[C] Cukup Sempurna

By TheLittleShi

73.5K 3.7K 110

STATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kala... More

Cukup Sempurna
Prolog
1-Hayera Talia
2-TalLiyas' Cafe
3-Permulaan
4-Raed & Raes
5-Muiz, Kawan Baik
6-Ibu
7-Naufal yang Jengkel
8-"Kau sukakan dia kan?"
9-Ayah Akan Gembira
10-Larikan Talia!
11-Behind The Story
12-"You Promised me..."
13 - Talia's Feeling
14 - Muiz Belot!
15 - Raed's Confession
16 - The Answer
17 - White Rose Means...
18 - The Trio
19 - Rahsia Hati Muiz
20 - Perempuan Oh Perempuan!
21 - Assalamualaikum, My Sweetheart
22 - Bie
23 - "Its Abang Baby..."
24 - Flashback
25 - Girls x drama
26 - "Where have you been?"
27 - "Apa yang cantik?"
28 - Dejavu
29 - Jumpa Lagi
30 - HosPlay
31 - Mimpi
33 - Bercakap Dengan Cermin
34 - Americano and Latte
35 - Laila Raihana
36 - Memori
37 - Memori II
38 - I don't want to... live anymore...
39 - Kau sentuh dia...
40 - "π‘·π’‚π’“π’‚π’„π’†π’•π’‚π’Žπ’π’?"
41 - Glimpse of Us
42 - Memori III
43 - "Abang ada..."
44 - Cukup Sempurna
45 - Aku tak selamanya single
46 - Jaga Diri
47 - Jangan Mungkir Janji
48 - Cemburu
49 - "Boleh Talia cuci mata"
50 - "Ma..."
51 - " I'm stronger than she knows"
52 - Move On
53 - Turning Tables
54 - Bidadari Megat Raed Baihaqi
55 - Futsal
56 - Pengakhiran
EPILOG
Cukup Sempurna - Special 1
Cukup Sempurna - Special 2
Cukup Sempurna - Special 3
Cukup Sempurna - Special 4
Cukup Sempurna - Special 5 (Last)
A/N from Shi❀
JIKA ADA JODOH

32 - Niat Tak Baik

803 55 1
By TheLittleShi

NAIRA dan Talia masing-masing gembira bertemu. Kali terakhir berjumpa sewaktu majlis resepsi Talia beberapa minggu lepas. Selepas itu, kerap juga dia menghubungi Talia untuk mengikat kembali persahabatan yang pernah putu situ. Untung Talia memberikan nombor telefonnya.

Ini pun, Talia keluar setelah diberi keizinan oleh Megat Raed untuk meluangkan masa bersama Naira. Luangkan masa bersama sahabat yang tidak pernah dia lakukan sewaktu zaman bujang. Megat Raed memberikan keizinan sepnjang hari untuk Talia.

"Husband kau bagi pula kau keluar dengan aku?" soal Naira lalu menyuap MyeongDong Topokki masuk ke dalam mulut. Apa entah mimpi Talia nak makan makanan Korea. Dulu, Talia mana ada hati untuk makan benda-benda macam ini. Tapi dia faham. Manusia berubah. Talia diepannya sudah dibentuk menjadi orang baru.

"Puas merayu baru nak lepas. Itu pun lepas aku kata Muiz tak join. Baru dia bagi green light! Lepas tu dia pergi hospital kejap sebab apa entah." Semalam, di rumah Puan Yuhaina, Talia memuju Megat Raed untuk dia bertemu dengan Naira.

Talia tersenyum lebar teringatkan pujukannya semalam. Bukan senang rupanya lelaki itu nak lepaskan dia keluar rumah berseorangan kecuali di tempat kerja. Setelah beberapa kali percubaan, baru si suami beri keizinan sebab Megat Raed terlibat dengan seminar pagi ini. Tidak mahu Talia berasa kesunyian, dia izinkan juga. Tapi, mana mungkin lelaki itu nak lepaskan tanpa sebarang balasan yang setimpal.

Melihat pada senyuman Talia, Naira rasa gembira. Talia nampak bahagia dan dia sangat bersyukur untuk itu.

"Aku nampak macam Raed layan kau dengan baik sampai senyum pun tak hilang," usiknya sehingga membuatkan pipi Talia memerah.

"Dia baik. Sangat baik. Nampak je muka macam tak ada perasaan tapi kau tahu, dia orang pertama yang aku nampak selepas aku bangun. Without knowing yang dia sepupu aku, aku terlebih dulu jatuh hati tau."

Teringatnya pada peristiwa 6 tahun lalu. Ya, wajah Megat Raedlah yang dia nampak seleas dia terjaga dari lenanya dengan ingatan yang kosong. Dalam keadaan tak terkawal sebelum dia kembali tidur kerana ubat penenang, dia dapat rasakan genggaman Megat Raed ketika itu begitu hangat dan dia rasa begitu selamat.

Medengarkan kata-kata Talia, Naira ukir senyuman hambar. Talia mungkin lupa, namun dia tak pernah lupa. Malam dimana Talia telefonnya dengan tangisan yang teresak-esak dan menyatakan mahu membunuh diri sendiri. Dan ketika itu dia sedang berada di Sabah, bercuti jauh dari semenanjung. Selepas itu, Talia hilang. Kisah yang tidak lengkap, tapi dia janji dengan diri sendiri untuk mencari asbab kenapa Talia jadi begitu.

"So... Aku dengan Muiz?" soal Talia. Lupa untuk bertanya tentang perkara itu.

"Hmmm. Dah muka dia saja yang aku nampak selalu. Malas aku nak kenal dengan orang lain." Jawabnya.

"Tak sangkakan? Aku dengan abang Raed, dari sepupu jadi suami isteri. Kau dengan Muiz, dari bestfriend jadi kekasih. Jodoh depan mata saja," omelnya dengan tawa kecil. Tidak menyangka perancangan yang Allah atukan begitu mudah dan indah.

"Kan... aku pun tak sangka aku dengan dia. Dengan perangai sejuk beku plus heartless Muiz tu, macam mana lah aku boleh bertahan sampai hari ini."

"Sekarang memanglah sejuk beku, heartless. Nanti bila kau orang dah sah, leburlah ais dia tu. Kau jangan risau. Aku cakap dari pengalaman."

Notifikasi berbunyi. Talia pantas mengalihkan perhatiannya. Whatsapp bergambar dari nombor yang sama. Ini sudah masuk gambar ketiga yang dia dapat. Dua gambar terawal adalah gambar Megat Raes dan Ulya Hana. Gambar Kali ini adalah Megat Raed dalam gaun putih bersama seorang perempuan dalam persalinan yang sama.

"Kau kenapa?" tanya Naira apabila mendengar Talia merengus dengan muka yang berkerut.

"Aku tak faham betul ada orang rajin menghantar gambar dekat aku dari tiga hari lepas lagi. Gambar first and second, gambar kembar husband aku, abang Raes. Kali ni gambar husband aku pula!" cerita Talia penuh kegeraman. Dia memang nekad, dia akan block number ini selepas ini.

"Tak ada kerja betul. Meh sini aku tengok."

Telefon pintar itu bertukar tangan. Sejenak, Naira terkaku melihat nombor yang terpapar pada skrin itu.

"Block je Talia. Jangan fikir. By the way, how come kau boleh cam mana satu husband kau. Muka sebijik je aku tengok," soalnya sambil jari masih menari di skrin itu. Sekejap zoom in sebelum beralih ke gambar seterusnya.

"Dah husband aku. Aku kenallah!" jawab Talia mudah.

Sekali tengok dia dah kenal. Mana mungkin Megat Raed keluar bersama Ulya Hana. Logik ke? Haruslah itu Megat Raes, kekasih hati Ulya Hana. Gambar ketiga semestinya Megat Raed kerana dalam gaun doktornya.

Yangnyeom chicken dimasukkan ke dalam mulut. Mulutnya berdesis perlahan. Pedas. Tapi dia suka. Tak pernah dia makan benda-benda yang pedas begini. Tiba-tiba terasa mahu makan. Mungkin PMS

"Aku rasa, orang yang hantar ni ada niat tak baik. Mungkin cuba nak gugat rumah tangga kau yang masih baru ni. Plus, naluri aku kuat mengatakan yang orang yang hantar ni tak tahu husband kau ada kembar. Sebab itu ada gambar Raes sekali," beritahunya lalu mengembalikan semula telefon Talia.

Jarinye bergendang meja. Ada betulnya juga apa yang Naira katakan. Tapi otaknya masih belum dapat memikirkan orang yang tidak menyukainya. Circlenya sangat kecil. Hanya ada beberapa orang teman rapat.

Melihat kepada kerutan Talia, Naira terus tepuk meja perlahan.

"Jangan fikir. Kau block saja nombor tu. Buat semak otak, runsing, sakit kepala saja kalau kau layankan," sambung Naira lagi. Air disisip perlahan.

"Meh sini aku block number ni. Kau tu, cepat makan. Kejap lagi nak tengok wayang pula. Lepas tu nak shopping. Eyy, bestnya dapat keluar dengan kau semula macam dulu-dulu!" ujarnya dengan rasa teruja. Telefon Talia yang berada di atas meja dicapai dan di'block' nombor itu. Pada muka! Berani sungguh kacau kawan baik aku!

"Jangan padam mesej tu. Aku nak beritahu laki aku dulu. Karang, kalau termisunderstanding, mampus aku." Megat Raed memang nampak beku, tapi cair didalam. Tapi lelaki itu juga garang dan tegas. Ingat lagi malam pernikahan ibunya, lelaki itu tengking dia? Sampai sekarang Talia serik.


"KENAPA baru nak beritahu abang sekarang, Talia?" Soal Megat Raed dengan kening yang terangkat melihat isteri di hadapannya. Wajah serius ditayangkan buat tatapan Talia. Nadanya juga tegas. Berdiri tegas di depan isteri yang masih takut-takut duduk di sofa ruang tamu.

Paling tidak suka apabila wanita kesayangannya itu menyorokkan sesuatu dari pengetahuannya.

Kecut perut Talia dibuatnya melihat betapa tajamnya pandangan Megat Raed. Mulalah dia telan air liur tanpa henti. Cuak punya pasal.

"First, Talia ingat abang Raes nak buat prank ke apa. Malam kita dinner sama-sama tu, Talia tanya dia dan abang Raes kata bukan dia." masih dia ingat apa yang Megat Raes katakan ketika itu.

"Tak kuasa abang Raes nak hantar pada Talia gambar kita orang berdua. Dah kenapa tiba-tiba nak hantar?" itu respond Megat Raes ketika itu. Dengan riak wajah yang kosong, dia yakin, Megat Raes tidak menipu.

Megat Raed hela nafas dengan perlahan-lahan. Tiada guna menggunakan emosi untuk masa sekarang. Mujurlah Talia mengambil keputusan untuk bercerita terlebih dahulu berbanding ambil langkah untuk terus menyalahinya tentang perkara yang dia tidak buat.

"Perempuan yang ada bersama abang dalam gambar tu HO. Dia baru lagi di hospital. She just tanya pendapat abang about her diagnosis. Nothing more, nothing less," ceritanya sedikit tentang kejadian dalam gambar itu.

Talia mengangguk. "I know, abang. I trust you. Talia tunjuk sebab Talia tak mahu kalau kita ada salah faham," ujarnya pula.

Dia risau sebenarnya. Tahu tak, selain daripada curang, salah faham juga penyebab kepada penceraian rumah tangga di Malaysia. Dia tidak mahu tergolong dalam golongan itu. Selagi boleh berbincang, dia akan berbincang.

"Talia tahu, suasana kerja abang memang kena mengadap doktor dan pesakit tak kira jantina. Jujurnya, Talia insecure, Talia jealous... tapi itukan memang kerja abang. Same goes with me. Suasana kerja Talia pun banyak melibatkan customer lelaki dan perempuan. So, tak ada isu yang timbul pun."

Megat Raed menarik Talia bangun. Dengan cepat tangannya melilit pinggang isterinya. Rapat. Wajah mereka cuma tinggal sejengkal.

"Jangan lambat-lambat cerita macam ni lagi. Kalau abang dapat tahu, tahu abang nak buat apa pada sayang abang ni." Ugutan itu membuatkan Talia menelan liur. Laju kepalanya mengangguk.

Pelukan dilonggarkan. Namun Talia masih belum lepas. "Jom, abang rindu sayang. Seharian sayang keluar dengan Naira. Abang rindu..." senyumannya nakal.

"Esok kerja," Balas Talia bila lihat kenakalan Megat Raed yang mula ditunjukkan itu

"Abang ajak tidur lah sayang. Abang nak peluk sayang. Sayang fikir apa ni? Dirty mind!" usiknya.

Talia merengus marah. Selalu sangat dia terkena.

Megat Raed pula ketawa kuat. Terhibur sungguh. Lantas dia menarik tangan isterinya naik ke bilik mereka.

010622

SHi

Continue Reading

You'll Also Like

147K 13.2K 58
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
181K 10.5K 72
#2α΄›Κœ 𝐓𝐑𝐔𝐄 π‹πŽπ•π„ : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik u...
64.1K 2.3K 51
#2 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Mynn Zaryn x Adam Ashraf COMPLETED VOTES & COMMENTS WELCOMED. "Captain baby monkey!" Terngiang-ngiang panggilan itu...
277K 8.7K 80
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran...