3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]

By Yasmyns_Dahlia

296K 25.9K 10.9K

Dua bulan hidup di bumi Ireland, cukup membuatkan Marissa merasai bahagia yang pernah hilang dahulu. Demi ana... More

PROLOGUE | DENDAM CINTA 2
BAB 1 | DENDAM CINTA 2
BAB 2 | DENDAM CINTA 2
BAB 3 | DENDAM CINTA 2
BAB 4 | DENDAM CINTA 2
BAB 5 | DENDAM CINTA 2
BAB 6 | DENDAM CINTA 2
BAB 7 | DENDAM CINTA 2
BAB 8 | DENDAM CINTA 2
BAB 9 | DENDAM CINTA 2
BAB 10 | DENDAM CINTA 2
BAB 11 | DENDAM CINTA 2
BAB 12 | DENDAM CINTA 2
BAB 13 | DENDAM CINTA 2
BAB 14 | DENDAM CINTA 2
BAB 15 | DENDAM CINTA 2
BAB 16 | DENDAM CINTA 2
BAB 17 | DENDAM CINTA 2
BAB 18 | DENDAM CINTA 2
BAB 19 | DENDAM CINTA 2
BAB 20 | DENDAM CINTA 2
BAB 21 | DENDAM CINTA 2
BAB 22 | DENDAM CINTA 2
BAB 23 | DENDAM CINTA 2
BAB 24 | DENDAM CINTA 2
BAB 25 | DENDAM CINTA 2
BAB 26 | DENDAM CINTA 2
BAB 27 | DENDAM CINTA 2
BAB 28 | DENDAM CINTA 2
BAB 29 | DENDAM CINTA 2
BAB 30 | DENDAM CINTA 2
BAB 31 | DENDAM CINTA 2
BAB 32 | DENDAM CINTA 2
BAB 33 | DENDAM CINTA 2
BAB 34 | DENDAM CINTA 2
BAB 36 | DENDAM CINTA 2
BAB 37 | DENDAM CINTA 2
BAB 38 | DENDAM CINTA 2
BAB 39 | DENDAM CINTA 2
BAB 40 | DENDAM CINTA 2
-
BAB 41 | DENDAM CINTA 2
BAB 42 | DENDAM CINTA 2
BAB 43 | DENDAM CINTA 2

BAB 35 | DENDAM CINTA 2

4.9K 467 151
By Yasmyns_Dahlia

LANGKAH kaki diatur menuju ke unit rawatan rapi. Pintu bilik yang menempatkan Marissa dikuak perlahan. Buat beberapa detik, kakinya cuma terpasak di atas lantai. Tidak berganjak waiman seinci sekalipun. Retinanya menyorot pada sekujur tubuh yang sedang terbaring kaku.

"Jasmine." Bila nama itu yang meniti di bibir, barulah Adam membuka langkah. Dihampiri katil Marissa lalu dilabuhkan duduk pada sebuah kerusi yang tersedia di dalam bilik rawatan rapi itu.

Dengan teragak-agak, Adam cuba pegang tangan Marissa. Sejuk pada tangan itu dihangatkan apabila dia menyulam jemarinya bersama kekura Marissa.

"Thank you sebab kuat." Perlahan Adam membisik. Wajah pucat itu tak lari dari renungannya.

Syukur, Marissa sudah melepasi tahap kritikal. Kondisinya sekarang semakin stabil. Semalam, Adam memberi ubat tidur agar wanita itu dapat berehat secukupnya. Dalam jangkaanya, sepatutnya waktu begini Marissa mula sedar.

"Wake up. Semua orang tengah tunggu awak. Aunty Syarifah terlalu risaukan awak sampai dia pengsan. But you don't have to worry, she is fine now." Adam berborak seolah-olah Marissa sedang duduk di hadapannya, lalu mendengar segala bicara yang dibualkan.

Tak jemu menatap wajah lesu itu, Adam menopang dagu pula. Marissa masih kelihatan cantik meskipun mukanya pucat tidak berdarah. Bibir wanita itu juga nampak kering. Kelopak matanya masih terpejam rapat.

Terasa ada gerakan kecil pada jemarinya. Adam jungkit kening menanti tindak balas Marissa. Tak lama selepas itu, kelopak mata Marissa mencelik. Terkejip-kejip dibuatnya dek sinaran cahaya yang menerobos masuk ke dalam retina. Pedih terasa menjalar.

"Good morning." Lembut Adam menyapa tatkala Marissa memusing ke arahnya. Bibir mengoyak senyuman selebar-lebarnya. Sambil-sambil itu, Adam memeriksa kondisi Marissa.

"Nak air?"

Angguk sekali, Marissa menyelesakan duduk. Tekaknya terasa kering, bibir pula mula menggelupas menyebabkan pedihnya terasa. Hulur saja secawan air, Marissa terus teguk sehingga habis.

"Berapa lama saya tidur?" Badan mula sengal-sengal. Bahu berat semacam. Lenguhnya tak usah cakap.

Adam membiarkan dulu soalan Marissa. Sebuah bantal ditegakkan di belakang tubuh wanita itu. Selesa sikit Marissa mahu menyandar.

"48 hours." Kembali duduk, muka terkejut Marissa ditatap dengan sengihan. Lucu pula melihatnya.

"Lamanya..." gumamnya seraya meraba-raba muka. Entah macam manalah agaknya wajah dia ketika ini. Maklumlah, dah dua hari tak cuci muka. Pasti kelihatan selebet.

"Beautiful as always." Kenyit mata, pandangan Marissa dibalas dengan senyuman senget. Ikhlas Adam memuji.

Tak mampu menyorok sengihan, Marissa tersipu sendiri mendengar pujian Adam. Muka dipalingkan menghadap ke tempat lain. Segan hendak menentang empat mata dengan lelaki itu. Renungan galaknya mampu menembus ke dalam hati Marissa.

"How do you feel today?" Hampir seminit dua hening melatari suasana, Adam memulakan mukadimahnya. Matanya pegun merenung Marissa. Sikit pun tatapannya tidak dilarikan.

"Good and feeling better." Ya, dirinya berasa lebih baik dari sebelum ini. Tiada lagi rasa sakit di dada.

"Terima kasih sebab tunaikan janji awak."

Kening Adam terjungkit sebelah. Dia ada tabur janji pada wanita itukah? Tapi apa?

"Janji yang awak akan rawat saya. Sembuhkan sakit saya ni." Mengerti tanda tanya di riak wajah Adam, Marissa memberitahu semula janji Adam padanya sebelum pembedahan dijalankan.

"Don't worry. Saya akan rawat awak. Penyakit awak boleh sembuh. Itu janji saya."

Itulah yang Adam katakan padanya sehari sebelum dia dimasukkan ke dalam wad. Dua hari bermalam di hospital, Adamlah yang sering melawatnya. Masa senggang lelaki itu banyak dihabiskan bersama Marissa jika tiada pembedahan atau kecemasan yang berlaku.

"Ketulan tu dah berjaya dibuang. Walaupun ianya dah dibuang, but awak tetap kena teruskan dengan rawatan susulan."

Mata dikerdipkan laju. Kolam mata terasa panas mengumpul cecair hangat. Satu kerdipan, berantai-rantai air mata yang jatuh. Tak mampu ucap betapa bahagianya Marissa kala itu.

"Syukur Alhamdulillah. Thank you, Adam." Air mata kegembiraan masih menhujani pipi. Tak tergambar rasa bahagia, tak terungkap rasa syukurnya.

Adam cuma senyum. Reaksi yang sering ditonton daripada setiap pesakitnya apabila diberitahu bahawa mereka sudah kembali sihat sepenuhnya. Gembira.

"Saya happy sangat-sangat."

Adam senang melihat senyuman yang jelas bahagia di wajah Marissa.

"Making you happy is already my responsibility."

Kata-kata Adam buat Marissa sedikit kejur. Sontak, mata mereka bertembung. Tautan mata yang mampu menggetarkan nurani si pemilik hati. Tidak sesaat pun mata mereka teralih.

Tak mahu tenggelam dalam perasaan, Marissa berdehem kecil. Kulit muka memanas secara tiba-tiba. Kenapa celik saja mata, dia perlu disajikan dengan ayat manis Adam? Pula tu, hati tidak menolak malah ada satu rasa lain yang mula menyelinap masuk. Dia... rasa bahagia.

"Eat." Ditolak semangkuk bubur yang tersedia di atas meja memandangkan Marissa belum menjamah apa-apa selepas dia sedar.

Angguk seraya senyuman kecil menghiasi bibir. Memang dia tengah lapar pun. Mujurlah ada makanan. Kalau tak, menggagau juga dia nak cari makan lepas Adam keluar nanti. Nak minta bantuan lelaki itu, malulah pula. Isy Marissa, sejak bila kau pandai malu-malu ni?

"I almost lost you, Jasmine."

Zap! Bila Marissa angkat kepala, tepat renungan Adam ke arahnya. Suapan bubur terhenti serta merta.

"You made me feel scared."

Terasa kesat kerongkong hendak menelan liur. Bibir Marissa terbuka sedikit. Mata terkejip ke arah Adam.

"It terrified me so bad."

Berulang kali Adam menzahirkan ketakutannya. Juring mata lelaki itu kelihatan basah. Ada embun yang bergenang dalam kolam mata Adam. Is he crying?

"Please, jangan buat saya macam tu lagi." Tunduk, Adam biarkan air matanya jatuh. Entah kenapa, sang hati dipagut pilu.

Mengingatkan kejadian di bilik bedah semalam, jantung berdenyut tak tenteram. Buat pertama kali, sepanjang dia bergelar pakar bedah am, Adam merasakan ketakutan yang sebegitu. Belum pernah lagi dia menangis kerana hampir gagal menyelamatkan pesakit.

"Awak buat saya tak tentu arah, Jasmine." Berdesir bibir melepaskan tawa kecil. Tanpa segan, Adam tunjuk muka merahnya dek menangis.

Marissa terngadah. Adam benar-benar risaukan diakah? Sebelum ini, dia tak pernah lihat Adam menangis. Namun ketika ini...

"Awak risaukan saya?" Oh, Marissa! Soalan kurang cerdik apa yang kau tanya ni? Sudah terang lagi bersuluh Adam menangis kerana takut kehilangan kau.

Tak perlu zahirkan jawapan, cukup air mata dan anggukkan Adam sebagai bukti yang lelaki itu benar-benar risau terhadapnya. Saat itu, Marissa pegang dada. Tipu kalau dia menafikan dan menidakkan yang hatinya mula tersentuh.

"Sorry, saya tak sepatutnya menangis depan awak. Makanlah, nanti dah siap makan, saya panggil nurse suruh hantar awak ke wad." Adam lekas berdiri. Sempat matanya melirik ke arah Marissa yang masih setia memandangnya.

Marissa tak cakap apa. Dia tak salahkan Adam kalau lelaki itu menangis sekalipun. Bukan perempuan saja yang mempunyai perasaan dan emosi. Lelaki juga sama. Mereka berhak meluah meskipun melalui air mata saja.

Cuma Marissa tertanya-tanya. Selain dari cemas akan kondisinya, sebab apa lagi Adam tiba-tiba bergelut emosi? Nak kata risau, agak susah jawapan itu hendak diterima akal. Sedangkan Harraz pun tak pernah menangis kerana khuatir terhadapnya.

"Can I ask you?"

Langkah Adam mati di depan pintu. Tubuh masih tegak ke hadapan, tak menoleh waima sedikit. Sekadar pasang telinga, menanti-nanti soalan yang hendak ditujukan kepadanya.

"Shoot!" Angguk sekali.

"Kenapa awak bertungkus-lumus selamatkan saya? Kenapa awak tak putus asa and biar je saya mati?" Marissa tahu, dari soalan ini, dia akan dapat jawapan yang pasti.

Lihat saja bahu Adam yang spontan menegang, nampaknya soalan dia tadi memberi kesan kepada lelaki itu. Dari tepi, Marissa nampak Adam ketap rahang.

Marissa dengar decitan halus Adam. Namun dia masih tak berputus asa mahu mendengar jawapan Adam.

"Awak tak ada jawapan untuk soalan saya tu?" soalnya.

Serentak itu, Adam kembali memusingkan tubuh. Nampak Adam menjujut nafas sebelum bibir terbuka menjawab pertanyaan Marissa.

"I don't easily give up on the person I love, Jasmine." Ringkas menzahirkan luahan hati. Sejurus menoktahkan kata, Adam berlalu keluar tanpa pamit, meninggalkan Marissa yang terkelu sendiri.

Meskipun susuk badan Adam sudah menghilang dari situ, kornea masih terpahat di tempat yang sama. Mencerna balik setiap bait yang Adam lemparkan sebelum lelaki itu pergi.

I don't easily give up on the person I love.

Masa itu juga jantung berdetak tak tentu arah. Pendek saja jawapan yang diberi, namun entah kenapa susah benar Marissa mahu menyahkan sebaris ayat itu. Putus selera makan, mangkuk yang berisi bubur ayam ditolak menjauh. Ayat Adam tadi masih berlegar-legar dalam kepala.

"He loves me?" Dan bersoal jawablah Marissa dengan dirinya. Bibir digigit perlahan, menahan senyum dari memekar. Cuma satu perasaannya tika ini, bahagia dengan bicara Adam tadi.

══════⊹⊱❖⊰⊹══════

SELESAI membuat rondaan, Adam menuju semula ke biliknya. Batang leher diurut. Terasa sengal kerana hari ini saja dia ada dua pembedahan yang perlu dilakukan. Penat dari segi fizikal usah dikata. Hendak mengeluh, sudah menjadi tanggungjawabnya.

"Yes, doctor? Macam biasa ke?" Sengih saja barista perempuan itu bila nampak muka Adam di hadapan kaunter. Dia memang dah biasa dengan doktor kacak ini. Mujurlah dia sudah mempunyai tunang. Kalau tak, Adam wajib dingoratnya!

Adam ketawa perlahan. Nampaknya, cik barista di hadapannya ini sudah menghafal menu yang sering dipesannya.

"Macam biasa."

Tak jadi melangkah ke tempat rehatnya, Adam lencongkan kaki menuju ke kafe. Tekaknya terasa dahaga. Waktu panas begini, sedapnya kalau minum ais americano.

Lima minit menunggu, pesanannya sudah siap. Laju-laju Adam menyedut minumannya seraya mata tak lepas melihat telefon. Sambil berjalan menuju ke bilik rehat, beberapa orang pesakit yang berpapasan dengannya disapa mesra. Sengih saja dia kalau ada mana-mana pesakit yang melambai dan tak kurang juga mengajak dia berbual. Adam layankan saja. Jadi orang ni, tak perlu sombong. Lebih-lebih dia seorang doktor. Sikap ramah itu perlu ada dalam diri dia.

"Excuse me, Doctor Adam Benjamin?" Baru saja hendak memulas tombol pintu, namanya diseru pula. Adam kerut dahi. Dia belum menoleh ke arah tuan empunya suara. Pelik, biasanya pesakit-pesakitnya atau staf-staf di hospital ini cuma panggil Doktor Adam saja. Jarang sungguh nama penuhnya disebut.

Bila tubuh dipusingkan, riak wajah tak dapat disorokkan lagi. Spontan sebelah tangannya mengepal buku lima. Wajah cantik di depannya ketika ini dipandang tanpa kelip mata. Bahang mula terasa di sekitarnya.

"Tak nak jemput I masuk dalam?" Lunak, gemeresik suara itu. Senyuman manis bergayutan di bibir yang tercalit gincu merah hati.

"What are you doing here?" Tertahan-tahan nada Adam. Matanya melinggas ke sekitar kawasan tersebut. Ais americano yang masih berbaki separuh terus dibuang ke dalam bakul sampah. Bibirnya diketap geram tatkala sengihan miang gadis itu menjamah mata.

Tak terlintas di otak yang wanita muda ini mula berani mendekatinya. Sudah diberi amaran banyak kali, namun si gadis anggap amarannya sebagai satu jenaka.

"I dah warning you, kan? Jangan datang ke sini!" Tarik kasar lengan gadis itu, Adam terus menyalakan bara apinya. Ketika ini cuma ada mereka berdua saja di ruang rehat tersebut.

Seperti yang Adam jangka, si gadis hanya mengilai ketawa. Amaran dan kemarahan Adam langsung tidak membuatkan dia berasa gentar. Makin seronok si gadis ketawa bila mana muka ketat Adam makin jelas ketaranya. Rona kulit putih lelaki itu bertukar merah.

"I miss you, darling. Don't you miss me?" Bibir hampir mendarat di pipi Adam, namun lelaki itu lebih tangkas mengelak lalu menjauhkan diri. Dengusan kurang senang juga meluncur di celah bibir. Cekak pinggang, Adam menghantar renungan mautnya pada gadis tersebut.

"Awh, jangan pandang I macam tu. I'm tempted." Tangan menjalar di seluruh tubuh Adam. Kot putih lelaki itu dibuka lalu dicampak ke atas sofa. Bermula dari pinggang, perlahan-lahan jemarinya naik mengelus dada Adam.

Gila! Rimas diperlakukan sebegitu, Adam lekas menolak tubuh si gadis menjauh. Rinik peluh membasahi dahi meskipun penyaman udara memang tersedia dipasang.

"You nak apa cari I? Kalau tak ada hal penting, tolong balik. I tak nak cari masalah dengan you dekat sini. Get out sebelum orang lain nampak you dengan I berdua-duaan dalam bilik ni." Jengkel mimik muka Adam ketika menghalau perempuan itu pergi.

Apabila tiada anjakan dari si gadis, Adam terpaksa menggunakan kekerasan. Lengan wanita itu dicengkam separa kuat, mengheret tubuh genit itu ke laluan pintu keluar.

"Let me go!" Tiba-tiba suara nyaring wanita itu bergema di setiap sudut dinding. Tidak mahu menjadi perhatian, pantas ditarik gadis itu masuk ke dalam ruang rehat semula. Berdecit Adam menahan lahar.

"Kenapa you tak nak orang tahu I dengan you berdua-duaan? Oh, kalau dengan Marissa you tak kesah pula? Tapi dengan I? How could you do this to me, Adam!" Melengking jeritan si gadis. Mukanya menyinga, mata bersinar garang. Urgh, dia betul-betul tak puas hati dengan layanan lelaki ini!

"Tak boleh ke you layan I baik-baik?" Bibir mencebik, mata kian memerah menatap Adam.

Urut dahi, Adam cuba legakan sakit yang tiba-tiba datang mencucuk. Boleh sakit kepala, sakit hati melayan karenah perempuan ini. Tapi mahu tak mahu, Adam terpaksa akur juga. Kalau makin dicabar gadis itu, tak mustahil dia akan dilanda masalah nanti. Pasti si gadis akan membuat kecoh.

"Okay, I'm sorry." Mengalah, Adam kendurkan oktaf. Walaupun bunyinya macam tak ikhlas saja, ternyata ia berkesan dalam meredakan puting beliung dalam badan si gadis. Buktinya, tersengih-sengih perempuan itu.

"Kan bagus kalau you layan I macam ni. Takdelah I nak mengamuk tak tentu pasal. You pun mesti tak suka I marah-marah, kan?" Tangan dilingkarkan di ceruk leher Adam. Jengket kaki, cuping telinga lelaki itu ditiup perlahan.

Dibiarkan kelakuan gadis itu pada dirinya. Kalau tolak nanti, memetir lagi dibuatnya. Namun kesabaran Adam makin lama kian menipis. Bila serangan wanita itu semakin meliar, Adam terpaksa menolak. Saat bibirnya hampir dicumbu, deras Adam melepaskan batuk kuat. Buku lima dikepal menahan bengang.

"Sorry, I'm not feeling well today. Tell me, you nak apa? Beritahu I cepat. I tak ada masa. I ada patient lepas ni." Rangkulan di lehernya dileraikan pantas.

Si gadis senyum sumbing. Pipi Adam dikucup sepintas lalu sebelum dia dengan rela hati menjauhkan diri.

"Saja, I datang sini sebab rindu you. I miss my man, my soulmate... or should I say, I miss my handsome husband?"

Nakal kedengaran nadanya, gemeresik menyapa sistem pendengaran Adam. Semerta, bulu roma mencering.

"Enough, Diana."

Keluh kasar, Adam cuba sabarkan hati yang menghangat hendak membebaskan bahang. Makin dilayan fiil Diana, makin berserabut otaknya.

Diana ketawa mengekek. Suka melihat tegang di wajah lelaki itu. Sehinggakan urat-urat dahi dan leher Adam turut sama menimbul.

"Okeylah, I pun dah lepaskan rindu pada you. Now, I nak pergi melawat Marissa. You nak teman I? Ops, tak payahlah. Nanti kantoi pula hubungan kita ni. Daaa..." Meliuk-lintuk tubuh ramping Diana ketika berjalan di hadapan Adam. Sempat dikenyit sebelah matanya. Gatal!

Kusut dengan situasi tersebut, Adam meraup kasar wajahnya. Rambut yang tersisir rapi mula tidak kelihatan kemas. Riak muka penuh dengan tekanan. Tak ubah seperti orang yang berada dalam rengkungan kesulitan. Sekarang ini, cuma satu puncanya. Gadis bernama Diana itulah masalahnya!

══════⊹⊱❖⊰⊹══════

Nak cakap, siapa yg pernah teka Adam and Diana tu ada hubungan, korang memang power. But hubungan yg mcm mana tu?🙈

Secara ringkas, story Dendam Cinta ni memang byk pengkhianatan dan penipuan yg terjadi pada Marissa. Tapi apa yg saya boleh jamin, Adam memang baik orangnya (ya ke?) 🤔

Before leaving, don't forget to hit the star.

Adios!

Continue Reading

You'll Also Like

31.1K 1.6K 21
πŸ₯€π’΅π“Žπ’Άπ“ƒ ℛ𝒢𝒻𝒢ℯ𝓁 x π’œπ“π“Žπ’Ά π’¬π’Άπ’Ύπ“ˆπ’Άπ“‡π’ΆπŸ₯€ _ℛℯ𝓁𝒢 π’¦π“Š π’Ÿβ„―π“‡π’Ύπ“‰π’Ά π’Ÿβ„―π“‚π’Ύ ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒢𝓉 β„³π“Š β„¬π’Άπ’½π’Άβ„Šπ’Ύπ’Ά_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
312K 16.9K 49
Pertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17...
956K 66.8K 57
2023. Seorang lelaki bisu yang bertembung dengan seorang gadis yang bercakap tanpa tahu tanda noktah. Awalnya rimas, akhirnya lemas. "Jom kahwin."...
3M 309K 89
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya m...