CINTAKU MR SECRET AGENT

Bởi PutraRize_

9.4K 1.2K 9.8K

Alif merupakan seorang secret agent yang bertugas di Agensi I.S.S. Dia seorang pemuda yang boleh dikatakan le... Xem Thêm

𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪𝓴𝓾 𝓜𝓻 𝓢𝓮𝓬𝓻𝓮𝓽 𝓐𝓰𝓮𝓷𝓽
𝓦𝓪𝓽𝓪𝓴-𝓦𝓪𝓽𝓪𝓴
EPISODE 1
EPISODE 2
EPISODE 3
EPISODE 4
EPISODE 5
EPISODE 6
EPISODE 7
EPISODE 8
EPISODE 9
EPISODE 10
EPISODE 11
EPISODE 12
EPISODE 13
EPISODE 14
EPISODE 15
EPISODE 16
EPISODE 17
EPISODE 18
EPISODE 19
EPISODE 20
EPISODE 21
EPISODE 22
EPISODE 23
EPISODE 24
EPISODE 25
EPISODE 26
EPISODE 27
EPISODE 28
EPISODE 29
EPISODE 30
EPISODE 31
EPISODE 32
EPISODE 33
EPISODE 34
EPISODE AKHIR

EPISODE 35

224 13 46
Bởi PutraRize_

Sambungan....

VROOM! VROOM!

Bunyi deruman enjin kereta sport Fattah memecah kesunyian jalan raya di situ. Tiada satu pun kereta yang ada di atas jalan raya.

Yang ada hanya lah kereta Fattah saja.

"Mana diaorang yang lain ni?" Tanya Fattah sambil melihat cermin pandang belakang melihat sama ada Azrel, Ammar dan lain-lain mengekori dari belakang.

"Tak ada pun Tuan. Sejak dari mula kita bertolak tadi diaorang tak follow pun." Kata Inspektor Hisyam.

"Haish tak boleh jadi ni." Fattah mengambil walkie talkie yang sudah dipasang siap-siap didalam kereta itu.

"Phantom satu ke Phantom dua, mana korang ni?" Tanya Fattah sambil menggunakan kod rahsia untuk kereta masing-masing.

Ha jangan main-main. Kereta yang lain pun pakai walkie talkie tau!

Ammar pun menjawab. "Ye Phantom dua ada disini. Kami masih dalam perjalanan. Abah laju sangat lah. Tu yang kami ketinggalan sikit ni."

"Hmm tak apa, kami jalan dulu. Korang semua ikut location yang abah dah send. Nanti korang sampai lah dekat saja. Ok tu saja bye." Fattah meletakkan walkie talkie tu ditempat asalnya.

Fattah mengerling ke arah Inspektor Hisyam. Anggota polis tu kelihatan tenang tapi dapat dilihat raut wajahnya sedikit cemas.

"Kau jangan risau Hisyam, anak buah kau takkan apa-apa. Kita akan selamatkan dia. Kau jangan risau!" Beritahu Fattah meyakinkan Inspektor Hisyam.

"Huh baik Tuan. Saya bukannya apa, saya risau sangat. Johan adakah satu-satunya harta yang paling berharga saya pernah ada. Saya jaga dia dari kecil sampai besar....saya takkan boleh bayang apa yang akan jadi dekat dia-"

"Cukup Hisyam! Dia akan selamat.....itu jaminan aku. Dia akan selamat...." Ucap Fattah memotong ucapan Inspektor Hisyam.

'Alif....semoga kau tak apa-apa....' disebalik hati seorang ejen yang nampak kuat, dia juga risau akan keselamatan anak buahnya yang dia sangat sayangi.

Di Markas Utama....

"Alif....bangun! Alif!" Johan cuba mengejutkan Alif yang sedari tadi tidak menyedarkan diri.

"Urgh....aku kat mana?"

"Aku pun tak pasti Alif. Tadi aku dekat rumah tengah rehat tiba-tiba je ada orang cuba nak culik aku. Aku try nak lawan tapi tak dapat sebab diaorang kuat sangat. Diaorang tekup mulut aku dengan ubat apa entah sampai pengsan. Bangun-bangun je dah ada dekat sini dengan kau." Terang Johan tanpa menyorokkan apa-apa.

"Aih....aku pun tak tahu macam mana aku ada dekat sini. Aku ingat lagi aku tengah tidur kat bilik. Sedar je dah duduk dekat sini kena ikat dengan kau ada dekat sebelah." Kata Alif yang kelihatan masih keliru macam mana dia boleh sampai dekat sini.

"Ha! Dua ekor tikus dah sedar ye...." Luna dan Datin Maria berjalan masuk. Wajah mereka kelihatan sangat puas hati dengan apa yang mereka lakukan.

"Cis korang ni, tak habis-habis nak buat hal! Lepaskan kitaorang lah bodoh!!" Jerit Johan sambil cuba melepaskan diri dari ikatan tali namun tidak berjaya.

"Heheh...kalau kami lepaskan kau tu namanya kerja gila....bodoh!" Giliran Johan pula kena 'bodoh' dengan Luna.

"Ceh dah tahu semua tu kerja bodoh. Yang pergi culik kami dua tu nak cari natang apa bodoh!" Johan membalas dengan lebih lantang.

Dah jadi permainan memaki orang pula dah.

"Nak bunuh korang berdua lah nak buat lagi hahaha! Kami culik kau hanya untuk dijadikan alasan untuk diaorang datang kesini je. Lepas diaorang dah datang sini, BOOM! Letup! HAHAHA!" Sambung Datin Maria pula dengan gelak tawa psiko.

"Yo lah tu, dah 35 episod kau cuba nak bunuh kitaorang semua. Dapat ke? Tak kan? HAHAHA!" Alif ketawa besar mengenangkan usaha gagal Datin Maria dan Luna.

Hambek kau! Korang ingat mulut Alif tu baik sentiasa ke. Ada masanya kalau dah tak tahan, habis dia hentam semua orang.

Luna dengan marahnya menikam tangan kanan Alif.

"ARGH! Sakit...." Alif tidak dapat berbuat apa-apa kerana tangannya diikat ketat membuatkan dia tidak dapat menggerakkan tangannya.

"WOI! APA KAU BUAT NI! Kalau kau berani, bukalah tali ni! Satu lawan satu dengan aku!" Jerkah Johan. Kemarahannya memuncak apabila melihat sahabatnya ditikam ditangan sedemikian rupa.

"Hahaha! Tak akan aku lepaskan. Aku nak tengok korang berdua terseksa! Kitaorang keluar dulu.....selamat meninggal! HAHAHA!" Mereka berdua meninggalkan bilik itu.

"Alif! Alif! Jangan pengsan Alif! Bertahan! Aku cuba cari jalan nak lepaskan diri dari sini!" Kata Johan cemas apabila melihat darah ditangan Alif semakin banyak mengalir.

Di Tempat Lain....

"Tuan, kita dah nak sampai dah ke lokasi tu." Beritahu Inspektor Hisyam sambil melihat maps di telefonnya.

"Bagus. Inilah dia! Hisyam sediakan senjata untuk diri kau sendiri."

"Tapi Tuan? Tak ada ke?"

"Tak apa, aku dah ada....ok dah sampai!" Fattah segera memberhentikan keretanya dihadapan pintu masuk yang telah dirantai dengan rantai besi berserta kunci sebesar buah durian.

"Pergh! Besar bapak kunci ni!" Terkejut Fattah dibuatnya apabila melihat mangga kunci sebesar itu.

"Ye lah Tuan! Besar gila!" Inspektor Hisyam turut terkejut.

"Hisyam, masuk dalam! Aku nak tembak dia dengan peluru berpandu." Fattah masuk diikuti Inspektor Hisyam ke dalam kereta dan Fattah menekan satu butang yang berada di stereng kereta.

Penutup kecil but kereta itu terbuka dan nampaklah peluru berpandu sebanyak 5 buah.

'Dahsyat! Tuan Fattah ni ada kena mengena dengan James Bond ke?!' soal Inspektor Hisyam di dalam hati tidak percaya dengan apa yang dia lihat didepan matanya sekarang.

"Ok kita aim peluru ni...biar sampai kena tepat dekat rantai kunci besar tu...." Keluar satu kanta kecil dari atas dashboard kereta yang digunakan untuk arah peluru ke tempat yang betul...

"Ok ke kiri sikit....ke kanan....eh! Terkena Hisyam kang mampus, haish ke kiri sikit...." Fattah aim ke arah yang betul.

"Ok siap! Now in three....two....one...LAUNCH!"

Click!

Fattah menekan butang itu dan....

BOOM!!

Sekelip mata sahaja pagar besi yang dililit dengan rantai besi dan kunci besi semuanya besi belaka musnah hanya dengan satu tembakan sahaja.

Telefon Fattah berbunyi dan dia tahu siapa gerangan yang menelefonnya itu.

"Maria, Maria....apahal kau telefon aku ni? Dah mula panas ke?" Tanya Fattah dengan nada provokasi sengaja ingin menaikkan darah Datin Maria.

"Pandai jugak kau masuk ke dalam markas kami ye. Ingatkan kau akan panjat pagar macam yang ejen-ejen dari I.S.S buat." Kata Datin Maria dengan nada tenang yang dibuat-buat.

"Heh...kau jangan ingat aku ni level bawahan Maria.....ini Fattah! Ejen rahsia berpangkat senior dalam dunia perisikan!" Kata Fattah dengan bangga. Bangga dengan pekerjaannya sebagai ejen rahsia.

"Jangan seronok sangat. Anak buah kau dan anak buah kepada kawan kau tu ada dengan aku. Jangan cuba-cuba bertindak diluar jangkaan eh. Kalau tak dua orang ni bertukar jadi jenazah....HAHAHA!"

Panggilan terputus.

"Siot betul! Nahas kau Maria..." Fattah menggenggam stereng tu dengan sangat kuat.

Kalau ditukar stereng tu dengan kepala orang, rasanya dah hancur ranap habis dah.

"Kita kena tangkap dia Tuan. Dapatkan pengadilan yang sepatutnya....Alif dah banyak sengsara....kita kena akhiri penderitaan dia." Ucap Inspektor Hisyam dingin.

Mereka perlu selamatkan Johan dan Alif.

"Jom kita masu-"

"Keluar dari kereta! Sekarang!!" Jerit salah seorang dari sekumpulan lelaki. Nampak macam gangster.

"Ah sudah....bala dah datang." Kat Fattah tanpa ekspresi apabila melihat Luna datang dari belakang lelaki-lelaki itu.

"Kalau kitaorang tak nak keluar apa yang korang nak buat?" Tanya Inspektor Hisyam.

"Kalau korang tak nak....aku bunuh lah anak buah kau! Hahaha! KELUAR!" Jerkah Luna dari luar kereta.

"Macam mana ni Tuan?" Tanya Inspektor Hisyam berbelah bahagi sama ada patut ke tidak dia dan Fattah ikut.

"Tak apa....ikut je." Fattah berkata setelah beberapa saat terdiam.

"Baik! Kami keluar! Ha puas hati?" Ujar Fattah dan Inspektor Hisyam sambil mengangkat tangan.

Pistol diacukan ke kepala Fattah dan Inspektor Hisyam dan mereka dibawa masuk ke dalam tanpa sebarang senjata.

Selepas mereka dibawa masuk ke dalam, Faizul, Ammar, Azrel dan Aulia sampai disitu. Mereka naik satu kereta iaitu kereta Faizul supaya tak ada lah nak menyusahkan.

"Alamak! Lia, abah dan Uncle Hisyam dah kena tangkap." Kata Ammar cemas melihat keadaan itu.

"Itulah Lia pun risau juga ni. Macam mana kalau abah dan Uncle Hisyam-" Mulut Aulia ditekup oleh Ammar.

"Shh! Jangan sebut benda macam tu. Nanti jadi betul-betul macam mana." Tambah Ammar yang juga turut risaukan keselamatan mereka berdua.

Azrel mencelah. "Apa yang kita nak buat ni along? Takkan kita nak duduk diam je dekat dalam kereta tak buat apa-apa?"

"Tak apa guys! Aku dah ada simpan senjata tambahan untuk kita berempat. Cukup untuk kita bunuh musuh yang menyerang." Kata Faizul sambil mengambil beg yang diletakkan di but belakang kereta.

Faizul membuka zip beg itu dan wala!

"Mak aih! Mana kau dapat senjata banyak-banyak ni?" Tanya Azrel kagum dengan apa yang dia lihat sekarang ni.

Sebuah beg yang penuh dengan pistol.

"Alah Uncle Fattah yang bagi dekat aku. Katanya untuk kegunaan kecemasan. Sekarang lah waktunya!" Terang Faizul.

"Kecemasan tu memang lah....tapi masalahnya kenapa pistol biasa yang polis guna je ada ni? Tak ada je pistol gempak yang lain?" Tanya Aulia sambil membelek pistol yang banyak itu.

"Tak ada lah Lia. Pistol tu je ada. Aku pun terkejut juga, kot lah nak ada AK47 ke machine gun ke apa ke." Kata Azrel sedikit kesal.

"Ah lantak lah! Janji boleh berfungsi, boleh guna, boleh menembak cukup lah! Dah, sorang ambik dua." Arah Ammar tidak mahu bercakap banyak lagi.

"Eh along tak ambil satu ke?" Tanya Aulia pelik melihat Ammar tidak mengambil walau satu pistol pun.

"Along tak apa....along guna senapang warisan abah tu. Ada along bawak ni ha." Kata Ammar sambil menunjukkan senapang lama tapi masih berfungsi dengan baik itu kepada mereka.

(Sumber: Pinterest)

Ternganga mulut Aulia dan Azrel melihat senapang yang berada ditangan Ammar.

"Dah tak payah nak tergamam sangat! Jom masuk!"

"Jom!"























Di Dalam Markas....

"Ha! Dua hero Malaya dah sampai!" Maria melihat kedatangan Inspektor Hisyam dan Fattah dengan pandangan sinis dan penuh dendam.

"Mana dia anak buah aku!" Tanya Inspektor Hisyam cemas dan marah.

"Oh, ada. Korang, bawa budak dua orang tu keluar!" Arah Datin Maria.

Dua orang lelaki berbadan tegap membawa Johan dan Alif yang masih diikat lalu tubuh mereka dihempaskan ke lantai.

Mereka berdua kelihatan sangat lemah. Muka Alif pucat disebabkan darah yang banyak keluar dari luka tikaman ditangan.

Johan pula teruk dipukul oleh lelaki-lelaki tadi.

"Ya Allah...Alif! Jo! Woi perempuan!!Lepaskan Alif dan Johan!" Hilang kesabaran Fattah disebabkan melihat keadaan Alif dan Johan yang sangat teruk itu.

"Eh eh....senang-senang je kau nak suruh aku....jangan harap!"

"Ha! Melainkan kalau kau terima tawaran aku....sertai aku dan kita buat bisnes bersama." Datin Maria memberi tawaran.

"Amboi! Senang benar kau cakap! Hei aku ni berkhidmat untuk negara, dan sekarang kau nak suruh aku khianat negara pula! Kau apahal ah!" Fattah berteriak marah.

"Hmph...it's up to you. Aku dah bagi tawaran kau tak nak. Terpaksalah aku bunuh-"

"Jangan!! Jangan....jangan bunuh Johan...jangan!" Inspektor Hisyam berlutut dihadapan Datin Maria dengan air matanya yang mengalir.

"Macam ini yang aku nak! Merayu lagi! Merayu lagi!" Kata Datin Maria dengan riak wajah puas.

"Hisk...tolong...jangan apa-apakan dia. Dia tak bersalah! Lepaskanlah dia!" Rayu Inspektor Hisyam dengan tangisannya.

Apa saja dia sanggup lakukan asalkan Johan selamat. Satu-satunya anak buah yang dia ada....yang selalu menyayangi dia.

Kalau dia kehilangan Johan, malap lah kehidupan dia.

"Hmm...aku boleh lepaskan dia. Tapi, kau kena buat sesuatu untuk aku." Datin Maria tersenyum. Dia sudah terfikirkan sesuatu.

"Apa dia! A-ku sanggup buat apa saja untuk kau....a-asalkan kau lepas Johan! Tolong!"

"Hisyam! Apa kau buat ni! Hei jangan buat kerja gilalah!!" Jerit Fattah. Sungguh terkejut dengan perbuatan Inspektor Hisyam.

Inspektor Hisyam tidak menghiraukan Fattah. Apa yang penting sekarang adalah Johan...

"Baik, kalau kau dah cakap macam tu. Aku nak kau....." Datin Maria kelihatan berfikir sejenak sebelum berkata....

"Bunuh...Fattah...kalau kau nak anak buah kau selamat."

Inspektor Hisyam tergamam....patutkah dia buat semua itu?














Di Luar Markas....

"Am, macam mana ni! Banyak pula pengawal yang ada dekat depan pagar tu." Tanya Faizul setelah melihat ramai pengawal-pengawal dihadapan pintu masuk.

"Kasi redah je lah. Diaorang serang kita tembak. Mudah!" Kata Ammar selamba tanpa melihat Faizul.

"Hish ingat senang ke! Mau masa tengah tembak tu, ditembaknya kita balik macam mana!"

Mereka berdua bertengkar sebentar membincangkan strategi nak masuk ke dalam.

"Diam!" Azrel menekup mulut Ammar dan Faizul.

"Kalau diaorang dengar korang bertengkar macam mana! Hish!" Sambung Azrel lagi sebelum melepaskan tangannya.

"Lia ada cadangan! Tapi korang kena back-up Lia. Agak berisiko tapi Lia yakin mesti menjadi." Kata Aulia.

Setelah mereka membincangkan tentang plan itu, mereka semua bersiap sedia ditempat masing-masing.

Aulia berjalan masuk dengan riak wajah yang cemas seakan-akan takutkan sesuatu.

"Encik! Tolong saya encik!" Jerit Aulia ketakutan.

"Eh apahal ni! Cik ni siapa! Ini kawasan larangan. Tiada sesiapa dibenarkan masuk." Salah seorang dari lima pengawal tu menghalang Aulia dari masuk.

"Encik tolong! Ada orang jahat cuba nak apa-apakan saya! Tolong encik!" Aulia merayu-rayu sambil memegang tangan pengawal itu.

Inikah yang dipanggil terpaksa dalam kerelaan....

"Mana dia orang yang nak culik awak tu?" Amboi, bab perempuan laju je penjahat ni. Aduhai...

"Tu! Dekat sana tu!" Aulia menunjukkan ke arah sebalik tembok.

Dekat situ, Ammar, Azrel dan Faizul sengaja menunjuk diri agar mereka dikejar oleh pengawal-pengawal tadi.

"Tu dia! Kejar semua! Kejar!" Kelima-lima pengawal tadi mengejar Ammar, Faizul dan Azrel sehingga ke belakang pagar.

Kemudian terdengarlah...

BANG! BANG! BANG! BANG! BANG!

Terdengar bunyi tembakan disebalik pagar tu. Kemudian keluarlah mereka bertiga dengan wajah puas hati.

"Fuh! Syok ah along. Sampai berkecai kepala orang tu along tembak!" Kata Azrel seronok melihat kepala penjahat tu berkecai ditembak dengan senapang fattah.

Ha nampak kan? Perangkap gila Fattah dah turun ke anak-anak dia lagi.

"Hebatlah plan kau Lia!" Puji Faizul sambil membuat tanda bagus dengan jarinya.

"Biasalah! Berkat hasil tunjuk ajar abah aku juga." Kata Aulia tersenyum bangga.

"Sudah, mari masuk ke dalam." Arah Ammar.

Mereka berempat segera masuk ke dalam tanpa menunggu lagi.






Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

48.8K 1.2K 45
[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani meneg...
74.7K 6.8K 61
Mystery | Romance 𝐀𝐲𝐫𝐚 𝐗 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 "I Accepted Her" ••• AYRA HIJANNA Hidup yang bergelumang dengan kekeliruan masa silam. Satu demi s...
20.6K 987 35
Seorang CEO bersifat dingin yang menyamar menjadi barista hanya untuk mendekati seorang gadis sekaligus bakal isteri yang mahu dijodohkan dengannya...