[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•

By bmints

82.1K 8.8K 3.4K

Aku bukan ditiduri lelaki. Aku dirogol. Bayi ini mengingatkan aku kepada anak perogol yang aku kandungkan dul... More

INTRO
ONE
TWO
THREE
FOUR
FIVE
SIX
SEVEN
EIGHT
NINE
TEN
ELEVEN
TWELVE
THIRTEEN
FOURTEEN
FIFTEEN
SIXTEEN
SEVENTEEN
EIGHTEEN
NINETEEN
TWENTY
TWENTY-ONE
TWENTY-TWO
TWENTY-THREE
TWENTY-FOUR
TWENTY-FIVE
TWENTY-SIX
TWENTY-SEVEN
TWENTY-EIGHT
TWENTY-NINE
THIRTY
THIRTY-ONE
THIRTY-TWO
THIRTY-THREE
THIRTY-FOUR
THIRTY-FIVE
THIRTY-SIX
THIRTY-SEVEN
THIRTY-EIGHT
THIRTY-NINE
FOURTY
FOURTY-ONE
FOURTY-TWO
FOURTY-THREE
FOURTY-FOUR
FOURTY-FIVE
FOURTY-SIX
FOURTY-SEVEN
FOURTY-EIGHT
FIFTY
FIFTY-ONE
Novel and EBook
FIFTY-TWO
EPILOGUE
New Story
THE BABY CLEAR STOCK

FOURTY-NINE

697 56 21
By bmints

Finally gue update selepas tiga(?) bulan, tapi bosan sikit ah chap ni hmm.







Beberapa bulan kemudian...

"Masuklah," arah Jungkook bila Sunhye masih kaku di belakangnya.

Wanita itu lambat-lambat mengikut langkah Jungkook, masuk ke bangunan pusat pemulihan. Junghyun dikatakan telah pulih sepenuhnya dan sudah dibenarkan pulang pada hari ini. Inilah saat yang Sunhye tidak suka, berjumpa dengan Junghyun semula selepas enam bulan.

Melihatkan dua insan yang ditunggu sudah tiba, Junghyun terus bangun dari duduknya. Mula-mula dia mahu tersenyum kerana Sunhye ada, namun tak terukir di wajah bila melihat Jungkook.

Adiknya sudah menggantikan jawatan ayah mereka, menjadi presiden. Apa yang Junghyun bercita-cita sangat sejak dahulu, kini Jungkook yang memiliki semua itu. Perasaan dengkinya mula menjalar dalam hati.

"Kau ada dua tempat untuk pulang," ujar Jungkook. "Balik rumah mama dan papa atau kau nak tinggal di tempat lain? Sunhye ada sediakan apartment untuk kau eh tak, untuk korang berdua..."

Sunhye langsung terbuntang mata mendengar ayat terakhir Jungkook, terus mencepuk lengan majikannya.

"Apa dia Sunhye? Bukankah itu yang kau pernah cakap dekat aku? Lagipun korang kan dalam fasa nak disatukan, betul tak?" kata Jungkook tanpa berselindung.

"Betul ke, Sunhye?" riak serius Junghyun terus berubah, matanya merenung wajah Sunhye minta kepastian.

"Err... Y-ya," Sunhye menjawab juga, kemudian palingkan wajah ke arah lain.

"Aku nak balik dengan Sunhye," Junghyun membuat keputusan.

Jungkook pun mengangguk. "Okey,"











"Duduk sini bukan percuma ya, aku cuma beri kau tumpang saja untuk sementara," ujar Sunhye dingin sebaik saja membawa Junghyun ke apartment nya.

"Kenapa sementara pula?" selamba, Junghyun duduk bersandar di sofa siap menyilangkan kakinya.

"Ya, sementara. Kau kena kerja, cari rumah baru untuk kita berdua sebab apartment ni hanya untuk seorang penghuni saja,"

"Oh?" Junghyun mengangkat kening.

 Ingatkan Sunhye akan menghalaunya suatu hari nanti, tapi memang tidaklah Junghyun mahu menurut jika perkara itu akan berlaku. Enam bulan dia berada di pusat pemulihan, menunggu masa untuk melihat dan mendapatkan Sunhye semula.

"Aku tak nak kerja lain selain jadi presiden di syarikat papa. Hmm, mungkin jadi CEO sebab papa dikatakan sudah bersara disebabkan strok kan?"

"Jangan mimpi. Tuan Jeon dah berikan amanah dekat adik kau untuk handle syarikat secara mutlak. Walaupun Encik Jeon masih digelar presiden, tapi kerja CEO juga dibawahnya tanggungjawabnya. Senang cerita, dia dah conquer. Kau tak ada apa-apa peluang lagi untuk melibatkan diri dalam syarikat tu lagi,"

Junghyun mula menolak lidah ke permukaan dalam pipinya. Sakit hati, tapi difikirkan balik mujurlah Jungkook menyerahkan Sunhye kepadanya. Kalau tidak...

"Jadi, kau pun tak payah jadi PA Jungkook lagi. Resign, cari kerja lain,"

"Huh," Sunhye mengangkat hujung bibir. "Kalau aku resign sekarang memang tak lama lagi kita duduk bawah jambatan tau? Kau ingat siapa lagi bayar aku, tolong family aku tangani masalah muflis lepas bapak kau kena strok? Dah tentulah adik kau,"

"Tch," Junghyun pun berdecit geram.

"Aku terima kau pun mujur tau?" sambung Sunhye. "Jangan banyak songeh, cari kerja mulai esok dan dapatkan aset (rumah, kereta etc) baru untuk kita berdua atau aku letak kau ke pusat pemulihan semula,"













"Mama, tengok ni. Adik genggam jari Chaerin eii comelnya!!" Chaerin suka hati bila jari telunjuknya digenggam oleh si adik yang baru beberapa minggu usianya.

Chaewon hanya tersenyum. Selagi anak keduanya itu tidak menangis, dia biarkan saja Chaerin mendekat, bermain dengan adiknya. Sejak keluar dari hospital lagi, Chaerin asyik melekat dengannya semata-mata mahu melihat Jungwon. 

Teruja dan masih tak percaya, Jeon Chaerin sudah menjadi kakak.

"Memanglah, kamu yang masukkan jari kamu dalam tangan dia. Memanglah dia boleh genggam," ujar Chaewon.

"Eheheh tapi comel kan? Adik Chaerin baby paling comel! Tak sabar tunggu tadika buka nanti Chaerin nak tunjuk adik Chaerin dekat Lucy. Mesti dia suka!"

"Amboi, tak sabar tunggu habis cuti sebab nak tunjuk adik dekat kawan je?" Jungkook yang baru masuk bilik, mendengar saja Chaerin bercakap.

"Eheheh," Chaerin tersengih. "Chaerin nak tunjuk dekat Lucy je... Nanti mama ikutlah papa masa ambil Chaerin, mama bawa adik sekali ya?"

"Yalah..." Chaewon iyakan saja.

"Chaerin jaga adik kejap ya? Papa nak tengokkan mama,"

"Okey!"

Jungkook mengambil tempat duduk di sebelah Chaewon. "Aku dah ambil cuti untuk bawa kau dan anak kita jumpa doktor esok,"

"Baguslah. Risau saya kalau awak tak dapat cuti sebab banyak kerja. Tak pasal-pasal saya kena pergi seorang nanti," kata Chaewon dengan nada lega.

"Aku dah kata kan, aku takkan bagi kau pergi seorang sepanjang berpantang walaupun aku sibuk. Jangan risau hmm?"

Chaewon mengangguk, membiarkan jari kasar Jungkook mengelus pipinya lembut.

"Hik, uwek..." Kedengaran suara bayi merengek kecil langsung suami isteri itu berpaling.

"Alamak, adik menangislah. Lapar kot," Chaerin terus menjarakkan diri, memberi ruang kepada papanya mengambil si adik.

"Adik lapar hm? Ke adik nak tidur?" Tanya Jungkook dengan suara lembut kepada anaknya dalam pangkuan.

"Hik," Jungwon mengerutkan muka, mata bulat miliknya hanya merenung tepat ke wajah Jungkook.

Jungkook dengan berhati-hati memberikan Jungwon kepada isterinya.

"Mama nak bagi susu badan ke? Kejap, bagi Chaerin tutup mata dulu," Chaerin menekup kedua mata dengan tangan, langsung memalingkan tubuh membelakangi papa dan mamanya.

Jungkook hanya tertawa kecil melihat kelakuan Chaerin.

"Malu sangat dia tiap kali orang nak bagi susu dekat adik," Chaewon pun ikut tersengih.

"Bukan dia je, aku pun malu..." Ujar Jungkook, barulah Chaewon perasan suaminya cuba tidak memandang ke arahnya pada saat ini.

"Eleh... Anak dah dua pun malu lagi dengan bini. Yang ada atas riba ni pun sebab awak mabuk juga, entah bila lah tunggu awak dalam keadaan sedar sepenuhnya nak-"

"Shhhh Chaerin ada lagi dekat situ," tegur Jungkook dengan suara perlahan. "Tak elok bagi dia dengar benda macam ni,"

"Ceh," Chaewon menahan gelak saja walaupun apa yang dikatakan oleh suaminya betul.












"Papa, Chaerin nak duduk dekat bilik sebelah boleh?"

"Boleh, kalau mengantuk tidur saja ya? Lambat lagi kita nak balik ni," ujar Jungkook sambil melihat jam sekilas.

"Okey. Buat kerja elok-elok ya papa. Bye!" Chaerin mula mengutip buku dan alat mewarna miliknya.

"Bye,"

Keadaan menjadi sunyi sepi bila Chaerin sudah masuk ke bilik rehat.

Sejak cuti sekolah bermula lagi Jungkook membawa Chaerin ke pejabat, mengikutnya ke mana-mana Beri ruang kepada Chaewon untuk berpantang dengan aman di rumah tanpa perlu menguruskan Chaerin.

(Entah dekat mana boleh cari lelaki macam ni. Dalam imaginasi aku je kot :'))

Tok tok tok!!

"Masuk,"

Seperti biasa, Sunhye yang masih menjadi pembantu peribadi Jungkook yang masuk ke pejabat lelaki itu.

"Dah siap ke?" Soal Jungkook.

"Dah," sebuah dokumen diletak ke atas meja.

Jungkook mengambil dokumen itu, membelek setiap helai mukasurat sebelum menandatanganinya.

"Macam mana korang berdua? Dia pun ada apa-apa perubahan yang baik?" Tanya Jungkook.

"Entahlah,"

Jungkook mengangkat kepalanya menghadap Sunhye. "Dia ada buat apa-apa dekat kau ke?"

"Hmm tak juga. Cuma..." Sunhye menunduk lalu tangannya mengurut dahi.

"Hmm kalau dia okey je tak apalah. Kau pergi rehat, kalau tak larat boleh bagitahu dan aku bagi kau balik awal,"

"Tak apalah, pening sikit je. Mungkin sebab menghadap komputer lama sangat," Sunhye beri alasan, perlahan saja kakinya berjalan ke pintu sebelum keluar.

Jungkook hanya menghelakan nafas. Bukan nak tunjuk caring sangat, dia cuma risau jika Junghyun apa-apakan Sunhye disebabkan abangnya bekas penagih dadah.

Tambah pula wanita itu sedang hamil, cuma badannya kurus dan Sunhye tidak memakai pakaian ketat jadi baby bump tidak begitu kelihatan walaupun kandungannya sudah enam bulan.










Announcement : novel The Baby masih ada stok so korang boleh order untuk mint pos lepas raya. Sekali lagi mint bagitahu, The Baby versi novel tak banyak konflik, ending tak sama dengan wattpad.

RM40 (300 pages) termasuk postage.

Continue Reading

You'll Also Like

10.5K 1.4K 35
"Marah pun hot.." "Apa kau kata?!" "Nak nombor?" selamba Aeri sengetkan kepalanya, telefon bimbit dia diberikan kepada Jongho. "Engkau ni perem...
115K 5.4K 32
Kehilangan berlaku disebabkan namja yg bernafsu dan melepaskan kepada aku tanpa sebab. Semua hilang, maruah aku, dara aku, harga diri aku dan lain la...
134K 15.4K 59
S1 [ C O M P L E T E ] S2 [ O N - G O I N G ] Apa perasaan korang bila diri sendiri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan boss ditempat kerja dan y...
1.7K 187 10
[ short story ] " aku rela tolong kejar orang yang kau suka, walaupun aku tahu orangnya bukan aku " "sakitnya bila lepaskan orang yang kau sayang " ...