[C] Cukup Sempurna

By TheLittleShi

100K 4.3K 117

STATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kala... More

Cukup Sempurna
Prolog
1-Hayera Talia
2-TalLiyas' Cafe
3-Permulaan
4-Raed & Raes
5-Muiz, Kawan Baik
6-Ibu
7-Naufal yang Jengkel
8-"Kau sukakan dia kan?"
9-Ayah Akan Gembira
10-Larikan Talia!
11-Behind The Story
12-"You Promised me..."
13 - Talia's Feeling
14 - Muiz Belot!
15 - Raed's Confession
16 - The Answer
17 - White Rose Means...
18 - The Trio
19 - Rahsia Hati Muiz
20 - Perempuan Oh Perempuan!
21 - Assalamualaikum, My Sweetheart
22 - Bie
23 - "Its Abang Baby..."
24 - Flashback
25 - Girls x drama
26 - "Where have you been?"
27 - "Apa yang cantik?"
28 - Dejavu
29 - Jumpa Lagi
30 - HosPlay
31 - Mimpi
32 - Niat Tak Baik
33 - Bercakap Dengan Cermin
34 - Americano and Latte
35 - Laila Raihana
36 - Memori
37 - Memori II
38 - I don't want to... live anymore...
39 - Kau sentuh dia...
40 - "𝑷𝒂𝒓𝒂𝒄𝒆𝒕𝒂𝒎𝒐𝒍?"
42 - Memori III
43 - "Abang ada..."
44 - Cukup Sempurna
45 - Aku tak selamanya single
46 - Jaga Diri
47 - Jangan Mungkir Janji
48 - Cemburu
49 - "Boleh Talia cuci mata"
50 - "Ma..."
51 - " I'm stronger than she knows"
52 - Move On
53 - Turning Tables
54 - Bidadari Megat Raed Baihaqi
55 - Futsal
56 - Pengakhiran
EPILOG
Cukup Sempurna - Special 1
Cukup Sempurna - Special 2
Cukup Sempurna - Special 3
Cukup Sempurna - Special 4
Cukup Sempurna - Special 5 (Last)
A/N from Shi❤
JIKA ADA JODOH

41 - Glimpse of Us

1.3K 58 3
By TheLittleShi

sorry a bit late sebab i dont have enough ide to write one chapter. luckily, ada glimpse of us yg bagi shi inspirasi untuk menulis. so,, vOte, and comment



ENJOY YOUR READING!


AMUKAN Megat Raed ketika itu tidak berkesudahan. Baru sekejap dia tinggalkan isterinya, balik ke bilik tengok Talia dalam keadaan sesak nafas dengan ruam merah hampir seluruh badan. Bila ditanya jururawat yang bertugas, katanya Talia ambil paracetamol kerana demam.

"You guys ni reti baca report pesakit ke tidak, ha?! My wife ada allergic reaction pada paracetamol!"

Report pesakit dihujung katil ditarik kasar.

"Dah tulis terang-terang dekat sini tak reti nak baca ke? Siapa doktor yang bertanggungjawab untuk my wife sekarang?"

"Dr. Rina, doktor. Dia berikan arahan untuk berikan paracetamol pada pesakit. Pharmacist dan juga saya hanya ikut arahan." Jawab jururawat itu perlahan sambil menjeling kearah wanita disebelahnya yang juga berwajah pucat sepertinya.

Semua orang tahu, Dr. Rina ada hati pada Dr. Raed. tapi langsung Dr. Raed tak pandang. Entah-entah, prescribe ubat tu sebab nak arwahkan wife Dr. Raed cepat-cepat. Bisik hatinya.

Dr. Aufarina sudah berubah riak wajahnya menahan malu. Ya memang dia yang prescribe ubat itu kepada Talia. Namun dia langsng tidak tahu isteri Megat Raed tu ada allergic reaction pada paracetamol.

"I'm sorry Dr. Raed. Perkara ni takkan jadi lagi. I promise!" pintanya laju. Bimbang jika dia akan dikenakan sebarang hukuman daripada hospital. Sudahlah diba baru saja menamatkan HO beberpa minggu yang lalu.

"You tahu tak, kalau I lewat tadi..." dia tak dapat meneruskan kata-kata.

Sebaik dia masuk ke bilik rawatan isterinya, Talia sedang sesak nafas. Kesukaran untuk bernafas kerana ada pembengkakan pada saluran pernafasan. Ruam merah juga penuh di badan isterinya. Hati suami mana yang mampu tenang. Selepas dirawat dengan antihistamine, barulah isterinya kembali boleh bernafas semula. Masih memakai topeng oksigen. Namun masih ada merah-merah ditubuhnya.

"Abang... sudahlah. Talia dah okay." pujuk Talia dengan topeng oksigen diturunkan kebawah dagu. Suaranya tersekat-sekat dan kedengaran serak. Tak lepas suaranya untuk keluar.

Megat Raed berpaling. Garang. Serius.

"No, you are not okay! Look at your body. Rashes everywhere!" ujarnya tegas dalam kelembutan. Tidak mahu kalah buat masa ini.

Dia kembali berpaling kepada manusia yang sedang berdiri memandang lantai dihadapannya.

"I akan ambil tindakan undang-undang atas kecuaian..."

"Doctor... please don't do that..."

"Jangan buat apa? You belajar medik dah berapa tahun dah sampai boleh buat kesilapan macam ni? You sendiri tahu allergic reaction boleh membawa maut! Wife I tadi sedang berhadapan dengan maut waktu I tiba. You nak bertanggungjawab ke if 'that' thing happens?!" jerkahnya lagi.

Sengaja dia tekankan perkataan 'that' dalam frasa ayatnya. Mahu perempuan itu sedar, perkara ini boleh membawa maut.

Air mata Dr. Rina yang mengalir itu langsung tidak dapat meredakan rasa marahnya. Mlah perasaan itu makin membuak-buak untuk dilepaskan.

Salah, menangis. Buat salah, menangis. Sampai bila air mata tu nak selesaikan semua benda? Dr. Rina ingat di ani tipikal lelaki yang lemah dengan air mata?

Lambat lagilah jawabnya. Perempuan yang boleh buat dia lembut hati selain mamanya, hanyalah Talia, isterinya. Orang lain, boleh kirim salam!

"Jangan nak menangis dekat sini. Your tears, not worth as my wife life!" bentaknya lagi.

Geram!

"Abang, enough! I'm okay. And please, let me have some rest. My head hurt!" dia hampir membentak apabila Megat Raed masih lagi mahu meneruskan pergaduhan disini.

Dan-dan juga Megat Raed mendiamkan dirinya dari terus membentak marah. Ikutkan hati, dia nak sambung marah lagi. Tapi kerana kondisi isterinya sekarang, dia terpaksa membatalkan niatnya.

Seperti yang dia kata, isterinya saja yang boleh melembutkan dia.

Melihat kerutan di dahi Talia, Megat Raed kembali baringkan si isteri yang duduk membongkok menahan bebannya tubuh. Selimut ditarik melepasi pinggang.

"You guys keluar. Sebelum I ubah fikiran semula."

Tak sampai 3 saat, susuk tubuh tak diundang itu terus lesap.



"SAYANG nak makan apa-apa? Abang belikan?" Megat Raed melabuhkan punggung disebelah isterinya. Topeng muka dipakai semula pada wajah isterinya. Kemudian dilarikan tangannya pada dahi si isteri.

Haba panas terasa. Sekejap tadi sewaktu dia sedang kalut-kalut memeriksa isterinya, sempat dia ambil suhu tubuh wanita itu. 38.6ºC dan dia harap malam ini suhu itu akan turun ke paras yang normal.

Talia gelengkan kepala. Dia tiada rasa untuk makan ketika ini. Setelah dia berhadapan dengan maut sebentar tadi untuk kali kedua, sumpah ini kali terakhir dia buat begitu. Lagipula tekaknya sekarang terasa perit.

Gilanya memang tidak boleh dibendung tadi. Kalaulah... Megat Raed lewat seminit, mungkin kini dia sudah penghuni ruangan bilik mayat.

"Malam ni, abang jaga sayang. Esok kalau tak ada apa-apa, sayang dah boleh discharge. Abang tak percaya lagi kalau sayang ada dibawah pemantauan Dr. Rina," ujar Megat Raed lagi sambil membetulkan selimut isterinya.

Matanya liar memandang Talia yang masih lagi tidak mahu berkata-kata. Seperti petang tadi. Talia mengelak untuk bercakap. Talia mengelak untuk eye contact dengannya.

Dia nampak. Bukan dia tak nampak.

Megat Raed kemudiannya menunduk memadang isterinya yang sedang kalih memandang arah lain. Jarak yang semakin mendekat membuatkan isterinya berpaling melihat kearahnya juga. Tepat memandang matanya.

"Abang nak apa?" soal Talia perlahan dan serak.

"Abang cuma rindukan isteri abang. Dua hari abang rasa macam dah kehilangan dia. Why, sayang? Sayang nak share apa-apa masalah atau cerita pada abang?"

Megat Raed perasan kerongkong Talia bergerak. Menelan air liur. Dan nyata wajah Talia juga nampak berubah.

Melihat Talia menggeleng, Megat Raed hanya koyakkan senyuman hambar. Menerima keputusa gadis itu untuk tidak memaksa isterinya untuk bercerita.

"Okay, abang faham kalau itu yang sayang nak. Abang tak akan memaksa untuk sayang buka mulut. But you know right, abang akan selalu ada dengan Talia. Dada abang ni, khas untuk Hayera Talia saja. Apa-apa yang sayang tak nak pendam sendiri, sayang beritahu abang ye?" pujuknya dengan wajah yang dimaniskan.

Seperti nasihat Syed Taufiq, dia akan ikut semuanya. Selalu menemani Talia. Bina kepercayaan dalam diri Talia untuk bersikap terbuka dengannya.

Melihat anggukan isterinya, Megat Raed luah rasa syukur. Walaupun tiada balasan suara dari Talia, namun respond itu sudah cukup menghambat risaunya pergi.

"Sayang tidur dulu. Abang nak keluar kejap, isikan air dalam jug. Good night, sayang. Sweet dreams. Abang cintakan isteri abang dunia dan akhirat!" seraya itu, dia labuhkan ciuman syahdu di dahi Talia sebelum berlalu keluar dari bilik itu.

Talia yang melihat Megat Raed melepasi pintu bilik terus menangis dalam diam. Air matanya jatuh tanpa dia sedar setelah menerima kucupan itu. sedih terasa dalam dadanya.

"Talia minta maaf abang." Ucapnya dalam esakkan yang tertahan.



DIA melihat suaminya sedang menjinjit beg pakaiannya di sebelah kiri. Pada bahu sebelah kanan, elok bergantung beg tangan Gucci miliknya. Jemarinya nya pulak dipaut oleh jemari kasar Megat Raed hingga mereka selamat masuk ke dalam kereta.

Setelah masuk ke dalam kereta, Megat Raed berpaling meletakkan beg pakaiannya di kerusi belakang. Sementelah itu, lelaki itu mendekatinya, menarik dan memasangkan tali pinggang tanpa salam. Terkejut dia dibuatnya.

Kemudian lelaki itu memasang tali pinggang pada dirinya pula. enjin dihidupkan dan kereta mula bergerak. Radio pula memutarkan lagu berirama perlahan.




'Cause sometimes I look in her eyes

And that's where I find a glimpse of us

And I try to fall for her touch

But I'm thinking of the way it was

Said I'm fine and said I moved on

I'm only here passing time in her arms

Hoping I'll find

A glimpse of us

(Glimpse of Us – Joji)




Entah mengapa saat ini bila dia terdengar lagu ini otakknya melayang kepada dua cerita yang berbeza namun memberikan kesan yang sangat mendalam.

Kisah Megat Raed, arwah tunangnya, Laila dan dia. Pada saat otaknya sedang berada dalam fasa overthinking ini dia merasakan Megat Raed berkahwin dengannya hanya kerasa sepasang mata milik Laila. Dan pada hematnya saat ini, pasti setiap kali Megat Raed melihatnya, dia akan terbayang wajah arwah Laila. Kerana mata Laila yang dia sedang gunakan sekarang.

Sakit memang sakit. Rasa nak mengamuk bila fikirannya boleh berfikir begini.

Perkara keduanya, dia sendiri tidak boleh untuk melihat Megat Raed kerana dia masih ingat perkara yang jadi 6 tahun lalu. Dia bukan lagi gadis suci. Dia langsung tidak layak untuk bersama Megat Raed. Namun untuk melepaskan lelaki itu, dia sendiri tidak mampu.

Dia masih belum mampu untuk membuang kesan hita yang Naufal tinggalkan. Parut yang Datuk Anita hadiahkan. Dia tak mempu buang kerana itu akan dia kenang apabila memandang Megat Raed.

Kerana dirinya, Megat Raed kehilangan kekasih yang dia cintai. Kerana dia!



180622

SHI

Continue Reading

You'll Also Like

68K 3.3K 44
Rumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisar...
1M 26.1K 86
[LIT ROMANCE BOOK WINNER] [THE GREAT LIT WRITER WINNER] Highest Rank:- #16 in Romance [13.4.18] #14 in Romance [23.4.18] Pertemuan antara seorang g...
517K 14.1K 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
118K 5.7K 65
Rasa bersalah atas kesilapan dahulu, membuatkan Syed Mirza memburu gadis yang bernama Aisyah. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu...