3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]

By Yasmyns_Dahlia

296K 25.9K 10.9K

Dua bulan hidup di bumi Ireland, cukup membuatkan Marissa merasai bahagia yang pernah hilang dahulu. Demi ana... More

PROLOGUE | DENDAM CINTA 2
BAB 1 | DENDAM CINTA 2
BAB 2 | DENDAM CINTA 2
BAB 3 | DENDAM CINTA 2
BAB 4 | DENDAM CINTA 2
BAB 5 | DENDAM CINTA 2
BAB 6 | DENDAM CINTA 2
BAB 7 | DENDAM CINTA 2
BAB 8 | DENDAM CINTA 2
BAB 9 | DENDAM CINTA 2
BAB 10 | DENDAM CINTA 2
BAB 11 | DENDAM CINTA 2
BAB 12 | DENDAM CINTA 2
BAB 13 | DENDAM CINTA 2
BAB 14 | DENDAM CINTA 2
BAB 15 | DENDAM CINTA 2
BAB 16 | DENDAM CINTA 2
BAB 17 | DENDAM CINTA 2
BAB 18 | DENDAM CINTA 2
BAB 19 | DENDAM CINTA 2
BAB 20 | DENDAM CINTA 2
BAB 21 | DENDAM CINTA 2
BAB 22 | DENDAM CINTA 2
BAB 23 | DENDAM CINTA 2
BAB 24 | DENDAM CINTA 2
BAB 25 | DENDAM CINTA 2
BAB 26 | DENDAM CINTA 2
BAB 27 | DENDAM CINTA 2
BAB 28 | DENDAM CINTA 2
BAB 29 | DENDAM CINTA 2
BAB 30 | DENDAM CINTA 2
BAB 31 | DENDAM CINTA 2
BAB 32 | DENDAM CINTA 2
BAB 33 | DENDAM CINTA 2
BAB 35 | DENDAM CINTA 2
BAB 36 | DENDAM CINTA 2
BAB 37 | DENDAM CINTA 2
BAB 38 | DENDAM CINTA 2
BAB 39 | DENDAM CINTA 2
BAB 40 | DENDAM CINTA 2
-
BAB 41 | DENDAM CINTA 2
BAB 42 | DENDAM CINTA 2
BAB 43 | DENDAM CINTA 2

BAB 34 | DENDAM CINTA 2

4.4K 401 68
By Yasmyns_Dahlia

     DEE berlari-lari anak menuju ke arah dewan bedah. Nampak saja susuk tubuh Aini, lariannya dipercepatkan.

"Aini!" laungnya separa kuat. Serentak itu juga, keluarga Marissa dan keluarga mentuanya menoleh. Aini lekas berdiri lalu mendapatkan tubuh Dee.

"Dee... Ya Allah rindunya aku kat kau." Tubuh Dee dipeluk kemas. Aini menangis perlahan.

"Kau sihat, Aini?" Memerah wajah Dee. Sungguh dia rindu pada temannya ini. Hampir dua tahun mereka tidak bertemu.

"Aku sihat." Aini angguk sambil menyeka air mata. Tangan Dee digenggam ketat.

"Marissa baru masuk ke?" Dee menoleh sekilas ke arah dewan bedah.

"Adalah dalam setengah jam macam tu. Kau sorang je ke, Dee? Damian mana?" Tercari-cari Aini keberadaan suami Dee. Takkan Dee saja yang datang? Ke mana pula Damian pergi? Takkan lelaki itu tak pulang sekali ke Malaysia?

"Damian pergi ambil botol susu Daiyan sekejap."

Aini senyum nipis. Sesekali, dia menjeling ke satu arah di mana mata Dee asyik meliar. Mengerti dengan renungan sayu si teman, tangan naik mengusap perlahan bahu wanita itu.

"Pergilah jumpa mak mentua kau." Aini membisik.

Dee menghempas nafas berat. Dia belum sepenuhnya bersedia. Namun untuk mengelak lagi, dia tak mampu. Realitinya, dia tetap perlu berdepan dengan ibu mentuanya sama ada lambat atau cepat.

"Takpe, pergi aje. Ambil hati dia." Aini mengangguk, menabur semangat untuk Dee.

Dee menyedut udara buat beberapa saat. Lalu dengan langkah yang berat, Dee menapak ke arah Datin Kalsom. Dia senyum sekilas pada Datin Syarifah yang turut memandangnya. Lega sikit sang hati apabila senyumannya dibalas mesra.

"Mama..." Tubuh dibongkokkan sedikit. Tangan dihulur mahu menyalam si ibu mentua. Hujung bibir digigit apabila hulurannya dibiarkan tidak bersambut. Terasa hati, namun cepat-cepat Dee menyingkirkan perasaan itu. Dengan rasa remuk, Dee menarik kembali huluran tangannya.

"Mama sihat?" Cuba diambil hati Datin Kalsom. Meskipun Dee tahu, wanita berusia itu tidak akan termakan dengan 'lakonan' yang dibuatnya.

Ya, memang selama ini dia dianggap pelakon. Pelakon yang dimainkan watak untuk menghuru-harakan keluarga ini. Itulah yang selalu Datin Kalsom beritahu kepadanya. Dee tak ubah seperti parasit yang makan perumahnya. Sampai begitu sekali Datin Kalsom tidak menyukai menantunya ini.

Cuma hujung mata saja Datin Kalsom memandang menantunya. Langsung tidak dipalingkan wajah bahkan mendongak untuk bertentang mata pun dia tidak sudi. Dia cukup benci dengan menantunya yang sorang ini. Langsung tidak berkenan di hati. Sebab itu selama ini dia cuma anggap Marissa saja menantunya. Walhal, Datin Kalsom lupa. Dia juga mempunyai seorang lagi anak lelaki yang sudah berkahwin.

"Kau buat apa kat sini? Datang sebab nak porak perandakan rumah tangga Harraz? Tak payah, dia orang dah bercerai!" Naik seoktaf nada Datin Kalsom. Bengis wajahnya menikam muka si menantu. Hujung bibirnya mengherot, tanda dia cukup menyampah.

Air wajah Dee berubah total. Malu bercampur sedih apabila ditengking begitu. Kalau dia bersama wanita itu saja tidak mengapa. Ini di depan keluarga Marissa sekali.

"Som, itu kan menantu awak juga." Datin Syarifah menggeleng kecil. Telapak tangan besannya ditepuk perlahan. Kasihan pula dia tengok muka sendu Dee. Pasti gadis itu terasa hati dengan bidasan mentuanya.

Datin Kalsom mendengus geram. Mukanya memang jelas tidak berpuas hati.

"Menantu saya hanya Marissa je, Pah. Dia ni saya tak anggap menantu langsung. Hisy, sakit hati betul tengok muka dia ni. Manusia hipokrit!" cemuh Datin Kalsom. Jelas-jelas dia bengang.

"Siapa yang hipokrit tu, mama?" Entah dari mana muncul, tuan empunya suara kian menghampiri mereka semua. Harraz berserta lagi seorang lelaki, Damian bersama anak lelakinya.

Dee kemam bibir rapat-rapat. Air matanya mengalir tanpa dapat dia tahan lagi. Hatinya tersiat dengan bicara Datin Kalsom. Benci sangatkah wanita itu terhadapnya?

Aini di tepi mula jatuh simpati. Diusap bahu temannya berkali-kali. Dia faham apa yang Dee rasa, apa yang Dee lalui.

"Kamu tak payah berpura-pura tak tahulah, Harraz. Kamu dengan dia, dua kali lima saja," sindir Datin Kalsom. Pincing anak matanya menikam wajah terkulat Harraz. Kena sedas di batang hidungnya.

"Mama, benda dah lama kan? Tak perlulah nak ungkit balik." Harraz mengeluh. Bukan tak faham apa yang Datin Kalsom maksudkan.

"Benda dah lama pun kamu ingat senang-senang macam tu aje orang lupa? Lainlah otak kamu tu biul, memang mudah lupalah jawabnya." Entah apa yang tak kena dengan Datin Kalsom hari ini, tiba-tiba saja modnya berubah. Agaknya masih bengang dengan kehadiran tidak berjemput menantunya itu.

Mahu tak mahu, Harraz perlu akur dengan kemarahan mamanya. Sudahnya, dia cuma diam dan kunci mulut. Itu lebih baik daripada dia berlawan mulut dengan Datin Kalsom. Memang takkan menang!

"Mama... mama sihat?" Kali ini Damian pula yang mencuba. Mana tahu, kerana dia anak lelaki wanita itu, Datin Kalsom akan lembut hati.

"Ini lagi sorang. Kamu nampak aku ni macam orang tengah nazak, ke? Dah bertahun-tahun tak balik, baru sekarang nak tanya khabar?" Anak tak anak. Datin Kalsom sembur saja kalau dia naik angin. Tambahan pula anaknya yang seorang ini sering bikin kepalanya pusing. Makin bertambahlah bara dalam hati.

Mengucap panjang Farah di sebelah. Belum pernah dia tengok mamanya marah sampai macam ni sekali. Terbit rasa kasihan dalam diri melihat muka keruh abang dan kakak iparnya. Pasti mereka berdua terasa hati. Dia yang menjadi pendengar saja pun boleh kecut perut. Inikan pula tuan badan yang disindir.

"Ian tahu mama marah. Tapi ma, perkara dah lama jadi. Tak boleh ke mama maafkan Ian dan Dee?"

Datin Kalsom mencemik. Dia bukanlah benci anaknya ini. Cuma dia terkilan dengan sikap anak menantunya. Buat keputusan langsung tak fikir pasal orang lain. Mahu fikir baik buruk, lagilah jauh sekali.

"Senang kamu bercakap kan, Damian?"

Keluhan dilepaskan bosan. Inilah salah satu sebabnya Damian enggan pulang ke Malaysia. Mamanya tidak habis-habis mahu mengungkit. Namun apa yang Datin Kalsom katakan ada benarnya.

"Mama nak Ian buat apa lagi supaya mama maafkan kami?" Punggung Daiyan ditepuk perlahan tatkala anaknya mula merengek kecil.

Datin Kalsom terdiam sebentar sebelum kembali mencerlung ke arah Damian. Kalau tak difikirkan besannya ada sekali, mahu dibidas anak lelakinya cukup-cukup.

"Kamu betulkan semula keadaan yang dah kucar-kacir. Bagitahu Marissa perkara sebenar tentang hubungan kamu dengan Dee. Harraz, mama nak kamu jujur dengan Marissa tentang apa yang berlaku antara kamu dengan dia. Termasuklah pasal perempuan ni." Tuding jari ke arah Dee, Datin Kalsom kembali menajamkan tatapannya kepada tiga orang pesalah yang sedang menunduk.

Liur terasa kesat hendak ditelan. Dee dan Damian saling berpandangan. Serentak itu juga mereka menghantar renungan kepada Harraz. Kelihatan lelaki itu masih kekal mengunci diri.

"Perlu ke, ma? Perkara tu dah lama berlalu. Ian rasa lebih baik kita diamkan saja. Kalau Ian bagitahu perkara sebenar pun, takkan dapat ubah apa-apa. Dee dan Ian dah berkahwin. Dah ada anak pun."

Mudah Damian memberi solusi. Tanpa sedar, amarah Datin Kalsom semakin marak. Sebab itu dia kata anaknya yang sorang ni tak pernah fikirkan tentang orang lain. Buat keputusan hanya untuk kebaikan dirinya seorang. Langsung tidak memikirkan perasaan orang sekeliling.

"Kamu ingat lepas kamu dengan dia ni dah berkahwin, masalah akan selesai? Lain kali kalau bercakap, cuba guna otak sikit, Harraz Damian!" Melantun-lantun nada geram Datin Kalsom. Berdesir bibirnya menahan marah.

"Kalau ya pun cuba tunjuk sikit rasa malu tu, Damian. Kamu tak nampak siapa kat sebelah mama ni?" Ketap bibir, Datin Kalsom kerling besannya di sebelah. Kecil besar saja dia pandang Damian. Sungguh dia tak faham, di mana silapnya dalam mendidik anak-anaknya.

Merasakan suasana kian menegang, Dee cepat-cepat menyeluk jemari Damian. Dia kenal suaminya bagaimana. Bukanlah jenis yang penyabar. Bimbang kalau dibiarkan, boleh jadi gaduh antara anak beranak itu.

"Sabarlah. Nanti kita cuba pujuk mama lagi. Takkan you nak bertekak dengan mama kat sini?" Dee merapatkan tubuh lalu membisik perlahan di telinga suaminya.

Damian buang keluhan. Sesekali, wajah pulas anaknya dikucup. Dari merengek tadi kini sudah tertidur budak kecil itu.

Tidak sampai hati melihat si anak mendukung cucunya, Datin Kalsom cuba memujuk hati.

"Mari sini cucu mama tu. Kamu dukung macam tu, boleh lemas anak kamu nanti. Lain kali bawa stroller. Duit bukan main banyak, takkan dengan anak sendiri pun kamu kedekut? Hisy budak zaman sekarang ni." Menggeleng Datin Kalsom dibuatnya. Dalam marah-marah tadi, ada juga kasihnya. Yang dimarah mak bapak Daiyan, bukan cucunya.

Dee sorok senyum. Ibu mentuanya sebenarnya baik hati. Cuma dalam keadaan begini, memaksa wanita itu untuk bertegas. Kerana itu, Dee tak sepatutnya terasa hati kalau dimarahi. Memang dia salah, jadi pandai-pandailah dia tanggung natijahnya sendiri.

"Sorry, ma." Damian garu kening lebatnya. Daiyan kini dalam pangkuan si nenek.

"Untung awak, Som. Ada juga cucu nak dibuat main." Datin Syarifah tiba-tiba mencelah. Sayu tatapannya pada Daiyan dalam dukungan Datin Kalsom. Hatinya sedih mengenang cucu-cucunya yang telah dijemput Ilahi.

Sontak, Harraz alihkan pandangannya pada Datin Syarifah. Keruhan di wajah berusia itu meruntun hati sesiapa yang melihatnya. Gerak tubuh seakan membeku di situ juga. Rasa berdosa setiap kali topik tersebut menjadi bualan.

"Anggaplah Daiyan ni macam cucu awak, Pah."

Senyum saja Datin Syarifah. Manakan nak sama dengan darah dagingnya sendiri? Dengan umur begini, teringin juga dia mahu menimang cucu sendiri. Namun masih tiada rezeki kata orang. Entah sempat atau tidak dia mahu merasai semua itu. Maklumlah, Marissa seorang saja anaknya. Jadi, dengan anaknya itu sajalah dia berharap agar dapat merasai semua itu. Namun bila, tiada siapa yang dapat menentukannya.

══════⊹⊱❖⊰⊹══════

     HARRAZ ambil tempat bersebelahan Datin Syarifah. Kala ini cuma ada dia dan wanita itu saja di depan bilik pembedahan. Yang lain turun ke kafe untuk alas perut. Hampir satu jam, tiada tanda-tanda pintu bilik pembedahan itu terbuka.

"Mama tak turun makan? Kalau mama nak, Harraz boleh temankan."

Datin Syarifah pandang sekilas wajah bekas menantunya. Senyuman nipis tersungging di bibir.

"Takpelah. Mama tak lapar pun. Kamu pergilah makan. Mama nak duduk sini. Mama dah janji dengan Ris nak tunggu dia." Geleng kecil, Datin Syarifah menolak lembut pelawaan Harraz. Lagipun, dia tak ada selera nak makan buat masa ni. Entah kenapa, hati tuanya berasa kurang enak sejak tadi.

Gelengan Datin Syarifah dibalas dengan anggukan. Tak perlu memaksa lagi kalau itu yang Datin Syarifah mahukan. Seketika, suasana kian hening di ruang tersebut. Baik Harraz mahupun Datin Syarifah, masing-masing lebih selesa menekur jemari sendiri.

"Harraz minta maaf, ma." Tangannya dikepal berulang kali dalam cubaan hendak menghilangkan resah.

Pusing kepala, Datin Syarifah pandang Harraz bersama kerutan di dahi.

"Harraz minta maaf atas apa yang jadi kat Marissa. Harraz yang salah. Kalau Harraz tak ikutkan sangat perasaan marah tu, tentu anak kami masih hidup. Harraz dan Ris takkan bercerai. Semua ni salah Harraz, ma." Perlahan dan penuh kudus. Harraz jatuhkan kepala, bukti krisis yang berlaku dalam rumah tangganya berpunca dari diri yang dikawal api kemarahan.

Senyuman tipis Datin Syarifah perlahan-lahan mulai sirna. Tiada lagi senyuman keibuan, yang terpamer cumalah reaksi kosong, seolah permohonan maaf bekas menantunya langsung tak dapat tempat di hatinya.

Jujurnya, Datin Syarifah masih marah pada bekas menantunya itu. Namun hendak dilepaskan kemarahan itu, semuanya seakan tidak berguna lagi. Malangnya, Datin Syarifah sendiri tak mampu lakukan apa-apa. Tiada kuasa untuk memutar masa, seperti kata pepatah juga, nasi sudah menjadi bubur.

"Benda dah jadi, Harraz. Tak perlulah kamu nak salahkan diri lagi. Apa yang berlaku antara kamu dengan Ris, jadikanlah pengajaran. Mama harap kalau satu hari nanti kamu bertemu jodoh lagi, jagalah dia baik-baik. Jangan ulang lagi kesilapan lalu tu." Tulus Datin Syarifah menasihati. Lengan kekar Harraz ditepuk beberapa kali.

"Mama pun tak salahkan kamu sepenuhnya. Mama tahu, Ris juga ada kekurangan dia sendiri. Hal rumah tangga ni memang banyak pasang surutnya. Bukan hari ni kita bernikah, esok dan hari seterusnya kebahagian tu akan kekal. Ada masa, bergaduh juga. Salah faham, merajuk, itu benda biasa dalam rumah tangga. Yang penting sekali, macam mana kita nak hadapi situasi tu kalau hal-hal tadi berlaku pada kita."

"Nak melenting? Mengamuk? Sepatutnya ajak isteri, ajak suami lepastu bawa berbincang sama-sama. Selesaikan masalah tu secara matang. Jangan ikutkan sangat perasaan marah. Mama tahu, kamu berdua ni sebenarnya ego. Jangan kerana kamu agungkan sangat ego tu, rumah tangga kamu yang musnah. Kalau dah berpecah-belah antara suami dan isteri, dah tak ada gunanya lagi. Jadi apa kesudahannya? Bercerai, kan?"

Bukan niat mahu berleter, tapi budak-budak ni harus diajar juga kadang-kadang. Sebagai seorang ibu, sudah pastilah mahukan yang terbaik buat si anak menantu. Namun, dalam sesuatu perkara, hanya penceraian saja jalan yang terbaik.

Cuma mampu menikus, bibir tak lagi meluah kata-kata. Apa yang Datin Syarifah bicarakan, ada betulnya. Ah, apa yang berlaku memang salahnya. Tak perlu nak tuding jari ke pihak lain, lihat saja bagaimana dia kendalikan masalah rumah tangganya selama ini. Melebihkan Natalia, tidak berlaku adil pada Marissa. Gara-gara sakit hati, sanggup dilukakan jiwa si isteri. Pokoknya, Harraz memang bodoh!

"Anggap jelah jodoh kamu dengan Ris setakat ni je. Mama doakan kamu akan berjumpa dengan wanita yang lebih baik daripada anak mama." Ikhlas senyuman yang bergayutan di bibir Datin Syarifah. Tak perlu pupuk rasa benci, anggaplah apa yang berlaku ini terselit hikmah tersendiri.

"Ma, kalau Harraz dengan Ris..."

Hilang diksi apabila keluarganya kembali ke ruang menunggu. Di belakang Datin Kalsom, Aini dan Dee berjalan beriringan. Mata melinggas mencari kembarnya, Damian.

"Doktor belum keluar lagi?" Datin Kalsom pandang pintu dewan pembedahan. Sejak turun makan tadi, hatinya tiba-tiba berdenyut kurang selesa. Mahu menjamah makanan pun sudah putus selera. Dalam kepala cuma fikir keadaan Marissa saja.

"Belum..."

Dee genggam rapat-rapat tangan Aini. Waktu ini, jantungnya berdebar semacam. Dalam hati tak putus doanya buat Marissa. Moga-moga wanita itu dalam keadaan baik.

Sepuluh minit cecah punggung di kerusi, pintu dewan pembedahan akhirnya terbuka. Mata masing-masing terpasak ke arah seorang doktor yang baru keluar.

Dengan langkah longlai, Adam paksa juga kakinya berjalan. Redza di belakang menepuk-nepuk bahu si kawan.

"Marissa macam mana, Adam?" Tak sabar-sabar, Datin Syarifah terus ajukan soalan. Irama jantungnya makin tak terkawal bila mana Adam kekal diam. Topeng muka dibuka. Sugul wajah doktor muda itu.

"Maafkan saya..." Kepala terus menekur ke bawah.

Dee menggeleng laju. Dia tak faham apa yang Adam katakan. Lantaran itu, tangan Aini ditepis perlahan. Melangkah ke arah Adam, muka doktor itu direnung dalam.

"Apa... apa maksud doktor? Kenapa dengan kawan saya? Marissa mana, doktor? Kenapa dia tak keluar lagi?" Bertalu-talu Dee mengasak Adam. Birai mata mula memanas.

Nafas ditarik dalam. Buku lima dikepal sehingga urat hijau mula menimbul. Adam angkat kepala, ditatap seorang demi seorang ahli keluaga Marissa. Saat retina terpasak pada wajah Harraz, barulah ditundukkan semula wajahnya.

"We did our best. Jasmine selamat. Unfortunately, dia dalam keadaan kritikal sekarang. Apa yang boleh saya cakap, keadaan Jasmine bergantung pada semangat dia sendiri. I'm sorry, I'm sorry." Adam menggeleng lemah. Berat untuk dikatakan, namun sebagai seorang doktor, situasi ini sering dihadapi.

"Ya Allah, anak aku!" Hampir rebah, mujur Harraz sempat menampung tubuh Datin Syarifah. Tak kurang juga dia, menggigil kecil satu tubuh selepas mendengar penjelasan Adam.

"Tak... tak mungkin. Marissa baik-baik je kan, Aini? Doktor ni tipu kita, kan? Aini, say something! Cakap yang semua ni tipu!" Digoncang tangan Aini berkali-kali.

Jantung bagai hilang fungsi. Nyawa seakan melayang-layang. Aini membiarkan Dee yang terusan teresak kuat.

"Aini, kalau jadi apa-apa kat aku, tolong jagakan mama and papa. Tolong tengok-tengokkan dia orang tau. Kau satu-satunya kawan baik yang aku ada. Aku percayakan kau."

Ibarat ada sebuah batu yang menghempap, lutut melemah dan kaki terundur beberapa tapak ke belakang. Tangan dan mulut terketar hebat. Tiada aksara yang mampu terlahir kala ini.

"Kalau ditakdirkan hari ni aku mati, tolong semadikan jenazah aku kat sebelah anak-anak aku. Tunaikan permintaan terakhir aku ni. Janji dengan aku, ya?"

Kembali terngiang bicara si teman, hati terasa diramas, dada kian mengetat. Saat itu, Aini tak lagi peduli bila matanya bergenang.

"Kenapa kau buat aku macam ni, Ris? Aku suruh kau kuat, tapi kenapa kau lemah sangat? Kau nak sangat tinggalkan aku ke, Ris? Kau dah tak sayang aku?" Aini berteriak. Bahunya terhinggut-hinggut.

Adam hanya mampu pandang dengan wajah simpati. Jujurnya, hati dia turut sedih melihat Datin Syarifah yang galak menangis. Di sisi kiri kanannya, Harraz dan Datin Kalsom setia memujuk. Manakala Dee dan Aini, masih berperang melayan rasa sedih.

"Anak mama..." Datin Syarifah terus longlai bersama linangan air mata.

══════⊹⊱❖⊰⊹══════

     "MARISSA Jasmine, time of death..."

"Continue CPR!" Adam bersuara lantang secara tiba-tiba. Mencerun matanya ke arah Doktor Redza.

"Adam..." Doktor Redza menggeleng kesal. Cuba ditenangkan si kawan, namun jerkahan pula yang dia dapat.

"No! Aku tak benarkan sesiapa pun declare death pada pesakit. Doktor Jamilah, terus perhatikan vital signs patient. Saya akan continue CPR." Chest compression terus dilakukan pada Marissa. Segala kudratnya dikerah untuk menyelamatkan wanita itu.

"Come on, Jasmine." Mampatan pada dada Marissa masih diteruskan. Doktor Jamilah bersabung pandang dengan Doktor Redza. Geleng kepala, mereka hanya mampu membiarkan Adam untuk terus melakukan CPR.

Kelihatan juga air mata mengalir di hujung bening mata Marissa.

Seketika, vital signs monitor berbunyi, menandakan tanda vital Marissa kian kembali. Adam cepat-cepat turun lalu memeriksa denyutan nadi Marissa.

"ROSC." Tercungap sedikit Adam mengatur nafas. Leganya tak usah dikata apabila nadi Marissa sudah kembali.

Masing-masing di dalam OT room menarik nafas kelegaan. Bibir membentuk senyuman di balik topeng muka yang dipakai. Kagum dengan semangat pesakit, tak terkecuali juga dengan usaha Adam yang bertungkus-lumus untuk menyelamatkan satu nyawa hari ini.

"You're such a fighter." Adam membisik di peluput telinga Marissa. Jarinya menyentuh wajah wanita itu.

"My Jasmine is back." Pejam mata, setitis air mata lelakinya menuruni lekuk pipi.

Selajur, Adam menjujut nafas dalam.

"Bawa dia ke ICU and keep on monitoring her vitals." Akur dengan arahan yang diberi, mereka semua angguk mengerti.

Adam undur langkah setapak ke belakang. Mukanya diraup seraya air mata dihapus. Kendatipun Marissa masih dalam keadaan kritikal, sekurang-kurangnya wanita itu masih bernafas. Itu sudah cukup untuk melegakan hati Adam yang tadinya galau.

"Good job, Adam. You've done your best." Doktor Redza menepuk bahu temannya.

Senyuman payah diukir. Ya, dia sudah cuba yang terbaik. Andai saja Adam berputus asa tadi, pasti dia akan menyalahkan diri. Namun syukurlah, semuanya sudah selamat. Pembedahan juga berjalan dengan lancar. Tak sangka, saat-saat genting tadi akan berlaku pada wanita yang dicintainya. Kalaulah dia tak mampu untuk menyelamatkan Marissa tadi, entah apa yang perlu dia katakan kepada keluarga wanita itu nanti?

══════⊹⊱❖⊰⊹═════

Heroin perlu hidup untuk heronya, kan? 🙈

Tak boleh nk sedih2 utk chapter ni and seterusnya. Kumpul dulu air mata untuk last chapter. Kut2 sad ending ke?😆 

Medical info: ROSC means Return of Spontaneous Circulation/ degupan jantung kembali secara spontan semasa melakukan CPR. Biasanya berlaku bila cardiac arrest and doktor akan cpt2 buat CPR. Bila nadi dh kembali, itu yg dipanggil sebagai ROSC.

Continue Reading

You'll Also Like

21.1K 2K 40
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
32K 2.2K 35
CRUSH! Siapa ja yang tak crush kalau lelaki itu adalah Syed Putra Ehan Khairul bin Syed Hakim. Jejaka dingin, tinggi lampai, badan tegap dan yang pa...
1.9M 86K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
333K 17.6K 49
Pertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17...