FARREL'S BOO©️

By nabilllss

4.2M 229K 23.6K

KF SERIES VOL 1 [ karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan & takkan di-edit semula sebabnya malas ] ↳... More

𝐅𝐚𝐫𝐫𝐞𝐥'𝐬 𝐁𝐨𝐨
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°
°∘∘51∘∘°
°∘∘52∘∘°
°∘∘53∘∘°
°∘∘54∘∘°
°∘∘55∘∘°
°∘∘56∘∘°
°∘∘57∘∘°
°∘∘58∘∘°
The End | 59
°∘ Special chapter∘°

°∘∘12∘∘°

80.4K 4.9K 1.7K
By nabilllss

"Rumah siapani abang Ren?" Ternganga mulut kecil Harizz pada ketika itu, tercengang melihat setiap sudut luar rumah agam Tengku Rossa yang besar dan mewah.

"Rumah bakal mak mertua kakak Harizz lah." Tersenyum nipis Aaren melihat gelagat budak lelaki itu. Lengan Harizz dingenggan erat seraya kakinya melangkah mendekati pintu.

"Hah? Mak mertua tu apa abang Ren?" Berkerut dahi Harizz.

"Nanti kakak Aisy bagitahu."

"Lagi satu, kau jangan panggil aku 'Ren'. Takut dua orang pula yang menyahut bila kau panggil." Sambung Aaren lagi.

"Abistu Rizz nak kena panggil abang apa?" Melihat Harizz menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal itu membuatkan Aaren tergelak kecil.

"Aaren?" Evren yang baru saja melangkah keluar dari pintu rumah agam tersebut menyapa adik lelakinya dan juga Harizz.

"Hah!"

"Harizz panggil abang yang tak hensem ni Anaqi. Lepastu aku yang hensem ni kau panggil Aaren--" Selamba riak wajah Aaren pada ketika itu. Langkah semakin dekat ke arah Evren.

"Oh okay, boleh!" Riak wajah Harizz bertukar menjadi ceria.

"Banyak lah kau. Pergi bawak budakni masuk cepat. Tuan Muda Khalaf kau tu dah tunggu—"

"Tahula, kerja aku. Membebel je." Aaren hanya meneruskan langkahnya memasuki pintu utama tersebut. Meninggalkan abangnya diluar. Harizz turut dibawa masuk ke dalam rumah.

"Abang! Kakak!" Harizz menyapa Khalaf dan Aisy yang sedang duduk di sofa empuk ruang tamu. Automatik kakinya laju melangkah mendekati Aisy.

"Hai Harizz—" Aisy turut teruja melihat keberadaan adik lelakinya. Apabila Harizz berada dekat berhadapan dengan kedudukannya, lantas tubuh kecil budak lelaki itu dipeluk erat.

"Aisy, nah minum air—"

"Ehh si kecil ni pun adalah.."

Tengku Rossa baru saja mendekati ruang tamu. Wanita itu membawa sedulang yang di atasnya ada beberapa gelas yang berisi air buah, ke arah mereka.

"Siapani kakak?" Terkebil-kebil Harizz menyoal.

"Ha-Harizz, nii.."

"Panggil mama je sayang." Tengku Rossa memotong percakapan Aisy. Wanita itu mengukir senyuman nipis.

"Harizz kan nama awak? Jum kita jalan-jalan kat luar kejap. Mama bawak pergi taman bunga kat tepi rumah-" Sekilas wajah Khalaf dipandang oleh Tengku Rossa.

"Kakak nak ikut?"

"Na--"

"Eh Aisy duduk la dulu dengan Farrel. Mama bagi ruang kamu berdua untuk berbual." Lengan budak lelaki itu ditarik lembut. Lantas dibawanya menjauhi ruang tamu. Sempat senyuman manis diukir buat Aisy.

Beberapa minit suasana di ruangan tersebut sepi dan sunyi membuatkan Aisy berasa janggal berada di situ, malah berduan saja bersama Khalaf. Tanpa bertentang mata, dan sengaja gadis itu menundukkan wajahnya.

"Jadi isteri aku boleh Aisy?"Soalan yang dilontarkan oleh Khalaf memecahkan suasana yang sepi tadi. Automatik wajah Aisy kembali menghadap lelaki itu.

"Bo-boleh ke.."

"Kita kahwin, walaupun takda perasaan antara satu sama lain?" Teragak-agak Aisy mahu jawab. Tidak pernah menyangka yang lelaki sebegitu mahu mengisterikannya.

"Siapa kata aku takda perasaan dekat kau-- " Ringkas lelaki itu menjawab.

Terdiam serta merta Aisy pada ketika itu. Cuba memahami apa yang disampaikan. Wajah Khalaf yang mendatar itu direnung lembut. Tenungan antara mereka itu membuatkan diri Aisy berfiikiran melayang entah kemana, sehinggakan matanya pada ketika itu mula berkaca.

"Aisy?" Terkejut Khalaf melihat wajah sayu gadis itu.

"Kalau ayah dengan ibu masih hidup, mesti diorang rasa bersalah sebab orang yang mewah macam awak ni---"

"Sa-sanggup jadikan perempuan yang susah macam saya sebagai seorang isteri.." Sambung Aisy lagi. Pada ketika itu, air mata mula berjurai membasahi pipi mulusnya. Mengenangkan nasib diri, sebagai anak sulung perempuan juga anak yatim piatu, malah sebatang kara menjaga adik - adiknya.

Dengan pantas, Khalaf bertindak bangun lalu mendekati Aisy. Lelaki itu melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan gadis itu. Jarak dudukan antara mereka pada ketika itu ibarat hanya beberapa jengkal sahaja.

"Tapi aku takkan sia-siakan anak perempuan diorang ni--"

"Please, I want to takecare of you, forever. Don't put your trust on me honey, but I'll prove it." Lembut nada suara yang digunakan oleh Khalaf.

Renungan yang lama antara mereka berdua bertentang mata. Setiap ayat yang dikeluarkan oleh lelaki itu sentiasa membuatkan diri Aisy berasa tenang.

Air mata masih lebat membasahi pipi, tapi entah mengapa pada ketika itu automatik bibir Aisy mengukir senyumannya yang manis. Sehingga jelas lesung pipitnya kelihatan.

"Aku suka lesung pipit tu--"

Tergelak kecil Aisy pada ketika itu mendengar ayat tersebut. Gadis itu menyeka air matanya, lembut.

"Saya percayakan Farrel."

"Good, lap air mata."

"Aku akan bincangkan dengan mama untuk buat majlis doa selamat arwah ibu ayah kau dan Sumayyah, okay?" Sambung Khalaf lagi. Rambutnya diraupkan keberlakang bersama riak wajahnya yang tenang.

"Okay Farrel.." Ringkas Aisy menjawab. Kepalanya laju mengangguk menandakan setuju.

Mengambil masa seminggu sahaja segala urusan pernikahan mereka dilakukan. Dan semuanya Khalaf serahkan pada Tengku Rossa. Dalam masa yang sama dia keliru dengan perasaannya sendiri.

Jika apa yang Khalaf rasakan sekarang dalam dirinya ini dibalas oleh seorang gadis bernama Aisy Melina, maka akan dia pastikan hanya nama gadis itu sahaja yang diselitkan dalam doanya sehingga hujung nyawa.

Dengan hanya satu lafaz akad nikah, Khalaf Farrel dan Aisy Melina sah menjadi pasangan suami isteri.

Hari pernikahan dijalankan di rumah agam Tengku Rossa. Ramai yang hadir pada ketika itu, tiada seorang pun yang dikenali oleh Aisy.

"Congratulations Khalaf. Nak pesan ni jangan dapat anak awal sangat, nanti bila kau busy aku pula kena buat kerja kau." Selamba Evren. Pada waktu itu mereka berada di perkarangan rumah agam tersebut. Tersengih lelaki itu seperti kerang busuk mengusik sahabatnya.

"Nak ucap tahniah, tapi mulut tu minta penampar—" Khalaf menarik lembut tangan kecil Aisy seraya kakinya melangkah mendekati Evren.

"Eleh apa-apa jelah. Aku balik dulu."

"Take good care of your wife. Now there will be many eyes looking at her. Ingat pesan aku." Sambung Evren lagi. Sekilas wajah berseri Aisy dipandang. Senyuman nipis diukir.

"Thanks bro--"

Hari yang berpanjangan, mula memenatkan diri. Memandangkan hari yang sudah malam, bermaksud selesailah majlis tersebut.

"Aisy mana mama?" Khalaf mendekati Tengku Rossa yang sedang berkemas di meja dapur.

"Dekat atas, mama suruh dia mandi. Sian dia penat—" Wanita itu mengalihkan pandangannya sekilas ke arah Khalaf.

"Mama nak Farrel tolong apa-apa?"

"Takyalah, apa kamu ni..pergi berehat." Hairan Tengku Rossa.

"Harizz mama dah tidurkan dia tadi." Sambungnya lagi.

Khalaf mengangguk perlahan. Memang niatnya hendak masuk ke bilik, badannya terasa letih. Lelaki itu mula mengatur langkah menjuahi ruangan dapur. Anak tangga didaki, bilik tidur dituju.

Selesai membuka, lalu kembali menutup pintu bilik. Jelas dimata Khalaf melihat tubuh kecil gadis yang baru saja bergelar sebagai isterinya itu telah berbaring di atas katil.

Kakinya automatik melangkah mendekati baringan Aisy. Direnungnya lama wajah Aisy, hendak memastikan sama ada isterinya itu sedang lena tidur atau tidak.

Beberapa saat berlalu, bibir Khalaf mengukir senyuman nipis. Tangannya sengaja di rapatkan ke wajah gadis itu. Bibir munggil Aisy disentuh lembut oleh Khalaf. Setiap inci wajah polos si isteri direnung dengan penuh minat.

Sempurna. Terlalu sempurna bagi Khalaf Farrel. Walaupun perkenalan yang singkat, tetapi hatinya kini sepenuhnya milik Aisy Melina. Seorang perempuan yang dihadirkan untuk melengkapi hidupnya.

Terasa memberat bahagian dada bidang tegap Khalaf pada awal pagi itu. Seperti ada benda yang melingkari tubuhnya.

Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka. Berkerut dahi lelaki itu menyedari yang lengan halus Aisy yang jelas terpampar memeluknya.

Khalaf menurunkan lengan isterinya. Dengan perlahan-lahan tubuhnya sengaja dipalingkan mengiring menghadap Aisy yang sedang lena. Tubuh kecil gadis itu ditarik melekap pada dada bidangnya.

"Hmmhh.."

Terhenti pergerakan Khalaf apabila isterinya mengeliat selama beberapa saat. Selimut tebal yang berada di bahagian lutut, ditarik ke atas sehingga bahu gadis itu. Kemudian Khalaf meletakkan lengannya pada bahagian pinggang Aisy.

Haruman yang menusuk pernfasan Khalaf pada ketika itu berpunca dari setiap helaian rambut isterinya. Kantuk kembali menyelubungi dirinya, terbuai dengan haruman tersebut.

Sedang asyik Khalaf melayan kantuk, dapat dia rasakan yang bahu Aisy pada ketika itu sedang bergerak-gerak, seperti resah.

"Aisy? Kenapani—" Lembut Khalaf menyoal.

"Pe-perlahankan aircond.. Sejuk." Walaupun kelopak mata Aisy pada ketika itu masih tertutup rapat, tapi dia masih mendengar apa yang ditanyakan oleh suaminya tadi.

"Aku tak on aircond, tapi pagi ni hujan. Memanglah kau sejuk—"

"Let me hug you baby girl." Sambung Khalaf perlahan.

Pelukan semakin dikemaskan. Sepenuhnya bahagian belakang tubuh kecil Aisy melekap pada dadanya yang berlapikkan baju itu.

"Feels better hm.."

Tersenyum nipis Khalaf melihat Aisy mengangguk perlahan. Matanya masih tertutup rapat. Mungkin terlalu penat sehinggakan mudah membuatkan dirinya kembali terlena.

"Tidur, baru pukul 4 pagi. Nanti subuh aku kejut."

"Hmm.." Dalam keadaan separuh tersedar Aisy menutur ayatnya.

Continue Reading

You'll Also Like

170K 11.1K 33
Adam Hirdy | Azalea
4.9M 197K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
89.1K 4.7K 18
Credit to- @hezlinthehazel tq for this cute cover ^^ Baekhyun budak terkenal dengan kehandsomannya di sekolah,di pejabat,dimana mana sahaja dipaksa o...
5.2K 189 18
seorang gadis yang dikenali sebagai echaa seorang student yang sangat ceria tapi penakut sedikit kat highschool telah berjumpa seorang lelaki yang po...