FARREL'S BOO©️

By nabilllss

4.1M 227K 23.2K

KF SERIES VOL 1 [ karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan & takkan di-edit semula sebabnya malas ] ↳... More

𝐅𝐚𝐫𝐫𝐞𝐥'𝐬 𝐁𝐨𝐨
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°
°∘∘51∘∘°
°∘∘52∘∘°
°∘∘53∘∘°
°∘∘54∘∘°
°∘∘55∘∘°
°∘∘56∘∘°
°∘∘57∘∘°
°∘∘58∘∘°
The End | 59
°∘ Special chapter∘°

°∘∘21∘∘°

75.5K 3.9K 321
By nabilllss

"Hampir separuh financial files, Robert dapat hack. Budak lelaki yang dia hantar masuk office kelmarin ada bagitahu, yang selagi company tu tak jatuh dekat tangan dia, selagi tu dia akan buat gangguan--" Panjang lebar Aaren menjelaskan.

"SERABUT!--" Tengking Khalaf. Dihentak kuat meja kerja didalam bilik peribadi itu.

"Dia dah bunuh papa aku, sekarangni nak kaut semua harta papa pulak?!"

"That old man is counting the days to die--" Mata dipejam rapat beberapa saat. Lelaki itu menggenggam jarinya, bagaikan penumbuk.

Fareez diam menyepi takut hendak bersuara. Lelaki berkacukan cina itu berdiri ditepi sahabatnya, Aaren. Wajah Tuan Mudanya yang sedang membengis lama direnung.

"Suruh Qayyum hack balik semua file tu. Aku tahu sebelum besok pagi, mesti dapat." Khalaf kembali membuka kelopak mata. Sekilas kedua-dua anak buahnya itu dipandang.

"Okey." Aaren mengangguk kepala, tanda faham dengan arahan itu. Tidak berani lelaki itu hendak membantah.

"Fareez. Kau perhatikan Irfan untuk aku, selalu. If I want information about him, I want it immediately and quickly."

"Faham?" Renungan tajam diberikan oleh Khalaf.

"Aku faham Tuan Muda Khalaf--" Laju Fareez menjawab.

"Good. Keluar--" Khalaf melabuhkan punggung ke atas kerusi kerjanya. Tubuh tegap disandarkan seketika, bertenang.

Dalam hanya beberapa saat, Aaren dan Fareez segera menapak keluar dari bilik peribadi Tuan Muda mereka apabila disuruh. Pintu kembali ditutup, tidak mahu sesiapa mengganggu Khalaf pada waktu itu.

"Habislah orang tua tu Aaren.."

"Yea..Robert sta per morire." (Yea..Robert is going to die)

Sedikit sebanyak perbualan antara Fareez dan Aaren sewaktu hendak menurun anak tangga rumah agam yang megah itu.

"Aku nak kena pergi markas, cari Qay. Apa-apa beritahu." Sempat Aaren memberitahu sahabatnya seorang itu sebelum pintu utama dibuka.

"Aku pun--" Langkah Aaren turut diikuti oleh Fareez dari berlakang.

"Apa kauni. Stay sini lah, kerja nak sibuk je--" Terhenti pergerakan Aaren hendak membuka pintu. Tubuhnya serta merta berpaling menghadap Fareez.

"Ha itula. Lama sangat buat mission sana sini, sampai jadual dah tukar pun taktahu--" Sengaja Fareez menampar kuat bahu Aaren.

"Hah dah tukar? Kenapa?" Berkerut dahi lelaki itu.

"Setiap waktu privasi Tuan Muda Khalaf dengan Cik Muda Aisy, kita tak boleh sesuka hati masuk. Kau jangan buat hal, dia tengah marah tu. Kalau aku duduk sini ada juga tangan aku patah karang."

Terkekeh-kekeh Aaren mendengar Fareez membebel. Dia hanya lontarkan satu soalan saja, yang dijawab sepuluh.

"Gelak-gelak. Keluarlah cepat, kau nak tercegat depan ni sampai bila--" Fareez mengomel. Kasar dia menolak bahu sahabatnya ketepi. Pintu utama rumah agam tersebut dibuka secara perlahan-lahan.

"Mulut cina bukit ni memang kerja membebel.." Aaren menghabiskan sisa tawa seraya kaki melangkah mengekori Fareez, berlalu keluar dari rumah agam itu.

Bagaimana tingkah laku si abangnya Evren, begitulah turun perangai itu ke adik. Suka mengusik, tidak pernah serius, malah suka menyakitkan hati.

"Cik Aisy tak tidur lagi ke?" Bergegas Aida berjalan menuju ke ruang tamu, dimana menempatkan Aisy. Ralit dia membetulkan beg galasnya.

"Belum, saya taktahu nak buat apa, bosan--" Tersenyum nipis Aisy.

"Eh Kak Aida nak pergi mana malam-malam ni?" Terangkat kening gadis itu melihat Aida masih membetulkan beg galas dari tadi.

"Kak Aida nak balik dah. Kenapa Cik Aisy? Ada nak saya tolong apa-apa?" Aida mengalihkan pandangan ke arah gadis itu.

"Takda. Tapi kenapa Kak Aida kena balik?"

"Sebab jadual kami dah bertukar. Tuan Muda Khalaf dah aturkan waktu baru untuk Kak Aida bekerja."

"Lagipun mesti Cik Aisy nak luangkan masa dengan Tuan Muda, kan?" Tergelak kecil Aida melihat wajah Aisy yang terkebil-kebil.

"Haah.. Yelah" Tersipu malu dibuatnya Aisy menjawab. Sudah sedia maklum suaminya beritahu yang jadual anak-anak buahnya akan ditukar disebabkan privasi mereka.

"Kak Aida balik dulu lah ye. Kalau Cik Aisy lapar, makanan semua ada atas meja--" Bahu Aisy diusap lembut sebelum dia menapak menjauhi ruang tamu.

"Terima kasih Kak Aida." Senyuman lebar diukir. Setiap langkah Aida direnungnya.

Usai dalam beberapa minit, suasana di dalam ruangan itu sunyi tanpa suara lagi. Sekilas jam yang berada di dinding dipandang. Sudah menunjukkan pukul 10 malam. Dari tadi batang hidung Khalaf tidak muncul di hadapan Aisy.

Selesai Khalaf merehatkan diri, terus lelaki itu terperap di dalam bilik peribadi, sehinggalah sekarang. Aisy memahami waktu suaminya sedang sibuk.

Jika Fareez, Aaren, Qayyum mahupun anak-anak buah yang lain berada di dalam bilik peribadi tersebut, pasti Aisy tahu yang Khalaf sedang menyelesaikan kerja ataupun hal-hal yang penting.

Memandangkan kelibat Khalaf masih tidak muncul, dengan perlahan-lahan dia bangun dari duduk. Langkah diatur menaiki anak tangga. Bilik peribadi suaminya dituju pada waktu itu.

Kali ini Aisy tidak mengetuk pintu bilik peribadi tersebut. Pintu dibuka perlahan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi berlaga. Kaki mula melangkah masuk.

"Faa-Farrel.." Takut-takut Aisy menyapa suaminya. Jelas dimatanya melihat Khalaf sedang fokus menilik beberapa helaian kertas.

"Aisy? Tak tidur lagi?" Serta merta pandangan Khalaf beralih ke arah isterinya. Tidak dia sedari entah pada bila masa yang pintu bilik itu dibuka.

"Saya.."

Berkerut dahi Khalaf melihat Aisy yang seperti susah saja mulut hendak bersuara.

Lantas Khalaf bangun dari kerusi kerjanya. Lelaki itu menapak ke arah isterinya. Pinggang ramping Aisy ditarik lembut lalu dirapatkan pada tubuh tegap.

"Why? Takut dengan aku ke?" Wajah gadis itu yang tertunduk-tunduk dia naikkan bersama jari kasarnya.

"Aku minta maaf sebab lambat turun. Ada perkara penting tadi."

"You wait for me, hm?" Sambung lelaki itu lagi. Direnung penuh lembut anak mata isterinya.

Terukir senyuman nipis dibibir Khalaf melihat Aisy menganggukkan kepala. Seperti yang dia tahu, Aisy pasti akan mencari keberadaannya jika kelibat dia tidak muncul-muncul.

"Kenapa muka macam aku ni nak telan kau je?" Jelas wajah Aisy dari tadi masih tampak takut-takut.

"Se-sebab awak nampak macam serius je.. Saya takut lah--"

"Itulah, tadi meminta aku serius kan? Ha inilah mukanya." Sengaja Khalaf membesarkan mata, menakutkan gadis itu.

"Farrel.. Janganlah" Aisy mencebik. Tangan suaminya yang berlingkar dipinggang, sengaja dia menampar lembut.

"Ngantuk?" Khalaf menutup mulut Aisy yang terbuka luas akibat menguap.

Belum sempat Aisy hendak menjawab, tubuh kecilnya telah diangkat kedalam dakapan suaminya. Pantas lelaki itu berjalan keluar dari bilik peribadi tersebut.

"Farrel.."

Tersentak Aisy apabila Khalaf bertindak meletakkannya di atas katil, malah dalam masa yang sama lelaki itu laju menindih tubuh kecilnya. Serta merta pergerakan gadis itu dikunci oleh Khalaf.

"Farrel awak berat lah--" Terasa sesak Aisy hendak bernafas. Lebih-lebih lagi wajah Khalaf hanya seinci dari hidung mancungnya.

"Berat? Oh kejap." Tubuh kecil isterinya kembali dicempung sebelum dia berbaring di atas katil itu.

Posisi mereka bertukar, Khalaf mengangkat Aisy, lalu dia naikkan ke atas tubuh tegapnya. Serta merta bahagian depan tubuh Aisy melekap pada dada bidang suaminya.

Tecengang seketika gadis itu apabila menyedari yang pada waktu itu dia sedang berbaring di atas Khalaf. Anak mata bertembung.

"Takda siapa boleh baring dekat sebelah ni. Atas aku je boleh--" Sengaja Khalaf menepuk bantal disebelah.

"Khalaf--" Spontan Aisy tersebut nama pertama.

"Hah apa dia tak dengar?"

"Farrel awak tak lenguh ke sa-saya baring atas awak ni?--" Tergagap gadis itu bertutur. Sedaya upaya dia menahan bibirnya dari tersenyum.

"Tak sayang. Tonight, we sleep in this position." Puncak hidung Aisy dikucup lembut.

"Saya ma-malu lah Farrel.." Terasa janggal apabila suaminya bertindak menaikkan selimut menutupi tubuh mereka bersama.

"Letak kepala--" Khalaf menyuruh Aisy agar menyelesakan baringan.

Perlahan-lahan gadis itu meletakkan kepala di atas dada bidang suaminya. Baringan semakin dibetulkan agar lebih selesa. Begitu juga dengan Khalaf.

"Stay in my arms sweetheart--" Tubuh kecil isterinya semakin di eratkan kedalam dakapan. Beberapa kali ubun-ubun rambut Aisy dikucup.

"Kejutkan aku subuh ya sayang." Perlahan-lahan kelopak mata sengaja dipejamkan.

"Okey Farrel--"

Beberapa minit selepas itu jelas dengkuran perlahan suaminya didengari. Menandakan Khalaf telah lena dibuai mimpi.

Lengan kanan Khalaf diusap lembut. Setiap balutan pada lengan lelaki itu disentuhnya. Terasa hangat pelukan yang diberikan oleh Khalaf pada pinggang.

"Farrel.."

"Saya risau tengok tangan awakni-"

Aisy tahu yang Khalaf tidak mendengar apa yang dia luahkan. Mungkin benar kata Khalaf, dia memang sudah terbiasa terkena peluru tembakan.

"Semoga Allah lindungi syurga depan mata saya ni. Aisy sayang Farrel.." Terus menerus usapan pada balutan luka itu.

Kantuk mula menyelubungi diri. Tidak lama selepas itu Aisy turut terbuai lena, nyenyak. Selesa tidurnya apabila berada disisi Khalaf.

Continue Reading

You'll Also Like

5.9K 449 33
No. 1 in #Toxic No. 1 in #Bucin Adrasta. Sebut saja namanya pasti digeruni semua pelajar-pelajar di SMK Bima Sakti. Layaknya seorang Ketua Geng Motor...
827K 33.3K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
552K 30.5K 46
⚠️ WARNING ⚠️ - CERITA INI TIDAK SESUAI UNTUK BUDAK BAWAH UMUR SEBAB DALAM STORY NI ADA SCENE YANG TIDAK ELOK! *BUKAN SCENE L*CAH YA 🥹* - KALAU AWAK...
5.6K 527 15
[SHORT STORY] "Awak janji yang awak tak akan abaikan saya walaupun apa pun yang terjadi? Awak janji yang awak akan sentiasa ada dengan saya walaupun...