FARREL'S BOO©️

By nabilllss

4.1M 227K 23.2K

KF SERIES VOL 1 [ karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan & takkan di-edit semula sebabnya malas ] ↳... More

𝐅𝐚𝐫𝐫𝐞𝐥'𝐬 𝐁𝐨𝐨
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°
°∘∘51∘∘°
°∘∘52∘∘°
°∘∘53∘∘°
°∘∘54∘∘°
°∘∘55∘∘°
°∘∘56∘∘°
°∘∘57∘∘°
°∘∘58∘∘°
The End | 59
°∘ Special chapter∘°

°∘∘27∘∘°

64.6K 3.6K 74
By nabilllss

Pintu bilik peribadi Tengku Rossa dibuka perlahan-lahan oleh Khalaf. Terlewat 10 minit.

"Aduh!"

Berkerut dahi dia melihat Aisy yang sedang memegang bahu kirinya pada waktu itu. Tadi isterinya itu tengah duduk, sekarang sedang berdiri depan rak yang menempatkan fail-fail di suatu sudut.

"Aisy?" Segera Khalaf menerpa ke arah isterinya. Jelas ada sebuah album tebal yang terjatuh di atas lantai.

"Kan dah cakap, behave.." Anak mata memerhati bahu kiri Aisy. Sudahlah pula baru keluar hospital, tak pasal-pasal masuk semula karang.

"Aisy nak ambil album tu. Tapi tinggi sangat--" Tertunduk tunduk wajah gadis itu.

Khalaf hanya menyepi. Kalau hendak di-ikutkan hati, mahu saja dia tegaskan sedikit nada suara tadi. Tapi disebabkan lelaki itu tidak mahu memanjangkan lagi hal tersebut, terpaksalah dia bersabar.

Album yang berada di atas lantai, Khalaf ambil. Lalu lengan Aisy ditarik lembut seraya kaki melangkah ke arah sofa kembali.

Khalaf labuhkan punggung ke atas sofa. Masih dia perhatikan wajah redup Aisy. Tangan gadis itu pula dari tadi memegang bahu kiri. Pedih lahtu, berlaga dengan benda berat.

"Awak.."

"Duduk, aku nak tengok." Lengan gadis itu kembali Khalaf tarik. Menyuruh agar duduk di atas pangkuan ribanya.

"Na-nanti ada orang masuk--" Pintu dipandang sekilas, apabila suaminya baru saja hendak menaikkan lengan baju.

"Sakit? Jum balik, aku cucikan luka--" Khalaf mendekatkan wajahnya pada sisi pandangan tepi gadis itu.

"Sakit sikit." Aisy cuba menyedapkan hati suaminya. Ya, dia rasa bersalah. Walaupun dia cuai, tapi Khalaf masih berlembut.

"Lepasni dengar cakap aku, faham? Kau baru sihat, Aisy." Pinggang Aisy dirangkul bersama lengan kekarnya.

"Saya tak sengaja. Sorry sebab susahkan Farrel."

Tersentak gadis itu apabila tangan Khalaf semakin kedepan pada waktu itu. Rapat sehingga perut.

"Semalam janji apa dengan aku kalau nak ikut pergi sini?" Soal lelaki itu. Takkan dia lupa apa yang dijanjikam oleh isterinya kelmarin. 'Aisy janji, Aisy dengar cakap Farrel.'

"Aisy dah janji dengan Farrel. Apa yang Farrel cakap, Aisy kena dengar." Lembut gadis itu menjawab.

"Then don't do it again." Terselit nada tegas Khalaf membalas.

Khalaf menghembus nafas berat, sebelum tangan kirinya ambil album yang berada di atas meja. Semakin lelaki itu menyelesakan kedudukan isterinya di atas pangkuan.

"Nak!" Cepat-cepat Aisy menghulurkan tangan, hendak merampas album dari tangan suaminya.

"Sabar. Duduk diam-diam kalau nak album ni--"

Terus terdiam gadis itu apabila ditegur. Tangan kembali jatuh dari hendak merampas.

"Dalam ni ada gambar aku masa kecil. But I still looked handsome then." Rasa bersalah pula Khalaf melihat isterinya tiba-tiba senyap.

"Sayang. You make me melt when you make a cute face. Album tersebut Khalaf hulurkan buat gadis itu.

"Nah. Tengoklah--" Sambung pujuknya lagi.

"Taknaklah. Aisy nak bawa balik rumah. Lagi best tengok nanti."

Terangkat kening Khalaf apabila Aisy menyatakan hal itu.

"Kenapa?"

"Aisy taknak buka sekarang sebab...." Tengoklah si Aisy ni. Sengaja tak habiskan ayat.

"Habiskan ayat, Aisy. Tangan aku dah dekat ni--" Perut isterinya diusap lembut.

"Farrel ni dekat pejabat mama la!" Aisy menampar perlahan tangan lelaki itu. Tubuh serta merta berpaling ketepi, menghadap Khalaf. Menyempat!

"Habiskan cepat ayat tu--" Tersenyum nipis lelaki itu melihat wajah merah padam isterinya.

"Saya lagi puas tengok awak depan mata. Waktu kecil pun dah handsome, sekarang kan Farrel dah jadi suami saya? Lagilah handsome--"

Terpaku dibuatnya Khalaf dengan pernyataan yang di sambung oleh Aisy sekejap tadi. Pandai jugak dia selitkan ayat dengan 'pujian'.

"Ah, I should take you home now Aisy. Tenung aku lama-lama pun, aku tak kisah."

"Taknak balik rumah Farrel. Nak balik rumah mama, ada Harizz." Laju Aisy membantah. Kepala digeleng tidak setuju.

"Lupa ke? Harini Harizz dah mula homeschool. Lagipun aku memang nak bawa kau keluar."

"Tapi bahu kau--"

"Saya larat! Taknak balik." Pantas gadis itu memotong percakapan Khalaf.

"Sure sayang?"

Aisy mengangguk laju apabila Khalaf menyoal hendak dapatkan kepastian. Tersenyum lebar gadis itu. Bahu yang ngilu tadi terus terasa hilang sakitnya.

....

Terangkat bahu gadis apabila pintu secara tiba-tiba dibuka oleh seseorang. Terkejut.

Baru saja Aisy hendak bangun dari atas pangkuan riba Khalaf, terlebih dahulu lelaki itu menahannya.

"Yes ma--"

Malu Aisy melihat yang masuk itu Tengku Rossa. Yang Khalaf pula sedaya upaya tahan dia dari bangun.

"Ha Farrel, si Aaren dah sediakan kereta kamu dekat bawah. Katanya Farrel nak bawa Aisy keluar." Tengku Rossa tersenyum nipis melihat wajah janggal menantunya.

"Kamu nak kemana bawa Aisy? Dia kan tak sihat lagi." Wanita itu mendekati ke arah mereka.

"Tempat Farrel." Tenang riak wajah lelaki itu menjawab.

"Your place? Selesa ke Aisy nanti?"

Aisy menggaru puncak hidungnya yang tidak gatal. Ayat Tengku Rossa seoalah tahu dimana dan apa tempat yang dimaksudkan oleh suaminya tadi.

"Markas tu terkawal, mama. Bukan macam dekat Berlin."

"Ikutlah. Jangan biar Aisy sorang-sorang. Pergi cepat turun, tak baik buat anak buah kamu tertunggu-tunggu." Wanita itu mengatur langkah ke arah meja kerja miliknya.

Tengku Rossa ingin mengemas barang-barang kepunyaannya, supaya Fredella boleh menggantikan tempat itu dengan barang dia pula.

"Bangun kejap."

Lega Aisy apabila Khalaf melepaskan dia. Laju dia bangun, membetulkan baju yang lama terhimpit tadi.

"Aisy. Malam ni makan malam sama-sama dekat rumah mama ya? Kalau Farrel taknak bawa juga, paksa dia." Sempat Tengku Rossa memesan. Tangannya ralit mengumpul kertas-kertas projek di atas meja

"Bye bye. Let's go sayang." Laju Khalaf menarik lengan isterinya ke arah pintu. Sengaja dia buat-buat tak dengar.

"Ma-mama, nanti Aisy--" Belum sempat Aisy hendak menutur ayat...

"Nothing ma. Aisy nak sampaikan yang dia nak bagi mama cucu nanti--" Pintu dibuka pantas sebelum Khalaf membawa isterinya keluar. Sempat pula lelaki itu menyambung.

"Farrel! Orang dengarlah!--" Anak mata Aisy memerhati setiap ruangan di luar bilik peribadi tersebut. Jelas beberapa pekerja Tengku Rossa sedang terkebil-kebil memandang ke arah mereka.

Tengku Rossa yang mendengar anak lelakinya menyatakan ayat tadi, terus tergelak. Sejak Khalaf kahwin, barulah dia dapat melihat lelaki itu banyak bercakap. Tidak kurang dia ada bergurau juga dari sebelum ini.

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 54K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
118K 11.5K 40
"Aku gilakan kau!" Ayat yang sama namun diungkapkan daripada dua orang lelaki yang berbeza. Kim Taehyung , obses dengan cinta Hyemin. Jeon Jungkoo...
5.6K 527 15
[SHORT STORY] "Awak janji yang awak tak akan abaikan saya walaupun apa pun yang terjadi? Awak janji yang awak akan sentiasa ada dengan saya walaupun...
2M 88.5K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...