[C] Cukup Sempurna

By TheLittleShi

100K 4.3K 117

STATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kala... More

Cukup Sempurna
Prolog
1-Hayera Talia
2-TalLiyas' Cafe
3-Permulaan
4-Raed & Raes
5-Muiz, Kawan Baik
6-Ibu
7-Naufal yang Jengkel
8-"Kau sukakan dia kan?"
9-Ayah Akan Gembira
10-Larikan Talia!
11-Behind The Story
12-"You Promised me..."
13 - Talia's Feeling
14 - Muiz Belot!
15 - Raed's Confession
16 - The Answer
17 - White Rose Means...
18 - The Trio
19 - Rahsia Hati Muiz
20 - Perempuan Oh Perempuan!
21 - Assalamualaikum, My Sweetheart
22 - Bie
23 - "Its Abang Baby..."
24 - Flashback
25 - Girls x drama
26 - "Where have you been?"
27 - "Apa yang cantik?"
28 - Dejavu
29 - Jumpa Lagi
30 - HosPlay
31 - Mimpi
32 - Niat Tak Baik
33 - Bercakap Dengan Cermin
34 - Americano and Latte
35 - Laila Raihana
36 - Memori
37 - Memori II
38 - I don't want to... live anymore...
39 - Kau sentuh dia...
40 - "𝑷𝒂𝒓𝒂𝒄𝒆𝒕𝒂𝒎𝒐𝒍?"
41 - Glimpse of Us
42 - Memori III
43 - "Abang ada..."
44 - Cukup Sempurna
46 - Jaga Diri
47 - Jangan Mungkir Janji
48 - Cemburu
49 - "Boleh Talia cuci mata"
50 - "Ma..."
51 - " I'm stronger than she knows"
52 - Move On
53 - Turning Tables
54 - Bidadari Megat Raed Baihaqi
55 - Futsal
56 - Pengakhiran
EPILOG
Cukup Sempurna - Special 1
Cukup Sempurna - Special 2
Cukup Sempurna - Special 3
Cukup Sempurna - Special 4
Cukup Sempurna - Special 5 (Last)
A/N from Shi❤
JIKA ADA JODOH

45 - Aku tak selamanya single

1.3K 73 6
By TheLittleShi

mati-mati i ingat i dah publish semalam. cehhhh, rupanya save to draft je. sorry guyss...

Shi punya la excited tulis, pastu publish, patu terus shutdown laptop. buka phone nak baca la balik... refresh punya refresh,,, tak keluar2 chapter ni. aayaammmm! nak on laptop malas dah. hehehee

HAPPY READING!💕💕💕😘😍😍😘😘


MAJLIS sambutan hari lahir. Megat Raed mengajaknya untuk menghadiri majlis sambutan hari lahir yang diadakan oleh kenalannya yang merupakan seorang doktor bedah umum, sama sepertinya. Talia hanya mengikut kerana untuk mengambil angin malam biarpun pada mulanya dia mahu duduk saja dirumah.

Walaupun pagi tadi dia sudah membaik dengan Megat Raed, namun tidak sepenuhnya lagi. Masih ada kata-kata negatif yang bermain dalam fikirannya yang membuatkan dia rasa sesak sendiri apabila terkurung di dalam rumah.

"Sayang, okay?" Soal Megat Raed perlahan apabila melihat isterinya hanya duduk diam, memandang satu arah saja. Matanya juga turut mengerling pemandangan yang Talia lihat sekarang. Tiada apa yang menarik. Cuma ada beberapa orang kanak-kanak yang berlari dan juga beberapa orang lagi kenalannya yang sedang bersembang. Mereka kini agak jauh dari pandangan orang lain. Talia tidak selesa untuk terus berada di keramaian buat masa sekarang.

Mendengar soalan yang Megat Raed ajukan, Talia lantas berpaling dan menghadiahkan segaris senyuman dengan anggukan kepala jatuh sebanyak dua kali. Dia baik-baik saja setakat ini. Namun cuba terbayangkan sesuatu.

"Sayang nampak macam fikirkan sesuatu. Tell me, what is it?" soal Megat Raed lagi. Bukan dia tidak cakna tentang keadaan Talia, wajah kosong itu memang kosong namun wajah kosong itu sedang memeikirkan sesuatu yang tak mampu untuk dia agak.

Talia hela nafas lembut. Dengan senyuman yang masih lagi terukir, dia menundukkan kepala dan mula untuk berkata-kata.

"Kalau perkara 6 tahun lalu tak terjadi..."

"Sayang... don't say that. Abang tak suka," balasnya tegas.

Talia berpaling melihat suaminya yang muka sudah separa berubah. Muka tidak suka apabila bercakap tentang 6 tahun lalu. Lalu, tangannya memegang lembut lengan Megat Raed. Mengusap hingga jari mereka bertaut menjadi satu.

"No... hear me first." Katanya dengan renungan lembut.

"What?" Tautan mereka dieratkan lagi.

"Anak Talia mesti dah umur 5 tahun sekarang... bila tengok budak-budak sedang bermain, Talia teringatkan dia. Talia tak pernah melawat kubur dia. Talia tak pernah tahu nama dia padahal Talia yang beriya-iya nak jaga dia dulu. Talia tak pernah ambil tahu tentang dia selepas dia pergi sebab waktu tu, Talia Cuma fikirkan diri sendiri je. I can't be a good mother, abang."

Megat Raed terdiam seketika. Mendengar tentang perkara itu, baru dia teringat akan kewujudan kandungan yang belum terbentuk sempurna ketika itu. Kandungan yang mereka gagal untuk selamatkan. Kandungan yang tak berdosa yang Talia nekad untuk menjaganya.

Ketika itu, dia yang menguruskan segalanya. Menguruskan mengebumian Encik Hassan bersama-sama anak Talia yang belum sempat menjengah dunia.

"Salah abang sebab tak pernah cerita pada Talia sebelum ni. Not even 6 years ago... tapi abang akan cerita bila kita di rumah nanti, okay? Sekarang bukan masa yang sesuai. You need to chill up yourself malam ni."

"Janji yang abang akan cerita pasal dia?" jari kelingking disua dihadapan Megat Raed. tanda berjanji.

Megat Raed ketawa bebas melihat tingkah comel isterinya itu. Tak lama, dia temukan juga jari kelingkingnya

"Yes! I promise, sayang." Ucapnya yakin.

Perbualan mereka tidak terhenti disitu. Megat Raed sesekali mengusik isterinya untuk menghilangkan duka tadi. Bila tawa isterinya terletus, hatinya menjadi sedikit tenang.

"Hey Raed. Happy nampak!"

Megat Raed dan Talia berpaling serentak melihat manusia yang menegur itu. Lelaki berpakaian kasual baju t-shirt bersama-sama jeans biru.

Talia kembali memandang Megat Raed.

"Hey, Farish Al Hijjaz!" Megat Raed bangun dari duduknya apabila mula mengecam wajah yang menegurnya tadi. Dia melangkah mendekati lelaki itu.

"Lama tak nampak kau lepas kes dengan Anissa dulu!" lantas tubuh mereka berpelukan. Seketika cuma, pelukan mereka terungkai

"Nama Anissa jangan sebut. Mengaum bini aku nanti." Balas Hijjaz dengan gurauan. Walaupun sudah beberapa tahun berlalu, peristiwa itu masih belum mampu dia lupakan. Isterinya apatah lagi, menyirap bila nama Anissa muncul walaupun dulu wanita itu kata dia maafkan semuanya. Ya lah, siapa tak marah kalau ada perempuan lain suka suaminya.

Megat Raed ketawa kuat. Tak tahu nak kata apa dah. Dia ingat lagi cerita 2 tahun lepas. Kecoh satu Malaysia tentang misteri lelaki itu. Nasib semuanya baik-baik saja.

"By the way, itu siapa? Wife kau?" soal Hijjaz lagi.

"Iya lah. Aku tak selamanya single." Jawabnya selamba.

Megat Raed kemudiannya mendekati isterinya, menarik tangan wanita itu mengikutinya berjalan kearah lelaki tadi.

"Sayang, kenalkan. Ini kawan abang, Hijjaz... dan ini..."

"Abang... tolong pegang Fahri kejap. Asyik merengek je dari tadi." Suara wanita itu yang sedang berjalan menghampiri mereka.

Serentak itu, Hijjaz berpaling dan menyuakan tangan untuk mengambil anak kecil yang sedang merengek itu. Muka anak itu kemudiannya disorok disebalik leher papanya.

"Kenapa Fahri buat perangai macam ni. Kesian dekat mama. Kan papa kata dulu, baby boy tak boleh buat perangai macam ni." Pujuk Hijjaz perlahan bila rengekan anaknya masih kedengaran. Tangan pula menepuk belakang tubuh anaknya perlahan-lahan.

"Hanara right? Kawan baik Taufiq?" soal Megat Raed. Dia kenal wanita itu. Pernah dulu Syed Taufiq ceritakan tentang Hanara pada dia. Hanara itu isteri kepada sepupu lelaki itu. Lelaki itu semestinya Hijjaz. Nama Hanara terbit ketika dia sedang buntu menilai rasa hatinya terhadap Talia dulu.

Dan ada juga beberapa kali dia terserempak dengan wanita itu sewaktu di hospital. Ketika itu wanita itu sedang mendaptkan rawatan psikologi daripada Syed Taufiq sendiri.

Wanita yang dipanggil Hanara itu berkelip-kelip memandang Megat Raed sebelum menjawab.

"Macam mana kenal saya ya?" Soal Hanara pula.

"Nara... Raed ni bestfriend Taufiq. Friend of mine too. Nara kan pernah nampak dia dulu waktu consult tentang kesihatan abang dulu. Tak ingat?"

"Manalah nak ingat. Dah lama dah."

"Ye ke dah lama. Ke... sebab sayang dah tua?" usik lelaki itu.

Si isteri hanya menjeling tajam penuh amaran. Sedap hati dia saja kata kita tua. Desis hati Hanara.

"By the way, your wife ke ni?" Soal Hanara pula sambil mata memandang wanita yang berdiri sebelah Megat Raed.

"Ralit bersembang sampai lupa nak kenalkan orang rumah saya. Yes, that is my wife. My only wife. Hayera Talia." Beritahu Megat Raed.

"Boleh panggil Talia je." Beritahu Talia pula sambil bersalaman dengan Hanara

"Wow... sounds unique. Macam wife saya. Hanara Aisha."

Talia sudah tunjuk muka teruja. Cantik betul namanya. Patutlah suami wanita itu panggil Nara saja tadi. Kedengaran lembut dan sopan.

"Jom kita duduk dulu. Sampai bila nak berdiri macam ni?" tegur Hijjaz. Lenguh kakinya dari tadi sembang berdiri tambahan pula tengah dukung budak comel kuat meragam ni.

"Sayang, anak-anak kita yang lain mana?"

"Aileen, Fath dengan Fauzan tengah main dengan kawan-kawan kat sana. Biarlah diorang berseronok kejap. Kita boleh nampak dari sini. Jangan risau. Lagipun esok cuti kan."



"NAMA yang abang pilih pada dia... Nurhan." Beritahu Megat Raed dengan tenang. Tangannya bermain dengan jemari Talia yang ada dalam genggamannya. Terasa sejuk tangan wanita itu. bukan kerana bahana aircond yang bertiup, namun kerana rasa gemuruh.

Talia tidak hanya mendengar. Matanya teguh memandang Megat Raed dihadapannya sekarang. Dia sedang menagih janji yang lelaki itu katakan beberapa jam tadi.

Walaupun jam sudah menunjukkan angka 1 pagi, Talia abaikan saja kerana dia benar-benar mahu tahu tentang kandungan yang tidak mampu diselamatkan itu.

"Kenapa Nurhan?" dia bersoal.

Megat Raed terdiam mencari jawapan yang sesuai. Jawapannya sudah ada, Cuma dia mahu susun ayat itu supaya lebih teratur dan tidak melukai hati isterinya. Seketika, dia lepaskan nafas perlahan-lahan.

"Sebab dia bawa cahaya pada Talia untuk teruskan kehidupan. Walaupun kehadiran dia pada waktu tu bukan kehendak Talia, tapi Talia tetap mahu jagakan dia. Talia berusaha jaga dia sebaik-baiknya bagaikan seorang raja. Dan dia yang pertama ada disini."

Tangannya dilari melekap dan mengusap perut isterinya perlahan-lahan. Pandangan mereka bartaut. Mata isterinya berkaca buat dia sedar apa yang buat wanita itu mahu menangis.

"Talia minta maaf bukan anak..."

Jari telunjukkan diletakkan dibibir wanita itu. Megat Raed menggeleng kepalanya perlahan tanda menyuruh isterinya tidak meneruskan kata yang mengguriskan hati wanita itu sendiri.

"Abang tak kisah pun Talia. Benda dah lepas dan abang tak mahu kenang lagi. Lagipun bukan Nurhan saja anak Talia. Dia juga anak abang, kan?"

"Hakikatnya dia anak Talia dengan..."

"Dia anak buah abang pada mulanya. Bila abang kawin dengan Talia, dia dah jadi anak abang. Nanti kita melawat dia dengan arwah ayah. Kubur mereka dekat je."

Talia anggukkan kepala dengan air mata yang mula jatuh. Dia hanya singgah beberapa kali ke kubur arwah ayahnya. Sudah lama dia tidak menjengah ke situ kerana rasa bersalah yang dia galas selama ini.

"Doa siapa yang Allah makbulkan untuk Talia dapat rezeki suami yang sangat baik untuk Talia? Kenapa abang baik sangat dengan Talia? Kenapa abang tak pernah nak marah tentang apa yang jadi pada Talia sebelum ni? Kenapa abang?"

Persoalan demi persoalan yang bermain dalam fikirannya ketika ini. Satu pun tidak mampu dia jawab hanya Megat Raed yang mampu untuk menjawabnya.

Megat Raed lantas menarik isterinya masuk ke dalam pelukannya. Terasa ada esakan halus didadanya buat dia tersenyum sedikit.

"Abang tak baik, sayang. Abang cuma tak mahu menghukum. Itu bukan kerja abang. Lagipun, kenapa abang perlu marah isteri abang? Yang dah terjadi, kita biarkan saja. Teruskan apa yang ada didepan kita sekarang. Kalau kita terus berpaling melihat ke belakang, sampai bila kita nak berjalan semula, sayang?" pujuknya dengan nada perlahan. Perlahan-lahan dia menepuk bahu isterinya.

"Abang cintakan isteri abang dunia dan akhirat. Jangan pernah pertikaikan kata-kata abang ni okay?"

Dari dalam pelukan dia mampu rasa isterinya menganggukkan kepala.


P/S: Siapa rindu Hijjaz and Hanara Aisha? Raise you hand!

i really miss them so much tau.... rasa nak nangis tulis sebab dah betul-betul lupa dekat diorang. huhhuuuhhu





110722

SHI

Continue Reading

You'll Also Like

123K 5.2K 84
First story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawber...
118K 5.7K 65
Rasa bersalah atas kesilapan dahulu, membuatkan Syed Mirza memburu gadis yang bernama Aisyah. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu...
80.2K 1.5K 49
Bella inara..Dipaksa berkahwin dengan Hakim iskandar seorang peguam pilihan Ayahnya..namun dia mencintai lelaki bernama Amir imran kekasih hatinya..p...
15.2K 404 52
Anak bongsu Pakcik Yusuf sebelah rumah sudah lama berada di luar negara dan baru ini dia akhirnya pulang ke Malaysia. Sekarang ini dia tinggal bersam...