EVERISA

By thenovlise

108K 7.1K 761

Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara... More

01 • Prolog
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79 • Epilog
ʕ⁠'⁠•⁠ ⁠ᴥ⁠•̥⁠'⁠ʔ
IZEVE: The Future of Us

46

1.1K 86 7
By thenovlise

BADAN aku baringkan di atas katil lepas siap keringkan rambut. Seharian seminar memang sangat memenatkan. Bayangkan, dalam sehari kena pulun empat subjek sekali gus. Pagi Kimia, tengah hari Biologi, petang Addmaths dan malam Fizik.

Memang rasa nak pecah kepala aku. Kejap kena set otak untuk subjek ni, kejap untuk subjek tu. Tak pernah-pernah lagi aku belajar empat subjek elektif ni sekali gus dalam sehari. Sumpah burn out.

Kata cikgu, cikgu buat jadual macam ni supaya dua hari lagi kitorang dapat gunakan untuk try aktiviti-aktiviti lasak yang ada di resort ni. Kiranya rugilah datang sini tapi tak cuba semua aktiviti yang ada. Dahlah bayaran sebenar mahal. Hari terakhir pula memang tak sempat sebab kitorang bertolak ke sekolah waktu pagi.

"Hawa," panggil Maya. Badannya turut dibaringkan di sebelahku. Aku dan Maya berkongsi katil manakala satu lagi katil untuk Nana dan Rizqa. Tapi sekarang diorang tak ada dalam bilik sebab pergi supper. Kitorang pula still kenyang jadi tak makan.

"Hm?" Sahutku.

"Rasa macam mimpi boleh berbual dengan Rayhan balik," luahnya.

Aku pusing kepala tengok dia. Tengah pejam mata dengan bibir tersenyum lebar.

"Sukalah tu?" Usikku.

"Yes," jawabnya tanpa ragu.

Aku tengok siling balik. Kipas yang bergerak laju jadi tempat aku pusatkan pandangan.

"Masa first masuk dewan tadi, aku terkejut gila tengok dia tepi aku. Aku cari kau, tapi kau dah duduk dekat belakang. Punyalah aku ingat takdir ke apa, rupa-rupanya korang berpakat," katanya geram.

Aku tersengih.

"Pakatan untuk kembalikan persahabatan korang." Kening kiri aku jongket beberapa kali dengan penuh angkuh.

Maya mencebik.

"Menyampahnya. Tapi kan, kenapa kau tukar tempat balik lepas rehat?"

Mata aku terkelip-kelip tengok siling. Teringatkan kejadian pagi tadi, entah kenapa hati aku rasa sakit lagi. Tak pernah-pernah buat hal macam ni. Nak kena tukar ke apa ni, hati? Nampak selalu malfunction je sekarang.

"Hei, aku tanya ni." Pinggang aku dicucuknya.

"Dengarlah."

Aku tepis laju tangan Maya. Malam ni aku sedar je dengan keadaan sekeliling walaupun tengah mengelamun. Mungkin sebab tengah cakap benda serius.

"Kenapa?"

"Maya, aku nak tanya kau. Aku dengan Rayhan tukar tempat tadi kenapa?"

"Aik? Tanya aku pula?" Maya tunjuk diri sendiri.

"Jawab jelah."

"Okey. Untuk buat kitorang berbaik?"

"Betul. Then, korang dah berbaik ke belum?"

"Dah."

"Dah kan? So, sampai di situ jelah."

"Sebab tu je? Macam pelik je. Bukan kau tak suka duduk depan ke?"

Aku tengok Maya dengan tak puas hati. Orang cakap tu percaya jelah. Kenapa nak persoalkan pula?

"Betul ke sebab tu je?" Jari telunjuk dia tunjuk-tunjuk ke arahku. Aku nak tangkap tapi cepat-cepat dia sembunyikan tangan. Maya aku jeling. Takutlah tu kisah lama berulang kembali. Nasib tak patah je jari dia kena dengan aku hari tu.

"Betullah. Aku tak nak duduk belakang. Tak nampak skrin," dalihku.

"Kau ada rabun ke? Kalau Reen tu tak pelik," komennya.

"Rabun tak rabun, kalau duduk belakang sangat still tak nampak. Dahlah skrin dekat bawah. Cikgu guna font kecil pula tu. Sakit mata aku."

"Tapi cikgu bagi PDF. Boleh je kau tengok dekat phone." Lagi tentangan aku terima daripada Maya.

Aku kusutkan rambut.

"Tapi aku nak tengok apa yang cikgu conteng, faham?" Harap-harap dia berhentilah persoalkan kenapa aku tukar tempat balik tadi. Nanti tak pasal-pasal terbentang hikayat sebenar, sampai tahun depan aku tak tahu nak sorokkan muka dekat mana.

"Tapi–" Aku tutup mata Maya dengan tapak tangan. Nak tutup mulut sebenarnya tapi tersalah sasaran lah pula. Tapi aku kisah apa? Yang penting dia berhenti cakap.

"Oi! Dah kenapa tutup mata aku ni? Nak main teka-teki pula ke?" Tangan aku ditolaknya ke tepi.

"Kau tu, banyak mulut sangat," balasku. Bantal kecil yang aku bawa dari asrama aku peluk.

"Eleh." Tu je balasan dia. Mengakulah tu dia banyak cakap tadi.

"Ni, macam mana korang boleh berbaik? Aku pun curious juga sebenarnya," tanyaku.

"Tukar topik."

Aku jeling Maya sedas.

"Jawab. Tukar topik tak tukar topik, jawab."

Maya mencebik. Dia pusing badan sampai meniarap pula. Kepalanya dihadapkan ke arahku.

"Dia bagi gula-gula."

Aku tersenyum lucu.

"Dynamite?" Aku angkat kening seraya jeling Maya sekilas.

Maya angguk.

"Dynamite."

"Senang betul eh nak pujuk kau. Bagi je gula-gula, terus sejuk."

"Benda ni tak apply dekat semua orang. Cuma certain orang je yang aku mudah maafkan."

Aku angguk jelah. Diskriminasi betul si Maya ni, kan?

"Takkan dia bagi gula-gula je kau dah okey? Apa dia cakap? Ke top secret?"

"Top secret apanya? Dia just cakap minta maaf pasal dekat court hari tu and cakap, 'Maya, aku tak nak hilang kawan tiga belas tahun aku. Plus, hari ni anniversary kedua belas kita start berkawan'. Itu je," cerita Maya.

Aku tekup muka dengan bantal untuk menjerit. Sweet juga Rayhan ni kan? Lepas tu aku pusing tengok Maya.

"Dia ingat tarikh tu?"

"Haah. Aku pun terkejut bila dia cakap dia ingat. Bila aku cakap yang aku tak percaya, terus dia buat kira-kira. Masa tu kan umi pregnantkan adik Rayhan dua bulan. Sekarang dah awal bulan empat. And memang betul bulan sebelas nanti birthday Rayqal."

Wah, power betul. Benda yang jadi masa empat tahun pun dia boleh ingat.

Eleh. Samalah dengan kau, Hawa. Memori kau masa empat tahun dulu jelas lagi kau ingat, kan?

"And aku ada fikir juga. Sampai bila aku nak lari daripada dia? And aku pun sayang friendship kitorang. Aku buat benda betul kan, Hawa?"

Laju-laju aku angguk.

"Betul lagi benar lagi tepat. Memang ini pun yang kau patut buat dari dulu lagi."

Kami diam menikmati kesunyian yang selesa ini.

"I'm proud of you, Maya," kataku perlahan. Bangga kerana Maya dah ambil one step ahead. Sebelum ni dia takut untuk ambil apa-apa langkah, jadi dia terperangkap dalam pelbagai masalah yang tak habis-habis datang. Semoga perubahan hari ni jadi permulaan untuk hidup Maya yang lebih baik.

"And I'm lucky to have you, Hawa," balasnya.

Aku senyum. Siapa sangka berpindah sekolah boleh menemukan aku dengan kawan rapat yang tak pernah aku minta sebelum ni? Berkawan dengan Armaya Irisa, seorang gadis yang pada luaran ada semuanya. Tapi di dalam, hanya mereka yang rapat saja tahu betapa rapuhnya dia.

The best friendship is when you share all of the stories, gossips, heartbreaks and happiness together.

Dan aku harap sampai bila-bila pun persahabatan kami akan kekal begini.

.

"HARI ni kita nak buat aktiviti apa?" Tanya Nana sambil mengunyah roti.

"Tak silap aku tadi Cikgu Mira kata nak buat jungle trekking dulu, sebab cuaca okey. Kalau tangguh nanti, takut hujan ke apa pula," jawab Rizqa. Mi goreng dicedok sikit dengan garfu sebelum dimasukkan ke dalam mulut.

Kami angguk. Diam kembali untuk menghabiskan sarapan. Pagi ni, kitorang akan start buat aktiviti-aktiviti lasak dekat Resort Permata ni. Jadi, awal-awal lagi kitorang dah berpakaian sukan dan bawa barang-barang keperluan macam biskut, air, plaster, minyak dan sebagainya.

Usai makan, kitorang keluar dari medan selera yang luas ni untuk ke tapak rata yang jadi tempat berkumpul. Dah ramai yang menunggu masa kami sampai.

Tempat di bawah pokok yang rendang kitorang ambil. Walaupun masih pagi, tapi disebabkan resort ni atas bukit, jadi sinaran matahari tu tetap menyilaukan mata.

"Siapa bawa beg?" Tanya Maya.

"Aku," jawab aku, Nana dan Rizqa. Maya seorang je yang tak bawa beg. Katanya sayang kalau kotor kena tanah ke apa nanti. Beg baru kan?

Maya keluarkan kunci dari poket seluar dan hulur kepada Nana.

"Tolong jagakan kunci. Aku tak bawa beg," pintanya.

"Okey." Nana ambil kunci tu dan simpan elok-elok dalam begnya. Kemudian, kami berbual-bual sambil menunggu aktiviti dimulakan.

"Attention, please."

Suara yang tiba-tiba kedengaran kuat menarik perhatian semua murid yang tadinya tengah berbual. Kami semua bangun dan tengok orang yang bersuara tadi.

Isaac.

"Buat barisan sekarang," arahnya tegas.

Kami pun cepat-cepat buat barisan seperti yang dipinta. Aku beratur belakang Maya, Maya pula dekat belakang Nana, Nana belakang Rizqa dan Rizqa belakang beberapa lagi classmates kami. Maksudnya aku sekarang dekat belakang sekali.

"Okey, sebelum kita mula, Maheer kira form 4, Zayyan kira form 5 lelaki dan Stephanie kira form 5 perempuan. Now. Be fast," arah Isaac lagi. Serentak dengan itu, tiga orang murid yang disebut nama keluar dari barisan untuk mengira headcount.

Aku kenal Stephanie tu. Senior form 5 berbangsa Cina yang pendiam tapi pandai. Tak silap aku dia student aca juga dan jadi penolong ketua form 5. Sebab tu kut nama dia dipanggil untuk kira headcount senior form 5.

Dari belakang, aku nampak mata Isaac yang tercari-cari seseorang. Dia cari siapa? Rayhan? Tapi Rayhan ada je dekat belakang dia. Seif pun sama.

Habis tu, Tengku Aisara?

Mungkin. Sebab aku tak ada nampak pula Tengku Aisara dekat mana-mana. Sudahlah, Eve. Mengeluh, mata aku tundukkan tengok tanah di bawah.

Eh, ada ulat!

Aku cuit-cuit ulat tu dengan hujung kasut. Nampak ulat tu macam menggeliat sikit bila kena usik. Ee, comel.

"Form 4, cukup."

"Boys, cukup."

"Girls pun cukup."

Aku angkat kepala balik apabila ketiga-tiga orang tadi dah melaporkan headcount. Dah kenapa macam masuk maktab tentera je ni?

"Okay, thank you. Next, boleh aku tahu anyone yang ada masalah kesihatan? Asma ke, sakit kaki ke atau apa-apa health problem yang tak benarkan korang untuk buat aktiviti lasak. Please be honest sebab kita tak nak ada apa-apa problem in the middle of the activities."

Diam. Tiada seorang pun yang angkat tangan. Nampaknya semua yang sertai seminar ni sihat-sihat belaka.

"Betul tak ada? Okey. Sekarang, aku akan bacakan list kumpulan dan ahli kumpulan yang dah dibahagikan. Aku cakap awal-awal, tak ada siapa yang dibenarkan untuk tukar group. Not even me," jelas Isaac.

Semua berbisik-bisik. Ada grouping pula ke?

"Maya," panggilku.

Maya berpaling ke belakang. Keningnya berkerut.

"Macam mana kalau kita tak segroup, weh?" Tanyanya.

"Aku pun tak tahu weh. Dia divide macam mana pun aku tak tahu," kataku. Kepala yang tak gatal aku garu.

"Doa-doa jelah kita segroup."

Aku angguk mengiakan. Dah sampai level tawakkal dah kitorang bila dah banyak nama yang dipanggil. Kalau tengok kumpulan-kumpulan yang dah dibentuk, aku rasa memang dia pilih ahli secara rawak. Form 4 dan form 5 bercampur.

Macam mana kalau aku dapat group yang tak ada form 4 langsung? Habislah aku.

"Armaya Irisa."

Aku tengok Maya yang dah berpaling tengok aku.

"Bye, weh. Kita tak segroup sebab satu group sebelas orang je," kata Maya. Akan ada enam kumpulan yang dibentuk. Satu kumpulan akan ada dua belas orang ahli iaitu kumpulan pertama, dan lima lagi kumpulan ada sebelas orang ahli.

"Ha, tak apa. Aku okey. Pergilah." Aku tolak dia.

Maya yang berjalan pergi aku tengok dengan pandangan kosong. Tangan aku lambai bila dia berpaling tengok aku. Tak apalah. Aku ada nampak Rayhan dekat group Maya. Bolehlah Rayhan jaga Maya nanti.

Aku dekatkan diri dengan Nana di depan. Harap-harap kitorang segroup lah. Rizqa pula awal-awal lagi dah kena panggil tadi.

"Hawa, aku harap kira satu group," kata Nana.

"Aku pun," balasku.

Kami diam menunggu nama dipanggil. Setakat ni dah empat kumpulan yang siap dibentuk. Maksudnya cuma dua lagi kumpulan yang tinggal.

Beberapa nama dipanggil Isaac. Orang-orang yang disebut tadi bergerak ke depan dan membentuk kumpulan sendiri.

"Iznana."

"Nana," panggilku.

"Aku pergi dulu. Make sure kau datang sekali," pesan Nana sebelum berlalu ke depan.

Aku gigit isi bibir. Kalau aku tak sekumpulan dengan Nana, memang betul-betul rawak cara ahli kumpulan dibahagikan ni. Kitorang satu bilik berpecah.

"Tengku Aisara."

Tengku Aisara yang baru sampai terus bergerak ke kumpulannya. Dia sempat bertukar senyuman apabila bertembung dengan Isaac.

Aku alih pandangan tengok pokok yang tinggi tepi tempat aku berdiri. Banyak juga buah dekat atas dia. Tapi aku tak kenal lah pula buah apa.

Satu lagi, berapa meter ya agaknya pokok ni? Kalau ada manusia zaman sekarang tinggi macam ni, mesti senang dia nak petik buah dekat atas, kan?

"–wa?"

Tapi macam mustahil je. Setahu aku orang tertinggi di dunia pun tinggi dia 2.47 m je.

"Hawa!" Erin panggil aku. Aku tengok dia dengan riak terpinga-pinga.

"Hah? Apa?"

"Tu, nama kau kena panggil," katanya. Isaac yang pandang aku di depan dia tunjuk. Nampak Isaac geleng kepala.

"Oh, okey. Thanks, Erin," kataku sebelum berjalan ke depan. Sengaja aku lalu sebelah kiri sekali supaya tak tertembung dengan Isaac di depan. Nana yang dah hulurkan tangan aku dekati.

"Yeay, kita satu group!" Katanya gembira.

Aku angguk. Mata masih pandang ke bawah. Segan sebab tertangkap tak fokus tadi. Depan orang ramai pula tu.

"And last, Isaac Haqqani."

Mataku membulat besar. Aku angkat kepala tengok Isaac yang membelakangi kitorang. What?

Tell me that I've heard it wrong.

Gulp!

.

Continue Reading

You'll Also Like

24.5K 585 41
"Cant talk Just silent."
4.5K 532 61
Meryam Ieirish X Zayn Qaiser 3 tahun mereka terpisah. Awalnya terpisah untuk melarikan diri dari lelaki yang menghancurkan dirinya. Namun takdir pert...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
1.1M 52.8K 50
Puteri Fatein Alyssa - Seorang Puteri Raja . Cantik , baik hati , pendiam . Menyembunyikan identiti nya sebagai seorang puteri raja di sekolah . Seo...