FARREL'S BOO©️

By nabilllss

4.1M 227K 23.2K

KF SERIES VOL 1 [ karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan & takkan di-edit semula sebabnya malas ] ↳... More

𝐅𝐚𝐫𝐫𝐞𝐥'𝐬 𝐁𝐨𝐨
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°
°∘∘51∘∘°
°∘∘52∘∘°
°∘∘53∘∘°
°∘∘54∘∘°
°∘∘55∘∘°
°∘∘56∘∘°
°∘∘57∘∘°
°∘∘58∘∘°
The End | 59
°∘ Special chapter∘°

°∘∘11∘∘°

75.7K 4.7K 645
By nabilllss

Sedang lena Khalaf tidur dibuai mimpi, iPhone miliknya yang terletak di atas bedside table berdering kuat menandakan ada seseorang yang menghubunginya pada ketika itu.

Dengan dalam keadaan mata Khalaf masih tertutup rapat, tangan kanannya ralit meraba di atas bedside table, mencari iPhone tersebut.

"Ya ma?" Berkerut kening Khalaf pada ketika itu.

"Morning Farrel. Harini balik rumah mama tau, mama masak sedap-sedap harini. It is your favourite food." Jelas suara Tengku Rossa di dengarinya.

"Tengok dulu lah mama—"

"Jangan bagi alasan ya Farrel. Mama tahu pukul 10 pagi, you dah sampai. Please ya."

"Fine." Ringkas jawapan dari Khalaf. Lantas dia matikan panggilan tersebut lalu diletakkan semua iPhone tadi ke atas bedside table di tepi katil.

Dalam keadaan yang terpaksa, Khalaf membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Cahaya terang disebalik langsir di bilik tidurnya. Suhu yang sejuk akibat penghawa dingin membuatkan Khalaf semakin malas hendak bangun.

Sedang asyik melayan kemalasannya, Khalaf mula perlahan-lahan bangun dari baringannya. Otot-otot yang tegang menyebabkan Khalaf mengeliat beberapa saat.

Kakinya sengaja diturunkan, menyentuh lantai. Lantas lelaki itu bangun lalu mendekati sudut persalinan. Sehelai tuala bewarna hitam di capai, lalu dibawanya masuk ke dalam bilik mandi.

Lebih kurang mengambil masa dalam 15 minit Khalaf membersihkan diri, lantas dia melangkah keluar dari bilik mandi tersebut. Hanya sehelai tuala tadi terletak kemas, melingkari pinggang Khalaf pada waktu itu tanpa memakai sehelai pun baju. Ruang persalinan dituju.

Selesai bersiap memakai pakaian, cermin besar yang terletak di dinding berhadapan dengan katil pula didekati. Rambut Khalaf yang masih berserabai tadi hanya diraupkan sekilas keberlakang. Selebihnya yang masih tampak serabai dibiarkan begitu sahaja.

Lantas lelaki itu mengatur langkah menjauhi ruangan tersebut, lalu dia keluar dari bilik tidur. Aras utama dituju olehnya. Selesai menuruni anak tangga, lantas lelaki itu mendekati dapur.

"Evren?" Terkejut Khalaf melihat sahabatnya seorang itu sedang menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh Aida. Tanpa melengahkan masa, terus Khalaf mendekati meja makan dimana Evren berada.

"Sedap betul anak buah perempuan kau yang sorang tu masak." Beberapa suapan mee goreng disuapkan kedalam mulut.

"Kau dah kenapa rambut berserabai ni, buang tabiat ke?" Sambung Evren lagi. Jelas dimatanya pada waktu itu melihat Khalaf yang rambutnya tampak masih serabai.

"Diamlah." Khalaf melabuhkan punggugnya di atas salah sebuah kerusi berhadapan dengan Evren. Wajahnya hanya beku pada ketika itu.

"Yang kau ni—"

"Dekat rumah sendiri dah takda makanan ke sampai nak sarapan dekat rumah orang?" Khalaf menyenduk mee goreng tadi lalu diletakkan ke dalam pinggan.

"Rumah kau, rumah aku jugak--" Selamba Evren bertutur.

Beberapa minit selesai menjamu selera..

"Ev—"

"Hm?"

"Mama ajak aku balik, sebab dia kata dia masak macam-macam harini."

"Dahtu, baliklah. Buat apa kau bagitau aku."

Khalaf menghembuskan nafas beratnya. Wajahnya menegang pada waktu itu, geram dengan jawapan yang dilontarkan oleh Evren.

"Ikut aku balik sekali."

"Hah? Untuk apa?" Terangkat kening Evren mendengar pernyataan dari sahabatnya.

"I think she looks like something's wrong. Siap ajak datang makan lepastu cakap lembut je dengan aku."

"Mama kau mana pernah marah-marah gila."

"Kalau takda perempuan dalam rumahni, sekarang jugak aku tembak kepala kau tu."

"Bagi lah pendapat. Kut-kut pergi kang, mama ada ajak someone ke.."

Melihat wajah mencebik Khalaf membuatkan Evren tertawa kuat pada waktu itu.

"Someone? Maksud kau?" Evren menghabiskan sisa tawanya sambil secawan jus oren diteguk perlahan.

"Lily.." 

"Oh damn--" Tercengang Evren mendengar nama perempuan yang disebut oleh Khalaf tadi.

"Mama kau da hlama nak dia jadi menantu. So, what's your plan? Takkan kau taknak pergi."

"Kau nak tolong aku Ev?" Wajah Khalaf yang tadinya masam kini serta merta berubah.

Melihat Evren mengangguk laju tanda setuju, Khalaf mengukir senyuman sinisnya.

"Dah siap?" Khalaf dari tadi leka menilik iPhone-nya di luar rumah, berhadapan dengan pintu utama. Lelaki itu mengalihkan pandangan ke arah Aisy yang baru saja melangkah keluar dari pintu tersebut.

"Ikut aku.." Laju Khalaf mengatur langkah hendak ke kereta mewahnya. Dibiarkan saja Aisy yang terkebil-kebil mengikut langkahnya dibelakang.

Pintu perut kereta belakang dibuka perlahan oleh Khalaf. Lantas Aisy masuk ke dalam tanpa membantah. Lelaki itu kembali menutup pintu kereta sebelum kakinya melangkah ke pintu bahagian memandu pula. Selesai mereka semua masuk ke dalam perut kereta...

Hairan Aisy melihat ada seorang lelaki yang duduk bersebelah dengan seat Khalaf. Lelaki itu tampak sangat akrab dengan Khalaf.

Namun hatinya kuat mengatakan bahawa mungkin lelaki itulah kawan baik Khalaf yang dimaksudkan oleh Fareez kelmarin.

Kereta mewah milik Khalaf mula meluncur keluar dari perkarangan rumah agam tersebut. Rumah Tengku Rossa hendak dituju memandangkan jam ditangan sudah menunjukkan pukul 9:40 pagi. Bermakna masih ada waktu tersisa untuk memulakan perjalanan.

"Lei è bellissima, Khalaf--" (She's beautiful, Khalaf)

"Yea, more than you know."

Beberapa kali Aisy cuba untuk memahami apa bahasa yang digunakan oleh Evren. Gadis itu hanya membisu sambil telinganya fokus mendengar apa yang dibualkan oleh mereka pada ketika itu.

Selama beberapa minit berada di atas jalan raya yang sibuk itu, akhirnya destinasi yang dituju sampai jua. Kereta yang dibawa, telah dipakir oleh Khalaf di sudut khas perkarangan rumah Tengku Rossa.

"Aku dah cakap Ev, tengok kereta tu--" Anak mata Khalaf merenung tepat ke arah sebuah kereta yang terletak di tempat yang sama. Ternyata betul tekaannya, Tengku Rossa mengajak anak lelakinya datang, disebabkan ada sesuatu.

"Ikut plan. Kau masuk dulu layan Ku Ros. Dengar je apa diorang borak. Then incase bila masuk je part Ku Ros suruh dia jadi menantu, kau elak cepat-cepat.

"Lastly, barulah aku masuk bawak Aisy." Panjang lebar luahan yang diberi oleh Evren, menenangkan sahabatnya yang sedang resah itu.

"Go bro. Takda apa punyalah. Ku Ros baik kot."

Khalaf hanya diam membisu. Renungannya lama menghadap stering kereta. Lelaki itu menghembus nafas berat. Pintu kereta dibuka, sebelum kakinya melangkah keluar dari perut kereta, sekilas wajah Aisy direnungnya.

Evren memerhati sahabatnya seorang itu sedang melangkah mendekati pintu masuk. Sekarang, hanya Aisy dan Evren berada di dalam perut kereta mewah tersebut.

"Aisy? Are you okay?" Evren tersenyum nipis melihat Aisy yang dibelakang sedang terkebil-kebil, anak matanya kusyuk memerhati di setiap penjuru luar rumah agam tersebut.

"Ini rumah siapa?" Perlahan Aisy menyoal.

"Rumah Tengku Rossa. Mama Khalaf."

"Tapi apa kita buat dekat sini? Saya.."

"Jangan risau, Aisy. Just wait a few minutes. Nanti aku bawa kau masuk dalam—"

"Hah?" Berkerut dahi Aisy pada ketika itu. Seriuslah aku kena masuk? Dengus hatinya. Kedudukannya yang tersandar kemas tadi dengan automatik sekarang berada dekat di tepi kedudukan Evren di seat hadapan.

Tertawa kecil Evren pada waktu itu, menyedari yang Aisy mendekatinya. Malah wajah Aisy pada saat itu sungguh penuh dengan tanda tanya, terkial-kial.

"I'm done. Farrel nak balik." Selamba Khalaf bangun seraya kakinya laju melangkah menjauhi meja makan. Meninggalkan Tengku Rossa dan gadis yang bernama Lily berdua sahaja.

"Lily dah habis makan? Mari kita kedepan." Tengku Rossa mengukir senyuman kelat. Kalau di ikutkan hati hendak saja dia memarahi anak lelakinya seorang itu.

"Da-dah aunty.." Tergagap Lily bertutur, berasa janggal. Diperhatikan saja setiap langkah Khalaf menjauhi ruangan tersebut.

Tengku Rossa bangun lantas turut mengatur langkah ke ruang tamu. Lily hanya mengikut dari berlakang.

Sistem penglihatan Tengku Rossa dipaparkan dengan figura anak lelakinya sedang ralit menonton TV. Wanita itu melabuhkan punggungnya di atas sebuah sofa empuk berhadapan dengan Khalaf. Lengan Lily ditarik lembut agar turut duduk bersebelahan dengannya.

"Lily kerja apa sekarang hm?" Melihat wajah kelat Lily, Tengku Rossa terpaksa memecahkan suasana yang sepi tadi bagi menghilangkan rasa kekok gadis itu.

"Oh, Lily bekerja di bawah company ayah. As a architect."

"Bagusnya.." Tengku Rossa mengusap lengan gadis itu lembut.

"Tak ada boyfriend laa ni ya?" Sengaja Tengku Rossa menghamburkan ketawanya, berharap agar Khalaf turut berbual bersama. Tetapi air muka wanita itu berubah seketika, melihat anak lelakinya masih memaparkan perangainya yang beku.

"Lagipun ibu kamu dah setuju dengan aunty nak kahwin-kan kamu dengan Farrel--"

"HAA?" Wajah Lily turut terkejut dengan pernyataan yang dilontarkan oleh Tengku Rossa. Sungguh dia tidak sangka yang wanita itu telahpun merancang sesuatu bersama ibunya. Maklum saja sebelum ini, bertahun-tahun dia melanjutkan pelajaran di luar negara.

"What's your point mama??"

"Mama suruh Farrel balik sebab mama masak sedap-sedap. Then now, you ask me to marry her just like that?"

"Huh.." Khalaf mula bersuara. Tegas nada suara yang digunakan pada ketika itu. Rahang tajamnya diketap.

"Dengar cakap mama Farrel." Tengku Rossa membantah.

"Aunty, actually Lily dah aa-ada.." Tergagap gadis itu bertutur.

"Mama dah aturkan semuani lama dah tau. Farrel pun tahukan?" Terlebih dahulu wanita itu memotong ayat Lily. Renungannya tepat ke arah Khalaf.

"Sekarangni yang tiba-tiba nak marah kenapa? Kahwin je dengan Lily. Just follow what I have arranged--"

"Tunggu mama."

"Wait for Lily to finish her words first.." Sambung Khalaf lagi. Tubuh tegapnya yang tersandar tadi kembali kehadapan, lebih mudah dia hendak berbicara.

"Lily-- Lily dah ada orang lain aunty."

"Apa kamu berdua ni?! Dah rancang sesuatu ke belakang mama?" Tengku Rossa melontarkan suaranya. Wajah Khalaf dan Lily dipandang beberapa kali. Berkerut dahi wanita itu.

"No. Semuani sebab Lily memang taktahu apa yang ibu dan aunty bincangkan."

"Tapi Lily minta maaf sangat, sebab Lily sepenuhnya tolak permintaan aunty tu--" Jelas panjang lebar Lily pada ketika itu. Serta merta dia menolak dan membantah.

"It's over. Batalkan jelah niat mama." Khalaf meraupkan rambutnya keberlakang.

"Astagfirullah pening. Ada anak lelaki hensem, tapi nak bujang sampai ke tua--" Tengku Rossa menyilangkan lengannya, memeluk tubuh. Wajah Khalaf di-jeling tajam.

"Aunty, saya rasa lebih baik saya minta diri dulu ya?" Lily menghulur tangan, bertindak menyalami Tengku Rossa sebelum dia beredar dari situ.

"Takecare." Tengku Rossa mengukir senyuman kelatnya buat Lily.

"Mama marah Farrel?"

Melihat Tengku Rossa hanya mendiamkan diri sambil menggelengkan kepala membuatkan Khalaf berasa resah. Ada senaskhah majalah ralit dibaca oleh wanita itu.

"Tapi kenapa mama senyap--" Anak matanya merenung penuh lembut ke arah Tengku Rossa.

"You ask me why?" Tengku Rossa mula mengalihkan pandangannya ke arah Khalaf yang masih duduk berhadapan dengannya.

"Listen. Ini soal kahwin mama. Takkan melulu je Farrel nak jadikan Lily sebagai seorang isteri?"

"Is that what you think fair for me? Farrel takpernah kut ada kawan perempuan sebelumni--" Khalaf bertutur bersama riak wajah mendatar.

"Itulah sebabnya mama nak kamu kahwin Farrel. Nak tunggu kamu ada kawan perempuan sampai bila?" Tengku Rossa menghembus nafas berat.

"Betul mama nak Farrel kahwin?--" Farrel menyoal.

Khalaf melihat Tengku Rossa hanya menganggukkan kepala. Tanda memang benar wanita itu mahu dia berkahwin juga.

"Okay. Farrel akan kahwin--"

"Seriously?!" Riak wajah Tengku Rossa serta merta berubah teruja.

"Tapi dengan pilihan Farrel sendiri."

"Who is she? Kalau tak sopan mama taknak."

"Ah please, my taste is not as you think mama--"

"Bila nak bawak ke sini?"

          
          ━━━━━。゜✿ฺ✿ฺ゜。━━━━━

"Hello there--"

Tersentak Tengku Rossa apabila dia menyedari yang entah dari mana munculnya Evren, mendekati ruangan tersebut. Malah berkerut dahi wanita itu melihat ada seorang gadis yang mengekori langkah Evren dari berlakang.

"Evren?" Tengku Rossa automatik bangun dari duduknya. Pandangannya hanya terpaku pada Aisy ketika itu.

"Si--siapa, siapani Ev?"

"Nilah satu-satunya perempuan yang si Farrel tu kenal Ku Ros."

"Jangan nak lebih-lebih ya Ev. Depan perempuan, aku taknak kasar-kasar." Khalaf menyampuk.

Dengan spontan Tengku Rossa menarik lengan Aisy dan dibawanya lebih dekat dengan sofa.

"How beautiful she is, MasyaAllah--" Lengan Aisy ditarik lagi dengan lembut oleh Tengku Rossa, agar gadis itu duduk bersebelah dengan dia.

Evren turut melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Khalaf. Jelas dimata lelaki itu melihat Aisy yang wajahnya merah padam akibat menahan malu. Sememangnya dari dalam kereta lagi gadis itu enggan hendak masuk. Seperti memaksa anak hendak ke sekolah dibuatnya.

"Let me clear this."

"Farrel tak kenal mana-mana perempuan sebelumni..dan taknak kenal pun perempuan lain selain Aisy Melina."

"My decision is final, I will marry her, mama--" Satu persatu ayat yang diluahkan oleh Khalaf, membuatkan semua yang berada di situ terdiam serta merta.

"Setuju mama?" Tegas nada suara Khalaf menyoal. Sekilas wajah merah padam Aisy direnungnya. Lelaki itu sengaja mengenyitkan mata kanannya ke arah Aisy. Senyuman nipis diukir.

"Setuju sangat!--" Laju Tengku Rossa mengangguk. Pandangannya langsung tidak beralih dari Aisy.

Continue Reading

You'll Also Like

28.2K 1.1K 13
"KAU SIAPA NAK KONGKONG AKU?" "AKU KAU PUNYAA......." " tolong aku dah tak larat" epsido:10/10 Status Story: Complete Idea by : Kookie_knin Edit by...
820K 33K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
1.1M 54K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
549K 30.2K 45
⚠️ WARNING ⚠️ - CERITA INI TIDAK SESUAI UNTUK BUDAK BAWAH UMUR SEBAB DALAM STORY NI ADA SCENE YANG TIDAK ELOK! *BUKAN SCENE L*CAH YA 🥹* - KALAU AWAK...