EVERISA

By thenovlise

108K 7.1K 762

Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara... More

01 • Prolog
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79 • Epilog
ʕ⁠'⁠•⁠ ⁠ᴥ⁠•̥⁠'⁠ʔ
IZEVE: The Future of Us

35

1.1K 85 3
By thenovlise

KERUSI di tepi Cikgu Vee aku ambil. Isaac pula duduk di tepiku yang sebelah lagi. Tiada masalah sebab kerusi disusun berjarak antara satu sama lain. Kami sekarang berada di dewan terbuka sekolah kerana majlis penutup akan dimulakan dalam masa lebih kurang lima minit saja lagi.

"Pergi mana tadi?" Tanya Cikgu Vee.

"Kami pergi tengok-tengok sekolah kejap tadi," jawabku. Telefon bimbit aku setkan sebagai vibrate supaya tak mengganggu majlis nanti.

Cikgu Vee angguk. Badannya dibawa sikit ke depan sambil menghadap aku dan Isaac di tepi.

"Ni, majlis dah nak mula ni. Kalau you guys tak dapat top 10 pun, don't be disappointed, okay? I'm already proud of both of you," pesan Cikgu Vee.

Aku angguk.

"Thanks, cikgu," jawab Isaac.

Kemudian, kami sama-sama diam menunggu majlis bermula. Sepatutnya pukul dua lagi majlis start tapi sekarang dah 2.04 pm. Biasalah, kalau start pukul dua tu, paling-paling awal 2.15 baru betul-betul start majlis. Dah biasa sangat dah.

"Hawa." Isaac di sebelah memanggilku. Aku berpaling.

"Hm?"

"Nak phone kejap," pintanya.

Aku pula diam sekejap sebelum hulurkan telefonku selepas menekan fingerprint. Loading kejap.

Isaac pula pantas ambil telefonku sebelum menekan-nekan sesuatu. Aku intai sikit nak tengok dia buat apa. Walaupun tak ada benda nak disembunyikan pun dalam phone aku, tapi risau juga nak bagi orang guna ni. Dahlah phone ni ayah baru belikan sebagai hadiah dapat masuk STH masa awal tahun hari tu.

Aku tengok je apa yang Isaac buat. Dia buka Call kemudian dialpad. Beberapa nombor dia tekan sebelum ikon manusia dan tambah dipilih.

TL Isaac Haqqani.

Mata aku putarkan. Aku faham sangatlah maksud TL tu.

"Kenapa letak TL?" Tanyaku. Sebenarnya nak cakap 'Bangga sangatlah sampai letak TL dekat situ?', tapi risau kena debik pula lepas ni. Jadi aku tanya secara berhemah sikitlah.

"Takut-takut kau jumpa orang lain nama Isaac juga. Better aku save awal-awal," katanya. Sambil-sambil itu, nombornya ditekan untuk membuat panggilan.  Telefonnya yang awal-awal dah di-silent dikeluarkan dari seluar lalu nombor aku juga disimpan.

Eve Nur Hawa. Okey, satu markah sebab ingat nama aku.

Sekejap. Kening aku kerutkan.

"Ada ke orang lain nama Isaac dekat sekolah kita?"

Isaac angguk.

"Adalah dalam dua tiga orang, tapi budak lower lah. Dah, jangan banyak tanya. Ni, aku bagi nombor aku ni untuk kau minta tolong apa-apa. Tapi jangan sebarkan pula." Telefon aku dihulurkan.

Aku angguk. Orang dah bagi nombor kita ambil sajalah. Buat simpanan masa depan orang kata. Lagi-lagi Isaac ni budak pandai. Nanti aku keluar sekolah, mana tahu perlukan bantuan dia untuk apa-apa urusan masuk universiti ke biasiswa ke apa. Senang sikit kalau ada connection dengan senior ni.

Telefon aku cuba ambil tapi ditarik semula.

Aku mengerutkan kening. Dia ni nak bagi ke tak? Ke teringin nak main macam penjual aiskrim viral dekat luar negara tu? Usik pelanggan tak nak bagi aiskrim.

"Especially Hannah."

Mataku pandang mata Isaac laju. Sebentar cuma sebab mata dia yang super tajam tu pun tengah pandang mata aku. Aku ni tak bolehlah tengok mata dia lama-lama. Rasa macam kena pukau pun ada. Seram!

"Macam mana awak kenal Hannah?" Tanyaku. Uish, kalau Hannah tahu yang Isaac kenal dia, seminggu aku rasa dia meroyan. Crush notice oi.

"Aku kenal je semua students. Hari-hari tengok rekod," katanya selamba.

Hari-hari? Tengok rekod? Yang seribu lebih tu? Biar betul?

"Tengok nama dengan gambar je. And hari-hari tu bukan bermaksud hari-hari aku tengok rekod. Hiperbola je tu."

Aku sengih. Macam tahu-tahu je dia ni. Sumpahlah aku rasa Isaac ni ada deria keenam. Semua benda yang aku cakap dalam hati dia boleh tahu.

"Boleh tak?"

"Hah? Boleh apa?" Kejap, aku lost. Isaac pula cuma tayang muka reda. Aku rasa dia pun dah terbiasa dengan perangai pending aku ni. Sebulan kut kitorang jumpa hari-hari.

"Jangan sebarkan nombor aku. Ni nombor personal. Amanah ni."

Aku angguk. Buat apa aku nak viralkan nombor dia? Baik jual, dapat duit. Haha!

Okey, gurau.

"Good."

Telefonku dihulurkan kembali. Aku ambil telefonku. Contacts aku tekan dan huruf T aku cari.

Tas Softie, Tealive, Thaqeel 4 Alfa, The Unbroken Curse, TL–! Ha, jumpa pun.

"The Unbroken Curse?" Tanya Isaac. Aku pusing tengok dia. Mukanya nampak penuh dengan tanda tanya. Mesti pelik kan manusia manalah The Unbroken Curse ni?

Aku sengih.

"Kembar saya," kataku dengan tidak bersalah.

"Kau ada kembar?" Aku dapat dengar riak terkejut daripada suaranya.

Aku angguk bangga. Mesti dia jarang kan jumpa kembar?

"Ada. Dia lelaki," jawabku.

"Lelaki? Non-identical twins lah ni?"

Aku angguk lagi. Hoho, jumpa kembar pun jarang, apatah lagi kembar lelaki perempuan. Rare kan?

"Hm, interesting. Dia sekolah mana?"

"SBP dekat Selangor," jawabku. Tiba-tiba teringatkan Evan yang jauh di negeri luar. Aigoo, rindu lah pula pak bebel tu. Apalah dia tengah buat sekarang? Mesti tengah tersengguk dalam kelas kan? Waktu ni kan selalunya kelas PdP baru nak tamat. Jadi memang aku panggil waktu afdal untuk tidur.

Isaac angguk.

"Awak tak pernah jumpa kembar ke?" Tanyaku ingin tahu.

"Tak pernah jumpa apanya. Roommates aku sendiri kembar."

Lah.

"Siapa?" Setahu aku Isaac satu bilik dengan Rayhan dan Seif je. Dua orang lagi aku tak tahulah pula sebab Isaac selalu bercerita pasal dua orang tu saja. See, inilah bukti Isaac bercakap banyak dengan aku. Sampai aku pun tahu siapa roommates dia. Tapi boleh pula dia cakap 'I don't talk with girls' tadi. Aku geram je nak hempuk dia ni, tapi tak beranilah pula.

"Zayyan dengan Zayyad. Sekelas dengan aku juga, tapi diorang low profile sikit. Tak suka attention ramai."

Aku angguk faham. Tak pernah dengarlah pula dua nama tu. Mesti muka sama kan? Aku dengan Evan pula dah namanya kembar tak seiras, mestilah muka tak berapa nak sama.

"Guys, majlis dah nak start ni. Focus, okay?" Cikgu Vee tiba-tiba menyentuh lenganku menyebabkan perbualan kami terhenti.

Kami cepat-cepat tegakkan tubuh dan mula fokus kepada ucapan alu-aluan pengerusi majlis. Semoga dapatlah top 10 tu. Amin.

.

"SEKARANG, saya akan umumkan pemenang sepuluh tempat pertama dalam GeniusQ Maths' Quiz Competition hari ini."

Kedua-dua belah tangan aku genggam erat bersama. Rasa berpeluh tapak tangan gara-gara berdebar. Tak dapat top 10 ni memang sayang rasanya walaupun semua yang join kuiz ni hebat-hebat belaka.

"Tempat kesepuluh, dipersilakan Nur Humaira binti Zainal."

Tepukan gemuruh diberikan sebaik saja seorang pelajar perempuan berdiri dan berjalan ke pentas.

"Tempat kesembilan, dipersilakan Evelyn Chen."

Seorang pelajar berbangsa Cina yang duduk di depanku bangun. Wah, orang depan aku rupanya. Dahlah nama lebih kurang dengan nama aku. Ehe, tumpang famous sikit.

Satu persatu nama pemenang diumumkan. Aku pula makin lama dah makin hilang harapan untuk masuk top 10. Nama yang dipanggil dah sampai nombor lima, tapi nama aku dan Isaac dua-dua belum ada. Memang tak ada can lah kut. Mustahil pula rasanya nak dapat top 5.

"Tempat keempat, dipersilakan Syed Isaac Haqqani bin Syed Irwan Halim."

Laju aku berpusing ke arah Isaac dengan mata membulat. Nama Isaac kan? Isaac Haqqani kan?

Isaac pula hanya nampak biasa dan tenang. Dia senyum sikit ke arahku sebelum bangun. Telefonnya juga dihulurkan kepadaku untuk dijaga.

Aku tepuk kuat-kuat apabila Isaac naik ke pentas. Fuh, cayalah. Bangga betul presiden sekolah pandai macam ni.

Tapi kan, sorakan dan tepukan kali ni paling kuat daripada yang lain. Dan semestinya yang bersorak tu perempuan. Eleh, mentang-mentang orang ada rupa, bersungguh lah korang ya? Diskriminasi apakah ini?

Cikgu Vee memegang tanganku. Wajahnya juga nampak sangat bangga dengan pencapaian anak muridnya.

"Cikgu, cukuplah kan Isaac seorang?" Usikku.

Cikgu Vee pula menepuk lenganku.

"Tengok-tengok awak nombor satu tak, Hawa?" Tanyanya.

Aku pula cepat-cepat geleng kepala. Mustahil, mustahil.

"Tempat ketiga, dipersilakan Muhammad Naqiuddin bin Abdul Rahim."

Wah, ini muka orang sekolah agama ni. Tenang je muka dia. Sempat lagi dia bersalam dengan orang yang bagi sijil dekat depan.

"Tempat kedua..."

Mataku terkelip-kelip. Kenapa pula MC ni pause tengah jalan? Buat orang berdebar saja.

"Makluman penting buat semua hadirin, masa penghantaran tempat kedua dan tempat pertama sebenarnya hanya berbeza selama satu minit sahaja."

Seisi dewan bersuara terkejut. Satu minit je? Satu minit yang bersamaan dengan enam puluh saat tu? Sengit betul kuiz hari ni, ya? Tapi tulah. Sayang betul yang nombor dua tu. Sikit je lagi nak dapat nombor satu. Aku tumpang kesian.

"Baiklah, saya akan umumkan tempat kedua sekarang."

Senyap sunyi satu dewan. Semua tertunggu-tunggu insan yang hampir-hampir mengalahkan tempat pertama tadi.

Aku menelan liur. Sampai aku pun berdebar jadinya. Padahal mustahil nama aku yang naik. Aku sedapkan hati yang aku dapat nombor sebelas. Barulah tak rasa down sangat. Haha.

"Dipersilakan..."

Eh, dia pause lagi! Semua dah mula merungut geram dengan MC yang sengaja bikin saspens.

"Dipersilakan, naib johan iaitu Eve Nur Hawa binti Edwan!"

Erk?

Aku membeku di kerusi. Mataku membulat tak percaya. Aku pandang Cikgu Vee di sisi yang dah berdiri dan tarik aku untuk berdiri sama.

"Hawa, naiklah cepat," gesa Cikgu Vee teruja. Aku yang masih terpinga-pinga ditolaknya untuk berjalan naik ke pentas.

Cepat-cepat menyedarkan diri, aku naik ke atas pentas dan menerima sijil.

"Tahniah ya, dik. Jangan putus asa, teruskan berusaha," pesan orang yang bagi sijil tu.

Aku angguk dan ucapkan terima kasih.

Pantas aku berjalan ke tepi Muhammad Naqiuddin yang dapat tempat ketiga tadi. Semasa melalui Isaac, aku sempat melihat mulutnya bergerak menyebut congrats ke arahku. Aku angguk saja sebab masih rasa tak percaya. Orang putih kata still in daze.

"Dan yang terakhir, johan yang bakal menjadi wakil Malaysia ke GeniusQ International Maths' Quiz Competition, ialah Hazril Ahmad bin Muhamed!"

Tepukan gamat mengiringi seorang pelajar lelaki yang bangun berdiri. Aku pun turut menepuk tangan. Hebat, hebat.

"Okey, semua. Tengok kamera," arah seorang jurugambar yang dari tadi bekerja ambil gambar kami.

"Satu, dua, tiga!"

"Satu, dua, tiga!"

Dan banyak lagi satu dua tiga yang seterusnya sampai penat aku nak bergambar. Dahlah kena kepit dengan lelaki. Ibu, tolong akak!

.

"I'M so, so, so proud of you guys," kata Cikgu Vee sambil memandu.

"Terima kasih, cikgu. Ini pun berkat pertolongan cikgu juga. Selalu ajar kami, selalu bagi latihan untuk practice," kataku ikhlas.

"Betul cakap Hawa, cikgu," sampuk Isaac di belakang.

"Aw, you guys ni so sweet lah."

Aku sengih saja. Sijil yang aku dapat tadi aku baca. Ee, tak percayalah dapat nombor dua. Bukan biasa-biasa aku ni rupa-rupanya. Ops!

"Hawa, jangan sedih tahu. Maybe you tak dapat nombor satu tahun ni, but who knows tahun depan?"

"In shaa Allah, cikgu." Aku tarik senyuman kelat apabila teringatkan kisah pagi tadi. Macam manalah kalau cikgu tahu yang aku memang sengaja hantar lambat jawapan? Cikgu marah ke tak, eh? Sebab kadang-kadang nampak cikgu macam berharap sangat kitorang dapat jadi wakil Malaysia.

"Cikgu tak sedih ke?" Tanyaku perlahan.

"Nak sedih kenapa? I'm more than happy, Hawa. Nombor dua dengan nombor empat. You guys tahu tak, sekolah kita je yang ada lebih daripada seorang student dalam top 10?" Tanya Cikgu Vee penuh bangga.

"Seriuslah cikgu?" Tanyaku tak percaya.

Cikgu Vee angguk.

"That's why, jangan rasa sedih. Both of you did your best, and I'm already proud of your achievements, okay? Tak semestinya you guys kena jadi wakil negara baru boleh happy-happy. Dapat masuk top 10 pun saya dah bersyukur sangat, tahu?"

Aku angguk memahami. Macam manalah tak sayang Cikgu Vee ni? Baik sangat. Cantik pun cantik. Cikgu Maths pula tu. Untung suami cikgu.

"Isaac tahun lepas dapat nombor berapa?" Tanya Cikgu Vee tiba-tiba. Dijelingnya Isaac melalui cermin pandang belakang.

"Nombor lapan, cikgu," jawab Isaac yang diam di belakang. Aku pandang Cikgu Vee dan Isaac bersilih ganti. Aku tak tahu pun sebelum ni?

Lah, dia dah pernah menang rupanya! Patutlah tak nampak terkejut pun tadi.

"Ha, see? Isaac dari nombor lapan naik nombor empat. You pun in shaa Allah boleh nombor satu tahun depan. Okey, Hawa?"

"Okey, cikgu. Saya tak kecewa pun. Saya just takut cikgu harapkan kami dapat jadi wakil je," luahku jujur.

"Ish, you ni comellah! Saya dah cakap kan, I'm more than happy today? Then, you should be happy too, Hawa."

Aku angguk laju. Senyuman lebar pantas aku tarik.

"See? Kan cantik senyum macam tu? Sampai terpesona Isaac dekat belakang."

Eh?

"Eh, apa ni cikgu?" Isaac dah kalut dekat belakang.

"Eleh. You ingat saya tak nampak yang you senyum je tengok Hawa tadi?"

Ha, sudah. Apa cikgu mengarut ni? Tahulah berjiwa muda, tapi janganlah usik kitorang macam ni, cikgu!

Tiada balasan.

Isaac...?

Aku jeling Isaac melalui cermin sisi. Nampak dia tengah pandang ke tingkap dengan wajah biasa. Tapi aku perasan yang telinga dia memerah. Lebih merah daripada masa aku first jumpa dia dekat library hari tu.

Aku menelan liur. Mustahil lah kan apa yang cikgu cakap tadi tu betul? Tak, tak mungkin.

Tapi Isaac diam. Dia tak menafikan.

Okey. Stop, Eve. Please stop sebelum kau pergi lagi jauh. Aku tarik nafas untuk menenangkan debaran jantung yang menggila.

Cikgu ni, kenapa tiba-tiba nak mengusik kitorang ni? Kan jantung aku dah huru-hara?

"Dah, saya gurau je. Don't take it serious okay, Hawa?" Kata Cikgu Vee dengan senyuman yang nampak apologetic.

"Hah? Ya, ya." Aku kemam bibir menahan perasaan. Senyuman tawar aku ukirkan.

"Okay. Now, saya rasa nak belanja you guys lah. Cakap je nak makan apa, saya drive sampai sana," tawar Cikgu Vee.

"Saya ikut je cikgu," kataku laju. Malas nak berfikir. Kepalaku dah mula sesak ni. Ish, sebab ni aku tak suka bila dah mula overthinking. Sampai ke sudah tak akan habis. Eve, please lah stop.

"Isaac?"

"Hm..."

Aku biarkan saja Cikgu Vee dan Isaac berbual. Isaac mencadangkan beberapa nama restoran yang aku tak kenali dan aku cuma mengangguk apabila ditanya.

Ikutlah, cikgu. Hati saya dah tak tenang ni.

.

Continue Reading

You'll Also Like

2M 96.7K 59
(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang ya...
368K 16.6K 48
[COMPLETED] Badboy? Dengar saja gelaran itu pasti kita boleh membayangkan tingkah lakunya bagaimana. Mestilah seseorang yang sering melakukan masalah...
298K 13.6K 15
"Saya Mira Adriana, awak?" "awak!" Budak nerd itu berpaling, kerana malu mendapati dia sedang berangan. "aahhh..yyy..aa" jawab budak nerd itu dengan...
24.6K 585 41
"Cant talk Just silent."