EVERISA

By thenovlise

108K 7.1K 762

Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara... More

01 • Prolog
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79 • Epilog
ʕ⁠'⁠•⁠ ⁠ᴥ⁠•̥⁠'⁠ʔ
IZEVE: The Future of Us

44

1.1K 95 2
By thenovlise

KASUT sukan aku ikat ketat-ketat sebelum keluar dari bilik. Namanya je bilik tapi besar macam sebuah rumah dah. Siap dengan dapur dan ruang tamu lagi. Setiap bilik juga dibina berasingan daripada bilik-bilik lain.

Keluar saja dari bilik, terus masuk ke taman. Aku depa tangan untuk hirup angin pagi. Macam yang Maya cakap semalam, bilik yang kitorang dapat ni memang jadi rebutan. Ramai yang offer nak tukar bilik sebab cemburu bilik kitorang dekat dengan taman tapi ditolak mentah-mentah oleh Nana, Rizqa dan Maya. No way, man. Bilik cantik macam ni, aku pun tak nak tukar.

"Cantiknya." Tangan aku letakkan atas pagar yang memagari taman. Tasik di bawah sana aku tengok. Cantik dan menenangkan betul tempat ni. Waktu pagi-pagi baru lepas subuh macam ni memang sesuai untuk tengok matahari terbit.

Matahari yang masih malu-malu memancar dari sebalik awan aku tengok. Memang aku sengaja keluar awal pagi ni sebab nak tengok sunrise. Sumpah rasa rugi kalau terlepas.

"Cantiknya." Suara Maya dari belakang aku biarkan. Dari pandangan sisi, aku dapat tengok Maya yang datang berdiri di tepiku.

"Kan?" Kataku sepatah. Mata masih menala ke arah langit di depan sana. Tak puas.

Telefon aku keluarkan dan berkeping-keping gambar aku tangkap. Buat kenangan dan simpan dalam collection.

"Best kan jadi matahari?"

Aku paling tengok Maya. Dia tengah menongkat dagu sambil tengok langit.

"Kenapa?" Apa yang best jadi matahari? Boleh emit cahaya? Panas? Besar?

"Semua orang tunggu dia. No one hates the sun. Sebab tanpa matahari, siang takkan ada. Dan bila tak ada siang, semua aktiviti akan tergendala."

Aku terdiam mendengar luahan Maya. Sweater aku tarik apabila angin sejuk menyapa.

"Hidup tanpa dibenci mesti best kan, Hawa?"

Aku tengok dia.

"Maksud kau?"

"Yalah, kau tak ada haters macam aku. Mana-mana aku pergi, aku akan jadi tempat kebencian orang lain. Semuanya sebab diorang dengki dengan apa yang aku ada. In their eyes, I have everything. Money, happy family, friends, good results, good in sports... semuanya lah. Tapi diorang tak tahu apa yang sebenarnya jadi."

"Sebab diorang tak ada dekat tempat kau. Manusia ni, selagi tak kena dekat batang hidung sendiri, selagi tu takkan faham apa yang kita rasa. Mana ada orang sempurna, Maya. It's beyond our league as a servant."

Maya angguk.

"Jangan fikirkan pasal yang membenci tu. Fokus dengan diri kau dengan yang menghargai. Life's short, Maya. Why would you waste it on those evil eyes instead of using it to love yourself? Sampai bila-bila pun diorang takkan faham perasaan kau, dan aku tak rasa diorang akan pernah kisah. Diorang tu just nak judge hidup kau. Diorang mana kisahkan benda sebenar."

"I know. Sorry for suddenly blurting this out. Aku just rasa sentimental dengan suasana macam ni," katanya.

"Aku faham. Suasana pagi macam ni jarang kita nak rasa betul-betul. Kalau dekat sekolah ni, tak adanya nak tengok sunrise ke apa. Mesti tengah kalut nak pergi kelas. Lagi-lagi Reen dengan Han. Tas sempoi je," balasku.

Maya tersengih dan mengangguk.

"Rindu lah pula tiga ketul tu."

Aku angguk. Apalah yang diorang buat sekarang, eh? Mesti tak bangun tidur pun lagi, kan? Yalah, weekend macam ni kan tak ada kelas, tidurlah jawabnya. Qada waktu tidur yang tak cukup masa hari-hari sekolah.

"Maya, Hawa?"

Kami berpaling. Nampak Nana yang tengah sarung kasut dengan Rizqa yang tengah kunci pintu bilik.

"Nak pergi breakfast dah ke?" Tanyaku sambil berjalan ke arah mereka.

"Haah. Dah pukul tujuh ni. Pukul lapan baru start sebenarnya, tapi kitorang nak jalan-jalan dulu. Nak join tak?" Ajak Nana.

"Boleh juga. Sambil-sambil tu boleh makan angin," balas Maya.

"Betul," balasku.

"Dah siap kunci. Eh, kunci ni siapa nak pegang?" Tanya Rizqa. Kunci di tangan ditunjukkan.

"Meh aku pegang," putus Maya. Kunci tadi diambil dan disimpan di dalam beg.

"Dah, jom."

Kami berempat berjalan berkumpulan ke medan selera untuk bersarapan.

.

"KAU masuk dulu. Aku nak pergi toilet kejap," pesan Maya sebelum berlalu pergi. Aku tengok dia yang tergesa-gesa cari toilet dengan muka tak puas hati. Tengok tu, dia tinggal aku lagi. Selalu macam ni tau. Dahlah tadi kitorang kena tinggal dengan Nana dan Rizqa sebab dia makan lambat sangat. Tapi sekarang, aku pula yang ditinggalkan? Bertuah punya kawan.

Pintu dewan aku buka perlahan-lahan. Masih tak ramai di dalam. Lagipun sekarang baru pukul tujuh empat puluh. Awal lagi.

Dewan ni macam dewan kuliah, jadi tempat duduknya menurun ke bawah seperti tangga. Aku turun sampai ke tengah. Baru aku perasan dekat meja dah siap ada nama yang diletakkan.

Aku cari nama aku dan Maya. Sampai di barisan kedua, barulah aku jumpa nama aku. Depan sangat ni.  Kalau tertangkap tersengguk, boleh malu tujuh keturunan nanti.

Tapi nasib baik tempat Maya betul-betul dekat sebelah aku walaupun jarak antara kerusi memang agak jauh. Tak adalah aku rasa terasing sangat sebab depan kitorang semua senior. Tepi aku pun senior. Tepi Maya pula laluan untuk orang lalu. Cuma dekat belakang je ada dua orang classmates perempuan kelas kitorang. Sayang betul cikgu yang susun tempat ni.

Beg aku sangkut dekat penyangkut yang ada di meja sebelum duduk di atas kerusi. Buku nota, bekas pensel dan sticky note aku keluarkan. Get ready awal-awal before kelas bermula. Pagi ni slot Kimia dulu, jadi awal-awal lagi aku kena sediakan otak aku untuk digest maklumat elok-elok lepas ni.

Jam yang tersangkut di dinding aku tengok. 7.45 am.

Makin lama makin ramai yang masuk. Aku tahu walaupun aku tak berpaling sebab tak berhenti bunyi pintu dibuka tutup. Tempat-tempat depan aku pun dah mula penuh. Barisan aku juga sama. Cuma beberapa orang je yang belum datang termasuklah Maya.

Aku try call Maya. Tak dijawab. Sampai tiga kali aku call dia still tak jawab, akhirnya aku letak telefon atas meja. Budak tu kalau ke tandas memang lama. Bukan buat apa pun. Menilik cermin je selalunya.

Tuk! Tuk!

Meja aku diketuk. Aku angkat kepala.

"Eh? Rayhan?"

Rayhan yang berdiri di tepi tarik senyuman manis.

"Hai," tegurnya.

"Ya? Nak apa?" Aku rasa kalau dia senyum macam tu, mesti ada benda yang dia nak.

Rayhan tersengih. Kepalanya digaru.

"Nampak sangat eh?"

Aku angguk. Ya. Jelas. Lagi terang. Transparent teruslah kata.

"Awak nak saya buat apa?"

"Em, boleh kita tukar tempat?"

Aku tengok Rayhan dengan mata yang terkelip-kelip laju.

"Untuk?" Tanyaku. Tangan aku letakkan atas penghadang kerusi.

"Aku nak duduk dengan Maya," jawab Rayhan dengan muka yang dah mula memerah. Eleh, cakaplah awal-awal. Nak malu kenapa? Diorang kan memang rapat dari dulu lagi?

"Em, tapi tempat awak kat mana?" Aku mula menimbang tara dalam fikiran. Walaupun aku pasti aku akan kekok nanti, tapi aku rela tukar untuk tolong pulihkan hubungan dua sahabat ni.

"Fifth."

Aku tengok barisan kelima. Ada Maheer, Rizqa dan Erin. Ramai juga classmates aku dekat situ. Tapi yang tak menyenangkan sikit ialah ada senior perempuan yang selalu cari pasal dengan aku tu. Elok je duduk sebelah kanan Isaac. Eh, Isaac?

"Tempat awak tepi Isaac ke?" Tanyaku inginkan kepastian.

Rayhan angguk.

Ha, sudah.

"Boleh tak? Aku rasa kau okey je kalau duduk dengan Isaac, kan? Korang pun nampak dah rapat."

Aku kerutkan muka. Rapat?

"Bila masa kitorang rapat?"

"Says who Isaac talked a lot with," balas Rayhan bersahaja.

Aku gigit isi pipi. Tak tahu nak balas apa. Banyak bercakap tu tanda rapat ke? Habis tu kalau yang memang spesies banyak cakap macam aku ni, rapat dengan semua orang ke macam mana?

"So, Hawa. Yes or no?"

"Hah?" Aku tengok Rayhan dengan muka yang terpinga-pinga.

Rayhan tergelak sampai senior yang duduk depan aku pun perasan. Dah kenapa diorang ni? Tak pernah nampak orang gelak ke apa?

Rambutnya diraup sebelum kepala tergeleng perlahan.

"Betullah apa yang Isaac bagitahu aku. Kau memang kuat pending."

Aku tengok dia dengan muka blur.

"Tak faham? It's okay. Now, boleh kita tukar tempat?"

"Er, tapi..."

"Jangan risau. Isaac takkan marahlah. Plus, I don't think he'll mind."

Iya iya je dia ni. Tengok-tengok nanti Isaac marah juga. Yang kenanya nanti aku, bukan dia.

"Please, Hawa."

Aku gigit bibir. Tak bolehlah tengok orang buat muka kesian ni. Aku ni dahlah mudah bersimpati dengan orang lain. Lagi-lagi bila buat muka macam Puss in Boots ni.

"Ha, yalah." Aku mengeluh sebaik bersetuju. Tak ada patah balik dah, Hawa.

"Serius? Thanks, Hawa. I owe you a lot," kata Rayhan teruja.

Aku angguk saja. Barang-barang aku kemas dan masukkan ke dalam beg. Nama yang diletakkan cikgu di atas meja aku cabut untuk bawa ke atas. Baru nak melangkah pergi, aku pusing balik menghadap Rayhan. Aku tengok dia lama sebelum menghela nafas.

"Saya bagi awak tukar tempat ni untuk awak pulihkan hubungan korang. Saya tak nak dah korang gaduh sedangkan dua-dua perlukan satu sama lain. And one more thing..." Aku pandang Rayhan tajam.

"Minta maaf dengan dia. Seikhlasnya."

Rayhan senyum tawar sebelum mengangguk sekali.

"Memang itu niat aku," balasnya perlahan.

Aku angguk. Satu senyuman nipis aku tarik sebelum berjalan naik ke atas. Pandangan orang lain aku tak hiraukan sebaliknya aku menonong berjalan ke meja yang sepatutnya jadi meja Rayhan.

"Tumpang lalu," kataku kepada senior perempuan yang jeling aku semalam. Kaki dia menghalang kaki aku untuk bergerak ke tempat Rayhan.

"What are you doing here?" Tanyanya dengan penuh sombong. Kakinya tak dialih sebaliknya disilang pula.

Aku hela nafas untuk tahan marah. Malas nak layan, aku naik ke atas sebelum lalu jalan jauh untuk ke tempat Rayhan.

Beg aku letak sebelum duduk di atas kerusi. Nama aku tampal pada tempat yang ada bekas gam pita pelekat nama Rayhan yang dah dicabutnya awal-awal.

"Hawa?"

Aku tengok Isaac yang juga tengah pandang aku. Cuma pandangan dia dengan pandangan aneh dan aku pula dengan pandangan kosong.

"Buat apa dekat sini?" Tanyanya dengan kerutan di dahi.

Aku malas bercerita jadi aku tunjuk tangan ke depan. Tepat pada tempat aku duduk tadi.

Ada Maya dan Rayhan yang tengah berdiri di situ. Aku tongkat dagu. Entah drama apa lagilah yang diorang nak buat. Kalau kali ni diorang gaduh lagi, sorry Rayhan. No more help from me.

Isaac angguk faham. Dia menggumam sesuatu perlahan.

"Apa dia?" Tanyaku. Tak dengar apa yang dia cakap tadi.

"Tak ada apa-apa. Tu, cikgu jemputan dah sampai." Isaac tunjuk ke bawah tempat sebuah meja kayu diletakkan. Ada seorang guru perempuan yang tak aku kenali yang berdiri di situ. Terus aku betulkan duduk.

"Assalamualaikum, class."

"Waalaikumussalam, cikgu."

"Can I have a gentleman to lead our prayer before I start the class today?"

Semua tengok ke satu arah. Isaac.

Aku pun sama.

Isaac tengok aku sekejap sebelum bangun. Kedua-dua tangan ditadah sebelum bacaan doa dilantun kuat. Aku juga tadahkan tangan. Nampak dia macam dah biasa ketuai bacaan doa. Relaks saja walaupun tanpa sebarang persediaan. Mungkin disebabkan jawatan yang dipegang memerlukan Isaac untuk sentiasa bersedia? Well, aku pun tak tahu. Tapi satu je yang aku pasti sekarang.

Isn't he too perfect? He's good at almost everything. Sampai aku pun takut nak dekat dengan orang macam dia.

.

Continue Reading

You'll Also Like

368K 16.6K 48
[COMPLETED] Badboy? Dengar saja gelaran itu pasti kita boleh membayangkan tingkah lakunya bagaimana. Mestilah seseorang yang sering melakukan masalah...
208K 7.7K 41
[ tulisan ketika masih kanak kanak ribena tapi jangan risau best. Ceh ] FARAH ALIA dan ADRIAN HAQEEM sepasang bestfriend dari umur 4 tahun . Mana ma...
2.8M 105K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
113K 8.5K 100
Nak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya...