar.

Ingat, Eve.

Janji tetap janji.

Dan janji itu dibuat, untuk ditepati. Bukan untuk dimungkiri.

.

Aaa hampir nangis gw bila tgk draft hilang 😭 nasib baik ada buat back up huhuhu

Continue Reading

You'll Also Like

168K 12.5K 86
Sambil bernyanyi kecil sewaktu keringkan rambut dengan tuala, Aster berjalan keluar dari bilik air lalu ke meja solek untuk keringkan rambut. Duduk j...
369K 16.6K 48
[COMPLETED] Badboy? Dengar saja gelaran itu pasti kita boleh membayangkan tingkah lakunya bagaimana. Mestilah seseorang yang sering melakukan masalah...
4.8K 535 61
Meryam Ieirish X Zayn Qaiser 3 tahun mereka terpisah. Awalnya terpisah untuk melarikan diri dari lelaki yang menghancurkan dirinya. Namun takdir pert...
391K 18.3K 55
Cinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan kisah dari Alexandra Highschool Banyak...