FARREL'S BOO©️

By nabilllss

4.1M 227K 23.2K

KF SERIES VOL 1 [ karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan & takkan di-edit semula sebabnya malas ] ↳... More

𝐅𝐚𝐫𝐫𝐞𝐥'𝐬 𝐁𝐨𝐨
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°
°∘∘51∘∘°
°∘∘52∘∘°
°∘∘53∘∘°
°∘∘54∘∘°
°∘∘55∘∘°
°∘∘56∘∘°
°∘∘57∘∘°
°∘∘58∘∘°
The End | 59
°∘ Special chapter∘°

°∘∘13∘∘°

79.1K 4.5K 607
By nabilllss

"Bangun Aisy, nanti terlepas subuh." Perlahan-lahan Khalaf mengejutkan isterinya. Ditepuk lembut bahu gadis itu.

"Farrel.." Berkerut dahi Aisy. Sedikit saja kelopak matanya dibuka pada ketika itu.

"Bangun ambil wudhu." Dahi licin Aisy diusap lembut oleh suaminya.

"Pinggang saya sa-sakit.." Berdenyut bahagian bawah perut Aisy. Terasa dihiris dengan pisau yang tajam.

"Period pain?" Khalaf menyentuh bahagian perut Aisy. Jelas tampak risau air muka lelaki itu.

"Pusing sini--" Khalaf menarik lembut bahu isterinya, menyuruh agar mengiring menghadapnya.

Selesai membetulkan baringan Aisy, satu bantal kecil diletakkan pada bahagian perut gadis itu.

"Saya nak turun, ambil air su--"

"Jangan. Tidur je, biar aku ambilkan."

Tanpa henti Khalaf mengusap dahi Aisy, menenangkan isterinya. Kemudian lelaki itu mengucup sekilas hidung Aisy sebelum dia bangun lantas menjauhi katil. Pintu bilik dibuka perlahan seraya kakinya melangkah ke dapur.

Dibawanya perlahan-lahan segelas air yang masih suam itu ke bilik tidur kembali.

Khalaf meletakkan pula satu bantal yang empuk di kepala katil bahagian baringan Aisy.

"Sandar kejap, minum air ni." Lembut nada suara yang digunakan oleh Khalaf.

Aisy hanya menurut kata-kata suaminya. Hanya perempuan saja yang tahu bertapa sakitnya senggugut terjadi pada awal hari kedatangan haid.

Aisy menyambut huluran gelas air yang diberikan oleh suaminya itu. Kemudian dengan perlahan air suam tersebut diteguk. Khalaf merenung lama ke arah isterinya. Dari awal air itu diteguk sehingga habis, diperhatinya.

Selesai Aisy meminum air tersebut, Khalaf meletakkan kembali gelas itu di atas bedside table.

"Harini mama suruh aku bawa kau pergi balik rumah Tok Ma. Larat tak?--"

"Kampung Farrel eh?--" Riak wajah Aisy kembali tampak ceria selepas itu.

Khalaf hanya menangguk, tetapi dia hairan akan isterinya yang tiba-tiba gembira.

"Larat! Nak ikut. Dekat mana tu?"

"Kedah."

"Tapi kau rehat dulu. Kita pergi lambat sikit."

"Okay.." Ringkas jawapan Aisy. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

Belum sempat Khalaf hendak bangun menjauhi Aisy, terlebih dahulu gadis itu menarik tangan suaminya. Terangkat wajahnya hendak melihat Khalaf.

"Farrel nak pergi mana?"

"Mandi." Khalaf pandang sekilas tangan kecil Aisy yang menariknya tadi.

"Kenapa tarik? Nak ikut? Tapi tulah kau period--"

"Ish apa Farrel ni.." Aisy melepaskan genggaman tangannya pada Khalaf tadi. Jelingan yang tajam diberikan buat suaminya.

Khalaf tergelak kecil melihat wajah merah padam Aisy pada ketika itu. Menahan malu apabila diusik begitu.

Tanpa membuang masa, kakinya melangkah menjauhi katil. Ruang persalinan dituju. Sehelai tuala diambil sebelum lelaki itu masuk ke dalam bilik mandi.

Selesai beberapa minit Khalaf membersihkan diri, lantas dia keluar dari bilik mandi. Hanya seluar slack slimfit hitam yang disarung.

Sewaktu Khalaf melangkah menjauhi ruang persalinan, jelas dimata Aisy terpampang melihat tubuh tegap suaminya pada ketika itu tidak berlapikkan sehelaipun baju.

Selamba lelaki itu mendekati katil sambil tangannya ralit mengesat rambutnya yang masih basah, bersama tuala kecil. Khalaf melabuhkan punggungnya di tepi birai katil. Sekilas wajah terlopong Aisy dipandang.

"Aku nak pergi balik rumah sana kejap. Nak ambil barang, kau ada nak kirim baju tak? Biar aku ambilkan."

"Ta--takda."

"Eh ada, tapi baju.. da--"

Mendengar isterinya tergagap ketika menjawab, membuatkan automatik Khalaf tersedar yang pada ketika itu Aisy sedang menahan malu.

"Takpa. Nanti aku suruh Kak Aida kemaskan--"

Aisy mengangguk tanpa mengeluarkan sepatahpun jawapan. Wajahnya tertunduk-tunduk, sedaya upaya menahan dari anak matanya merenung tepat ke arah Khalaf.

"Saya nak tidur!" Laju Aisy membetulkan baringannya. Gadis itu mengubah posisi, secara mengiring membelakangi suaminya. Mata sengaja dipejamkan rapat.

Khalaf bertindak bangun, lalu mendekati sisi katil. Pada ketika itu lelaki itu betul-betul berdiri di tepi baringan Aisy.

Lelaki itu mengucup lembut bibir munggil isterinya, lama. Walaupun Aisy menutup matanya rapat, tetapi Khalaf tahu yang gadis itu masih belum lena, malah menyedari apa yang dia lalukan kejap tadi.

"Tak salah pun tengok, suami sendiri yang punya jugak." Selamba Khalaf mengusik. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

Selimut tebal ditarik ke atas, sehingga mencapai paras bahu isterinya. Lelaki itu kembali mengatur langkah menjauhi katil.

Sewaktu anak tangga yang terakhir dituruni oleh Aisy, anak matanya merenung tepat ke arah Tengku Rossa yang berada di meja makan. Wanita itu sedang menuang air teh panas ke dalam beberapa cawan. Gadis itu laju mengatur langkah mendekati ruangan tersebut.

"Aisy? Dah bangun ya.." Tengku Rossa menyapa menantunya. Wanita itu mengukir senyuman nipis buat Aisy.

"Iya mama." Ringkas Aisy menjawab. Dia melabuhkan punggungnya di atas salah sebuah kerusi. Gadis itu membalas senyuman Tengku Rossa.

"Nah minum air ni panas-panas. Tadi Farrel cakap Aisy senggugut."

Aisy menyambut huluran secawan air teh yang diberikan oleh wanita itu.

"Mama duduklah sekali, makan sama-sama." Lembut Aisy mengajak.

Tengku Rossa hanya tersenyum sebelum dia turut melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan menantunya.

"Mama!"

Tengku Rossa dan Aisy serentak mengalihkan pandangan ke arah Harizz yang baru saja melangkah mendekati meja makan tersebut.

"Harizz? Dari mana ni?"

"Dari rumah Farrel lah. Tadi kan dah bagitahu mama.." Kelibat Farrel turut menyusul mengekori Harizz dari belakang.

"Oh yelah mama lupa." Wanita itu memerhatikan setiap langkah Harizz.

Khalaf bertindak mendukung tubuh kecil Harizz lalu dia metakkan budak lelaki itu bersebelahan dengan Tengku Rossa.

Selesai Khalaf mendudukkan Harizz, lantas lelaki itu mendekati Aisy. Dia turut melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan gadis itu.

"Morning little dimples.." Sengaja Khalaf mengeyitkan mata kirinya.

Bertapa payahnya Aisy menahan dirinya dari menjerit dengan kuat pada waktu itu. Jika dilayan begini setiap hari, mahu sakit pipi asyik tersenyum-senyum. Ditambah pula aura lelaki itu apabila dia mengenyit mata.

"Rizz nak makan apa? Mama sendukkan"

"Nak mee!"

Tengku Rossa memandang sekilas gelagat anak menantunya pada ketika itu. Maklumlah pengantin baru, dengus hatinya.

"Kamu berdua pergi rumah Tok Ma kan harini. Mama tak dapat nak ikut sekali sebab ada hal." Panjang lebar Tengku Rossa menjelaskan.

"Kebetulan besok mama nak ke Italy. Harizz mama bawa sekali ya Farrel?" Sambung wanita itu lagi.

"Aisy okay?" Khalaf mengalihkan pandangan ke arah isterinya yang berada di sebelah.

"Boleh mama. Tapi tak susahkan ke?" Lembut nada suara yang dilontarkan oleh Aisy.

"Eh takdalah. Alang-alangtu memang nak bawa budak kecil ni jalan-jalan sekali--" Senyuman manis diukir oleh Tengku Rossa. Rambut Harizz diusap lembut olehnya beberapa kali.

"Kamu jangan lupa ya Farrel. Malam nanti dekat sana, Tok Ma ada buat majlis kesyukuran perkahwinan kamu berdua."

"Okay." Ringkas Khalaf menjawab.

Lelaki itu menyendukkan mee goreng ke dalam sebuah mangkuk. Lalu mangkuk tersebut dihulurkan buat isterinya.

"Eat first Aisy. Nanti perut sakit." Perlahan Khalaf menyuruh.

Aisy hanya menurut sambil bibirnya mengukir senyuman nipis. Entah apa yang membuatkannya dengan secara tiba-tiba menyuakan sesudu mee ke arah mulut Khalaf.

"Kau nak suap aku?" Berkerut dahi lelaki itu.

"Bukaklah mulut awak, please.." Lembut nada suara Aisy menyuruh suaminya membuka mulut.

Khalaf hanya menurut. Gadis itu perlahan-lahan menyuapkan mee tersebut. Direnungnya penuh minat wajah Aisy. Dari awal dia disuap sehinggalah mulutnya yang sedikit comot itu dilapkan oleh isterinya.

Bagai tidak terucap rasa syukur Aisy Melina. Lelaki yang berada didepannya sekarang ini, adalah suaminya yang sah. Hati berasa tenang apabila berada disamping lelaki itu. Malah dia terasa dilindungi dari sejak awal dia berjumpa dengan Khalaf. 'Saya sayang awak Farrel..'  Sedikit sebanyak terluah apa yang disimpan.

Wajah berkacukan suaminya ditatap. Dari dahi Khalaf yang bersih, warna anak matanya yang berwarna coklat kehitaman, menambahkan lagi aura ketampanan lelaki itu. Sehinggalah rahang tajamnya direnung penuh minat.

Continue Reading

You'll Also Like

805K 32.6K 93
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
97.1K 3.4K 70
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
107K 6.9K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
259K 8.3K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...