Dear Aqirah [TERBIT]

By itsmewaniel

4.8M 74.7K 2.8K

TELAH TERBIT DALAM BENTUK FIZIKAL DI BAWAH TERBITAN FAJAR PAKEER. Highest ranking : [#1 in romance] - 7 Augus... More

Part 1
Part 2
Part 3- Kerana Tiffany
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14.
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
DEAR AQIRAH (TERBIT)
BLURB

Part 10

61K 3.3K 60
By itsmewaniel

"Jaga diri baik-baik. Jangan lupa call umi selalu." Pesan umi sekali lagi setelah aku menelefonnya untuk memberitahu bahawa aku telah sampai di Bukit Kiara.
.
Aku memandang ke luar tingkap. Ternganga. Bapak besar rumah dia. Ini rumah ke istana? Aku menampar lembut pipiku. Okey, bukan mimpi. Selesai membayar tambang teksi, aku keluar daripada teksi dengan membawa beg bagasiku. Berat.

Pesanan ringkas kuhantar kepada Syakir. Sekadar memberitahu bahawa aku telah sampai di hadapan rumahnya. Eh, bukan rumah. Tak melampau kan kalau aku kata istana? Besar gila weh. Kaya betul mamat ni. Err, mak bapak dialah kaya.

Tunggu kejap- CFO Kejam

Pesanan ringkas daripadanya kubaca. Sengaja ku simpan nombornya sebagai 'CEO Kejam'. Memang sesuai kan?

Kulihat figura tubuh seorang lelaki di sebalik pagar tinggi dihadapanku ini. Pintu pagar itu terbuka. Terjengul muka Syakir Iman beberapa meter dariku.

Aku menyorong beg bagasiku. Aku berjalan ke arahnya yang masih menunggu dan what? Dia masih memakai baju tidur? Nampaknya dia lambat pergi kerjalah hari ini, semata-mata untuk pastikan aku datang ke banglonya ini. Takut sangat aku mungkir janji.

"Pagi," sapanya.

"Pagi, petang dan malam." Jawabku selamba tanpa memandang wajahnya.

"Amboi, sombong." Dia ketawa mengejek. Dia berpusing lalu meninggalkanku. Dia nilah kan, sesedap rasa saja tinggalkan aku kat sini.

Aku mengikuti langkahnya. Ya Allah, jauhnya jarak pintu pagar dengan pintu rumah. Sengaja buat laluan panjang-panjang. Orang kaya memang suka berjalan kaki ke? Eleh. Tapi aku tahu, mana pernahnya dia nak berjalan dari sana ke sini. Semua kerja menyambut tetamu di pintu pagar mesti dilakukan oleh pengawal keselamatan atau pekebun mahupun pemandu.

Perlahan-lahan, aku memasuki banglo mewah ini. Eh, lupa. Villa Bahagia. Mataku terbuntang luas melihat pemandangan yang cantik. Villa yang dicat keseluruhannya berwarna putih dihiasi dengan mural bunga sakura di dinding ruang tamu. Perabot ala-ala Inggeris yang memukau mataku.

"Tutup mulut tu, nanti lalat masuk." Tegur Syakir. Ish, potong stim betullah dia ni.

Seorang wanita dalam lingkungan 50-an mendekatiku. Masih cantik dan vogue. Mak Syakir kot, fikirku.

"Syak.. siapa tu? Girlfriend baru kamu ke?" Tanya wanita tua itu. Dia panggil Syakir, Syak? Syak with S-Y-A-K ke S-H-A-R-K? Lawak seh. Girlfriend baru? Gaya makcik ni cakap macam dah biasa saja kalau Syakir bawa perempuan ke villa mewah ini.

"Mama ni. Girlfriend apa macam ni. Not my taste, okay. Inilah Qirah, pembantu rumah baru yang Syak maksudkan tu," terang Syakir terlampau jujur. Menyirap darah aku dibuatnya.

Mama Syakir memandangku tanpa berkelip. Aku membuat muka selamba. Tanganku hulur untuk bersalam dengannya. Dia menyambut huluran tanganku sambil tersenyum manis.

"Assalamualaikum Datin..." aku jeda seketika. Aku tak tahulah siapa nama dia. Yang pasti dia berpangkat Datin, sebab suami dia Dato'.

"Fatinah. Panggil Auntie Tinah aje. Tak payah Datin bagai." Ujarnya lembut. Baiknya dia. Tak macam anak lelaki dia ni, garang dan angkuh.

Aku tersenyum. Tak mahu dicop sombong, berlagak atau tak sedar diri. Sedar diri sikit ya, Qirah. Awak tu pembantu rumah aje di sini.

"Syak jangan main-main dengan mama ya. Takkanlah pembantu rumah baru kita secantik dan semuda ni?" Soal Datin Fatinah kepada Syakir.

Kembang seketika aku mendengarnya. Cantik dan muda? Terima kasihlah makcik sebab puji saya tapi anak makcik tu tak rasa saya ni macam tu pun. Sebab tulah dia bagi saya kerja ni.

"Cantik? Please lah ma... Syak tak main-main. Memang dia ni PR baru kita. Okeylah, Syak nak mandi kejap. Mama tunjukkan dia bilik dia, ya." Syakir terus menaiki tangga. Aku mencebik. Tak sukalah tu bila aku dipuji. Dasar pendengki.

Aku membuntuti langkah Datin Fatinah ke bilikku, mungkin. Sambil berjalan, aku melilaukan pandangan. Ish, jakunnya aku. Kemudian, kami berhenti di hadapan sebuah bilik yang berdekatan dengan dapur. Bilik akulah tu kot.

"Qirah... ini bilik kamu ya. Maaflah kamu terpaksa duduk bilik kecil ni. Tapi auntie harap kamu selesa."

Pintu terbuka. Err, ini ke yang dia kata kecil? Hei, bilik ni lagi besar daripada bilik aku dengan Batrisya tahu. Cuma lebih kecil berbanding master bedroom milik abah dan umi.

"Eh. Tak apa auntie. Cukup selesa ni. Dapat bilik macam ni pun dah kira okey. Terima kasih ya, auntie." Ucapku lalu mengikutnya masuk ke dalam bilik baruku ini.

"Sama-sama. Kamu rehatlah dulu ya. Kemas barang-barang kamu ke. Hari ni first day kamu, jadi kamu buat yang ringan-ringan dulu. Auntie nak ke dapur sekejap. Buatlah macam bilik sendiri," balasnya. Lembut.

Dia berlalu pergi. Huwarghh,, ngantuknya. Mana tidaknya, malam tadi aku tidur lewat sebab tidak boleh tidur. Terlalu fikirkan tentang masalah inilah. Susah betul. Aish.. taklah seteruk mana layanan mereka. Tapi eh, jangan buat andaian dulu. Ini baru Datin Fatinah.

*************

"Qirah. Ceritalah sikit pasal diri kamu." Tutur Datin Fatinah.

Tangan yang sedang mengupas bawang merah terhenti seketika. Rajin juga Datin Fatinah ni, turun padang sekali untuk menghidang makanan tengah hari nanti.

"Tiada apa yang menarik tentang saya, auntie. Hanya seorang gadis biasa berlatarbelakangkan kehidupan yang sederhana," ujarku. Amekaw. Ayat KOMSAS aku bagi.

"Ala, memanglah biasa. Mana ada luar biasa. Lainlah kamu ni keluarga Edward Cullen," gurau Datin Fatinah.

Aku ketawa kecil. Mesti auntie ni pun layan cerita Twilight. Kalau tak, mana dia tahu pasal Edward Cullen tu.

"Nama saya Radz Aqirah binti Raszi. Umur 23 tahun, menetap di Bukit Aman. Bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist dan menuntut di UTM Shah Alam dalam bidang perakaunan. Sebelum ini, saya tinggal di Rumah Cahaya Qaseh." Terangku panjang lebar. Gaya macam sesi orientasi sekolah rendah pula.

"Oh. Cantik nama kamu. Secantik orangnya. Mula-mula auntie ingat jelmaan Sari Yanti versi bertudung yang datang tadi. Rupa-rupanya bukan. Laa, kamu ni graduan UTM lah ni? Kenapa kamu kerja sebagai pembantu rumah pula?" Soal Datin Fatinah.

Sari Yanti versi bertudung? Adeh, ada-ada saja Datin Fatinah ni. Aduh, baru nak kembang sekejap. Dia dah tanya pasal ni. Takkanlah aku nak cakap anak auntie yang berlagak tu yang suruh saya kerja jadi PR. Kang nanti haru pula jadinya.

"Hmm.. terpaksalah auntie. Saya masih belum dapat peluang kerja. Zaman sekarang susah nak cari kerja kan. Jadi, ini ajalah kerja yang ada untuk saya setakat ni." Tukasku dengan penuh beria. Iyalah, kena beria sikit. Baru nampak real.

"Oh, risau pula auntie kalau kamu ni sebenarnya terpaksa. Lagipun, kamu ni muda lagi. Takut tak biasa buat kerja macam ni," serkapnya. Memang terpaksa pun datin oi.

"Tapi auntie harap kamu bersabarlah ya kerja di sini. Syak kata, empat bulan aje kamu kerja di sini. Jadi, buat sementara ni, biasakanlah diri dengan keluarga kami. Biasakan diri dengan buat kerja-kerja rumah. Dah kahwin nanti senang," sambungnya lagi. Makin melalut pula ceritanya. Aku hanya tersengih.

"Tak apa, auntie. Saya dah biasa tolong umi saya buat kerja rumah. Setakat ni, tak ada hal." Kataku bangga lalu ketawa kecil.

"Tapi, macam mana Syakir boleh tawarkan kamu bekerja di sini?" Soalnya lagi. Laa, tak habis lagi ke?

"Err, saya rasa lebih baik auntie tanya Syakir. Biar dia yang cerita." Aku mengambil jalan selamat. Memang gilalah kalau aku aja yang kena jawab soalan mama Syakir ni.

Jeda seketika.

Datin Fatinah memandangku kembali. Err, aku salah cakap ke tadi? Kenapa dia pandang aku lain semacam ni?

"Oh ya. Tadi kamu kata kamu tinggal di Rumah Cahaya Qaseh sebelum ni kan? Apa maksud kamu? Auntie tak faham," katanya. Pisau di tangan diletakkan di atas meja.

Tak faham? Beleklah kamus. Apa susah. Aku sekadar berloyar buruk di dalam hati. Kang kalau aku cakap betul-betul, naya aku kena buang kerja nanti.

"Err.. Rumah Cahaya Qaseh tu rumah anak-anak yatim dan saya adalah penghuni rumah tu sejak berumur enam tahun. Saya ni anak yatim piatu. Ibu bapa saya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Tapi sekarang saya tinggal dengan keluarga angkat saya. " Terangku.

"Maaf, Qirah. Auntie tak tahu. Jangan sedih ya, Qirah. Doakan untuk mereka. Jangan risau, auntie ada. Anggaplah auntie macam ibu Qirah sendiri," ucapnya perlahan. Mungkin kesal setelah melihat wajahku yang mendung.

"Tak apalah, auntie. Apa pula macam tu. Auntie kan bos saya kat sini." Bidasku.

Aku kembali mengupas bawang merah dan kemudian bawang putih pula. Ai, peramah betul Datin Fatinah ni. Sampai mulut aku pun dah lelah nak menjawab.

Continue Reading

You'll Also Like

281K 18.4K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.7K 408 37
Dia merupakan seorang pahlawan wanita jelita yang sedang mengembara mencari erti kehidupan. Jessica Georgiana, seorang wanita yang menjadi idaman par...
22.7K 2K 20
Berkahwin dengan artis terkenal malaysia bukanlah impian Aisara. Berkahwin bukannya kerana cinta, tetapi kerana si sang artis telah putus cinta. ...
48.5K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024