EVERISA

By thenovlise

111K 7.2K 763

Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara... More

01 • Prolog
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79 • Epilog
ʕ⁠'⁠•⁠ ⁠ᴥ⁠•̥⁠'⁠ʔ
IZEVE: The Future of Us

42

1K 116 9
By thenovlise

BETULLAH orang cakap. Penantian itu satu penyeksaan. Orang yang ditunggu mungkin tak rasa apa-apa tapi yang menunggu ni dah mula rasa nak gatal kepala.

Lama.

Dah dekat dua puluh minit kitorang tunggu orang yang tak naik lagi dengan Cikgu Mira iaitu cikgu Kimia baru sekolah. Baru je lapor diri minggu lepas.

Aku buka tutup telefon untuk hilangkan bosan. Nak main game pula takut habis bateri cepat. Dahlah perjalanan jauh lagi. Maya pula awal-awal dah pakai sleeping mask. Mengantuk katanya. Yalah, dah semalam pukul berapa dia tidur sebab kemas barang. Maya, kan? Buat apa-apa pun ambil masa berjam-jam. Nak cari baju lagi, nak cari seluar lagi, nak lipat lagi, nak susun dalam beg lagi. Last-last pukul tiga baru dia tidur. Aku yang mulanya nak teman dia pun awal-awal lagi dah tersungkur.

"Lambat lagi ke?" Senior lelaki yang duduk di barisan belakang sekali merungut kuat. Sampai orang yang duduk depan sekali pun toleh.

"Dah pukul berapa ni? Kata nak bergerak sembilan suku. Dah nak dekat sembilan setengah dah ni."

Aku iyakan dalam hati. Memang semua sekolah macam ni ke? Cakap nak start pukul sekian sekian tapi akhirnya lambat juga start betul-betul.

Belakang badan aku sandarkan pada kerusi sebelum memejamkan mata. Baik aku tidur daripada tunggu orang yang dah macam bagai menunggu bulan jatuh ke riba ni. Lambat.

Lama suasana bas bising sebelum tiba-tiba senyap. Aku buka sebelah mata untuk intai apa yang jadi. Mengikut pengalaman aku belajar lebih tiga bulan dekat sini, satu je sebab budak-budak sekolah ni daripada bising boleh jadi diam.

The Leaders.

Ya, betul. Dekat depan bas, aku dah nampak tiga susuk tubuh tinggi yang baru masuk dengan beberapa plastik di tangan. Masing-masing selamba masuk macam diorang tu tak lambat.

Aku alihkan pandangan. Sakit hati tengok muka Isaac. Aku ni pun macam Maya juga, mudah berdendam dan terasa. Apa yang orang buat berkurun lamanya pun aku boleh ingat sampai sekarang.

"Attention, please." Suara Isaac kedengaran di dalam bas ini.

Aku still pandang luar tingkap. Macam Maya cakap sebelum ni, dengar dengan telinga.

"Ada yang belum breakfast ke?" Tanyanya.

Dari pantulan cermin ni, aku nampak beberapa tangan yang naik. Ramai juga yang tak breakfast rupanya. Ingatkan aku dengan Maya je. Tapi aku tak angkatlah pula tangan sebab tak mahu dia nampak aku dekat sini. Badan pun dah habis aku rendahkan tak nak kasi orang depan tu nampak aku. Tapi itulah, sebagai seorang yang boleh dikira tinggi untuk perempuan, aku tak boleh nak menyorok sangat juga.

"Okay, don't worry. Dalam plastik ni ada croissant yang kantin sediakan. Ada inti caramel, coklat dengan blueberry. Nanti aku, Rayhan dengan Seif bagi, cakap je nak filling apa. Boleh?"

"Boleh!" Semangat suara kawan-kawan aku menjawab. Padahal tiga belas orang je pun. Yalah, dah tolak aku dengan Maya.

Maya aku tengok. Dah lena sungguh dah dia ni. Sampai ternganga mulut. Aku tahan gelak. Telefon aku angkat dan aku ambil gambar dia beberapa keping. Hehe, boleh jadi bahan untuk blackmail dia lepas ni.

Aku intai sikit dari tempat aku duduk. Nampak Isaac, Rayhan dengan Seif yang tengah bahagikan makanan. Macam-macam ragam kawan-kawan aku yang diorang kena hadap. Plastik kemeklah, tak minat semua filling lah, nak dua lah. Harap bersabar lah tiga orang tu.

Bosan, aku usik Maya yang tengah tidur. Aku tekan-tekan pipi dia sebelum tanganku ditepis. Bibir aku ketap menahan gelak. Aku tolak pula mulut dia bagi tutup. Dia tolak lagi. Kali ni makin besar pula mulut dia ternganga.

Aku tutup mulut dengan tangan. Pft. Apa ni Maya? Kalau orang nampak ni buat malu je.

Face mask yang selalu ada dalam beg aku keluarkan dan aku pasang dekat muka Maya ala kadar. Selit je dekat tudung sarung dia. Cukup sekadar tutup bahagian mulut yang ternganga. Kenalah jaga air muka kawan aku ni.

"Hawa."

Aku angkat kepala. Terpaku sebelum aku alih pandangan.

"Hm?" Tanyaku dingin.

"Nah." Satu plastik berisi croissant Isaac hulurkan. Aku ambil tanpa berpaling. Plastik tu aku baca.

Chocolate filling.

Bibir dalam aku gigit.

"Aku tahu kau suka coklat. Yang Maya punya tunggu Ray. Dia dah warning aku awal-awal jangan bagi dekat Maya lagi," ujar Isaac. Lama dia berdiri di situ tapi aku tetap tak endahkan. Dengar dia mengeluh pendek sebelum bergerak ke belakang pula.

Croissant di tangan aku tengok. Helaan nafas aku lepaskan. Jantung yang berdegup kencang aku cuba tenangkan.

"Hawa. Maya tidur ke?"

Suara Rayhan yang tiba-tiba kedengaran buat aku angkat kepala. Nampak Rayhan yang bersweatshirt kelabu dengan rambut yang jatuh menutup dahi siap berkaca mata bulat tengah tengok aku dan Maya bersilih ganti.

"Haah." Aku telan liur.

Baru jantung aku nak tenang, dah buat hal balik. Salah orang ni, jantung. Tahulah Rayhan nampak extra handsome hari ni, tapi janganlah overwork pula. Sebab Rayhan nampak lain sangat dengan imej dia yang selalunya berambut kemas. Spek tu pun aku tak pernah nampak dia pakai sebelum ni. Dia ada rabun ke?

"Oh, it's okay. Biarlah dia rehat. Ni, dia punya." Satu croissant dia hulur kepadaku.

"Blueberry?" Tanyaku.

Rayhan tarik senyum manis.

"Of course. Her second favourite after strawberry."

Aku angguk. Betul. Maya dan strawberi berpisah tiada. Tapi kalau tak ada strawberi, memang dia akan pilih blueberry. Katanya dua perisa tu ada persamaan sikit.

"Tempat belakang kau kosong ke?" Tanya Rayhan.

Aku pusing ke belakang. Lah, aku ingatkan ada orang tadi.

"Tak tahu."

"Hm, kalau macam tu, aku duduk sinilah lepas ni," putus Rayhan.

Aku pula rasa nak tercekik. Duduk belakang aku? Maksudnya Isaac pun duduk belakang aku juga ke? Atau Seif?

"Er, awak dengan?"

"Isaac."

Gulp!

"Don't worry, Hawa. Isaac tak makan orang. Plus, korang pun dah selalu jumpa kan sebelum ni? Seif pula dah cop duduk depan. Dia kata nak berbual dengan driver," kata Rayhan sambil tunjuk Seif yang tengah berbual dengan pak cik driver.

Haih, Seif. Kenapalah awak kena jadi seorang yang peramah? Kalau tak bolehlah awak duduk belakang saya. Huaaa!

Aku angguk dengan senyuman tak ikhlas.

"Okey."

Rayhan angguk sebelum berjalan ke depan. Aku pula ketuk-ketuk dahi pada panel tingkap dekat tepi. Rasa macam tak boleh nak terima kenyataan. Bas tak bergerak lagi tapi aku dah rasa nak turun.

Me and my bad luck! Urgh!

.

PERJALANAN ke Resort Permata senyap sunyi. Semua tak bersuara sangat selain berbisik-bisik. Jauh berbeza dengan apa yang aku bayangkan sebelum ni. Aku ingatkan perjalanan kami ke sana akan jadi happening dan bising tapi apa yang jadi sekarang kontra sekali. Ini semua salah orang-orang yang duduk dekat belakang aku sekarang. Nak bernafas pun rasa susah bila tengok muka tak ada perasaan seorang-seorang.

Aku pasangkan earpods ke telinga. Terus lagu-lagu yang aku simpan dalam playlist kedengaran. Mata aku pejamkan. Cuba tenangkan diri dengan dengar lagu-lagu soothing kegemaranku. Berbanding lagu-lagu yang upbeat, aku lagi prefer lagu yang slow, menenangkan dan guna simple instrumental. Sebab aku mudah rimas dengan bunyi bising.

Lagu kedua mula menusuk ke pendengaran. Helaan nafas aku lepaskan. Rasa aman sangat.

Minefields daripada Fouzia dan John Legends. Lagu kedua kegemaran aku.

Maybe I'm just a fool,
I still belong with you,
Anywhere you, anywhere you are...

Dalam kepala aku nyanyikan lirik lagu tapi bukan di bibir. Takut terkuat pula nanti.

Ting!

Baru nak masuk bahagian korus, telinga aku dikejutkan dengan bunyi notifikasi WhatsApp. Tersentak aku dibuatnya. Telinga yang sakit aku pegang.

Aduh, lupa pula nak silent kan notification. Macam nak pecah eardrum aku.

Telefon aku buka. Notifikasi pada lockscreen aku baca.

One chat from TL Isaac Haqqani.

Jariku terkaku di situ. Isaac?

Kenapa dia chat aku? Dia nak cakap apa? Aku memang dah tetapkan privacy dekat settings jadi aku tak akan boleh baca chat daripada lockscreen saja. Maksudnya aku kena buka phone dan slide notification dekat atas atau buka chatroom dulu baru boleh tahu apa yang Isaac hantar.

Rasa nak intai dia di belakang tapi takut tertangkap pula. Malas nak berfikir banyak, aku tekan fingerprint sebelum aplikasi WhatsApp aku buka.

TL Isaac Haqqani. Keempat dari atas. Tiga lagi dekat atas ialah chatroom dengan ayah, ibu dan group family yang aku pinkan. Evan pula tak cukup. Hehe, sorry, bro.

TL Isaac Haqqani

Hawa.

Aku berfikir sekejap sebelum tekan papan kekunci.

Ya?

Nampak Isaac tengah typing.

Kau okey?

Aku kelip-kelipkan mata. Okey? Aku nampak tak okey ke?

Okey. Kenapa?

Kau tak tengok aku tadi.

Tangan aku membeku.

Satu lagi mesej masuk apabila aku tak menjawab.

Kau marahkan aku?

Liur aku telan. Dia perasan ke? Jari aku bergerak-gerak menaip.

Tak.

Satu perkataan aku hantar.

I know you are.

Mata aku pejamkan. Apa ni, Isaac?

Lama tiada mesej masuk. Aku pun tak balas mesej dia. Masing-masing diam sebelum nampak Isaac typing semula. Lama aku menunggu sebelum satu lagi mesej Isaac hantar. 

Ting!

Kalau pasal hal dekat library hari tu, aku minta maaf. Aku tak sengaja. It's just too complicated and I don't know how to explain it. Tapi serius, aku minta maaf. Jangan marah lagi, Hawa.

Bibir aku ketap untuk tahan daripada tersenyum. Comel je dia ni. Eh?

Ehem!

Aku berdehem sikit. Maya di sebelah aku intai. Masih lena tak kisahkan sekeliling.

Aku kembali fokus kepada telefon di tangan. Kepala ligat berfikir untuk mencari ayat yang sesuai sebagai balasan.

Ting!

Satu lagi mesej masuk.

Hawa? I'm really sorry, okay?

Nafas aku hela. Tak jadi nak marah.

Okey.

Butang send aku tekan sebelum aku tutup telefon. Bantal kecil yang aku bawa dari bilik ditekupkan ke muka. Tahan diri daripada menjerit. Rasa malulah pula.

Aku dengar bunyi orang tergelak di belakang. Tak payah intai, dah tahu siapa.

Aku gigit bibir. Dia gelakkan aku pula. Ish!

.

Boleh saya tahu ada tak orang betul-betul follow up cerita ni? If ada, in shaa Allah I will update regularly. 🤍 Kalau tak ada, I'll just go on with my pace lah 😉.

Continue Reading

You'll Also Like

2.4K 489 13
TULIPS ; a gentle confession of love Kisah manis ringkas tentang dua kawan sedari kecil 🌷 - 20/01/2024
1.7M 92.7K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
1.1M 53K 50
Puteri Fatein Alyssa - Seorang Puteri Raja . Cantik , baik hati , pendiam . Menyembunyikan identiti nya sebagai seorang puteri raja di sekolah . Seo...
56.1K 5.5K 49
mempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tana...