Avyren [βœ”οΈ]

By Fii_Aurora

35.6K 2.4K 475

[𝓒𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu s... More

Uno [1]
Due [2]
Tre [3]
Quattro [4]
Cinque [5]
Sei [6]
Sette [7]
Otto [8]
Nove [9]
Dieci [10]
Undici [11]
Dodici [12]
Tredici [13]
Quattordici [14]
Quindici [15]
Sedici [16]
Diciassette [17]
Diciotto [18]
Diciannove [19]
Venti [20]
Ventuno [21]
Ventidue [22]
VentitrΓ© [23]
Ventiquattro [24]
Venticinque [25]
Ventisei [26]
Ventisette [27]
Ventiotto [28]
Ventinove [29]
Trenta [30]
Trentdue [32]
Trentatre[33]
Trenta Quattro[34]
Trentacinque[35]
Trentasei[36]
Trentasette[37]
Trentotto[38]
Trentanove[39]
Quaranta [40]
Quarantuno[41]
Quarantadue[42]
Quarantatre[43]
Quarantaquattro[44]
Quarantacinque[45]
Quarantasei[46]
Quarantasette[47]
Quarantotto[48]
Quarantanove [49]
Cinquanta [50]
Cinquantuno [51]
Cinquantadue [52]
Cinquantatre [53]
Cinquantaquattro [54]
Cinquantacinque [55]
Cinquantasei [56]
Cinquanta sette [57]
Cinquantotto [58]
Cinquantanove [59]
Sessanta [60]
Sessantuno [61]
Sessantadue [62]
Sessantatre [63]
Sessantaquattro [64]
Sessantacinque [65]
Sessantasei [66]
Sessantasette [67]
Sessantotto [68]
Sessantanove [69]
Settanta [70]
Settantuno [71] Finale

Trentuno[31]

482 42 14
By Fii_Aurora

"Bye"aku melambai ke arah Rossy lalu badan ku bolos masuk ke dalam perut kereta milik Daren.

Masuk sahaja ke dalam kereta, aku lihat wajah Daren kelihatan dingin. Aku ada buat salah apa ke? Nak cakap aku lambat, aku yang tunggu dia tadi.

"You, kenapa? Period ke?"tanya ku. Bodoh betul soalan aku tu.

"Banyaklah kau punya period"dahi aku di tunjal.

"Aduh..Habis tu kenapa?"tanya ku menggosok kepala.

Daren mengeluh. Leher baju turtle neck yang di pakainya di tarik ke bawah menunjukkan bahagian lehernya yang terdapat kesan merah.

"Ni bukan kerja kau? Sesuka hati letak cop dekat orang".

"Emm.. mana ada"aku menunduk dengan gelengan.

"Habis tu, kalau bukan kau siapa? Hantu? Jiran sebelah?".

"Hehehe.. sorry.."aku tersengih menggigit bibir bawah.

"Hish! Sebab kau tau, aku kena pakai baju ni pergi kerja sebab nak cover leher aku ni. Huh!"omel Daren. Kereta milik Daren meluncur membelah jalan raya pulang ke rumah.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Seorang lelaki berjas hitam menolak seorang lelaki berkemeja biru gelap masuk ke dalam sebuah bilik tersungkur di atas lantai.

"Kau nak lari ke mana?".

Lelaki kemeja biru gelap mendongak memandang seorang lagi lelaki memakai kemeja merah.

"Tolong lah.. bagi aku masa"rayu lelaki kemeja biru gelap dengan wajahnya penuh kesan memar dan darah akibat dipukul.

"Kerja kau senang je. Serahkan maklumat Avyren dekat aku. Itu pun susah ke? Atau, kau nak aku kacau anak bini kau?"ugut lelaki kemeja merah dengan senyum sinis.

"Tolong.. jangan ganggu diorang. Baik. Bagi aku masa dua hari lagi. Aku janji, aku akan bagu maklumat tu dekat kau. Aku janji".

"Haih.. baiklah. Aku pegang janji kau. Kalau kau mungkir janji, nyawa anak bini kau akan jadi galang gantinya. Faham?". Lelaki itu bercangkung. Pipi lelaki kemeja biru itu di tepuk berkali-kali. Laju si kemeja biru mengangguk tanda faham.

"Dah! Berambus!".

Lelaki kemeja biru di campak keluar oleh bodyguard milik lelaki itu.

"Apa aku nak buat ni? Apa aku nak buat ni.."tuturnya sendiri sambil berjalan terhincut-hincut keluar dari perkarangan rumah agam.

Situasi bilik mesyuarat menjadi tegang apabila maklumat akan kemunculan anak kepada Layth di terima. Masing-masing mula memikirkan strategi. Kali ini kerja mereka menjadi lebih berganda. Mereka harus melindungi keluarga Tuan Erjaz dan juga orang awam.

"Maklumat yang kita dapat dari tahanan baru-baru ini ada menyatakan bahawa anak Layth mungkin akan membalas dendam akan kecederaan ayahnya. Justeru itu, saya nak Avyren, tolong berhati-hati"kata Kapten.

"Baik kapten"jawab Avyren.

"Saya juga dapat maklumat, ada orang dalam yang menjadi pengintip kepada anak Layth itu. Siapakah dia, saya masih tak dapat kenal pasti. Jikalau saya dapat tangkap siapa orangnya, saya akan ambil tindakan keras kerana telah bersubahat dan mengkhianat pasukan"jelas Kapten lagi panjang lebar.

"Baik Kapten!".

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

"So, nampaknya kau dah jadi buruan musuh sekarang ni"kata Hacker berjalan di samping Avyren.

"Aku tak kisah kalu diorang nak buru aku. Asal diorang tak ganggu keluarga aku"tutur Avyren.

"Aku nasihatkan supaya kau ambil cutilah buat sementara waktu ni. Bukan apa, kau baru kahwin bro. Fikir sikit pasal bini kau"ujar Hacker.

"Kerja macam kita ni tak ada cuti. Selagi terdaya selagi itulah aku akan laksanakan amanah dan tanggungjawab aku".

"Kerja-kerja juga. Jangan sampai termakan diri sudah"Hacker menepuk bahu Avyren dan terus berlalu pergi.

Avyren terdiam memikirkan kata-kata Hacker. Memang dia tengah risaukan keadaan isterinya. Jika identitinya terbongkar. Kemungkinan besar isterinya akan berada didalam bahaya.

Rambut belakang kepala diramas. Kepala didongak dengan helaan nafas berat. Dia meneruskan langkahnya ke bilik persalinan untuk mengganti pakaian.

Daren memberhentikan keretanya dihadapan kawasan kampus aku. Jam dipergelangan tangan di kerling. Jarum menunjukkan pukul 4.16 petang. Masih ada 15 minit lagi sebelum kelas aku tamat.

Daren menyandarkan badannya pada kerusi. Kerusi direbahkan sedikit. Pelipis di urut sambil memejamkan mata. Penat? Bukan itu yang dia rasai sekarang ini. Ada perkara yang lebih besar perlu dia fikirkan.

Lima belas minit berlalu, Daren tersedar dari tidur yang singkat apabila terdengar bunyi ketukan tingkap kereta dari luar. Lantas dia membuka kunci kereta membenarkan aku masuk.

Aku meloloskan diri masuk ke dalam perut kereta. Dengan senyum manis.

"Assalamualaikum..awal you sampai"ujar ku menyalami tangan Daren terlabih dahulu dan mendaratkan satu kucupan singkat di pipi Daren.

"Saja aku datang awal. Stress dekat tempat kerja"kata Daren membetulkan kembali kerusinya.

"You kerja kuat sangatlah ni. Minta cutilah. Nanti you sakit siapa yang susah? I juga"ujar ku.

"No, it okay. I still can work".

"Haih.. suka hati you lah. Nanti I cakap lebih-lebih kena marah pula". Badan aku sandar pada kerusi. Sudah pasrah untuk memujuk Daren agar bercuti seketika dari kerja. Aku bukan apa tau. Lepas dari honeymoon tempoh hari, sehari pun dia tak ada cuti. Even hari minggu pun dia still kerja. Balik kerja tak usah cakaplah. Selalu balik lewat malam.

Daren sekadar menarik senyum lantas memandu pulang ke rumah.

'This is not the right time to tell you about that sayang. I'm promise. I will tell everything bila semuanya dah reda'desis hati Daren.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Pintu kereta aku tutup sambil menjinjing beg laptop di tangan. Mata aku memerhati kawasan perumahan elite itu. Kebiasaannya waktu macam ni kawasan perumahan ni sedikit sunyi. Tiba-tiba anak mata aku terkunci pada satu kereta hitam yang tidak aku kenali. Aku yang mula berasa takut terus melulu masuk kedalam rumah.

"Ui! Kau kenapa dik?"tanya Achik yang duduk berbaring di atas sofa.

"Tak ada apa. Em.. adik naik dulu lah. Nak buat assignment"jawab ku menarik senyum tipis. Langkah aku laju diatur menaiki anak tangga.

"Ape kena dengan adik tu?"monolog achik sendiri.

Pintu bilik aku tolak dan aku tutup kembali. Beg laptop aku letakkan di atas meja belajar. Aku menghampiri langsir. Tirai langsir aku selak sedikit bagi melihat masih ada lagikah kereta itu di luar. Dan sangkaan aku benar. Kereta itu masih ada lagi disitu. Menyedari akan seseorang keluar dari perut kereta pantas aku menutup kembali tirai langsir.

Jantung aku mula berdegup lagu. Otak aku mula memikirkan perkara yang bukan-bukan.

"Avyana, kau jangan fikir yang bukan-bukan. Tu mungkin kereta jiran sebelah. Sekarang ni baik kau fokus dekat assignment kau" monolog aku sendiri.

Laptop aku capai lalu aku menaiki katil. Lebih selesa sedikit kalau buat kerja atas katil ni. Jangan terlelap sudah.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Aku yang masih lagi menghadap laptop meregangkan sedikit badan aku yang sudah mula kejang dek terlalu lama menghadap laptop. Tiba-tiba pintu bilik aku di buka dari luar membuatkan aku drastik menoleh. Nafas aku yang laju ku hela lega apabila melihat Daren memasuki bilik dengan hoodie hitam tersarung di badan.

"Kau tak tidur lagi?"tegur Daren membuka hoodienya.

"Belum. Tengah siapkan assignment"jawab ku. Mata aku kembali memandang monitor laptop.

Daren mengangguk. Tuala mandi dicapainya. Kaki di atur ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

"You"panggil aku.

Langkah Daren terkunci dimuka pintu bilik mandi. Dia berpaling menghadap aku.

"Yes".

"Em.. masa you balik tadi, ada tak you nampak kereta hitam dekat luar?"tanya ku.

"Nope. Tak ada pula. Kenapa?"Daren menapak menghampiri tirai langsir.

"Oh.. tak ada apalah"laju aku menggeleng. Daren mengintai dari celahan langsir bagi memeriksa jikalau kereta yang aku maksudkan itu ada di luar rumah.

Daren menoleh ke arah aku hairan. Melihat aku yang kembali fokus menghadap laptop, dia meneruskan niatnya untuk membersihkan diri.



Bersambung....

Maaf kalau part ni kurang menarik. Sis kekurangan idea kebelakangan ini. Maklumlah usia sudah meningkat ni... idea tak berapa nak lekat sangat dalam kepala otak sis ni. Apa pun thank you support cerita sis walaupun sis jarang.... sangat update.

Amore❤️‍🔥

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 53K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
932K 30.2K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
10.1K 272 57
Tak pandai buat sinopsis. 🚨 Trigger warning/ Read at your own risk πŸ”ž Aksi & Mature (M) ⚠️ Typo bersepah ‼️ Light conflict Start: 24 Mac 2024 End:...
347K 7.9K 53
Kehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang t...