[C] Cukup Sempurna

By TheLittleShi

73.2K 3.7K 110

STATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kala... More

Cukup Sempurna
Prolog
1-Hayera Talia
2-TalLiyas' Cafe
3-Permulaan
4-Raed & Raes
5-Muiz, Kawan Baik
6-Ibu
7-Naufal yang Jengkel
8-"Kau sukakan dia kan?"
9-Ayah Akan Gembira
10-Larikan Talia!
11-Behind The Story
12-"You Promised me..."
13 - Talia's Feeling
14 - Muiz Belot!
15 - Raed's Confession
16 - The Answer
17 - White Rose Means...
18 - The Trio
19 - Rahsia Hati Muiz
20 - Perempuan Oh Perempuan!
21 - Assalamualaikum, My Sweetheart
22 - Bie
23 - "Its Abang Baby..."
24 - Flashback
25 - Girls x drama
26 - "Where have you been?"
27 - "Apa yang cantik?"
28 - Dejavu
29 - Jumpa Lagi
30 - HosPlay
31 - Mimpi
32 - Niat Tak Baik
33 - Bercakap Dengan Cermin
34 - Americano and Latte
35 - Laila Raihana
36 - Memori
37 - Memori II
38 - I don't want to... live anymore...
39 - Kau sentuh dia...
40 - "π‘·π’‚π’“π’‚π’„π’†π’•π’‚π’Žπ’π’?"
41 - Glimpse of Us
43 - "Abang ada..."
44 - Cukup Sempurna
45 - Aku tak selamanya single
46 - Jaga Diri
47 - Jangan Mungkir Janji
48 - Cemburu
49 - "Boleh Talia cuci mata"
50 - "Ma..."
51 - " I'm stronger than she knows"
52 - Move On
53 - Turning Tables
54 - Bidadari Megat Raed Baihaqi
55 - Futsal
56 - Pengakhiran
EPILOG
Cukup Sempurna - Special 1
Cukup Sempurna - Special 2
Cukup Sempurna - Special 3
Cukup Sempurna - Special 4
Cukup Sempurna - Special 5 (Last)
A/N from Shi❀
JIKA ADA JODOH

42 - Memori III

873 51 0
By TheLittleShi

VOTE AND COMMENT😘😘😘




"AYAH pergi. Anak Lia pergi. Mata Lia pun dah tak boleh guna lagi. Semua ini tak adil akak! Semua ni tak adil untuk Lia! Lia baru umur 18 tahun, tapi kenapa Lia perlu hadap semua benda ni?!" Amukannya kali ini benar-benar tidak dapat dikawal.

Matanya terbuka, pandangannya gelap. Cuma ada sedikit cahaya yang menebusi retina matanya. Sangat sedikit. Masih, dia dianggap buta!

"Lia... Allah tak akan uji hambanya sesuai dengan kemampuannya. Semua akan..."

"Semua orang cakap macam itu pada Talia. Tapi kau orang tahu tak yang Talia tak mampu nak terima semua ini. Ayah mati sebab Talia! Anak Talia mati sebab Talia! Mata Talia buta sebab kemalangan tu! Semunya sebab Talia!"

Laila mendekati tubuh kurus yang duduk diatas katil itu. Mengenali Talia hampir setahun, boleh dikatakan hubungan mereka sangat akrab. Talia adik sepupu kekasihnya. Dia selalu berjumpa dengan Talia kerana gadis itu mengatakan dia selalu kebosanan. Dia tiada adik beradik lain. Dan Laila dengan senang hati melayan gadis itu sebagai adiknya.

Mendengar kemalangan yang terjadi dari mulut Megat Raed memang pada mulanya dia tidak percaya. Makin tak percaya apabila Talia berubah seratus lapan puluh darjah. Dari gadis ceria kini menjadi seorang yang perengus. Baran. Menyalahkan takdir.

Puan Yuhaina sendiri gagal memujuk anak gadisnya. Tambahan, wanita itu juga kehilangan susuk tubuh seorang suami.

"Lia... akak akan selalu ada. Akak janji, akak akan tegakkan kebenaran tentang semua ni, okay?" bisiknya sambil memeluk tubuh lemah itu.

"Kalalulah akak boleh bagi mata akak pada Lia..."

"DOKTOR RAED... sekejap tadi ada pesakit datang ke ED (Emergency Department). Female, 26-year-old." Cerita doktor lelaki muda itu. Mencari ayat yang sesuai untuk bercerita.

"And then?" Raed yang sedang melihat carta pesakit mengerling seketika sebelum kembali melihat carta pesakitnya.

"Patient kemalangan teruk. Langar lari. Sebuah kereta melanggar mangsa ketika mangsa sedang melintas dan membuatkan mangsa datang dalam keadaan tak sedarkan diri. Doktor di emergency dan juga neurologist buat saringan dan conclude SAH (Subarachnoid Haemorrhage) and no neurological respond. Kejap lagi akan diadakan meeting untuk dengan team yang ada bersama pesakit untuk announce patient brain dead." Tindakan Megat Raed terhenti. Melihat kembali wajah doktor lelaki itu penuh rasa ingin tahu.

Pendarahan subarachnoid merupakan pendarahan yang berlaku pembuluh darah pecah di dalam otak. Terdapat dua jenis pendarahan. Pertama, pendarahan subarachnoid trauma yang disebabkan kemalangan seperti kemalangan lalu lintas, dipukul. Kedua, pendarahan subarachnoid bukan trauma seperti pembuluh darah pecah disebabkan aneurism, infection, kegagalan mekanisma pembekuan darah dan sebagainya.

"Kesiannya. Muda lagi. Sebaya dengan tunang saya." Luah Megat Raed.

"Patient tu... tunang doktor. Laila Raihana Hamid." Beritahu doktor muda itu serba salah. Dia juga terkejut apabila berada di situ tadi. Tiada siapa memberitahu Dr. Raed tentang perkara itu. Bimbang perkara itu tidak mampu dikawal nanti.

Jantung Megat Raed terhenti. Terkebil-kebil memandang dengan wajah tidak percaya.

"What did you say?"

"Patient tu, Laila Raihana Hamid. Tunang doktor." Ulang doktor mud aitu lagi dengan nada perlahan dan rentak yang sama.

Serentak tu, Megat Raed terus berlari turun ke ruangan ICU. Dia menekan-nekan lif, tapi pintu masih belum dibuka.

"Tak mungkin Laila.." berkali-kali hatinya mengharap bahawa nama yang dia dengar itu hanya seorang perempuan yang lain, namun masih mempunyai nama yang sama. Atau mungkin juga gadis itu dianggap Laila.

"Bukan Laila... bukan..." hanya itu keluar dari bibirnya untuk memeujuk hati yang sedang berdegup laju ini.

Baru beberapa saat berlalu, sabarnya tidak mampu dijinakkan. Pintu ICU dituju. Laju dia menuruni tangga sampai melangkau tiga anak tangga sekaligus. Ingin cepat sampai!

"Tolonglah bukan Laila. Tolonglah, Ya Allah..." penat lari menuruni tangga ke ruangan ICU tidak diendahkan. Dia hanya mahu cepat sampai.

Mahu lihat dengan mata kepalanya sendiri bahawa gaid yang datang ke ED itu bukan Laila Raihana Hamid, tunangnya.

Sampai di ruangan ICU, terus dia tanyakan katil Laila Raihana sambil mata memerhati sekeliling. Matanya menangkap satu tubuh yang sedang bernfas menggunakan mesin. Aturan langkah yang diatur semakin perlahan. Terhenti di sisi katil

Pergolakan bicara dirinya terjadi. Separuh menafikan. Matanya pula menunjukkan kebenaran. Dia dapat saksikan sendiri bagaimana dada itu berombak tenang. Tapi, wanita itu tidak mampu bernafas sendiri. Terpaksa bergantung kepada mesin untuk mengepam paru-paru, memastikan jantung terus mendapat oksigen untuk dibekalkan kepada sel badan.

Kepala gadis itu pula dibalut kemas. Dengan ada tompokan darah yang banyak disitu buat nafas Megat mahu tercabut.

Wajah gadis itu penuh calar, lebam dan bengkak. Walaupun dia seorang doktor, perkara yang sering dia lihat ini menjadi suatu perkara yang dia tak mahu lihat pada waktu ini. Dia tidak sanggup!

"Raed..."

"Tell me, perempuan depan aku bukan Laila. Dia bukan tunang aku, Laila... kan Ziyad?"

"Aku harap sangat untuk kata macam tu pada kau, Raed. Tapi aku tak boleh nafikan... yang perempuan terbaring atas katil tu sekarang, Laila Raihana... tunang kau. Aku minta maaf!"

"Team kami dah cuba untuk selamatkan dia..." Bicara Ziyad terhenti. Dia tidak mampu lagi untuk meneruskan kata apabila lulut sahabatnya sudah menyembah lantai.

Dia lantas menghampiri tubuh Megat Raed yang menunduk melihat lantai. Ada titisan air mata yang keluar dari juring mata lelaki itu.

"I'm sorry, Raed. aku antara orang yang akan terlibat dalam meeting tu nanti untuk sahkan keadaan Laila sewaktu dia datang..."

Jeda.

"Dan kemudian lepas tu, team neuro akan buat keputusan tentang perkara ni," sambungnya lagi.

"Kau tahu kan, Laila berikrar untuk jadi penderma organ? Itu pun akan dibangkitkan dalam meeting tu nanti." Cerita Ziyad lagi.

Sehingga bahunya tiba-tiba disentuh dari belakang, Ziyad berpaling. Syed Taufiq Attar tegak berdiri sambil menggelengkan kepala.

"Cukup Ziyad. Raed dah ak boleh hadam lagi dah." katanya kepada Ziyad.

Mata pula dilari melihat Raed yang menekur lantai hospital. Masih begitu sejak tadi.

"Bangun Raed. Jangan macam ni. Pergi jumpa tunang kau sebelum semuanya terlewat."

Seraya itu, mereka berdua memimpin Megat Raed menghampiri katil gadis kesayangan Megat Raed.

Dia tahu Laila berikran menjadi penderma organ. Mereka sama-sama mendaftarkan diri ketika itu. Tapi ekarang, hatinya sungguh berat untuk menerima semua ini dalam satu masa yang sangat singkat diberkan.

Bagaimana dia mahu teruskan hidup tanpa wanita yang dia sayangi?




PUAN Linda hanya mampu melihat Encik Hamid menurunkan tandatangan atas beberapa kepingan kertas yang ada didepan mereka.

"Doktor, mungkin ini agak mustahil, tapi... anak saya pernah berkata sewaktu dia masih hidup, kalau boleh dia mahu berikan matanya pada adik dia, Hayera Talia, anak kepada Doktor Yuhaina." Beritahu Puan Linda bersama linangan air mata yang masih tidak kering. Suara juga bertukar serak.

Dia terkejut apabila beberapa minggu lalu Laila menceritakan tentang Talia yang berada di hospital dan telah hilang penglihatan kerana kemalangan. Selepas itu, Laila berkata kalau dia boleh dermakan matanya pada Talia, dia akan buat. Dia tahu, Laila telah berikrar untuk menjadi penderma organ. Jadi, dia tidak kisah apabila anaknya berkata begitu.

Paling dia tak sangka apabila dia mnerima panggilan anaknya pula kemalangan. Tidak boleh bernafas sendiri. Mati otak. Ibu bapa mana yang tidak luluh mendengarnya, apatah lagi doktor kemudiannya datang bertanya untuk menjadikan Laila sebagai penderma organ. Hatinya semakin rawan ketika itu.

Memahami makna tersirat yang cuba disampaikan oleh Puan Linda dan Encik Hamid, doktor tersebut mengaggukkan kepala.

"Saya akan cuba untuk lihat keputusannya nanti, puan," balas doktor separuh usia itu.

"Jika keputusannya positif, jangan beritahu Talia yang... Laila adalah pendermanya, doktor."

"Puan jangan risau. Kami tidak dibenarkan untuk memberitahu kepada penerima organ tentang pendermanya. Begitu juga sebaliknya."

"Anak kami akan menyelamatkan banyak nyawakan doktor?" soal Encik Hamid pula. Matanya memerah menahan tangis yang hebat.

"Ya encik. Laila akan menyelamatkan banyak nyawa kerana organ-organnya masih dalam keadaan baik dan sihat."

Soalan demi soalan dijawab dengan tenang. Biarpun emosinya sebagai doktor perunding juga terganggu ketika ini, namun dia cuba sedaya upaya untuk menyorokkan emosinya sedihnya.





"MATA ni mata kak Laila kan ibu?" mata coklat cair yang dipantul pada cermin itu jelas pada pandangannya.

Patutlah Laila tidak lagi menjenguknya. Laila sudah tinggalkan dia. Laila sudah tinggalkan dunia. Disebabkan dia!

"Bukan..."

"Kenapa semua orang nak tipu Lia?! Lia tahu, ibu... Lia tahu warna mata kak Laila! Kak Laila pun mati sebab Lia kan? Semua orang pergi sebab Lia! Lia ni agaknya pembawa malang dalam hidup semua orang!"

"Kenapa akak tinggalkan Lia? Akak kata akan akan selalu dengan Lia!"

"Talia..." Seru Megat Raed. Dia perlahan menghampiri gadis malang itu. Menatap mata itu lembut. Mata Laila. Tatapan yang dia rindui.

"Sabar, Talia. Bawa bertenang. Jangan emosi macam ni. Kesian pada maksu, Talia..."

"Bertenang? Emosi? Abang Raed kata Talia emosi. Yes, I am! Macam mana Talia nak hidup kalau terus hidup dalam rasa serba salah?! Tell me abang Raed. Macam mana abang nak teruskan hidup tanpa kak Laila? Dan abang terpaksa tengok sepasang atanya yang ada pada Talia. How?!"

"Abang cuba untuk terima, Talia. It's hurt, but I am trying to accept this. It's hard, tapi abang akan cuba untuk terima takdir dan ketentuan ni, Talia," ucapnya sendur dengan air mata yang bergenang.

"Kalau itu kehendak Laila, abang terima. Keluarganya juga terima. Laila tepati janjinya. Sebahagian milik Laila ada pada Talia. Dia serahkan pada Talia. Laila selalu ada dengan Talia. Selalu ada..."

"Kalau dia beri pada Talia, apa lagi yang ada untuk dia, abang Raed? Apa yang tinggal untuk abang Raed? Untuk keluarga Kak Laila? Kak Laila tinggalkan Talia sesuatu yang berharga, tapi Talia hadiahkan kematian pada dia! Talia yang jahat dalam cerita ni!"



190622

SHI

Continue Reading

You'll Also Like

287K 13.6K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
28.7K 1.2K 52
[NAILA The Series] Afra Naila Qhadija Edirne Jibril One of the saddest love story I have ever written. Takdir menemukan mereka sebagai seorang pelaj...
296K 10.7K 51
4th Story ❀ Anggun Adhiya Affan Al-Haq Cinta dan Sayang. Dua perkara yang tidak boleh dipaksa dan kehadirannya tidak kita ketahui. ANGGUN ADHIYA...
7.4K 255 40
{π‘©π’†π’•π’˜π’†π’†π’ 𝑼𝒔 𝑽𝒐𝒍 1} [Karya Pertama] STARTED - 10 MAY 2022 END - 22 MAY 2023 "You have a place in my heart no one could ever have" MARVIN L...