FARREL'S BOO©️

By nabilllss

4.1M 227K 23.2K

KF SERIES VOL 1 [ karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan & takkan di-edit semula sebabnya malas ] ↳... More

𝐅𝐚𝐫𝐫𝐞𝐥'𝐬 𝐁𝐨𝐨
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°
°∘∘51∘∘°
°∘∘52∘∘°
°∘∘53∘∘°
°∘∘54∘∘°
°∘∘55∘∘°
°∘∘56∘∘°
°∘∘57∘∘°
°∘∘58∘∘°
The End | 59
°∘ Special chapter∘°

°∘∘24∘∘°

70.3K 3.7K 356
By nabilllss

"Tuan Muda Khalaf--" Doktor perempuan yang ditugaskan merawat, memanggil Khalaf sebaik sahaja dia keluar dari wad peribadi yang menempatkan Aisy.

Lantas Khalaf bangun menapak ke arah doktor itu. Wajahnya dari tadi kian risau. Ada kalanya lelaki itu memejamkan kelopak mata, membayangkan isterinya sewaktu diseksa oleh musuhnya sendiri.

"Can I?" Khalaf terus mendekati pintu wad peribadi tersebut tanpa menunggu doktor perempuan itu menerangkan keadaan Aisy.

"Wait, Tuan Muda.." Terlebih dahulu dia menahan.

"Tuan Muda Khalaf boleh masuk, tapi izinkan saya terangkan keadaan Cik Aisy dulu--" Senyuman kelat diukir.

"Cepat Irene--" Tegas nada suara Khalaf menyebut nama doktor perempuan itu. Rambut hitamnya diraup keberlakang.

"Bahu kiri Cik Aisy tiada apa yang serius. Bahagian pinggang dan jari-jari di tangan kanan dia saja yang nampak ketara kesan lebam. Tapi ia boleh sembuh dalam masa yang sekejap." Panjang lebar Doktor yang namanya Irene itu menjelaskan.

"Noted. Now aku nak masuk--" Langkah kembali diatur. Khalaf membuka pintu wad itu dengan perlahan-lahan.

Sekujur tubuh kecil Aisy jelas tepampar baring. Kaki melangkah ke arah katil wad tersebut.

Usai berdiri ditepi baringan Aisy, Khalaf merenung dari wajah pucat gadis itu sehingga turun ke pinggang.

"Sayang, I'm here..." Jari halus pada tangan kanan Aisy yang lebam itu, diusapnya lembut.

Kerusi yang tersedia khas di tepi katil baringan isterinya ditarik, lalu dia duduk.

Berkali-kali Khalaf mengucup setiap celah jari-jari Aisy. Dahi gadis itu pula turut diusap bersama jari kasarnya. Terangkat kening Khalaf secara tiba-tiba melihat dahi isterinya berkerut. Malah tangan gadis itu turut bergerak-gerak seketika.

"Aisy?"

"Hm-Hmmh.."

Tersenyum nipis Khalaf mendengar isterinya menyahut perlahan sekejap tadi.

"Open your eyes for me please, baby--" Usapan diteruskan pada dahi Aisy.

Mendengar suara serak basah suaminya, perlahan-lahan kelopak mata cuba dibuka. Terang seketika cahaya menusuk pandangan anak mata.

"Alhamdulillah--" Khalaf merapatkan wajahnya pada baringan gadis itu.

"Aa..awak" Aisy mengiringkan pula pandangan menghadap suaminya di tepi.

"Ya? Kau nak apa-apa ke?"

"Sakit dekat mana?"

"Tak--" Aisy menggelengkan kepala. Sengaja gadis itu membiarkan Khalaf menunggu dia keluarkan kata-kata sepenuhnya.

"Then, you need what sayang?" Wajah tenang lelaki itu bertukar hairan.

"Aisy nak Farrel--" Aisy mengetap bibirnya. Dari senyumnya terukir, lebih baik dia tahan.

"Aisy, aku ingat kau kenapa la tadi." Khalaf menghembus nafas, lega.

"Farrel ni. Dahlah tinggalkan saya tiba-tiba je semalam--"

Baru saja Aisy hendak perbetulkan baringan, mengiring membelakangi suaminya, secara tiba-tiba bahunya terasa pedih akibat luka yang masih basah.

"AWWW-" Terpejam kelopak mata seketika.

"Sayang.." Khalaf membantu gadis itu agar kembali selesa berbaring. Pipi mulus Aisy disentuh lembut beberapa kali, menenangkan isterinya.

"Marah?" Tenang nada suara lelaki itu menyoal. Direnung penuh sayang kedalam anak mata cantik gadis itu. Tampak mencebik wajah Aisy.

"Nak aku ye? Ni depan mata. Pandang sini--"

Aisy mengalihkan pandangan ke wajah suaminya. Lama juga dia melarikan anak mata ke arah dinding tadi.

"I'm sorry, Aisy. Bukan maafkan aku disebabkan tinggalkan kau macamtu je, but for everything. Termasuklah dengan apa yang kau dengar si Irfan tu cakap dekat Della."

"Kau tak patut terlibat pun, sayang. Maafkan aku sebab itu jadinya punca kau cedera macam ni." Berkali-kali Khalaf mengulang perkataan maaf. Tidak sanggup dia melihat gadis kesayangannya luka sana sini.

"Saya maafkan Farrel--" Lembut Aisy bertutur.

"Irfan tu siapa pada Della? Boyfriend ke?" Masih teringat akan kata-kata lelaki itu menyebut tentang dirinya terhadap Fredella pada kejadian tersebut.

"Ex boyfriend. Dulu Irfan kerja dibawah aku, tapi aku benci dia berpunca sejak Della digunakan."

"Sayang, aku taknak cerita pasal ni dah boleh?"

"Okey.." Terukir senyuman nipis dibibir Aisy. Lega mendengar sedikit penjelasan itu.

"Aisy rindu Harizz lah--" Sekian lama dia tidak berjumpa dengan adik lelakinya seorang itu. Tidak pernah dia berjauhan selama ini.

"Dah discharge nanti kita balik rumah mama." Puncak hidung isterinya dikucup.

"Hah, Farrel!"

"Aduh!!" Berkerut dahi Aisy akibat terlalu lasak dia hendak mengubah posisi baringan.

"Aisy Melina--" Tegas nada suara Khalaf. Kepala digelengkan laju. Degil betul.

"Apa yang seronok tiba-tiba ni? Ada apa?" Hairan lelaki itu melihat wajah isterinya yang tersengih seperti kerang busuk.

"Be-besok, hari jadi Harizz. Dia suka kek coklat."

"Ya nanti aku uruskan. Cuba behave, geram betul."

"So-sorry la. Tak sengaja la Farrel--" Aisy menundukkan pandangan.

"Tuan Muda, aku dah sediakan kereta dekat luar." Qayyum berdiri di tepi sofa yang dimana Tuan Mudanya duduk, di sudut bilik wad peribadi itu.

"Okey. By the way thanks, pandai kau hack balik file yang aku nak tu." Khalaf menghulurkan iPad yang penuh dengan info itu pada Qayyum semula.

"Betul, tak sia-sia aku suka hack akaun sosial media orang selamani--" Selamba lelaki itu mengajak Tuan Mudanya berborak. Sambil tangan menyambut huluran iPad.

"Qayyum Darwish."

"Nak aku mengadu dekat mak kau ke?" Renungan tajam memandang wajah anak buahnya seorang itu.

"Oo-okey, okey aku keluar dulu Tuan Muda Khalaf."

"Sama-sama."

Tergelak kecil Khalaf melihat air muka Qayyum berubah serta merta. Lelaki itu laju mengatur langkah ke pintu lalu beredar keluar dari wad peribadi tersebut.

Usai itu, Khalaf bangun lalu menapak ke arah katil Aisy. Dari tadi isterinya memerhatikan dia dari jauh. Sungguh gadis itu faham akan kerjanya.

"Tak tukar baju lagi? Taknak balik ke?"

"Saya tunggu awak ke-keluar. Baru saya nak tukar--" Membahang rasa di pipi Aisy apabila disoal dengan soalan itu.

"Aku tukarkan."

Baru sahaja hujung baju isterinya hendak diangkat terlebih dahulu tangannya ditepis oleh gadis itu.

"Fa-Farrel. Saya buat." Laju Aisy ingin membuktikan yang dia mampu hendak menyalin baju sendiri. Tidak mahu menyusahkan lelaki itu.

"Ha cepat salin. Aku tengok--"

Apakan daya Aisy hendak berikan alasan yang kukuh. Terpaksa dia menaikkan baju perlahan-lahan. Sampai saja paras bahu terasa sakit seketika apabila balutan luka tersentuh.

"Sa-sakit!" Kembali jatuh hujung bajunya.

"Wait perlahan-lahan--" Tampak risau wajah Khalaf melihat isterinya.

Tanpa mengendahkan Aisy yang dari tadi bantah dari dibantu, terus dia menyambung menanggalkan baju gadis itu. Sempat selimut ditarik melapik bahagian dada isterinya.

Selesai baju ditanggalkan. Sweatshirt yang bewarna hitam miliknya dihulurkan buat Aisy.

"Okey ni Aisy buat sendiri. Farrel pandang sana kejap--"

"Sakit nanti. Dengar cakap suami dapat pahala, Aisy."

Mencebik gadis itu apabila Khalaf masih ingin membantunya. Sweatshirt tadi perlahan-lahan dia sarungkan ke tubuh. Tangan Khalaf masih bertahan menahan selimut tebal pada bahagian dadanya tadi. Sehinggalah selesai.

"Kakak!" Harizz mendekati Aisy yang berada di sofa ruang tamu. Teruja dia apabila Tengku Rossa mengatakan kakaknya seorang itu telah pulang.

"Harizz, jangan lari--" Aisy mendepakan tangan, bersedia hendak memeluk Harizz.

"Yey kakak balik!" Budak lelaki itu terus memeluk.

"Rizz, ka-kakak sakit sikit" Aisy membetulkan dakapannya. Tidak mahu berlaga luka pada bahu, yang masih basah.

"Ha? Kakak sakit? Siapa buat--" Harizz meleraikan pelukan. Dia menilik bahu kiri gadis itu. Usai itu diusapnya perlahan.

"Abang buat." Apabila didapati Khalaf menerpa ke arah mereka, sengaja dia menunjuk lelaki itu.

"Abang Arel buat? Taknak kawan." Harizz melabuhkan punggungnya ke atas riba Aisy. Cemberut wajahnya.

"Kakak kau tipu la. Takkan aku nak cederakan isteri sendiri Harizz.." Khalaf menggeleng kepala. Dia turut duduk di tepi kedudukan isterinya. Rambut budak lelaki itu diusapnya beberapa kali.

"Selamat hari lahir little boy. Semoga membesar dengan sihat. Aku sayang kau, sebagai seorang abang." Khalaf mengukir senyuman nipis.

"Aisy--"

"Minum air ni, mama buat."

Tengku Rossa yang baru keluar dari dapur, membawa segelas air teh hijau ke arah ruang tamu.

"Duduk atas aku, Rizz." Khalaf mengangkat Harizz lalu dibawa ke atas pangkuannya pula. Tidak mahu budak lelaki itu mengacau si isteri.

"Terima kasih mama." Senyuman manis dihadiahkan buat Tengku Rossa oleh Aisy.

"Mana Della?" Khalaf menyoal mamanya.

"Tidur. Hujung minggu, nak kemana je--" Jam pada dinding dikerling sekilas, 11 pagi. Sudah dia hafal waktu anak perempuan bongsunya seorang itu buat pada waktu-waktu begini.

"Ehem." Tengku Rossa berdehem, menyapa anak lelakinya kembali. Ingin menyampaikan sesuatu.

"Kek coklat tu mama dah buat. Jadi ke malamni?"

Melihat Khalaf menganggukkan kepalanya laju, serta merta dia faham. Khalaf kembali mengalihkan pandangan ke arah Aisy disebelah.

"Sayang, jum masuk bilik. I want a hug." Selamba lelaki itu.

Tersedak gadis itu, mujur tidak tersembur. Terasa perit air ditelan. Membuntang mata melihat riak wajah kosong suaminya.

"Abang Arel suka curi kakak." Memuncung bibir Harizz melihat Khalaf mengusik kakaknya.

"She's mine, little boy.." Sengaja Khalaf memicit lembut puncak hidung budak lelaki itu.

"Aisy nak duduk sini. Farrel kalau penat, naik dulu. Nanti kemudian saya naik--" Aisy meletakkan gelas yang masih bersisakan air itu ke atas meja. Sekilas Tengku Rossa yang sedang tersenyum-senyum itu dipandang.

"Okey."

"Jum ikut aku jalan-jalan naik motor--" Khalaf mengangkat tubuh kecil Harizz lalu dibawa beredar dari situ.

"Rizz nak aiskrim!" Jelas kedengaran kuat lontaran suaranya.

Continue Reading

You'll Also Like

2M 88.5K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
1.1M 54K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
28.2K 1.1K 13
"KAU SIAPA NAK KONGKONG AKU?" "AKU KAU PUNYAA......." " tolong aku dah tak larat" epsido:10/10 Status Story: Complete Idea by : Kookie_knin Edit by...
1.2M 14.1K 13
Sudah terbit b| Ada 10 bab pertama sahaja. [ Karya pertama dari Hyzwayne ] ⚠️[NEW VERSION]⚠️ 𝓐ଘꗃ⋆﹅ꕤ ℒ⋆ꕤଘ𓂅ǂ⊹ "YOU WANNA KNOW WHO I'M IN LOVE WITH...