FARREL'S BOO©️

By nabilllss

4.1M 227K 23.2K

KF SERIES VOL 1 [ karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan & takkan di-edit semula sebabnya malas ] ↳... More

𝐅𝐚𝐫𝐫𝐞𝐥'𝐬 𝐁𝐨𝐨
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°
°∘∘51∘∘°
°∘∘52∘∘°
°∘∘53∘∘°
°∘∘54∘∘°
°∘∘55∘∘°
°∘∘56∘∘°
°∘∘57∘∘°
°∘∘58∘∘°
The End | 59
°∘ Special chapter∘°

°∘∘19∘∘°

79.6K 3.8K 348
By nabilllss

Selesai saja makan malam, Aisy dibawa bersiar-siar oleh Tengku Rossa di kawasan luar rumah agam. Taman bunga dilalu dengan angin malam yang sejuk dan tenang. Mereka bersenang-senang di atas garden bench yang terletak khas di sudut taman bunga tesebut.

"Tok Ma bagitahu yang kaki Aisy tertusuk kaca, meh mama nak tengok—"

"Dah okey dah mama. Takdalah teruk mana," Tersenyum nipis Aisy melihat wanita itu ralit memerhati kaki kirinya.

"Mama risau yelah kan si Puteri tu yang buat kaki kamu ni.." Air muka Tengku Rossa jelas tampak sedikit kelat. Diusapnya peha Aisy, lembut.

"Mama kalau Aisy tanya, mama jangan fikir bukan-bukan ya?" Teragak-agak gadis itu hendak menyoal.

"Aisy, tanya je. Mama jaranglah nak marah-marah.." Berkerut dahi Tengku Rossa.

"Puteri ada apa-apa ke dengan Farrel sebelum ni? Sebab Aisy rasa macam dia tak suka kan—"

"Meh mama explain.." Terlebih dahulu wanita itu memotong ayat Aisy.

"Puteri ni sukakan Farrel dari dulu lagi. Banyak kali dia minta Paklong suruh mama pujuk Farrel." Panjang lebar Tengku Rossa menerangkan. Wajah Aisy direnung penuh lembut.

"Salah Aisy ke mama sebab—"

"Tak sayang. Farrel ni lain. Berbeza sangat dengan lelaki lain. Dia takkan sesuka hati mulakan perbualan dengan perempuan." Wanita itu mengusap pula tangan Aisy, menenangkan gadis itu.

"Maksud mama?" Terkebil-kebil Aisy, cuba memahami apa yang disampaikan oleh Tengku Rossa tadi..

"Farrel taksuka benda yang remeh temeh. Farrel akan hanya bercakap dengan orang tu, kalau dia rasa orang tu penting je bagi dia. Maksud mama, Aisy adalah orang yang penting dalam hidup dia."

"Once you become his wife, he will not let anyone hurt you Aisy.." Senyuman nipis terukir pada bibir Tengku Rossa.

Sebaik sahaja Aisy mendengar satu persatu ayat yang diluahkan dari wanita itu, matanya mula berkaca.

"Farrel baik. Dia tak pernah salahkan Aisy masa Sumayyah meninggal dunia. Aisy cuai sebab biarkan adik..."

Terhenti disitu apa yang hendak dikatakan oleh Aisy akibat tidak dapat dia menahan air mata yang mula berjurai membasahi pipi. Lantas Tengku Rossa menarik tubuh kecil gadis itu kedalam dakapannya. Wanita itu mengusap lembut bahu gadis itu, lama.

"Sebab Farrel sayangkan Aisy. Allah takdirkan jodoh kamu berdua, jadi Aisy jangan kisahkan lagi si Puteri tu ya.."

"Takda siapa yang salah. Sumayyah tunggu kita dekat syurga ya sayang? Pujuk wanita itu.

Tengku Rossa sungguh memahami apa yang dilalui oleh menantunya seorang itu. Bagai apa yang dipendamkan oleh Aisy, terlebih dahulu dia membaca isi hati gadis itu. Dakapan semakin dieratkan.

"Terima ka-kasih mama. Aisy sayang mama macam ibu Aisy sendiri," Terasa ringan beban yang ditanggung selama ini.

Sungguh Aisy bersyukur dia ditemukan dengan Khalaf, malah Tengku Rossa tidak ubah melayannya seperti anak perempuannya sendiri.

"Farrel sakit kepala ke?" Tampak risau Aisy pada waktu itu melihat Khalaf telahpun berbaring di atas katil. Mata lelaki itu tertutup rapat. Sengaja dia mengusap dahi bersih suaminya.

"Cuddling with you would be perfect right now.."

Tersentak gadis itu apabila Khalaf masih mampu menjawab soalan walaupun mata masih tertutup. Tersenyum nipis Aisy mendengar pernyataan Khalaf. Lama sangat ke borak dengan mama tadi? Dengus hatinya.

"Awak tak tidur lagi, tunggu saya ke?" Lembut Aisy menyoal.

"Selagi kau tak tidur, aku takkan tidur.." Kelopak mata dibuka perlahan-lahan oleh lelaki itu. Wajah isterinya direnung penuh minat.

"Okey jom tidur." Aisy meletakkan kepalanya pada bantal. Dia berbaring secara mengiring menghadap suaminya. Usapan pada dahi lelaki itu telah dihentikan.

"Sayang.." Sengaja Khalaf menyentuh setiap inci bibir Aisy bersama jari kasarnya.

"Besok aku ada hal. Dah settle nanti aku jemput kau, lepastu kita balik rumah sana okey?"

"Farrel ada hal? Nanti saya bosan." Mencebik gadis itu hendak membantah.

"Sekejap je. Della kan ada kat sini, aku dah bagitahu mama, supaya besok pastikan yang kau ada aktiviti nak buat." Lembut lelaki itu menutur ayat.

"Kalau saya nak ikut awak boleh?" Aisy masih berdegil.

"Boleh."

Bersinar mata Aisy mendengar pernyataan tersebut.

"Tapi takut besok kau tak boleh berjalan pula. Sebab yelahkan malamni aku nak buat--"

"Farrel ni!" Cemberut wajahnya memotong ayat lelaki itu.

"Okey Aisy duduk rumah mama. Goodnight--" Serta merta Aisy menutup kelopak matanya rapat. Dia biarkan saja suaminya masih tersenyum-senyum mengusik dari tadi.

"Kan senang dengar cakap suami-- goodnight too sweetheart.." Laju Khalaf mengucup puncak hidung Aisy lalu turun pula pada bibir munggil gadis itu.

"Sini sikit, jangan nak keraskan badan tu--" Khalaf menarik pinggang isterinya lalu dibawa rapat ke bahagian dada tegapnya.

Usai menyelesakan baringan Aisy, lantas lelaki itu menaikkan pula selimut tebal sehingga menutup paras bahu mereka bersama.

Selesai dari solat subuh terus Khalaf bergegas bersiap-siap hendak keluar. Lelaki itu menapak ke arah katil. Jelas sekujur tubuh isterinya masih terbaring, lena dibuai mimpi.

Khalaf berdiri di bahagian sisi baringan Aisy di katil tersebut. Direnung penuh lembut wajah gadis itu.

"Takecare little dimples. Aku pergi dulu--" Sengaja dia menyentuh pipi mulus isterinya, lama. Khalaf mengucup pula bibir Aisy dengan lembut.

Beberapa minit selepas itu, lantas Khalaf mengatur langkah keluar dari bilik tidur. Keluar saja dari rumah agam Tengku Rossa, dia menapak pula ke arah kereta.

Dipandu perlahan kereta mewah miliknya itu, meluncur keluar dari perkarangan rumah agam tersebut.

ZAIM MELVIANO'S COMPANY

"Welcome back Khalaf Farrel--" Evren menyapa Khalaf.

Semua mata anak-anak buah yang lain memandang ke arah Khalaf yang baru saja melangkah masuk kedalam ruangan banggunan pejabat yang megah lagi mewah itu.

Pandangan Khalaf hanya tepat memandang sahabatnya, Evren. Lelaki itu sedang bersenang-senang di atas sebuah sofa empuk yang tersedia khas di suatu sudut.

"Takda angin ribut kau datang tiba-tiba je--" Terkebil-kebil wajah Evren.

"Sukahati. Aku CEO ke kau CEO?--" Khalaf melabuhkan punggung di atas sofa, salah satu berhadapan dengan sahabatnya itu.

"Yalah, company papa kau. Tapi tulah dua hari lepas aku yang takeover.."  Ada saja ayat yang hendak dibantah.

"Gaji masukkan? Banyak bunyi." Tegas nada suara Khalaf membidas bersama riak wajahnya yang mendatar.

"Betul jugak--" Ringkas jawapan Evren tetapi menyakitkan hati sahabatnya.

Khalaf membisu sebelum dia menghembus nafas berat, keluh. Namun tidak lama kemudian, pandangan mereka beralih ke arah Aaren yang baru saja melangkah masuk kedalam ruangan tersebut.

"Tuan Muda Khalaf--"

"Ada orang nak berjumpa dengan kau."

Terangkat kening Khalaf melihat ada seorang lelaki yang turut mengekori langkah anak buahnya dari berlakang.

"Have a sit--" Evren mengajak agar lelaki itu turut duduk di sofa yang masih kosong.

"Warum will er mich sehen, Aaren?" (Why does he want to see me, Aaren?) Tegas Khalaf menyoal.

"Dia kata sebab Tuan Muda Khalaf sendiri ada personal--" Aaren mendekati abang lelakinya, Evren.

"Stop there Aaren-" Sedikit tinggi nada suara Khalaf, menghentikan anak buahnya dari menghabiskan ayat.

"Aku bagi masa 1 minit, bagitahu apa tujuan kau datang sini." Lantas Khalaf berdiri lalu tubuh tegapnya serta merta menghadap kedudukan lelaki yang tidak dikenali itu.

"Kerja aku cuma satu. Bagi aku data company ni, kira semua selesai--"

"Atau kau nak tukar? Dari data, aku ubah ambil bini kau?" Senyuman sinis terukir dibibir lelaki itu.

Sebuah pistol ALFA defender dia keluarkan dari sebalik jaket yang dipakai lalu dihalakan ke arah Khalaf. Senyumannya semakin sinis.

"Jangan mention yang takda kena mengena, terutamanya isteri aku. Robert hantar kau betul tak?--" Menegang wajah Khalaf. Lelaki itu langsung tidak mengendahkan dimana pistol milik lelaki itu dihalakan.

"Kalau aku cakap dia hantar aku untuk bunuh kau sekali--"

PANGG PANG--

Terkejut semua yang berada disitu apabila lelaki itu bertindak mengacukan pistol tadi ke arah Khalaf. Jelas perluru menembus masuk lengan kekar kanan Khalaf pada ketika itu.

Tidak sesaatpun Khalaf bergerak, malah dia hanya membisu tanpa respon. Anak mata merenung tajam ke arah lelaki itu. Dia biarkan sahaja lengan kanannya yang baru ditembak tadi.

"Berani betul kau berdepan--" Evren yang tadi duduk dengan tenang, lantas dia bangun mendekati sofa yang diduduk oleh lelaki itu.

Sekali lagi ALFA defender dinaikkan, tetapi kali ini dihalakan ke arah Evren. Belum sempat lelaki itu bertindak menembak Evren, terlebih dahulu lehernya dicengkam oleh Khalaf lalu disentak naik ke atas.

"KAU TAHU KAU DUDUK DALAM TEMPAT APA SEKARANGNI?!"

"MASUK TAK BERADAB."

Terangkat tubuh lelaki itu apabila lehernya semakin disentak kuat oleh Khalaf. Pistol yang dipegang olehnya tadi turut dirampas kasar oleh Khalaf. Kemudian pistol tersebut diletakkan pada dahi lelaki itu.

"KAU NAK AKU MATI DULU KE KAU YANG MATI DULU?--" Tengkingan kuat yang dilontarkan oleh Khalaf serta merta membuatkan semua yang berada di situ terdiam.

Dengan hanya menggunakan satu tangan, Khalaf menguatkan lagi cengkaman pada leher lelaki itu. Perkara tersebut membuatkan wajah lelaki itu memucat serta merta. Tidak dapat sepatah perkataan pun yang dia dapat membalas akibat cengkaman tersebut.

Melihat lelaki itu seperti hendak mengatakan sesuatu, lantas Khalaf menembak bahagian peha kiri lelaki itu.

PANGG

Akhirnya cengkaman tadi dilepaskan. Serta merta tubuh lelaki itu terlantar di atas lantai.

"Apahal kau pergi bawak bala ni kesini Aaren?!" Evren menjerkah adik lelakinya pula.

"Ev--"

"Bukan salah dia. Robert dah lama aim company ni." Khalaf terlebih dahulu menghentikan Evren dari berkasar lebih lagi.

"Tangan Tuan Muda--" Tersentak Aaren apabila pandangan tertumpu pada lengan kanan Tuan Mudanya mula mengalirkan darah akibat tembakan tadi.

"Simpan budakni. Jangan bagi dia terlepas-- aku ada benda nak selesaikan dengan dia." Khalaf meraupkan rambutnya keberlakang sebelum dia melemparkan ALFA defender ke atas salah sebuah sofa.

"Aku nak balik Ev." Sekilas wajah sahabatnya dipandang.

Evren menganggukkan kepala, tidak mampu dia hendak berkata lebih lagi. Wajah Khalaf pada waktu itu tampak menebal dengan sisi gelapnya.

Tanpa melengahkan masa terus Khalaf mengatur langkah beredar dari ruangan itu.

Continue Reading

You'll Also Like

4.4K 163 18
seorang gadis yang dikenali sebagai echaa seorang student yang sangat ceria tapi penakut sedikit kat highschool telah berjumpa seorang lelaki yang po...
817K 33K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
5.9K 449 33
No. 1 in #Toxic No. 1 in #Bucin Adrasta. Sebut saja namanya pasti digeruni semua pelajar-pelajar di SMK Bima Sakti. Layaknya seorang Ketua Geng Motor...
108K 3.8K 74
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...