[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•

By bmints

81.5K 8.8K 3.4K

Aku bukan ditiduri lelaki. Aku dirogol. Bayi ini mengingatkan aku kepada anak perogol yang aku kandungkan dul... More

INTRO
ONE
TWO
THREE
FOUR
FIVE
SIX
SEVEN
EIGHT
NINE
TEN
ELEVEN
TWELVE
THIRTEEN
FOURTEEN
FIFTEEN
SIXTEEN
SEVENTEEN
EIGHTEEN
NINETEEN
TWENTY
TWENTY-ONE
TWENTY-TWO
TWENTY-THREE
TWENTY-FOUR
TWENTY-FIVE
TWENTY-SIX
TWENTY-SEVEN
TWENTY-EIGHT
TWENTY-NINE
THIRTY
THIRTY-ONE
THIRTY-TWO
THIRTY-THREE
THIRTY-FOUR
THIRTY-FIVE
THIRTY-SIX
THIRTY-SEVEN
THIRTY-EIGHT
THIRTY-NINE
FOURTY
FOURTY-ONE
FOURTY-TWO
FOURTY-FOUR
FOURTY-FIVE
FOURTY-SIX
FOURTY-SEVEN
FOURTY-EIGHT
FOURTY-NINE
FIFTY
FIFTY-ONE
Novel and EBook
FIFTY-TWO
EPILOGUE
New Story

FOURTY-THREE

625 75 51
By bmints

Pada hari itu juga, mesyuarat tergempar diadakan di Jeon Holdings. Semua orang atasan dan staf-staf biasa diminta menyertai bagi menenangkan kembali keadaan selepas gambar Jungkook dan Sunhye tersebar luas.

Bila masing-masing sudah faham ianya adalah perangkap, dan mujurlah Sunhye beri kerjasama untuk sokong penerangan Jungkook, keadaan menjadi baik semula.

Habis mesyuarat, tinggal Jungkook, Sunhye dan Tuan Jeon di ruangan itu.

"Haih, kau ni hampir-hampir saja jatuhkan imej papa, imej syarikat kita disebabkan benda yang terjadi tadi," Keluh Tuan Jeon.

"Bukan salah Kook,"

"Tapi orang tu aim kamu. Sampai libatkan Sunhye sekali. Kalau Sunhye mengandung macam mana? Kamu nak bertanggungjawab?"

"Suruh orang tu lah. Suruh Kook buat apa,"

Melihatkan wajah Sunhye terus berubah, Tuan Jeon mengetap rahang dan hampir mahu mencekik anaknya.

"Mulut tu jaga sikit. Kau tak kasihan dekat Sunhye tu? Disebabkan kau, dia yang kena lebih teruk..."

"Oh, Kook ingatkan ini rancangan korang berdua dan si Sunhye ni buat-buat sedih depan Kook tadi kononnya..." Ujar Jungkook selamba.

Melihatkan Tuan Jeon betul-betul cemas bila gambarnya tersebar satu pejabat, bersungguh untuk adakan mesyuarat bagi mengelakkan salah faham berlaku, tahulah Jungkook ini bukan rancangan ayahnya.

"Malang kan nasib kau, Jungkook? Menyedihkan. Semua orang tak suka kau," ujar Tuan Jeon sarkastik. "Aku tak kira. Kalau Sunhye mengandung, kau kena bertanggungjawab dan kahwini dia tahun ni juga!"

"What?" Jungkook memandang Tuan Jeon tak puas hati. "Papa, Kook dah ada anak bini. Kook takkan kahwin dengan perempuan lain!"

"Ceraikan saja bini kau tu!" Bidas Tuan Jeon. "Lakukannya, Jungkook sebelum aku buat tindakan lain..."

Tuan Jeon merenung Jungkook tajam sebelum meninggalkan anaknya bersama Sunhye.

Jungkook memandang Sunhye yang sudah menundukkan wajah.

"Dengar sini, aku takkan kahwin dengan kau. Tapi aku akan pastikan aku dapat tangkap orang yang buat kau dan bertanggungjawab kalau kau mengandung. Aku takkan lepaskan anak isteri aku hanya sebab kau dan papa. Faham?" Pesan Jungkook kepada Sunhye, tegas.









"Kenapa ni? Awak nampak runsing je dari tadi," tegur Chaewon. Rambut depan Jungkook diselak ke belakang menampakkan dahi lelaki itu.

"Ada orang lain yang nak jatuhkan aku," ujar Jungkook, perlahan. Matanya kekal memandang ke lantai, langsung tak tengok siaran yang terpapar di kaca tv.

"Mwo? Siapa?"

Jungkook menggeleng kecil. "Tak tahu. Malam kejadian, bukan Sunhye punya rancangan tapi orang yang perangkap aku tu. Tapi peliknya, kenapa dia libatkan Sunhye sekali? Sunhye kena rogol dengan dia, mungkin sebelum dia letak kami berdua tak sedarkan diri atas katil,"

Chaewon diam. Entahlah, dia pun tak tahu nak agak siapa lagi yang nak menganggu Jungkook. Apa salah suami dia? Sampai semua orang nak benci? Jeon Jungkook adalah lelaki yang baik, tapi sudah tentulah yang baik ni orang dengki. Chaewon faham.

"Mungkin orang yang ketuk awak dengan kayu tulah yang buat Sunhye macam tu. Awak ingat tak rupanya macam mana?" Tanya Chaewon.

"Tak berapa ingat, sebab ia berlaku dengan cepat. Tapi kalau tak silap aku, dia pakai serba hitam dan bertopeng. Nampak sepasang mata je,"

Chaewon diam lagi. Entah kenapa, tiba-tiba dia teringat lelaki yang pernah ceroboh masuk rumah lama Jungkook sampai dia cedera di lengan. Akibat dibaling dengan batu tajam oleh lelaki itu.

"Hmm tak tahulah kenapa, saya rasa orang tu adalah orang yang sama dengan yang ceroboh rumah lama awak dulu,"

"Kau rasa macam tu?" Soal Jungkook dan isterinya mengangguk.

"Rasanya dia dah lama aim kita atau awak," Chaewon buat andaian. "Sekarang dia dah muncul semula, mungkin selama kita pindah dia sedang memerhatikan kita,"

"Tak guna," Jungkook mengetap rahang. "Siaplah kalau aku dapat tangkap si celaka tu..."









"Yah! Lepaskan akulah!" Sekali lagi Sunhye diculik. Tubuhnya ditarik masuk ke dalam bilik yang sama dia ditangkap tempoh hari.

Buk! Sunhye ditolak ke atas katil itu. Lelaki yang menculik mula membuka topeng, menampakkan wajah sebenar.

Sunhye terpana. "J-Junghyun?"

"Ah, kau ingat aku lagi rupanya..." Junghyun tersenyum senget seraya mendekati Sunhye.

"K-Kau ke yang buat aku haritu?! Sampai Jungkook tuduh aku perangkap dia?!" Soal Sunhye, sedikit bergetar suaranya kerana takut melihat renungan tajam Junghyun.

"Ya, mesti papa suruh Jungkook kahwin dengan kau kan? Kau pun suka, dapatlah merasa kahwin dengan anak orang kaya lepas tu kikis hartanya. Atau mungkin kau tak perlu pening kepala macam mana nak tanggung nyawa yang bakal ada dalam ni," perut Sunhye dicucuk langsung wanita itu menepis kasar tangannya.

"Keluarga korang ni memang bermasalah lah," ujar Sunhye. "Sudahlah! Aku dah give up nak teruskan rancangan bapak kau. Aku tak mahu kahwin dengan Jungkook. Jangan libatkan aku dalam hal keluarga korang lagi jadi lepaskan aku sekarang!!"

"Oh, no no no..." Junghyun menggeleng beberapa kali. "Aku rasa ketagih lah lepas rasa tubuh kau hari tu. Tak dapat 'barang', dapat kau jadilah..."

"Hah?" Sunhye terus menepis tangan Junghyun bila lelaki itu mahu menyentuhnya. "Jangan! Lepaskan aku! Aaarrghhh tolong!!!!"









Ting tong!

"Eh, Jungkook ke?" Soal Chaewon sendirian bila loceng rumahnya ditekan. Dia pun berjalan ke depan lalu membuka pintu.

Klerk--

Terus terpampang wajah serius Tuan Jeon menyebabkan Chaewon hampir tersentak.

"Err... Papa datang nak jumpa Jungkook ke? J-Jungkook tak balik lagi," tanya Chaewon, sedikit gugup kerana ini pertama kali dia bertemu Tuan Jeon secara dekat dan bercakap dengannya.

"Aku tahu. Bagi aku masuk, aku ada benda nak cakap dengan kau," ujar Tuan Jeon.

"Baik," Chaewon pun mengangguk seraya menjemput Tuan Jeon masuk.

"Papa nak air ke? Boleh Chaewon hidangkan dulu sebelum kita bercakap,"

Tuan Jeon hanya mengangguk. Bila Chaewon ke dapur, Tuan Jeon mengambil kesempatan melihat setiap isi rumah banglo yang baru berapa bulan Jungkook membelinya.

"Tch, tak mewah langsung setakat rumah banglo dua tingkat macam ni..." Cemuh Tuan Jeon dalam diam.

Tak lama itu Chaewon datang dengan secawan teh untuk Tuan Jeon. Mereka pun duduk saling menghadap, dipisahkan dengan meja di antara mereka.

"Kau tahu apa jadi dengan Jungkook, dan pembantu peribadinya?" Soal Tuan Jeon sebelum menghirup teh.

Lambat-lambat, Chaewon mengangguk. "Ya,"

"Walaupun ia satu perangkap dan si pelakunya masih misteri, aku nak Jungkook bertanggungjawab ke atas Sunhye..."

Wajah Chaewon terus berubah. Degupan jantungnya semakin laju bila dia dapat menjangkakan apa Tuan Jeon yang seterusnya.

"Jungkook kena kahwin dengan Sunhye, jika Sunhye mengandung kerana Sunhye adalah mangsa keadaan. Kau perlu bercerai dengan Jungkook,"

Semudah ABC saja Tuan Jeon berbicara, tanpa memikirkan hati Chaewon yang sudah hancur.

Disuruh bercerai oleh ayah mentua sendiri. Tak ke sakit tu?

"T-Tapi, saya pun ada anak..." Chaewon cuba mempertahankan diri.

"Kau boleh balik ke keluarga kau, biar mereka yang bela kau dan anak kau. Sunhye kena kahwin dengan Jungkook supaya ada orang boleh tanggung dia dan anaknya nanti. Syarikat keluarganya dah muflis, Sunhye tak ada apa-apa. So, by hook or by crook, mereka perlu dikahwinkan. Kau perlu lepaskan Jungkook,"

Chaewon merasakan matanya mula berkaca.







#abaikantypo

Sabar sabar aku tahu korang dah tak rilek hshshs

30th January 2021 : 6.18 pm

Continue Reading

You'll Also Like

12.7K 2.6K 58
"Saya rindukan awak.." "Aku sentiasa ada dengan kau, Haneul. Aku tak pernah jauh dari kau.." "Saya rindu nak tatap wajah awak, saya rindu nak melihat...
354K 34K 52
Bukan dari deep web, bukan juga pemerdagangan manusia. Aplikasi Suami Untuk Disewa (SUD) yang dibuat khusus untuk menyewa seorang lelaki untuk dijad...
76.3K 3.5K 101
B O O K 1 it's all about fact / quotes voted? ✔️ comment? ✔️ start : 6 July 18 end : 13 Sept 19 • Highest Rank - #2 in puisi (30 Nov 2020) • High...
56.8K 2.4K 67
Appa Aku Nak Bayar Hutang Judi Tapi. Appa Tak Punya Duit Untuk Bayar Hutang Itu Dan Akhirnya. Appa Aku Jual Aku Dekat Seseorang Pemuda Yang Kaya D...