3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]

By Yasmyns_Dahlia

302K 26K 10.9K

Dua bulan hidup di bumi Ireland, cukup membuatkan Marissa merasai bahagia yang pernah hilang dahulu. Demi ana... More

PROLOGUE | DENDAM CINTA 2
BAB 1 | DENDAM CINTA 2
BAB 2 | DENDAM CINTA 2
BAB 3 | DENDAM CINTA 2
BAB 4 | DENDAM CINTA 2
BAB 5 | DENDAM CINTA 2
BAB 6 | DENDAM CINTA 2
BAB 7 | DENDAM CINTA 2
BAB 8 | DENDAM CINTA 2
BAB 9 | DENDAM CINTA 2
BAB 10 | DENDAM CINTA 2
BAB 11 | DENDAM CINTA 2
BAB 12 | DENDAM CINTA 2
BAB 13 | DENDAM CINTA 2
BAB 14 | DENDAM CINTA 2
BAB 15 | DENDAM CINTA 2
BAB 16 | DENDAM CINTA 2
BAB 17 | DENDAM CINTA 2
BAB 18 | DENDAM CINTA 2
BAB 19 | DENDAM CINTA 2
BAB 20 | DENDAM CINTA 2
BAB 21 | DENDAM CINTA 2
BAB 22 | DENDAM CINTA 2
BAB 23 | DENDAM CINTA 2
BAB 24 | DENDAM CINTA 2
BAB 25 | DENDAM CINTA 2
BAB 26 | DENDAM CINTA 2
BAB 27 | DENDAM CINTA 2
BAB 28 | DENDAM CINTA 2
BAB 29 | DENDAM CINTA 2
BAB 30 | DENDAM CINTA 2
BAB 31 | DENDAM CINTA 2
BAB 32 | DENDAM CINTA 2
BAB 33 | DENDAM CINTA 2
BAB 34 | DENDAM CINTA 2
BAB 35 | DENDAM CINTA 2
BAB 37 | DENDAM CINTA 2
BAB 38 | DENDAM CINTA 2
BAB 39 | DENDAM CINTA 2
BAB 40 | DENDAM CINTA 2
-
BAB 41 | DENDAM CINTA 2
BAB 42 | DENDAM CINTA 2
BAB 43 | DENDAM CINTA 2

BAB 36 | DENDAM CINTA 2

6K 403 99
By Yasmyns_Dahlia

     *Republished*

     DARI luar Adam dah dengar riuh-rendah dalam bilik wad Marissa. Berkerut dahi juga dia. Baru tadi keluarga Marissa beransur pulang. Nak kata Harraz yang datang melawat, tak mungkinlah semesra itu mereka berborak.

Tidak mahu berteka-teki lagi, Adam tolak daun pintu wad tersebut. Seraut wajah pada mulanya manis kini perlahan-lahan bertukar kosong. Sepasang mata bersabung tajam dengan iris milik seseorang yang melawat Marissa pada hari itu.

"Langkah kanan awak hari ni, Adam. Marilah sini. Diana ada bawa buah tangan untuk saya. Jom makan sekali," pelawa Marissa, menggamit Adam agar duduk bersamanya dan Diana.

Menggarit senyuman sinis di balik bibir Diana. Memang sengaja dia datang pada waktu begini. Kerana Diana tahu, Adam akan menjenguk Marissa setelah tugasnya selesai. Dan seperti yang dijangka, Adam kini berada di depan mata.

"Jomlah join sekali, doktor. Saya memang bawa lebih makanan ni. Nak juga bagi doktor rasa air tangan saya." Seperti semalam, gemeresik suara Diana menyapa halwa telinga. Bersinar bebola mata wanita itu.

Tiada alasan untuk Adam menolak lagi kalau Marissa sudah bangun dan menarik tangannya untuk duduk sekali. Berat langkah, namun Adam terpaksa akur juga. Nampaknya, situasi begini akan sering dihadapi pada masa akan datang. Memang Adam dah jangka, cuma dia saja yang belum bersedia.

"Awak nak makan nasi atau pulut kuning?"

Soalan Marissa dibiarkan sepi. Dia ralit menekur meja di hadapannya. Niat mahu mengajak wanita itu turun ke kafe untuk mengisi perut terus terbantut bila muka Diana yang menyapa pandangan dulu.

"Doktor macam tak sudi je nak makan masakan saya ni? Makanlah, doktor. Kecil hati saya kalau doktor tak makan. Kalau doktor dah kenyang, jamahlah sikit." Nada Diana kedengaran seperti berjauh hati. Senyumannya turut terpamer kelat. Lakonan Diana memang tip top.

Dalam diam, Adam merengus geram. Rahangnya juga diketap, tapi seketika cuma. Dia tak boleh tunjuk reaksi yang berlebihan di depan Marissa. Gusar menimbulkan syak wasangka buat wanita itu. Jadinya, terpaksalah Adam memaniskan muka.

"Nasi."

Marissa angguk lalu menuangkan nasi bersama ayam masak merah di pinggan Adam.

"Cik Ris tak nak makan sekali?" Diana mempelawa. Ekor matanya sempat menjeling senyap-senyap pada Adam. Sudut bibir membentuk senyum tatkala makanan yang dibawa akhirnya dijamah oleh Adam.

"Takpelah, awak makanlah dengan Adam. Saya kena jaga makan." Sopan Marissa menolak. Bukan mahu menolak rezeki, tapi Adam sendiri sudah pesan agar dia menjaga makan selepas pembedahan. Marissa perlu akur. Lagipun, Adam seorang doktor. Jadi, lelaki itu lebih tahu mana yang baik untuk pesakitnya. Berani nak bantah cakap sang doktor?

"Macam-macam awak masak ni ada apa-apa ke? Siap dengan pulut kuning lagi. Tak nak cerita dengan saya?" Laju Marissa merapat ke arah Diana. Lama tak berbusybody begini.

Ketawa kecil, Diana menunduk segan. Marissa memang pandai meneka. Tak rugi dia datang melawat wanita itu bersama agendanya.

"Tak ada apa pun sebenarnya. Cuma happy sikit sebab buah hati saya akan balik Malaysia tak lama lagi." Memerah pipi Diana ketika menutur ayatnya. Mendongak sedikit kepalanya melihat reaksi Marissa.

Tulikan telinga, Adam buat-buat tak dengar apa yang perempuan yang dianggap gila itu bicarakan. Fokusnya cuma pada nasi dan ayam masak merah yang diratah. Perutnya tiba-tiba berlagu riang. Rezeki depan mata tak usah ditolak. Yang penting, perut kenyang.

"Amboi, ada buah hati rupanya awak eh? Saya ingatkan masih solo. Bila encik buah hati nak balik tu?" Menyenget bibir Marissa tersengih. Air sirap di dalam jug dituang ke dalam cawan.

"Sebenarnya saya dah kahwin, Cik Ris. Buah hati tu suami sayalah." Diana tersipu-sipu. Joran sudah ada, tinggal untuk memasang umpan saja.

Mati selera. Nasi dalam mulut rasa macam pasir yang melalui tenggorok. Panggung kepala, Adam pandang Diana. Tajam membunuh renungannya.

"Oh my God!" Tekup mulut, Marissa pandang Diana dengan rasa tak percaya. Baru hari nilah dia tahu yang gadis itu sudah berumah tangga.

"Bila?" Tak berkejip mata Marissa. Rasa terkejutnya masih tersisa. Patutlah selama ini Diana sering menolak jejaka-jejaka yang ingin mendekatinya. Alasan, katanya masih muda.

"Nak dekat setahun dah, Cik Ris. Saya minta maaf sebab tak jemput Cik Ris. Bukan apa, majlis tu buat kecil-kecilan je."

Adam mengawal diri agar tidak melenting. Hanya diam, telinga dipasang mahu mendengar apa lagi yang Diana ingin bualkan, pendustaan apa lagi yang mahu direkakan.

"Lagipun, saya memang nak kenalkan dia dengan Cik Ris. Tapi nampak gayanya, Cik Ris dah kenal kut." Menokok tambah, Diana jeling-jeling Adam yang duduk bertentangan dengannya. Terang, telinga Adam kelihatan merah menyala.

Muka Diana dipandang penuh minat. Agaknya, siapa gerangan yang dimaksudkan oleh Diana itu?

"He's a doctor, living in Ireland before this." Senada.

Sejurus itu, Adam terbatuk-terbatuk.

"Hah?" Buntang mata, Marissa terus kalih ke arah Adam. Cuma Adam saja satu-satunya doktor yang dia kenal semasa di Ireland dulu. Takkanlah suami Diana ialah Adam?

Damn it, Diana! Hati Adam berbisik keras. Berbahang sungguh dirasakan kala ini. Hanya menunggu masa untuk meletup saja.

Senyuman sinisnya enggan disorok. Merah padam wajah Marissa dan Adam. Yang pasti, umpan Diana hampir mengena. Itupun sudah cukup puas buatnya.

"Si... siapa namanya?"

Melirik sekejap ke arah Adam. Inilah masa yang dia nantikan.

"Doktor Adam." Tak teragak-agak, itulah jawapan Diana. Sekali gus, menaikkan darah Adam hingga ke kepala. Wajah Diana yang tak terbias langsung rasa bersalah direnung lama. Lidah bagai hilang kosa kata. Semerta, tangan mengepal kemas.

Kini, empat mata sedang merenung Adam. Marissa dengan pandangan penuh tanda tanyanya. Entah kenapa, hati terasa diramas-ramas. Adam tipu diakah selama ini?

"Betul tak, Doktor Adam?" Seperti menyimbah minyak ke dalam bara api, itulah perasaan Adam ketika ini. Keruh pada air muka Marissa buatkan hatinya tak tenteram. Pun begitu, Adam tetap diam tidak membalas.

Tak lama, Diana ketawa kecil. Bahunya terhinggut-hinggut mengawal gelak. Tangan mencelah masuk ke dalam beg tangan, mengeluarkan gajet mahalnya.

"It's not what you think, Cik Ris."

Marissa kebingungan. Berkerut-kerut dahinya.

"Doktor Adam yang saya maksudkan ialah lelaki ni. He's my husband. Bukan Doktor Adam yang kat depan saya ni." Telefon pintarnya dihulurkan kepada Marissa. Jelas terpampang gambar Diana bersama seorang lelaki yang sedang tersenyum manis memandang lensa kamera.

Seketika, Diana bertemu mata dengan Adam. Keningnya sengaja dijungkitkan tinggi. Berjaya memarakkan hati lelaki itu, Diana membuat gaya seperti menzip bibir.

"Fuh!" Tak sengaja, Marissa melepaskan helaan lega. Mati-matian dia ingatkan Adam ialah suami Diana. Tak dinafikan, hatinya merasa lapang selepas melihat gambar yang ditunjukkan Diana tadi. Mujurlah bukan Adam orangnya.

Adam pula masih kekal mengunci mulut. Namun dalam kepala, dia cuba mentafsir taktik Diana tadi. Apa sebenarnya permainan gadis itu?

"Sorry Cik Ris. Saya saja buat macam tu tadi. Macam mana, berdebar tak?" Menyengih Diana. Apa yang dia buat sekarang ni baru sikit.

"Mana taknya, Diana. I thought he's someone's husband!" Telunjuk terarah pada Adam. Air sirap di atas meja diteguk, menghilangkan debar yang tadi menyinggah.

Bahu Adam mengendur spontan. Selepas itu, matanya berlari meneliti segenap wajah Marissa. Dia tersenyum sedikit kesal. Diana... licik sungguh perempuan itu!

"Kebetulan nama dia orang sama. Masa awal kahwin hari tu, husband terpaksa posting kat Ireland. Itu yang semalam dia call, katanya hujung bulan ni dia akan balik Malaysia. Isteri mana yang tak happy bila suami ada kat depan mata, kan?"

Berbalas tatatapan, namun renungan berubah tajam. Diana dipandang seperti semut api. Dapat dirasakan bebola matanya menembus sehingga di belakang kepala.

"I have to go now." Tak betah berlama di situ lagi, Adam bangkit berdiri. Kini, retinanya terpasak di wajah Marissa. Menguntum senyum, kepala disengetkan sedikit. Tika itu, wajah Marissa berada betul-betul dekat dengan mukanya.

"Take care." Aura, gaya dan layanan Adam berubah total.

Diana mengawal perasaan. Ah, lelaki itu sengaja menyakiti hatinya. Bibir digigit kuat, skirt yang dipakai diramas geram.

"Btw Miss Diana, thank you for the  food," senyum Adam sebelum kembali mempamer riak kosong.

Selang beberapa minit, Adam meminta diri meninggalkan Marissa bersama Diana. Satu jelingan yang penuh amaran dilemparkan ketika kakinya dengan sengaja dipasak di hadapan tubuh Diana. Hanya amaran melalui mata, belum mampu untuk diluahkan melalui bicara.

"Nampak yang dia sayangkan Cik Ris." Buat sementara ini, rasa sakit hati itu perlu Diana pendam dulu.

Marissa tersenyum-senyum mendengarnya. Dia tak buta untuk melihat semua itu. Layanan Adam terhadapnya jelas menunjukkan yang dirinya dianggap lebih dari seorang kawan. Dan untuk keberapa kali, bibir dengan mudahnya melukis senyuman indah.

══════⊹⊱❖⊰⊹══════

     "WHAT the hell do you think you're doing?" Adam menjerkah. Sejurus itu, dia menolak kasar tubuh Diana ke dalam kereta miliknya.

"I buat apa, sayang?" Lengan Adam dirangkul, kepala dilentokkan di wilayah itu.

"Stop being innocent!"

Rahang terketap kuat. Pembuluh darah terketar marah. Adam masih bengang dengan sikap Diana tadi. Si gila itu seolah tidak mempunyai otak.

Terlepas ketawa mengejek dari bibir Diana. Lucu melihat muka garang Adam. Tapi tidak mengapa. Perwatakan Adam yang inilah yang mencuit hatinya. Attractive yet intimidating.

"I bukan buat benda yang salah pun. I cakap I dah kahwin. Salah ke I jujur dengan Marissa? You lupa yang kita ni sebenarnya dah bernikah?" Mahu bermain api, Diana terusan menggalaukan emosi Adam. Tanpa sedikit pun rasa bersalah, ditilik kukunya satu per satu.

Geleng kepala, dahi dipijat kuat. Tak pernah ada satu pun perkataan yang keluar dari bibir Diana yang menyenangkan sang hati. Kalau ini yang perlu Adam hadap hari-hari, tak mustahil tekanan darahnya boleh naik mendadak. Stres, tertekan! Ah, semuanya sekali.

"I minta satu je kat you, Diana. Jangan ganggu Jasmine. She has nothing to do with you. Please, I beg you." Lelah, bahu Adam jatuh. Kelopak mata dikatup rapat, cuba mengosongkan ruang padat dalam dadanya.

Diana menjeling angin. Langsung tak terkesan dengan nada yang kedengaran merayu itu.

"Oh, I'm sorry for disappointing you, Doctor Adam. Permintaan yang itu, I tak dapat nak tunaikan. For your info, I takkan kacau orang kalau orang tu sendiri tak ganggu hak milik I. What's mine is mine. I don't share. Bear in your mind, Adam."

Adam menghela nafas panjang sambil cuba menenangkan diri. Perlakuan Diana dirasakan amat melampau.

"And I akan buat apa saja asalkan you and Marissa takkan bersama! Itu janji I!"

Celik mata, Adam kalih wajah lalu ditentang tajam raut wajah milik Diana yang kelihatan bersahaja, juga boleh dikatakan selamba. Rahangnya mengeras dan bergerak-gerak tanpa disedari, menampung rasa yang sukar dierti.

"Are you nuts?"

Ketawa kecil yang pecah sengaja dibuat-buat. Diana tutup bibir dengan hujung jemari. Entah lelucon apa yang digelakkan.

"Cakaplah apa pun yang you nak cakap. I don't give a damn. If you tak nak Marissa disakiti, then jauhkan diri you daripada dia." Pipi Adam dielus-elus. Ah, suka benar dia kerana dapat mendominasi keadaan diantara mereka tika ini.

Tiada sebarang bunyi yang terbit dari bibir Adam. Matanya merenung kosong sebuah ambulan yang berhenti betul-betul di hadapan emergency center. Kelihatan kelam-kelibut para doktor dan jururawat ketika itu.

"Diana, you mesti tak nak orang tahu kan siapa you sebenarnya?" Dari ekor mata, Adam nampak wajah Diana lambat-lambat bertukar riak. Jika si gadis mula bersikap keterlaluan, Adam perlu mencari jalan.

"You were saying?" Debar di dada menemui kemuncaknya tatkala Adam berpaling ke arahnya. Liur tersekat di celah tenggorok.

"What if I bagitahu satu dunia siapa sebenarnya you, Diana? You mesti tak suka orang pandang serong pada you, kan?"

Provokasi Adam hampir menjadi bila mana bawah bibir wanita itu hampir terkoyak akibat digigit kuat. Diana bersungguh-sungguh mengetap bibirnya. Terbakar rona kulit si gadis dengan ancaman Adam yang tak bertapis.

"Don't you dare, Adam!" Refleks, Diana memekik.

"You yang cabar I!" Tak turut kalah, ton suara melantun ke bumbung langit.

Diana mencerun tajam ke arah Adam. Licik lelaki itu memetik satu-satunya kelemahan yang dia ada. Tidak jalan dengan amaran yang diberi, kini Adam menggunakan taktik mengugut pula.

"You stupid jerk!" Memaki tanpa peduli siapa di hadapannya tika ini. Tangan naik ke udara, bersedia mahu melempang lelaki itu. Seinci lagi, pergelangan tangan Diana direntap tanpa simpati. Siapa yang peduli kalau si gadis disakiti? Memang itu yang layak Diana terima.

"Stay away from Jasmine or else, I akan bongkarkan rahsia you satu per satu. Remember, don't you dare do that again or you'll be sorry. You kenal kan siapa Adam Benjamin? I cakap, I buat." Tenang Adam memberi amaran, merujuk kepada perbuatan Diana di wad tadi. Selepas itu, cengkaman pada pergelangan tangan si gadis dilepaskan.

"I tak suka berkeras dengan perempuan. Tapi you, betul-betul dah melampau." Keluhan dihela kasar. Berat bunyinya, seakan tengah menampung beban yang membukit.

Diana tunduk memegang kepala. Rambutnya dicengkam kuat. Kusut dengan situasi sekarang ini. Sekejap cuma, Adam mula bijak mengawal semula aturan hidupnya.

"Balik, Diana. Tenangkan hati you."

Sejurus itu, Adam meloloskan diri dari perut kereta. Tak berpaling langsung ke arah Diana yang sedang memerhati setiap derap kakinya. Berang sambil menghantar figura Adam yang kian menghilang.

"Argh! Tak guna betul! Rosak semua rancangan aku!"

══════⊹⊱❖⊰⊹══════

Actually dlm bab ni dh bagi satu hint Diana ni siapa. Cuma korang perasan atau tak aje 🙈

Before leaving, don't forget to hit the star!

Pstt... korang masih nk Marissa bersama Adam? 😆

Adios!

Continue Reading

You'll Also Like

395K 19.7K 66
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
36.5K 2.8K 53
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
164K 6.4K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
53.4K 5.7K 34
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...