FARREL'S BOO©️

Por nabilllss

4.1M 227K 23.2K

KF SERIES VOL 1 [ karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan & takkan di-edit semula sebabnya malas ] ↳... Mais

𝐅𝐚𝐫𝐫𝐞𝐥'𝐬 𝐁𝐨𝐨
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°
°∘∘51∘∘°
°∘∘52∘∘°
°∘∘53∘∘°
°∘∘54∘∘°
°∘∘55∘∘°
°∘∘56∘∘°
°∘∘57∘∘°
°∘∘58∘∘°
The End | 59
°∘ Special chapter∘°

°∘∘33∘∘°

60.8K 3.2K 306
Por nabilllss

"Farrel ni selalu macamni! Bangun pagi je dah hilang--" Jus epal dituang kedalam sebuah gelas kaca. Usai itu Aisy mengatur langkah hendak beredar dari ruangan dapur. Mengomel seorang diri, menahan marah apabila bangun dari tidur Khalaf tiada.

"YA ALLAH!!" Namun dalam beberapa langkah sahaja, Aisy terlanggar bucu meja makan dan mengakibatkan gelas yang dipegangnya tadi turut jatuh ke atas lantai.

"Cik Aisy--"

"Kejap."

Jeritan halus Aisy didengari oleh Fareez. Segera dia menapak ke arah dimana gadis itu terlentang. Jelas dimata melihat banyak kaca bertaburan di atas lantai.

"Aww---" Keluh Aisy apabila jarinya terasa pedih yang menyengat.

"Saya tolong." Baru saja Fareez hendak membantu Aisy agar segera bangun, tangannya terlebih dahulu ditepis.

"Taknak! Saya taknak bangun!"

Berkerut dahi Fareez apabila gadis itu membantah dengan kasar.

"Jari Cik Aisy berdarah nii, luka. Nanti Tuan Muda marah saya--" Masih dia cuba berlembut, berharap agar Aisy menerima bantuannya.

"Biar je saya macamni. Tuan Muda awak tulah! Suka tinggalkan tiba-tiba." Aisy masih berkeras. Dibiarkan saja jarinya yang semakin terasa berdenyut itu.

"Tuan Muda Khalaf ada urgent call pagi ni. Yang saya boleh bagitahu, Tuan Muda sekarang ada dengan Tuan Evren dan Qayyum." Kedua-dua bahu Aisy dipegang, masih bertahan hendak menyuruh dia agar bangun. Ini kalau ada Khalaf, tak ke susah kena soal jawab? Sabar jelah Fareez. Nafas dihembus berat.

"Lepas! Saya cakap saya taknak! Biarlah luka besar ke kecil sekalipun."

"Saya takkan bergerak." Bidas Aisy lagi.

Dengan perlahan, Aisy mengengsot ketepi. Tubuhnya disandarkan ke kabinet dapur. Kaca yang bertaburan itu dipandang sekilas sebelum wajah Fareez dijeling.

"Aisy Melina." Suara gemersik Khalaf menghentikan amukan gadis itu. Fareez terdiam, begitu juga dengan Aisy.

Setibanya langkah Khalaf terhenti dihadapan mereka berdua, kelihatan wajah Aisy tertunduk seketika. Takut pula rasa sebab mengamuk dari dibantu oleh Fareez tadi.

"Go, leave this to me." Tegas Khalaf menyuruh Fareez agar beredar dari situ.

Apabila bayang lelaki berkacukan cina itu hilang dari pandangan, Khalaf kembali merenung wajah isterinya.

Entah apa yang membuatkan mata Aisy mula berkaca. Dia takut Khalaf akan marah disebabkan hal tadi. Padahal lelaki itu tidak pernah berkasar dengannya.

"Tutup mulut. Aku dah ada depan kau." Melihat wajah sayu Aisy, Khalaf tahu yang isterinya sekarang dihurung dengan rasa bersalah.

"Ss..Farrel--"

Sisa kaca yang bertaburan dibiarkan begitu saja. Diam tanpa jawapan, lelaki itu terus mengangkat tubuh kecil isterinya. Kakinya terus melangkah keluar dari ruangan tersebut.

• ────── ✾ ────── •

Usai ubat disapu, ibu jari Aisy yang luka itu ditampal dengan hansaplast. Dengan penuh lembut dan teliti Khalaf mengubati luka gadis itu.

Wajah beku Khalaf direnung lama. Niat untuk bertanya mengapa Khalaf keluar tanpa beritahunya dahulu telah terbantut.

Baringan Aisy dibetulkan agar lebih selesa. Coat long sleeve hitam yang dipakai telahpun dicabut lalu dicampak ke atas sofa.

Sewaktu Khalaf mengalihkan kembali pandangan ke arah Aisy, terangkat keningnya menyedari yang gadis itu sedang menangis sambil merenung ke arahnya.

"Kenapa menangis ni?" Khalaf berbaring disebelah Aisy. Merehatkan tubuh. Susahnya nak faham perempuan.

"Ta-takda apa.." Air mata dibiar mengalir tanpa diseka.

"Shh. Tell me what's wrong sayang.."

"Sakit sangat ke jari tu? Jum aku bawa pergi--"

Baru saja Khalaf hendak mengabiskan ayat, tersentak dia secara tiba-tiba Aisy menyembamkan muka disebalik lehernya.

"Fa- Farrel marah Aisy kann.." Sehingga terhincut bahunya. Tergagap hendak menutur ayat.

Khalaf mengukir senyuman nipis mendengar pernyataan isterinya. Kalau nak bagi sedar yang dia salah memang kena buat macamni. Buat-buat blur.

"Cakap, kenapa aku nak kena marah kau?" Kepala Aisy diusap lembut sebelum Khalaf membetulkan kembali baringan gadis itu. Wajah sayu isterinya direnung lama.

"Sebab Aisy te-tengok muka Farrel garang.."

"Cengeng betul kau ni. Belum lagi aku marah betul-betul." Air mata yang membasahi pipi mulus Aisy diseka lembut bersama jari kasarnya.

TOK

TOKK

Pintu bilik diketuk oleh seseorang dari luar. Sempat Khalaf mengucup dahi isterinya sebelum dia bangun dari katil.

Pintu bilik kemudiannya dibuka perlahan. Jelas dimata melihat Fareez yang sedang menunggunya disebalik luar sana.

"Qayyum. Dia nak jumpa Tuan Muda dekat bilik peribadi kejap." Fareez menyampaikan apa yang sepatutnya diberitahu. Mungkin ada sebab mengapa sahabatnya seorang itu tiba-tiba muncul disini. Hal penting lahtu.

"Okay." Ringkas Khalaf menjawab. Pintu kembali ditutup. Katil yang menempatkan Aisy didekatinya.

"Rest. Take a nap. Kejap lagi aku datang." Perlahan lelaki itu menutur ayat bagi menyedapkan hati si isteri.

"Farrel nak pergi mana?" Terkebil-kebil Aisy menyoal.

"Tak pergi mana. Qayyum nak jumpa aku sekejap." Ubun-ubun rambut gadis itu diusap beberapa kali.

"Okey.."

"That's my boo." Selimut tebal dinaikkan sehingga paras pinggang Aisy. Suhu penghawa dingin dikurangkan sedikit agar isterinya selesa.

"It's Emir, Tuan Muda Khalaf."

"Sial. Permainan apa yang diorang rancang ni?" Khalaf merenung tajam ke arah Qayyum yang berada dihadapan meja kerjanya. Baru semalam rasanya berjumpa dengan Emir. Tidak masuk akal rasanya info yang disampaikan itu, ibarat Emir ialah 'gunting dalam lipatan'.

"Next." Khalaf menyuruh agar Qayyum meneruskan penjelasan.

"Emir akan keluar dari halaman rumah Ku Ros setiap pukul 11 malam. Ada sebuah kereta yang jemput dia, and the owner of that car is Ricky." Satu persatu maklumat yang dikumpulnya kelmarin, Qayyum jelaskan buat Khalaf.

Fareez disebelah turut terkejut mendengar pernyataan sahabatnya itu. Macam mana ada orang yang berani tikam belakang Tuan Muda mereka?

"Troppo stupido!--" (Too stupid)

"Kau pergi jumpa Ev sekarang. Suruh dia cari fail peribadi Emir. All the personal files of my men are with him." Semakin kuat nada suara Khalaf memberi arahan. Urat leher terasa tegang seketika.

"Baik. Aku keluar dulu--" Lantas Qayyum mengatur langkahnya keluar dari bilik tersebut. Meninggalkan Fareez bersama Khalaf.

"What's your plan Tuan Muda Khalaf?" Tegas Fareez menyoal. Sudah terbiasa menghadap wajah sinis Khalaf.

"Harini siapa hantar Fredella pergi office?"

"Adriel."

Mendengar jawapan ringkas Fareez, terus Khalaf mencapai iPhone di atas meja kerja.

"Shit!"

"Aku call mana pernah nak angkat."

Nafas dihembus kasar. IPhone-nya kembali dicampak ke atas meja. Khalaf menggenggam rambut depannya beberapa saat.

"Aku nak Adriel bawa Della kesini. Kalau dia banyak tanya, heret je."

"Now Fareez Xaviell!"

Melihat anak buahnya seorang itu masih tercegat tanpa bergerak sedikitpun, buatkan Khalaf kembali berserabut.

"Aa-aku cari Ad, Tuan Muda." Segera Fareez beredar dari situ. Mendengar Khalaf menyebut nama penuhnya buatkan bulu romanya terangkat, gerun.

• ────── ✾ ────── •

Sofa baldu yang berada disudut bilik tidur, tampak sangat selesa pada waktu itu. Khalaf melabuhkan punggungnya di atas sofa tersebut bagi merehatkan diri.

Tubuh kecil Aisy yang terbaring di atas katil itu direnung lama. Gadis itu tampak sangat lena dan selesa. Khalaf memang berniat hendak keluar, tetapi entah mengapa rasa berat semacam.

Akhir-akhir ini, Khalaf juga merasakan perbezaan perangai Aisy yang nampak ketara bezanya. Dah memang cengeng, sekarang bertambah cengeng. Manja.

Khalaf bangun lalu terus mendekati katil. Lelaki itu duduk disamping baringan isterinya. Automatik tangannya naik mengusap ulas bibir munggil gadis itu.

"Such a crybaby." Perlahan dia menutur ayat. Takut pula si Aisy terjaga.

"You are mine, Aisy Melina. Forever mine. Khalaf mengucup bibir isterinya, lama. Fikiran berserabut tadi kembali reda apabila berada disamping gadis itu. Disebabkan kerjanya sekarang diperhati oleh seseorang, perkara itu berisiko buat Aisy.

Continuar a ler

Também vai Gostar

4.1M 248K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
5.9K 449 33
No. 1 in #Toxic No. 1 in #Bucin Adrasta. Sebut saja namanya pasti digeruni semua pelajar-pelajar di SMK Bima Sakti. Layaknya seorang Ketua Geng Motor...
28.2K 1.1K 13
"KAU SIAPA NAK KONGKONG AKU?" "AKU KAU PUNYAA......." " tolong aku dah tak larat" epsido:10/10 Status Story: Complete Idea by : Kookie_knin Edit by...
127K 7.6K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...