3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]

By Yasmyns_Dahlia

296K 25.9K 10.9K

Dua bulan hidup di bumi Ireland, cukup membuatkan Marissa merasai bahagia yang pernah hilang dahulu. Demi ana... More

PROLOGUE | DENDAM CINTA 2
BAB 1 | DENDAM CINTA 2
BAB 2 | DENDAM CINTA 2
BAB 3 | DENDAM CINTA 2
BAB 4 | DENDAM CINTA 2
BAB 5 | DENDAM CINTA 2
BAB 6 | DENDAM CINTA 2
BAB 7 | DENDAM CINTA 2
BAB 8 | DENDAM CINTA 2
BAB 9 | DENDAM CINTA 2
BAB 10 | DENDAM CINTA 2
BAB 11 | DENDAM CINTA 2
BAB 12 | DENDAM CINTA 2
BAB 13 | DENDAM CINTA 2
BAB 14 | DENDAM CINTA 2
BAB 15 | DENDAM CINTA 2
BAB 16 | DENDAM CINTA 2
BAB 17 | DENDAM CINTA 2
BAB 18 | DENDAM CINTA 2
BAB 19 | DENDAM CINTA 2
BAB 20 | DENDAM CINTA 2
BAB 21 | DENDAM CINTA 2
BAB 22 | DENDAM CINTA 2
BAB 23 | DENDAM CINTA 2
BAB 24 | DENDAM CINTA 2
BAB 25 | DENDAM CINTA 2
BAB 26 | DENDAM CINTA 2
BAB 27 | DENDAM CINTA 2
BAB 28 | DENDAM CINTA 2
BAB 30 | DENDAM CINTA 2
BAB 31 | DENDAM CINTA 2
BAB 32 | DENDAM CINTA 2
BAB 33 | DENDAM CINTA 2
BAB 34 | DENDAM CINTA 2
BAB 35 | DENDAM CINTA 2
BAB 36 | DENDAM CINTA 2
BAB 37 | DENDAM CINTA 2
BAB 38 | DENDAM CINTA 2
BAB 39 | DENDAM CINTA 2
BAB 40 | DENDAM CINTA 2
-
BAB 41 | DENDAM CINTA 2
BAB 42 | DENDAM CINTA 2
BAB 43 | DENDAM CINTA 2

BAB 29 | DENDAM CINTA 2

5.1K 424 63
By Yasmyns_Dahlia

"ANAK-ANAK Ris dah tak ada, sayang..."

"Mulai dari hari ni, Marissa Jasmine binti Malik, aku ceraikan kau dengan talak satu."

Marissa atur langkah memasuki kawasan tanah perkuburan Islam tersebut. Tubuhnya seakan longlai, air mata kian mengering di kulit wajah. Dari tadi hanya bait-bait ayat itu saja yang menerjah ke otak. Langsung tak terpadam dari ingatan.

Cukup menyakitkan.

Sangat menyesakkan.

Keluhan demi keluhan terbit dari celah bibir. Marissa betulkan selendang hitam yang hampir melorot jatuh. Sehingga tiba di sebuah pusara, wanita itu menghentikan langkahnya. Nama yang diukir pada batu nisan itu dipandang tanpa jemu.

Orkid Dhialisa.

"Aku datang ni, Lisa." Marissa hampar tikar yang dibawanya. Mata terpejam sesaat tatkala sebak mula menghuni dada. Pejam celik pejam celik, sudah genap dua tahun Orkid Dhialisa pergi meninggalkannya.

Meskipun sudah dua tahun Marissa hidup tanpa Lisa di sisi, namun kehadiran Lisa masih terasa di setiap denyut nadi Marissa. Dan selama-lamanya Orkid Dhialisa akan hidup di dalam ingatannya.

"Aku janji takkan tinggalkan kau, Ris."

"Kau dengan aku akan tetap bersama sampai bila-bila."

"Kau kawan aku dunia akhirat, Marissa. Aku sayang kau sangat-sangat!"

Marissa kemam rapat bibirnya. Ibarat pita rakaman rosak, suara Lisa begitu segar di peluput telinga. Seolah-olah Lisa baru saja menutur ayat itu semalam. Terbayang raut wajah wanita itu. Senyumannya, gelak tawanya, pelukannya dan segala-galanya tentang Orkid Dhialisa.

Marissa tak tahu apa yang patut dia rasakan sekarang ini. Perasaan sedih seakan tidak pernah diusir pergi. Tiap-tiap kali dia menziarahi kubur arwah Lisa, pasti akan terimbas semula setiap memori diantara mereka.

Pahit.

Mahupun manis.

Semuanya masih melekat.

"Semua ni salah aku, Lisa." Marissa berjeda. Tangan lincah mencabut rumput-rumput halus di sekeliling pusara arwah.

"Kalau tak kerana aku, perkara ni takkan jadi, kan?" Makin hanyut dibuai emosi, Marissa menarik nafas dalam-dalam. Mata terpejam rapat, sekali gus menolak air mata yang bertakung.

"Kalau aku tak ikutkan sangat kata hati aku masa tu, aku dengan Harraz takkan kenal. Sebab dendam, aku pertaruhkan masa depan aku dalam hidup dia. Aku ingat dia yang bunuh kau. Rupanya aku silap. Harraz langsung tak bersalah. Tapi sebab aku dah terlanjur masuk dalam hidup dia, aku tak dapat lari lagi. Semua ni silap aku kan, Lisa? Aku degil tak nak dengar cakap Aini, mama dan papa. Aku terlalu ikutkan sangat perasaan marah tu." Hela nafas, nampak yang Marissa betul-betul kesal dengan sikapnya dulu.

Mungkin betul, jika dia tidak membuat keputusan untuk masuk dalam hidup Harraz, Marissa dan lelaki itu tidak akan mengenali antara satu sama lain. Rasa cinta itu juga tidak akan wujud. Bahkan mereka takkan berkahwin. Dan Marissa tak akan kehilangan anak-anaknya mahupun menempuh liku-liku perjalanan kehidupannya sekarang ini.

Dada disentuh. Pahit senyuman yang terukir.

"Aku ada breast cancer, Lisa. Aku tahu, kalau kau ada sekarang ni, mesti kau akan heret aku ke hospital dan paksa aku untuk buat pemedahan tu." Marissa ketawa kecil. Teringat ulah Lisa jika dapat tahu yang dia sakit. Cepat saja wanita itu membawanya ke klinik.

Tapi itu semua dulu. Sekarang Lisa dah tak ada untuk memaksanya lagi. Mengingatkan hal itu, serta merta hati dipagut rasa sayu. Dia rindukan Lisa.

"Tapi kau jangan risau. Aku akan tetap buat pemedahan tu. Dah sampai masanya aku fikirkan diri aku pula. Aku nak rehat, Lisa. Aku dah penat sangat-sangat." Air mata yang mengalir diseka. Marissa tenangkan diri dan menjujut nafas dalam-dalam. Pusara arwah Lisa dipandang buat sekian kali sebelum surah Yassin di dalam beg tangan dikeluarkan.

Hampir dua puluh minit, surah Yassin tadi kembali ditutup. Marissa tadah tangan lalu membaca doa buat teman baiknya, Orkid Dhialisa.

"Moga kau tenang kat sana, Lisa." Lekas berdiri, tikar yang dibawanya turut digulung sekali.

"Aku pergi dulu." Selajur, pusara Lisa dipandang lagi. Helaan nafas dilepaskan berat. Tak lama selepas itu, Marissa atur langkah menuju ke pusara anak-anaknya pula. Sama seperti tadi, dia hamparkan tikar di hadapan kubur anak lelakinya, bersebelahan dengan kubur anak perempuannya.

"Assalamualaikum, anak-anak mommy." Senyuman kecil terbentuk cantik saat punggung dilabuhkan di atas tikar tersebut. Batu nisan anak-anaknya dipegang. Lereng mata semakin berat menampung air mata. Marissa tersungkur juga akhirnya. Lebat air matanya mencemari pipi. Hilangnya si permata hati ibarat dia hilang nyawa sendiri.

Tuhan, sungguh sakit rasa ini.

Tidak mahu melayan perasaan lagi, Marissa memulakan bacaan Yassin. Sekali sekala, bacaan terhenti. Seakan faham dengan isi hati, cuaca yang tadi cerah, mula kelihatan mendung. Perlahan-lahan awan mula bergerak lalu menutup sinaran cahaya matahari.

Angin semakin kuat menderu. Titisan-titisan hujan juga mula turun membasahi permukaan tanah. Pun begitu, Marissa masih tidak berganjak pergi. Kubur anak-anaknya dipandang lagi dan lagi, seolah sukar untuk dilepaskan kali ini. Bibir diketap kuat sebelum akhirnya dia kalah dengan emosi.

"Mommy rindu anak-anak mommy." Esakan kecil ditahan. Marissa kemam bibir rapat-rapat.

Tiada dentuman guruh, tiada pancaran kilat. Tahu-tahu, hujan makin lebat. Marissa biarkan dirinya terus basah. Namun aneh, kenapa dirinya langsung tidak kuyup sedangkan ribut hujan sedang menggila tika ini?

"They are always in your heart, Jasmine."

Marissa tersentak sebelum menoleh ke arah kanannya. Di sisi, Adam sedang berdiri sambil memayungnya. Tenang Adam memandangnya, segaris senyuman juga tidak lokek diberikan kepada Marissa. Seluar slack lelaki itu sedikit basah. Mungkin dek tempias hujan ketika lelaki itu ke sini.

"Adam... Awak buat apa kat sini?" Pandang Adam sekilas sebelum Marissa melontarkan pandangan ke hadapan semula. Gigih lelaki itu memayungnya.

Adam gores segaris senyuman. Ada gigilan kecil pada tubuh Marissa. Barangkali sejuk. Tanpa aba-aba, jaket yang tersarung pada tubuhnya dibuka lalu disarungkan di bahu Marissa.

"I am here for you, Jasmine.

Marissa mendongak. Tubuh membeku, lidah terkelu. Namun tak lama, mata kembali dihamparkan ke depan, merenung pusara anak-anaknya tanpa sedikit pun rasa jemu.

Adam bertinggung di sisi Marissa. Batu nisan yang terukir nama Hafiy diusap perlahan. Jatuh sayangnya terhadap anak-anak Marissa ini meskipun mereka bukanlah sesiapa buatnya. Sesekali, Adam kerling Marissa.

"I am a bit lost right now."

Tangan dibuka, merasai rintik hujan yang jatuh ke atas tangan. Tidak selebat tadi, namun langit masih kelihatan mendung. Mentari masih dikepung oleh awan.

"I know. That is why I am here."

Sayup-sayup suaranya di celah peluput telinga Marissa. Drastik, wanita itu berpaling. Untuk sekali lagi, lidah terpasak di lelangit.

"Saya rindukan dia orang." Mata terkedip kerap. Juring mata mula terasa basah. Marissa kepal rapat-rapat jemari tangan.

Adam angguk faham. Bahu wanita itu digosok perlahan dari arah tepi.

"Cry as hard as you want to. Lepaskan semua yang terbuku dalam hati. But promise me, when you are done, you never cry for the same reason again." Mata redup Adam menyambar retina teduh Marissa. Jelas seribu lara di sebalik iris cantik itu. Tak lama, Marissa tersedu-sedu.

Di sisi, Adam masih setia memayung wanita itu. Siku bertongkat pada sebelah peha, melihat Marissa teresak-esak dengan tangisan bisunya.

"Kalau mereka masih ada, I'm very sure, Hafiy dan Medina akan datang kat awak dan peluk mommy dia orang ni. Not only that, dia orang akan bisik kat awak macam ni; my mommy is such a strong woman. Do not be sad, mommy. Hafiy dan adik akan selalu ada di hati mommy."

Kata-kata Adam buat Marissa terhenyak sendiri. Makin lebat air matanya menuruni pipi. Tidak perlu ayat-ayat manis, tetapi Adam sendiri pandai memujuknya. Bicara lelaki itu selalu mendamaikan hatinya. Namun, sedu-sedannya masih bersisa.

"Just cry your heart out. Jadikan detik ni adalah kali terakhir awak menangis macam ni. Lepas ni, saya tak nak tengok awak menangis lagi. Saya cuma nak tengok awak senyum dan happykan diri sepanjang masa." Adam carik segaris senyuman nipis, memberikan kata semangat buat Marissa.

Terus menunduk, Marissa biarkan bicara Adam bagai angin lalu. Sejak akhir-akhir ini, dia terlalu cepat emosi. Hatinya mudah saja tersentuh, air mata tidak segan-segan lagi menhujani pipi.

Hampir beberapa minit, tidak kendengaran lagi tangisan sayu wanita itu. Pun begitu, Adam masih statik mencangkung, menghantar retinanya ke seluruh wajah Marissa yang bertukar rona. Adam tutup payung tatkala hujan sudah pun berhenti.

"Dah lega?" Segaris senyuman manis Adam lemparkan tatkala pandangan bersama Marissa bertemu. Ingin saja dia menyeka air mata wanita itu. Namun dia masih tahu halal haramnya. Lagi pula, Adam tak mahu menambah rasa sedih di hati Marissa.

Kepala terangguk-angguk perlahan. Marissa liarkan irisnya di seluruh wajah kacak Adam. Lelaki ini sentiasa ada di sampingnya. Tidak kira ketika dia sedang bahagia mahupun bersedih. Lelaki itu selalu ada.

"Terima kasih," ucap Marissa tiba-tiba. Segores senyuman tipis terhias di bibir merahnya.

Adam jongket kening.

"Terima kasih untuk apa?"

"Terima kasih sebab selalu ada dengan saya." Marissa berkata ikhlas. Entah kenapa, ada satu getaran halus dalam dada saat wajah Adam ditenungnya.

Sengihan di bibir Adam kian melebar. Lega hatinya melihat Marissa yang sudah tersenyum, tidak lagi meraung seperti tadi. Lebih-lebih lagi mendengarkan bait-bait ayat yang meluncur keluar dari bibir nipis wanita itu, bertambah lebar sengihan Adam jadinya.

"Mana boleh berterima kasih aje. Kenalah ada upahnya. Ingat tak penat ke saya payung awak dari tadi? Lenguh-lenguh tangan saya ni." Adam berseloroh, cuba menceriakan suasana. Lengannya dipicit-picit. Kononya lenguh. Ketika itu, dia dan Marissa sedang berada di luar pagar kawasan perkuburan Islam tersebut.

Tergelak-gelak Marissa dengan omelan Adam. Lupa sudah dia tentang kesedihan hatinya tadi. Adam memang begitu. Kalau dia sedih, ada saja jenaka hendak direkanya Sudahnya, terkekek-kekek Marissa ketawa.

Adam terus menerus pandang Marissa. Kali pertama melihat Marissa di Ireland dulu, hatinya sudah terpaut. Namun, status yang dipegang Marissa membuatkan dia sedar diri. Marissa Jasmine bukan haknya apatah lagi mahu memiliki wanita itu. Ada satu jurang di antara mereka yang membuatkan Adam dan Marissa tidak boleh bersama.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Marissa serba tak kena. Sudahlah jantungnya asyik bermarathon saja dari tadi.

Geleng kepala, Adam larikan pandangan mata. Astagfirullahalazim Adam Benjamin! Ingat, Jasmine tu masih isteri orang! Hatinya berbisik keras, sekadar menyedarkan tuannya. 

"Takde apa. Kan manis bila awak ketawa. Takdelah muka tu macam tapai basi." Sekali lagi Adam melawak. Makin kuat gelaknya tatkala Marissa membuntangkan biji mata. Marahlah tu!

Macam semut saja Marissa pandang Adam ketika ini. Mahu dicili-cilikan mulut lelaki itu. Berani Adam cakap muka dia yang cantik ni macam tapai basi? Tapi dalam masa yang sama, Marissa gelak lepas. Dia tahu Adam cuma bergurau.

"Awak nak tengok saya marah ke, ha?" Bebola mata dijegilkan. Konon-kononnya garang.

Kedua-dua belah kening tebal Adam jongketkan tinggi. Lucu dia tengok muka acah-acah garang Marissa itu.

"Cubalah marah. Saya memang suka tengok awak marah. Kan saya pernah cakap dulu, makin awak marah, makin cantik muka awak. Kalau awak marah saya hari-hari pun saya sanggup." Tersenyum-senyum Adam. Tak habis lagi dengan usikannya. Bukan apa, Adam suka tengok Marissa macam ni. Happy, bergelak ketawa tanpa memikirkan sebarang masalah.

Terburai lagi tawa kecil Marissa. Adam sekadar memerhati.

"Terima kasih, Adam. Saya tahu awak buat semua ni sebab tak nak saya bersedih lagi, kan? Awak jangan risaulah, saya dah okey." Marissa jatuhkan kepalanya beberapa kali. Sesekali, dia pandang wajah Adam. Bila ada getaran kecil yang datang, cepat-cepat pandangannya dialihkan.

"Saya suka tengok awak ceria macam ni, Jasmine. Saya tahu, awak masih lagi terasa dengan kehilangan anak-anak awak. Tapi awak tak boleh terlalu bersedih. Semua tu akan bagi kesan pada kesihatan awak. Sebab tu kalau boleh, saya tak nak tengok awak menangis lagi." Panjang bicara Adam. Marissa perlu menjaga emosinya. Wanita itu tidak boleh terlalu bersedih dek kesihatannya yang makin hari makin merosot.

"Ya, saya tahu. Saya janji ini kali terakhir saya menangis teruk macam tadi." Marissa angkat tangan seolah-olah sedang berikrar. Dia senang hati dengan sikap Adam. Selalu mengambil berat tentang dirinya.

Adam geleng kepala dengan mod Marissa. Kalau tadi, menangis bagai nak rak. Sekarang, happy semacam pula. Sekelip mata berubah mod wanita itu. Ajaib betul!

"Boleh pakai ke janji awak tu?" Adam menduga, pincing anak matanya merenung ke muka Marissa.

"Hei, mestilah boleh!" Terkacip gigi Marissa. Geram dengan Adam seolah tidak mempercayai dirinya. Tapi, Marissa pun tak pasti janjinya itu boleh pakai atau tidak. Erk!

"Adam," serunya. Ketika itu, Adam sedang membuka pintu kereta pemandu.

"Hmm." Dikerling sekilas Marissa di tepinya. Tangan menyambut huluran jaket di tangan Marissa.

Isi pipi digigit. Perlu atau tidak dia beritahu Adam tentang status dirinya kini? Marissa yakin Adam belum tahu tentang penceraiannya.

"Saya dengan Harraz dah berpisah." Senafas Marissa berkata, liur diteguk melepasi kerongkong. Kenapa berdebar semacam aje Cik Jantungnya ini?

Adam tengadah. Tak berkelip mata dia selepas itu. Otak pula sedang mencerna sebaris ayat Marissa tadi. Marissa dan Harraz dah bercerai? Marissa salah cakap atau dia yang salah dengar?

"Bercerai?" Terkejut bukan kepalang. Adam ingatkan hubungan Marissa dan Harraz kian membaik. Tapi lain pula tanggapannya. Tak sangka Harraz mengotakan janji untuk melepaskan Marissa.

"Ya, kita orang dah berpisah. Dua hari lepas. Esok, saya dengan Harraz akan ke mahkahmah untuk uruskan hal penceraian ni. Esok, boleh awak teman saya ke sana?" Serba salah Marissa dibuatnya. Tengok air muka Adam yang berubah mendadak pun buat dia tidak senang duduk. Jelas, lelaki itu terkejut dengan berita tadi.

Buat sekian kali, Adam melopong. Tak tahu reaksi apa yang patut dia tunjukkan. Gembira? Kecewa? Gembira sebab si bunga kini bukan lagi milik sesiapa. Kecewa kerana dia tak mampu menyelamatkan rumah tangga Marissa bersama Harraz. Aduh, kusut kepala dia dibuatnya. Sudahnya, Adam zipkan mulut.

══════⊹⊱❖⊰⊹══════

BERTALU-TALU ketukan di pintu. Turun naik nafas wanita muda itu. Muka tak usah cakap. Dari rumahnya sehingga tiba ke destinasi, tak pernah manis. Asyik menyinga aje!

"Awak... Sabarlah dulu. Cuba bagi salam. Tak baik terjah rumah orang macam ni." Taufik pegang bahu wanita itu. Terasa gegaran kecil pada tubuh sang tunang. Marah benar gamaknya.

"Nak sabar apa lagi? Jantan ni memang dah melampau tau! Sanggup buang isteri dia sendiri semata-mata percaya dengan fitnah tu! Harraz! Harraz! Buka pintu ni! Kau jangan jadi pengecutlah menyorok kat dalam sana!" Mendengus-dengus Aini menahan amarahnya. Diketuk berkali-kali pintu rumah Harraz.

Memang angin satu badannya selepas menerima panggilan daripada Marissa, mengatakan bahawa wanita itu akan ke luar negara untuk menenangkan diri. Bila ditanya kenapa, Marissa tak nak cakap. Lepas kena marah dan gertak, barulah Marissa buka mulut dan bercerita apa sebenarnya yang berlaku. Menangis-nangis wanita itu ketika meluahkan isi hatinya. Tegar Harraz memperlakukan Marissa sedemikian rupa? Mencaci wanita itu tanpa sedikit pun rasa belas kasihan.

Kau memang tak guna, Harraz!

"Apa bising-bising kat rumah orang ni?" Harraz buka pintu. Di sebelahnya, berdiri Natalia sambil memaut manja lengan Harraz. Gedik!

"Kau buat apa kat rumah aku ni?" Harraz berkerut dahi. Yang terpekik terlolong tadi Aini rupanya. Dah kenapa pula wanita itu mengamuk serupa kena rasuk?

"Kau tanya aku kenapa? Hei, kau sedar tak apa yang kau dah buat kat Marissa?!" marah Aini bersungguh-sungguh. Kecil besar saja dia pandang Harraz. Matanya bertembung pula dengan Natalia. Makin menggelegak darahnya. Ikutkan hati, nak saja dia ganyang perempuan gedik tu!

Terlepas keluhan malas dari ulas bibir Harraz. Pasal Marissa ke sampai Aini mengamuk sebegini?

"Sedar." Selamba jawapan Harraz.

"Perempuan tu mengadu apa kat kau? Mesti dia buruk-burukkan aku, kan? Maklumlah, tahi kat muka orang, dia nampak, tapi tahi kat muka sendiri buat tak peduli. Huh, jijik aku!" cemuh Harraz tanpa sebarang perasaan.

Mata Aini dan Taufik sama-sama terbeliak. Macam itu saja reaksi Harraz? Ini sudah melampau!

"Harraz! Apa kena dengan kau ni? Marissa tu isteri kau! Kenapa kau sanggup buat dia macam tu?" Hati terasa pedih mengingatkan tangisan penuh kepiluan Marissa. Sedih Marissa, sedih juga dia. Ibarat cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya.

Sinis Harraz menentang muka Aini. Ah, wanita ini semestinya akan menyebelahi Marissa. Perangai buruk Marissa pun sanggup ditelannya.

"Aku buat apa yang patut aku buat. Aku tak nak ada seorang isteri macam Marissa tu. Sanggup dia pijak maruah aku semata-mata dia sakit hati dengan aku. Apa yang kau rasa bila kau nampak kawan baik kau tidur dengan jantan lain? Curang belakang aku? Kau nak aku duduk diam aje? Aku bukan lelaki dayuslah!" hambur Harraz, terketap rahangnya.

Natalia di sebelah sembunyi senyum. Yes, berjaya juga rancangan dia kenakan Marissa. Padan dengan muka kau, perempuan!

Merah padam wajah Aini. Ini sudah melebih! Tanpa usul periksa, Harraz terus jatuhkan hukuman kepada Marissa. Langsung tak adil buat kawannya itu.

"Kau yakin Marissa curang? Selama bertahun-tahun kau kenal Marissa, macam itu ke perangai dia? Kau sendiri kenal Marissa macam mana, kan? Kau memang bodohlah, Harraz. Kau siasat pun tak, terus kau tuduh dia macam-macam. Kau ingat Marissa tu perempuan murah macam bini kau ni? Kalau dia yang curang, itu aku percaya. Malah, terlebih percaya!" Aini menempik kuat. Sempat dia memerli Natalia yang sudah berubah air wajahnya.

Terdiam seribu bahasa Harraz jadinya. Kata-kata Aini ibarat peluru yang menembak ke arahnya. Terkena di batang hidung sendiri. Bila difikirkan balik omongan Aini, ada benarnya. Marissa yang dia kenal bukanlah jenis seorang perempuan yang sanggup menyerahkan diri. Kala itu, hatinya mula berbolak-balik. Ada rasa kesal menghimpit diri.

"Hello, jaga bahasa you sikit ya? You ingat I ni sama macam kawan baik you tu? Kalau dia tak bersalah, macam mana jantan yang dia tidur ada sekali dengan dia masa husband I balik? You nak cakap dia kena perangkap? Come on, ini zaman modenlah. Orang dah tak guna cara lapuk tu. Kalau dah murah tu, tetap murah juga." Natalia menempelak. Sakit hatinya apabila Aini tiba-tiba mengaitkan dia dalam hal ini. Siap cakap dia curang lagi. Huh, kurang ajar betul!

Dalam masa yang sama, Natalia mula dilanda kegelisan. Macam mana kalau Harraz termakan dengan kata-kata Aini? Diamnya Harraz buat hati Natalia tak keruan. Dia takut kalau lelaki itu menyiasat apa yang terjadi. Matilah dia kalau semua rahsianya terbongkar.

"Betul kan apa yang Talia cakap ni, abang? Masa abang buka pintu bilik hari tu, Kak Ris tengah tidur dengan jantan lain. Siap berselimut bagai. Dengan rambut kusutnya. Apa lagi yang dia orang buat kalau dah berdua macam tu? Tak sedar diri agaknya tengah mengandung." Natalia tambah rencah untuk meyakinkan Harraz yang Marissa benar-benar bersalah dalam hal tersebut. Dia tak mahu Harraz berpaling tadah dan kembali semula dalam hidup madunya. Tidak akan dibenarkan walau sekali!

Aini kepal penumbuk. Perempuan gatal ni memang dah keterlaluan. Fahamlah Aini kenapa Harraz boleh bertindak bodoh tempoh hari. Rupanya ada syaitan yang menghasut lelaki itu!

Kekal diam, Harraz tak buka mulut untuk suarakan apa-apa. Dalam mindanya cuma bergentayangan wajah sang isteri bersama lelaki lain dalam kamar beradu mereka. Membayangkan hal itu sudah cukup membuatkan amarah Harraz bergelora.

"Harraz..."

"Kau balik jelah, Aini. Aku lebih percaya dengan apa yang aku tengok. Kau pun tak payah nak bela sangat kawan kau tu. Jaga aje tunang kau ni baik-baik. Silap hari bulan nanti, tunang kau pula yang dia kebas. Bukan boleh percaya sangat si Marissa tu." Ibarat orang tiada perasaan ketika Harraz menuturkan ayatnya. Hanya kata-kata kejian dan cemuhan tentang Marissa saja yang sering bermain di lidah tidak bertulangnya. Nak hairan apa lagi, itu saja cara yang boleh Harraz buat untuk tanam rasa benci dalam dirinya terhadap Marissa.

Pinggang ramping Natalia terus ditarik merapat. Mahu tunjuk yang dia mampu bahagia tanpa Marissa di sisi. Hakikatnya, Harraz saja yang tahu betapa rindunya dia pada wanita itu. Namun, ego lebih diutamakan. Dijulang hingga ke langit.

Diam-diam Natalia herotkan bibir. Sengihan kemenangan jelas terpancar pada wajahnya. Bahagia apabila Harraz menggamit pinggangnya. Walhal, lelaki itu cuma mempergunakannya untuk menunjukkan kemesraan mereka.

"Aku tak sangka sampai macam ni sekali kau berubah, Harraz. Kalau ikutkan apa yang Aini cerita pada aku tentang hubungan kau dengan Marissa, kau sangat sayangkan dia. Takut dia pergi macam dulu lagi. Tapi bila dia dah ada depan mata, kau sia-siakan dia. Lelaki jenis apa kau ni, ha?" Taufik pula bersuara. Sakit hati dia dengan keselambaan Harraz. Macam Marissa tu tak penting dalam hidupnya.

Aini di sisi sudah menangis. Sedih dengan nasib Marissa. Kalau dia tahu wanita itu akan merana, takkan dia benarkan Harraz menikahi kawannya baiknya itu.

Harraz buat muka toya. Bosan dengan ayat klise Taufik itu. Dah perempuan bernama Marissa tu curang, nak cakap apa lagi? Takkan dia nak berhuha-huha pula?

"Lantaklah apa yang kau nak cakap. Yang aku tahu, aku sendiri nampak dengan mata kepala aku yang Marissa tidur dengan lelaki lain. Kau orang nak percaya atau tak, terpulang."

"Tapi Marissa masih isteri kau!" Aini melengking. Lupakah Harraz tentang status Marissa? Wanita itu masih isterinya.

"Aku takde isteri murah macam tu!"

Masing-masing tergamam. Aini kesat air mata yang jatuh. Kalau dia tak mampu menumbuk, tapi pelempangnya juga boleh tahan sakit. Lalu tanpa amaran, pipi Harraz ditampar kuat.

"Isteri yang kau kata murah tulah yang kau terhegeh-hegeh nakkan dulu. Yang kau merayu kat aku supaya pujuk Marissa terima kau. Kau tak sedar diri ke, Harraz? Perangai kau jauh lebih teruk. Kau tak ingat apa yang kau dah buat kat Marissa tujuh tahun lepas? Kau dah lupa rahsia yang kau sorokkan daripada dia? Kau nak aku ingatkan balik semua tu?" selar Aini. Kembang kuncup, kembang kuncup hidungnya menahan marah.

Harraz pegang pipi yang pijar. Terteguk air liur tatkala Aini membuka cerita lama.

"Kau ni memang manusia zalimlah! Bini kau tengah mengandung, tapi apa yang kau buat kat dia? Kau cemuh dia, kau halau dia. Kau tahu tak yang Marissa tengah sakit? Dia bertarung nyawa kandungkan anak kau dengan penyakit dia! Tapi apa yang kau buat kat Marissa?"

"Marissa sakit?" Hampir terkeluar bebola mata dari soket. Jantung terus berdegup kencang.

"Marissa sakit apa, Aini? Teruk ke?" Tubuh Natalia ditolak ke tepi. Rimas pula bila Natalia asyik menyendeng dengannya.

Masam terus muka Natalia. Dalam hati membentak geram. Ingatkan Harraz sudah tidak peduli lagi dengan madunya. Eii, sakitnya hati!

"Suami jenis apa kau ni? Isteri sendiri sakit pun kau tak tahu." Aini memerli.

"Tch, bagitahu jelah Marissa sakit apa. Nanti cakap aku tak ambil berat pasal dia pula. Hakikatnya, aku langsung tak kesah. Dia sakit atau tak, ia tak memberi apa-apa makna untuk aku. Aku cuma nak tahu, dia sakit apa?" Harraz berdehem. Riak wajahnya dikawal agar tidak kelihatan resah.

Terketap gigi Aini. Dalam keadaan sekarang pun Harraz masih mahu menjunjung ego? Tiada perasaankah lelaki ini?

"She is fighting with cancer." Menderam ayat itu dari dalam rengkung. Aini tahan hiba yang mengulit hati. Lepas satu, satu ujian yang Marissa perlu harungi.

"Marissa positive breast cancer," tokok Aini.

Berpura-pura tidak terkesan dengan omongan Aini, Harraz kekalkan riak wajah tenang. Kosong tanpa rasa. Walhal dalam hati sudah berkecamuk perasaannya ketika ini. Risau, resah semuanya ada. Apatah lagi keberadaan Marissa masih belum dapat dijejaki. Macam mana kalau wanita itu diserang penyakitnya? Boleh ke Marissa bertahan? Siapa yang akan bantu isterinya nanti?

Ah, kusut pula bila difikirkan. Namun, untuk bertanya dengan lebih mendalam, takkan sesekali meniti di bibir. Biarlah dia diam. Buat-buat tidak peduli.

"Itu aje kan yang kau nak cakap? Sekarang, kau orang berdua boleh balik. Jangan ganggu aku dengan isteri aku lagi." Natalia dijeling sekilas, memaksudkan isterinya ialah Natalia. Perihal Marissa, Harraz tak mahu ambil tahu lagi. Mahu hidupkah, matikah, dia tak nak peduli.

Aini meramas kasar hujung bajunya. Cuba disabarkan hatinya yang mendongkol marah. Harraz bercakap seolah-olah Marissa sudah tidak penting lagi dalam hidupnya. Berbicara seakan wanita itu sudah mati dalam hatinya. Drastik sungguh perubahan lelaki di hadapannya ini. Gara-gara siapa, Aini malas mahu berteka-teki. Jawapannya sudah terbentang di depan mata.

"Kau langsung tak peduli pasal Marissa, kan? Mana janji yang kau tabur dulu?"

Harraz merengus kasar. Itu saja modal yang Aini ada. Tak habis-habis nak ungkit benda lama. Bosan dia jadinya.

"Manusia pun boleh berubah, inikan pula janji yang sekadar bermain di bibir. Ingat aku heran sangat ke dengan janji aku tu dulu? Kalau Marissa tak buat perangai, takdenya aku jadi macam ni. Semua ni berpunca daripada dia!" Sengaja Harraz menambah bara dia hati Aini. Kalau Marissa ada di depan mata, dengan wanita itu sekali dihamburnya.

"Kau..."

"Eh, you ni tak faham bahasa ke? Suami I suruh you balik kan? Tak malu datang rumah orang pagi-pagi buta lepastu buat kecoh? You nak I buat laporan polis?" Natalia bersuara setelah sekian lama dia memerhati dan mendiamkan diri. Lengan Harraz ditarik merapatinya.

Mencerlung mata Aini. Perempuan gedik ni memang nak kena!

"Hei, perempuan. Kau tu patut sedar diri. Tak malu rampas suami orang. Lepastu buat selamba badak kau aje duduk dalam rumah ni. Kau ingat ni rumah kau? Sedarlah sikit diri tu. Entah datang dari ceruk mana, terus kebas laki orang. Hidung tak mancung , pipi tersorong-sorong. Dasar perempuan tak tau malu!"

Memerah muka Natalia. Malu apabila dihina di depan Harraz. Bibir digigit, kepala mendongak memandang Harraz. Mengharapkan lelaki itu akan membelanya.

"Enough, Aini! Kau tak layak hina isteri aku. Sepatutnya yang kau keji, Marissa bukan Natalia. Natalia tak salah apa-apa." Terus ditarik tubuh Natalia ke belakang badannya. Menyirap pula dia mendengar kata-kata hinaan Aini.

"Eh kau ni dah termakan nasi kangkang perempuan ni ke, Harraz? Bukan betina ni je bini kau, tapi Marissa pun masih isteri kau. Jangan jadi lelaki dayuslah. Tak suka, lepaskan. Bukan gantung dia tak bertali. Ingat sikit kau tu masih ada anak dengan Marissa. Jangan nak lepas tangan macam tu aje." Ringan je tangan Aini mahu menampar pipi Harraz lagi. Nasib baik ada Taufik menenangkannya.

Harraz melorek senyuman sinis. Anak? Yakin betul Aini anak yang dikandung Marissa ialah anak-anaknya. Entah-entah, itu hasil hubungan haram Marissa dengan jantan lain.

"Anak? Aku takde anak dengan perempuan tu. Anak aku cuma yang ni." Perut Natalia disentuh. Tersengih-sengih perempuan gedik tu.

"Kau ni kan..." Aini berura-ura mahu mengerjakan Harraz. Tapi Taufik lebih cekap menahan perbuatannya.

"Sudahlah, pergi balik. Aku malas nak bertekak dengan kau lagi. Bazir air liur dan buang masa aku aje. Jangan cakap apa-apa pasal Marissa lagi. Aku tak nak ambil tahu. Dia nak hidup atau mati sekalipun, itu dia punya pasal."

Aini kancing gigi. Jelas dia geram dengan bicara tak berperasaan Harraz.

"Kalau dia mati sekalipun, aku tak heran. Perempuan macam dia memang patut mati awal. Aku doakan dia mati dengan anak-anak dia sekali." Angkuh Harraz berkata sebelum pintu ditutup rapat. Tak sedar, kata-katanya itu merupakan satu doa.

"Ya Allah, kejamnya abang dulu." Harraz mengongoi di hujung katil. Sehelai baju isterinya dicium bertalu-talu. Dia rindukan Marissa. Sudah dua hari mereka berpisah. Namun, Harraz masih belum dapat membiasakan diri.

Ya, dia memang dah lama tahu yang Marissa sakit. Sengaja dia buat-buat tidak peduli kerana mahu menanam rasa benci dalam diri. Harraz sedar dia tak mampu bencikan Marissa. Siang malam hidupnya dihantui dengan wajah sedih wanita itu. Tapi kerana ego, Harraz enggan peduli. Baginya, Marissa tetap bersalah. Sehingga satu saat, semuanya terbongkar. Masa tu, tak terzahir di lidah rasa bersalahnya.

Kini, kata-kata keramatnya dulu sudah diangkat. Anak-anak pergi kerana dirinya sendiri. Harraz tak mahu hilang Marissa pula selepas ini. Sungguh, jika perkara itu terjadi, Harraz takkan memaafkan dirinya.

"Maafkan abang, sayang."

Betullah kata orang. Manusia akan lebih menghargai apabila seseorang yang disayangi pergi meninggalkan mereka.

Bunyi deringan loceng membuatkan Harraz mengesat air mata yang menitis. Cepat-cepat dia turun ke tingkat bawah. Dalam hati dia berdoa, semoga Marissa kembali semula dalam hidupnya. Mana tahu yang menekan loceng itu ialah Marissa? Harapnya.

Saat pemegang pintu ditarik, Harraz terkaku memandang dua orang figura di depannya. Rahangnya jatuh. Masing-masing berbalas pandangan.

"Damian?"

"Dee?"

Continue Reading

You'll Also Like

31.7K 2.2K 35
CRUSH! Siapa ja yang tak crush kalau lelaki itu adalah Syed Putra Ehan Khairul bin Syed Hakim. Jejaka dingin, tinggi lampai, badan tegap dan yang pa...
384K 14.8K 70
𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her the way she deserves, an...
330K 17.5K 49
Pertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17...
2.3M 100K 79
#1 ENCIK'S SERIES 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 𝐊𝐀𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐔𝐌𝐀𝐈𝐘𝐀𝐇 "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya...