EVERISA

Par thenovlise

111K 7.2K 763

Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara... Plus

01 • Prolog
02
03
04
05
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79 • Epilog
ʕ⁠'⁠•⁠ ⁠ᴥ⁠•̥⁠'⁠ʔ
IZEVE: The Future of Us

06

1.3K 96 8
Par thenovlise

SATU kelas sunyi sepi tengah hari ni. Tiada bunyi suara langsung kecuali bunyi aircond dan bunyi kertas. Mungkin sebab dah tengah hari jadi semua dah penat nak buat bising.

Buku latihan Matematik yang berada di atas meja aku tenung tajam bagai nak tembus. Soalan nombor dua belas dari tadi aku tak boleh jawab. Tak tahulah sebab aku ni terlebih bodoh ke atau tak reti membaca. Bab Asas Nombor je pun.

Betullah kut orang kata, tengah hari ni otak tak berapa efisien bekerja. Sudahlah panas, mengantuk, penat. Memang waktu afdal tidurlah!

"Weh, Hawa." Maya yang dari tadi senyap di tepi memanggil.

"Hm?"

"Nombor tujuh macam mana?" Kepalanya didekatkan ke arahku. Rimas tengok kepala Maya yang kejap ke sana kejap sini, terus aku tolak buku latihan aku ke arahnya. Aku tak rasa Cikgu Vee kisah sebab setakat aku belajar selama hampir sebulan di sini, memang cikgu inilah yang paling baik dan sporting.

"Bosannya," bisikku perlahan. Sebenarnya Cikgu Vee suruh buat latihan topikal B sampai nombor sepuluh saja. Tapi aku pun tak tahu kenapa aku rajin sangat buat sampai latihan topikal D nombor dua belas tu. Eh, sebelas! Nombor dua belas belum boleh jawab lagi.

"Nah, weh. Laju kau siap." Buku latihan aku disorong kembali ke mejaku.

"Bosan." Pendek aku membalas.

Helaian kertas berwarna kekuningan itu aku belek-belek malas. Bila datang angin kemalasan ni, memang jangan harap akan bergerak kerja aku. Nasib baik dah siap.

"Okay, class. Have you done all of the ten questions?" Cikgu Vee kembali bersuara.

Mata yang melayu aku besarkan untuk menyegarkan diri. Fokus, fokus!

"Not yet, teacher." Beberapa orang murid kelas aku menjawab. Ada yang dah berbunyi stres. Mungkin geram tak keluar jawapan. Yalah, soalan Asas Nombor ni nampak saja senang tapi salah sikit, memang habis kena buat balik.

"Okay, don't worry. Anggap saja soalan-soalan itu sebagai homework. Tolong siapkan hari ni, ya? Esok, teacher nak tengok semuanya siap. Okey?"

See? Kan aku dah cakap Cikgu Vee ni baik? Kalau cikgu lain, mahunya ditambah sepuluh lagi soalan sebagai kerja sekolah.

"Okay, teacher!" Ceria semuanya menjawab. Hehe, tak ada homework lah untuk yang dah siap tu. Contohnya, aku.

"Oh, sebelum saya terlupa, Hawa dan Armaya tolong jumpa saya di staff's room kejap, ya?"

Aku dan Maya berpandangan. Kening aku angkat tanda bertanya. Maya pula mengangkat bahu tanda tak tahu.

Ada apa pula ni?

.

"OKAY, girls. Macam ni, about three weeks lagi, sekolah kita akan adakan Maths' Quiz macam biasa. So, kami pihak guru dah berpakat nak ambil lima orang form 4 students dan lima belas form 5. Tapi you jangan ingat cikgu pilih kasih pula. Kami bagi peluang kepada form 5 sebab this will be the last chance for them sebelum tamat sekolah," ujar Cikgu Vee panjang lebar.

Aku dan Maya yang duduk di hadapan meja Cikgu Vee sekadar angguk memahami.

"Jadinya, for form 4 punya representatives, saya berminat nak ambil you berdua dari kelas yang saya ajar. Tapi sebelum submit nama, saya perlukan persetujuan you and your parents first. You also need to pay RM50 untuk masuk. Do you think both of you can make it?" Tanya Cikgu Vee dengan nada berharap.

"Kuiz ni setahun sekali je ke, cikgu?" Tanyaku.

"Oh, saya lupa you student baru. Yes. Setahun sekali je. Saya pilih you berdua sebab both of you are very excellent in Mathematics. Armaya memang dari tahun lepas saya mengajar dia, jadi saya tahu she's one of the best. And Hawa pula, saya tengok result kuiz mingguan you. Selain dapat markah tertinggi setiap minggu, you juga sentiasa dapat full marks, so I don't have any doubt in you." Melambung-lambung Cikgu Vee memuji. Aku pula tarik sengih saja. Malu pula dipuji ni.

"Em, saya rasa saya kena tanya parents saya dulu," jawab aku. Tapi rasanya ibu dan ayah akan bagi saja sebab di sekolah lama dulu, memang setiap pertandingan dan kuiz matematik aku sertai.

"Sure. How about you, Armaya?" Pandangan Cikgu Vee beralih ke arah kiri pula.

Maya aku lihat sedang berfikir. Mungkin sebab dia perlukan persetujuan papanya sedangkan mereka tak in good terms sekarang.

"Same with Hawa, cikgu." Akhirnya Maya membalas.

Cikgu Vee tersenyum.

"Very good. You berdua boleh balik tanya parents dulu and tell me tomorrow, okay?"

Aku angguk. Maya juga angguk walaupun nampak teragak-agak.

Esok? Tak boleh cepat lagi ke, cikgu? Haiyoo.

"I hope to hear good news from both of you. Tapi ingat, peluang cuma datang sekali. After this quiz, kita akan pilih dua orang students untuk bawa ke national level pula. And don't worry, yang ini tak limit kepada mana-mana form. Maybe both form 4? Or both form 5? And mungkin juga seorang form 4 dan seorang form 5."

"Okey, cikgu. Esok kami bagitahu." Maya bersuara.

Cikgu Vee mengangguk.

"Okay, you both can go back to your class now. Thank you and sorry for taking your times."

"It's okay, teacher."

Setelah mengucapkan salam, aku dan Maya terus keluar dari bilik Cikgu Vee untuk kembali ke kelas.

.

"KUAT betul angin petang ni," kata Reen sambil mendepa tangan seluas-luasnya. Kami sekarang berada di pondok di hadapan blok asrama. Waktu-waktu petang macam ni memang seronok duduk luar sebab angin kuat dan cuaca pun mendung saja.

"Iya, kuat. Tapi sekarang kau tengah halang angin dari kena aku. Tepi!" Tangan Reen yang mendepa luas Hannah tolak.

"Hah, baru rasa angin," ujar Hannah sambil menutup mata menikmati angin.

Maya sedang memeluk tubuh sambil melihat orang lalu lalang. Waktu petang macam ni memang selalu budak asrama berjalan-jalan. Ada juga yang tengah bersukan dekat gelanggang dan padang asrama yang bertentangan dengan blok asrama.

Tasneem pula sedang membaca novel yang baru dipinjam dari perpustakaan tadi. Bila sebut perpustakaan, serta-merta aku teringat budak lelaki yang tolong aku hari tu. Aku pun tak tahu dia form berapa. Biarlah, ada rezeki, jumpa lagi. Kan?

Aku?

Tengah bersandar pada kerusi batu sambil mengunyah jajan. Homework dah siap, baju sekolah untuk esok dah iron, jadi sekarang aku boleh goyang kaki.

"Hawa, nak sikit," pinta Maya.

Plastik jajan aku hulurkan padanya tanpa melihat. Pandangan mata aku lebih tertarik kepada novel di tangan Tasneem. Nampak menarik saja cover dia.

"Tas."

"Ya?" Sahut Tasneem.

"Novel apa tu?" Tanyaku ingin tahu.

"Code Name Cobra," jawab Tasneem.

Code Name Cobra? Macam aku pernah dengar.

"Cik Sara Aisha ke?"

"Yup." Mata Tasneem tidak sekalipun beralih sepanjang berbual denganku. Samalah dengan aku, bila membaca memang dah tak pandang kiri kanan.

"Okay." Tak ada modal nak berborak dah. Telefon bimbit di dalam poket aku keluarkan. Baru saja nak buka aplikasi WhatsApp, tiba-tiba ada satu panggilan masuk.

Ibu.

"Siapa?" Soal Hannah.

"Ibu aku."

Hannah angguk.

Plastik jajan yang belum dibuka aku letakkan atas meja sebelum bangun berjalan ke meja sebelah yang kosong untuk menjawab panggilan.

"Ya, ibu?" Tanyaku selepas bertukar salam.

"Akak kenapa lama tak call?"

Aku tersengih. Mesti ibu bosan sebab selalunya aku ada dekat rumah. Tapi sekarang dua-dua anak kembarnya dah sekolah asrama. Itulah ibu, tak nak beranak ramai lagi. Kan dah sunyi rumah.

"Akak baru call ibu dua hari lepas. Lama ke tu, bu?"

"Iya ke? Eh, biarlah. Akak okey tak dekat sekolah?" Aku mencebik. Eleh, tukar topik.

"Okey je. Lagipun budak sekolah ni baik je." Sejenak aku teringatkan si Ellina tu. Rasanya tolak dia, semua yang aku kenal baik-baik je.

"Baguslah kalau macam tu. Ini, exam bila exam?"

"Ibu, janganlah setiap kali call tanya pasal exam. Orang pun dah penat tahu nak exam selalu," bebelku. Aku dengan ibu memang macam ni, macam kawan. Lagipun ibu pun belum masuk 40-an.

"Ibu tanya sebab awak tu kalau ibu tak tanya bila exam, tak akan bagitahu."

"Yalah, ibu. Ha! Ni, akak ada benda nak bagitahu."

"Apa dia?"

"Tadi, cikgu akak ada bagitahu yang dia pilih akak dengan kawan akak untuk join kuiz matematik. Lepas tu cikgu suruhlah tanya parents dulu. Boleh tak, ibu?" Dalam hati aku dah berdoa banyak-banyak supaya ibu setuju. Please, please, please.

"Boleh, apa pula tak boleh? Bukan selama ni memang kuiz matematik je ke yang akak masuk?"

Yes! Ibu bagi! Yes!

"Tapi kena bayar, bu."

"Berapa?"

"Lima puluh," jawabku. Semoga ibu bayarkan. Amin!

"Ha, guna je duit akak dulu. Nanti ibu bank-in lagi." Kebenaran ibu menggembirakan aku.

Yes!!!

Jimat RM50 aku!

.

"IBU kau cakap apa?" Tanya Maya sebaik aku kembali melabuhkan duduk.

"Macam biasa. Tanya khabar. Lepas tu aku tanya pasal kuiz tu," jawabku. Maya mengangguk.

"Kau macam mana? Join tak?"

Maya angguk.

"Join kut. Kalau kena sign parents, pandai-pandailah aku reka sign. Duit pun RM50 je, kan?" Kata Maya selamba.

Amboi, mentang-mentang dia kaya. RM50 je?

"Kuiz apa?" Sampuk Hannah. Reen di tepi turut ingin turut tahu.

Tasneem pula sudah menutup novel untuk menumpukan perhatian kepada kami.

"Kuiz matematik tulah. Macam biasa," jawab Maya.

"Oh," balas Hannah.

"Korang tak join?" Tanyaku.

Hannah dan Reen berpandangan.

"Aku? Nak join kuiz maths?" Hannah tunjuk jari kepada dirinya.

"Aku punyalah lari dari addmaths sampai masuk kelas sastera, kau boleh tanya aku masuk ke tak kuiz maths? Jangan harap! Maths ke addmaths ke, semua aku tak minat," katanya sambil berpeluk tubuh. Hmph! Katakan tidak pada matematik!

"Tas?"

"Markah maths aku cukup-cukup makan je. Kalau literature aku minatlah," jawab Tasneem. Sebiji jajan dicurinya sambil tersengih. Eleh, ingat aku tak nampaklah tu. Nasib baik kau comel, Tas. Jadi aku maafkan jelah.

"At least kau punya cukup makan. Aku ni kalau lulus pun dah kira habis bersyukur dah," sampuk Reen pula. Mulutnya ditutup dengan tahan untuk menahan kuapan.

Ookey... Nampaknya dalam kalangan kitorang ni, aku dengan Maya jelah yang minat matematik. Tapi sebenarnya aku rasa Maya lebih berminat subjek sains tulen macam Chemistry, Physics dengan Biology.

Aku pula dengan tiga beradik tu macam ada love-hate relationship gitu. Kejap suka, kejap tak suka. Entahlah. Doa-doa jelah exam pertengahan tahun nanti markah aku lulus.

.

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

97.2K 3.6K 26
She's a killer. tiada siapa yg menandinginya. She's the great one killer. tiada siapa pn yg mampu menghalang dy. Enjoy the story
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
237K 15.6K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
47.3K 2.2K 23
Hidup ni gelap-walaupun aku dapat melihat lebih dari manusia lain. Tapi tanpa kegelapan tu, aku tak mungkin nampak bintang yang bercahaya. Selain ki...