EVERISA

By thenovlise

108K 7.1K 761

Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara... More

01 • Prolog
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79 • Epilog
ʕ⁠'⁠•⁠ ⁠ᴥ⁠•̥⁠'⁠ʔ
IZEVE: The Future of Us

63

1K 94 15
By thenovlise

"HAWA," panggil Maheer yang baru masuk ke dalam kelas. Hari masih awal pagi jadi hanya ada beberapa orang saja yang dah sampai. Maya pula dah lena tepi aku. Pagi tadi bukan main dia cakap nak temankan aku pergi kelas awal untuk siapkan kerja tapi last-last dia yang surrender dulu.

"Apa dia?" Tangan masih laju bergerak menulis.

"Presiden suruh kau jumpa dia dekat kelas. Dia cakap bawa sekali laporan kadet polis."

Tangan aku yang tadinya laju menulis terkaku. Kertas kajang di atas meja aku pandang.

Satu perenggan.

Aku baru buat satu perenggan. Laporan yang sepatutnya dibuat sekurang-kurangnya kena ada dua muka surat. Tak siap. Kali pertama aku tak siapkan tugasan sepanjang hampir sepuluh tahun bersekolah.

Semalam, puas aku cuba fokus untuk siapkan laporan ni tapi tak boleh. Kepala aku tetap teringatkan pasal masalah aku dengan Isaac. Sampai kesudah. Puas aku marah diri sendiri sebab ambil kisah sangat pasal benda tu sampai tak bergerak kerja. Tapi tetap tak boleh. Dan akhirnya aku tertidur dekat meja study sampailah Maya kejutkan aku suruh tidur dekat katil. Sebab tulah aku ajak Maya datang kelas awal tadi. Nak siapkan laporan ni.

"Sekarang ke?"

"Haah. Dia cakap nak cepat."

Aku ambil kertas laporan dengan kertas rangka yang aku klipkan bersama dengan klip kertas tu sebelum bangun.

"Thanks, Maheer."

"Okey."

Aku berjalan keluar dari kelas untuk ke tempat lif. Walaupun tangga lagi dekat daripada lif, tapi aku tetap nak gunakan lif. Sengaja ambil masa.

Ding!

Lif sampai di tingkat lima. Nafas aku tarik dalam-dalam. Cuba memberi kekuatan kepada diri sebelum bertemu mata dengan dia.

Bismillah.

Kaki aku bawa menyusuri kelas-kelas tingkatan 5 yang nampak masih kosong. Macam kelas aku, ramai lagi yang tak datang. Tapi laluan antara kelas ni ada ramailah juga orang yang baru sampai. Baru pukul tujuh suku.

Pandangan senior-senior yang tengok aku pelik aku tak pedulikan. Yang penting sekarang, bagitahu Isaac yang aku tak sempat siapkan laporan ni semalam. Then, kalau dia marah pun, terima jelah.

Sampai di kelas 5 Elite.

Liur aku telan sebelum loceng di tepi pintu aku tekan dengan tangan yang sejuk. Berdebar sangat-sangat.

Isaac akan marah aku ke? Atau tak? Sebab aku pernah tumpahkan cat atas baju dia tapi dia tak marah aku. Mungkin kali ni pun sama. Amin!

"Ya?" Satu susuk tubuh menjengul keluar. Rayhan.

"Eh, Hawa? Buat apa dekat sini?" Tanyanya dengan senyuman manis.

"Nak, er nak jumpa Isaac. Dia minta saya hantar laporan," jawabku perlahan.

"Oh, nak jumpa Isaac. Kejap, eh?"

Aku angguk. Rayhan pula masuk ke dalam untuk memanggil Isaac.

Sambil menunggu kedatangan Isaac, aku bermain-main dengan kertas yang aku pegang.

"Mana?"

Laju aku angkat kepala. Nampak Isaac yang baru keluar kelas dengan baju uniform The Leaders nya.

Telan liur. Nak bagi ke tak? Nak bagi ke tak? Kalau bagi, mesti dia marah. Tapi kalau tak bagi, lagilah dia marah. Ah, keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya pula.

Tak dibaham, digigit.

"Hawa, aku takde masa nak main-main. Aku kena pergi patrol pula ni," kata Isaac dingin. Aku tengok muka dia sekilas. Nampak sangat tegang daripada biasa.

Kenapa? Dah tak tertanggung benci dekat aku tu?

"Nah."

Kertas yang diklip tadi aku hulurkan takut-takut kepada Isaac. Kepala aku tundukkan. Bersedia untuk kena marah.

"Hm."

Kertas tadi dah bertukar tangan. Aku nampak tangan Isaac yang dah mula menyelak kertas-kertas yang ada sebelum terhenti. Diselaknya depan belakang sebelum kertas tadi dia hempaskan pada pintu kelas.

Bang!

Terhenjut bahu aku dengar bunyi kuat tu. Dan aku pasti bukan aku seorang je, tapi semua yang ada dekat sini. Suara orang berbisik-bisik dari belakang buat aku pejam mata erat-erat.

"Ini je?"

Aku diam.

"Aku bagi kau masa dari petang semalam sampai pagi ni untuk siapkan laporan ni. But what did I get in return? A paragraph? Are you serious, Hawa?" Tekan Isaac kuat. Bergema hallway ni dengan suara dia.

Aku gigit bibir. Mengaku kesalahan diri.

"Kenapa kau tak siapkan?"

"S-Saya..."

"Sibuk dating?"

Aku angkat kepala tengok Isaac dengan riak terkejut. Apa yang dia cakap ni?

"Why? Because I guessed it right? Goddamn it, Eve Nur Hawa. Aku tak kisah kau nak dating ke kau nak keluar dengan lelaki ke, but do remember your work!"

Mata aku pejam bila Isaac menjerkah aku kuat.

"Kalau kau ingat kau banyak kerja, aku lagi banyak kerja. I have loads of work to be done in this week. Weekend aku packed dengan extra classes. Aku kena semak rekod tu, rekod ni. And aku pun ada homework juga. Kau ingat kau seorang je ke yang busy?"

"Jawab. Apa kau buat semalam?"

Diam. Dia nak tahu yang aku menangis semalam? Dia nak tahu yang aku teringatkan dia semalaman? Macam tu?

"Jawab!"

Mata aku pejam bila rasa birai mata mula berkaca-kaca. Jangan, Eve. Jangan menangis.

"Isaac!"

Tiba-tiba Kak Ai datang memeluk aku dari belakang. Aku diam tengok lantai.

"Kenapa dengan kau ni? Tak boleh bincang elok-elok ke?" Marah Kak Ai.

Isaac mengeluh kuat.

"This is a matter between me and her. Kau jangan masuk campur, Aisara."

"Aku takkan masuk campur kalau kau bertindak dengan cara yang betul. Be rational, Isaac Haqqani. This is so not you."

Kak Ai gosok bahu aku lembut.

"Kau tengok report ni. Yang aku minta, two pages tapi yang dia hantar cuma banyak ni. Kau rasa aku patut ke bagi muka dekat dia ni?"

I have a name, Isaac. Bila dia panggil aku dia, rasa macam we are totally strangers now.

"Yes, I know. Tapi Isaac, kau tak boleh marah dia depan public macam ni. Bukan kau ke yang cakap? An action you did today can cause a big chaos tomorrow. You're well-known in this school, dan apa yang kau buat will always be in the spotlight. Apa akan jadi dekat Hawa bila kau buat dia macam ni? She already got so much hates because of you, and now kau nak tambah pula benda tu?"

Isaac diam mengalih pandangan ke dinding di tepi. Mukanya tegang dengan rahang diketap kuat.

Tak ada sekelumit pun rasa bersalah dekat saya, Isaac? 

Nafas aku tarik dalam-dalam. Aku dah penat dan aku rasa malu sangat-sangat sekarang.

"Kak Ai, it's okay. Memang salah Hawa."

"Tapi—"

Kertas di tangan Isaac aku ambil balik.

"Saya akan siapkan report ni dan hantar dekat awak before habis slot PdP."

Isaac yang terdiam aku tengok. Nafas aku tarik dalam-dalam.

"Saya minta maaf..."

Mata Isaac aku tentang berani.

"...presiden."

Muka Isaac terus berubah selepas tu. Tapi aku dah malas nak ambil pusing. Kena marah dah dapat, malu dah dapat, what's more?

Sudahlah. Aku pun ada maruah.

Kak Ai dan Isaac yang masih terkaku tu aku tinggalkan. Semua orang yang tengok-tengok aku pun aku tak hiraukan. Sekarang, aku cuma nak balik kelas, siapkan laporan ni dan balik bilik.

Aku bertembung dengan Ellina di tangga. Nampak dia tersenyum sinis kepadaku.

Aku buat tak tahu. Jalan je straight ke atas. Banyak lagi kerja nak buat daripada melayan kepala tak berapa centre dia tu.

.

TITIK.

Pen biru aku tutup dengan penutup. Akhirnya siap juga laporan kadet polis yang aku tak sempat siapkan pagi tadi. Tangan yang rasa lenguh tulis lama-lama dan laju-laju aku urut perlahan. Sakit tangan lah pula.

Jam yang tersangkut pada dinding aku tengok. Dah dua puluh minit waktu rehat berlalu. Maksudnya, dah dua puluh minit aku duduk seorang-seorang dalam kelas. Maya pula aku paksa turun rehat juga walaupun dia tak nak. Tak mahulah susahkan dia pula.

Aku sanggup tak turun rehat untuk siapkan laporan ni. Kan aku dah janji tadi? Aku akan siapkan dan hantar before habis slot PdP. Aku tak bercakap besar, eh?

Aduh, laparlah pula.

Coklat Cadbury yang aku buat stok dalam laci meja aku ambil satu dan masukkan ke dalam mulut.

Uh, sedap.

Kepala aku goyang-goyangkan gembira. Perasaan paling happy bagi aku adalah bila boleh makan coklat. Rasa manis-manis dan berlemak dalam mulut masa dia mencair tu, fuh!

"Hawa, Hawa!"

Aku angkat kepala bila namaku dipanggil. Hannah dengan Reen yang nampak tergesa-gesa masuk dalam kelas aku tengok pelik.

"Oi, tersalah kelas ke?" Yang peliknya, Hannah dengan Reen. Bukan Hannah dengan Tas. Kalau dua tu yang masuk, tak pelik. Tapi ini dengan Reen. Dua orang dari kelas yang berbeza.

"Ah, bukan!" Hannah berkata semput. Baru lepas lari ke ni?

"Habis tu?" Tanyaku hairan. Dahlah nampak kalut semacam. Ada apa-apa jadi ke?

"Tak, sekarang ni kau kena ikut aku cepat." Tangan aku Reen tarik laju. Aku yang tak bersedia terdorong ke depan. Hampir jatuh kalau aku tak cepat-cepat stabilkan diri.

"Eh? Nak pergi mana ni?" Aku terkejar-kejar nak ikut larian Reen yang laju. Reen ni lupa agaknya yang aku tak athletic macam dia. Fenat.

"Ikut je," kata Hannah pula. Dia pun turut berlari dengan kami.

Aku ikut arah Reen tarik aku. Naik tangga lah pula. Eh, kejap. Kenapa naik atas? Nak buat apa dekat level form 5 ni?

Sampai saja di hallway tepi tempat lif, kami berhenti berlari. Ada sekumpulan students yang tengah berkumpul mengelilingi sesuatu. Macam bising je. Ada breakdance show ke?

Aku cuba intai tapi tak nampak. Lelaki perempuan bercampur. Yang lelaki tulah jadi penghalangnya.

"Tumpang lalu." Reen tarik tangan aku untuk merentasi lautan pelajar yang ramai ni. Punyalah ramai sampai berhimpit-himpit. Nasib baik Reen tak bawa aku ke tempat yang bertembung dengan lelaki.

Tiba di depan sikit, aku cuba tengok apa yang jadi dekat depan. Serta merta mata aku membulat besar.

Wyatt dan Isaac.

Tengah... bertumbuk.

Ya, tumbuk. Tumbuk yang dush dush dush tu?

Tapi kenapa?

Muka masing-masing aku tengok. Bengis. Lagi-lagi Wyatt. Aku tak pernah nampak Wyatt marah macam tu. Sampai merah muka dan timbul urat dekat dahi.

"Wyatt!" Noah tarik tangan Wyatt ke belakang. Ada dua orang lagi yang tolong pegang Wyatt yang aku kenal sebagai Julian dan Amariel.

"Lepaslah!" Tengking Wyatt kuat. Sampai bergema habis hallway yang luas ni.

Isaac pula aku tengok. Tengah kesat bibir dia yang berdarah sambil tengok Wyatt tajam.

"Kau dah kenapa, gila?" Isaac menjerkah.

Wyatt meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Kau tu yang dah kenapa? Kau ingat kau siapa, hah?"

"Apa dah jadi ni, Hawa?"

Tengok kiri. Ada Maya yang baru sampai dengan muka yang berkerut hebat.

Aku geleng kepala tak tahu.

"Siapa aku? Kau bergurau ke apa?"

Wyatt tergelak sinis. Tangannya direntap kasar dari pegangan Noah dan kawan-kawannya.

"In my eyes, you're nothing more than a coward."

"Kau ulang apa yang kau cakap." Dingin Isaac memberi amaran.

Wyatt gelak kuat-kuat.

"Kenapa? Rasa terhina? Habis tu, masa kau tengking Hawa pagi tadi, kau ingat dia tak rasa terhina ke?!" Jerkah Wyatt kuat.

Aku menekup mulut. Wyatt... tumbuk Isaac sebab aku?

"Isaac tengking kau?" Bisik Maya. Matanya juga nampak marah akan Isaac. Tapi aku pegang tangan dia tanda aku okey. Aku tak mahu Maya pula mengamuk lepas ni.

Isaac diam. Matanya mencerun tajam ke arah Wyatt yang perlahan-lahan berjalan ke arahnya.

Bahu Isaac ditepuk-tepuk kasar.

"Kau tahu?" Tanya Wyatt perlahan.

Isaac tepis tangannya kasar. Wyatt senyum sinis.

"This gray blazer, is not a ticket for you to humiliate others."

Rahang Isaac ketap kuat.

"Kalau kau rasa terbeban dengan jawatan kau ni..."

Mata Isaac Wyatt tentang.

"... why don't you just resign?"

Buk!

Satu tumbukan singgah di pipi kiri Wyatt. Laju Rayhan tarik Isaac ke belakang.

"Kenapa? Tercabar pula ke?"

"Lepas, Ray. Let me show him what this coward is capable of." Tangan Rayhan ditolak Isaac kasar.

Wyatt yang sedang tertunduk ditarik kolarnya lalu sekali lagi pipi Wyatt ditumbuk kuat. Kali ni sampai terjatuh Wyatt ke belakang.

Aku menggigit bibir. Mesti sakit. Wyatt...

"Bangun."

Kolar Wyatt ditarik untuk berdiri. Perlahan-lahan Wyatt bangun. Satu senyuman sinis singgah di bibirnya. Aku telan liur.

Buk!

Kaki Wyatt naik menendang perut Isaac kuat sehingga terduduk. Aku pejam mata rapat-rapat.

"Urgh." Isaac terbatuk-batuk.

"Kau dah gila ke?!" Tengking Seif yang dari tadi berdiri di tepi. Isaac yang berada di bawah itu dibantu berdiri.

"Gila tu biasa. I'm more than that."

Isaac pegang perut yang baru disepak tadi. Matanya menikam tajam ke arah Wyatt yang sedang memperlekehkannya.

"You're gonna regret this," bisik Isaac.

"No. Come here, coward."

Dengan sindiran Wyatt itu, laju Isaac bergerak ke arahnya. Satu tumbukan dilepaskan ke perut Wyatt. Wyatt pula tak mahu mengalah, disiku dada Isaac kuat sebelum ditolak dagu Isaac ke belakang.

Buk!

Buk!

Buk!

Tak henti-henti dua orang tu bergaduh walau dihalang. Aku pandang mereka silih berganti.

Kau nak duduk diam je ke, Eve? Do something!

Kau nak aku buat apa? Masuk campur? Pergi tengah-tengah dua orang tu? Lepas tu aku pula jadi punching bag? Tak sayang nyawa namanya.

Wyatt tumbuk Isaac sebab kau. You're the reason! Do anything!

Aku telan liur. Gigit bibir bila tengok pergaduhan yang bagai tak akan berhenti tu. Dada aku berdegup kencang. Dua-dua rapat dan pernah rapat dengan aku. Semestinya aku tak nak tengok diorang sakit.

Aku genggam tangan erat sebelum menjerit kuat.

"Isaac, Wyatt! Stop it!"

Senyap.

Kedua-duanya pandang aku dengan riak terkejut.

"Awak buat apa ni, Wyatt?" Tanyaku dengan nada bergetar. Rasa nak menangis tapi aku tahan.

Wyatt yang tadinya pucat mukanya menarik senyuman lebar. Bahu Isaac di tepi yang diam dipeluk.

"Nothing. Kitorang bergurau je, angel. Kan?" Isaac di tepinya dijeling dengan senyuman lebar yang dibuat-buat.

Isaac pula tengok aku dan Wyatt silih berganti.

"Angel?" Bisiknya perlahan.

Aku tengok dia sekejap sebelum tengok Wyatt balik. Ini yang kepalanya sekarang.

"Tak payah nak pura-pura, Wyatt. Saya dah dengar dari awal," kataku tegas.

Wyatt tengok aku dengan rahang yang diketap sebelum senyuman diukir semula.

"You knew it already? Then..." Isaac yang dipeluk macam rakan baik tadi ditolak kasar tapi sempat disambut Rayhan. Tangannya ditepuk-tepuk bagai menghilangkan habuk.

"...I don't have to keep on pretending."

Aku diam. Muka Wyatt yang nampak membengkak aku tengok.

"Kenapa awak buat semua ni? Awak dah janji kan dengan saya semalam–"

"Janji?" Potong Wyatt. Dia berdecit sinis.

"Jangan tumbuk dia? Nah, I'm sorry. It can't be helped. Aku tarik balik apa yang aku cakap semalam. Your wish, will always be my command, only if it doesn't hurt you."

Isaac yang diam dipegang Rayhan dan Seif dijeling sekilas.

"But he did. Dia sakitkan kau. Kau ingat aku nak duduk diam je?"

Mata aku pejam. Kepala rasa menyengat tiba-tiba kerana stres. Rasa nak pitam tapi aku tahan sebaik mungkin.

"Tapi saya tak suruh awak tumbuk dia."

"Yes, you didn't. Tapi aku yang nak. Biar dia tahu, apa harganya bila dia sakitkan kau."

"Just stop it, Wyatt." Sumpah, aku rasa nak pitam sangat-sangat sekarang.

"Not until he apologizes to you."

Diam. Isaac langsung tak berkata apa-apa.

'Tak perlu susah-susah, Wyatt. Saya pun tak perlukan maaf dia.'

"Tak nak? Aku ingatkan kau ni pengecut je tapi bongkak sekali. Cukup satu pakej."

"Kau nak mati?" Bisik Isaac dingin.

Wyatt menghela nafas sekali sebelum dia berjalan ke arah Isaac dengan muka tiada perasaannya.

"Let me tell you this. Aku tak kisah kalau kau nak demerit aku negatif seratus sekalipun. Being a problematic student is my specialty. Tapi kau, presiden. Orang pandang kau tinggi. What will they expect from you if you behave like me?"

"Kau..." Isaac nak menyerang Wyatt tapi ditahan kuat oleh kawan-kawannya.

Wyatt pandang mata tajam Isaac dengan muka yang sangat serius.

"This is my last warning. You hurt her again, and it's me who you're gonna deal with."

Bahu Isaac dilanggarnya kasar sebelum berlalu ke tangga.

Suasana di kawasan hallway ini sunyi sepi. Semua tengah tengok Isaac yang diam mengepal penumbuk.

Aku telan liur. Tengok Isaac dan Wyatt yang berlalu dengan serba salah.

Isaac pula renung aku lama. Matanya yang nampak penuh dengan perasaan yang bercampur baur aku lihat.

Aku telan liur. Choose who's always with you, Eve.

Mengeluh, aku tinggalkan kumpulan orang ramai tadi untuk mengejar Wyatt. Aku tak nak dia lepaskan marah dia dengan buat kesalahan vandalisme pula.

"Damn it!"

Telingaku menangkap bunyi sesuatu dihentam kuat dan suara Isaac yang menjerit lantang tapi aku biarkan saja. Aku dengan dia kan tak kenal?

We're strangers now.

.

Saya pun marah Isaac sekarang ni 😠

Continue Reading

You'll Also Like

2.6M 88.2K 82
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik s...
298K 13.6K 15
"Saya Mira Adriana, awak?" "awak!" Budak nerd itu berpaling, kerana malu mendapati dia sedang berangan. "aahhh..yyy..aa" jawab budak nerd itu dengan...
4.4K 532 61
Meryam Ieirish X Zayn Qaiser 3 tahun mereka terpisah. Awalnya terpisah untuk melarikan diri dari lelaki yang menghancurkan dirinya. Namun takdir pert...
367K 16.6K 48
[COMPLETED] Badboy? Dengar saja gelaran itu pasti kita boleh membayangkan tingkah lakunya bagaimana. Mestilah seseorang yang sering melakukan masalah...