3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]

By Yasmyns_Dahlia

296K 25.9K 10.9K

Dua bulan hidup di bumi Ireland, cukup membuatkan Marissa merasai bahagia yang pernah hilang dahulu. Demi ana... More

PROLOGUE | DENDAM CINTA 2
BAB 1 | DENDAM CINTA 2
BAB 2 | DENDAM CINTA 2
BAB 3 | DENDAM CINTA 2
BAB 4 | DENDAM CINTA 2
BAB 5 | DENDAM CINTA 2
BAB 6 | DENDAM CINTA 2
BAB 7 | DENDAM CINTA 2
BAB 8 | DENDAM CINTA 2
BAB 9 | DENDAM CINTA 2
BAB 10 | DENDAM CINTA 2
BAB 11 | DENDAM CINTA 2
BAB 12 | DENDAM CINTA 2
BAB 13 | DENDAM CINTA 2
BAB 14 | DENDAM CINTA 2
BAB 15 | DENDAM CINTA 2
BAB 17 | DENDAM CINTA 2
BAB 18 | DENDAM CINTA 2
BAB 19 | DENDAM CINTA 2
BAB 20 | DENDAM CINTA 2
BAB 21 | DENDAM CINTA 2
BAB 22 | DENDAM CINTA 2
BAB 23 | DENDAM CINTA 2
BAB 24 | DENDAM CINTA 2
BAB 25 | DENDAM CINTA 2
BAB 26 | DENDAM CINTA 2
BAB 27 | DENDAM CINTA 2
BAB 28 | DENDAM CINTA 2
BAB 29 | DENDAM CINTA 2
BAB 30 | DENDAM CINTA 2
BAB 31 | DENDAM CINTA 2
BAB 32 | DENDAM CINTA 2
BAB 33 | DENDAM CINTA 2
BAB 34 | DENDAM CINTA 2
BAB 35 | DENDAM CINTA 2
BAB 36 | DENDAM CINTA 2
BAB 37 | DENDAM CINTA 2
BAB 38 | DENDAM CINTA 2
BAB 39 | DENDAM CINTA 2
BAB 40 | DENDAM CINTA 2
-
BAB 41 | DENDAM CINTA 2
BAB 42 | DENDAM CINTA 2
BAB 43 | DENDAM CINTA 2

BAB 16 | DENDAM CINTA 2

8.3K 728 306
By Yasmyns_Dahlia

     TEKAK terasa perit pula malam itu. Marissa yang tidur-tidur ayam pantas mencelikkan matanya. Lampu tidur di sisi katil dibuka. Badan disandarkan di kepala katil sambil merenung kosong dinding kamarnya.

"Rindunya..." desis Marissa, perlahan. Tangan turun mengusap perut yang kempis. Tak sampai satu hari pemergian anak-anaknya, dia sudah merindui mereka. Rindu mahu merasa pergerakan anak-anaknya. Selalu waktu begini, Hafiy dan Medina sangat aktif menendang. Sering juga Marissa terjaga dari tidur dek rasa sengal-sengal daripada pergerakan lasak mereka.

Tapi itu dulu. Sekarang ni sudah tiada. Satu memori yang dipinjam selama tujuh bulan sahaja. Dan memori itu akan dia simpan kemas dalam ruang minda.

"Haus la pula," omel Marissa. Perutnya pula berkeroncang minta diisi. Seketika, Marissa mengeluh. Inilah padahnya kalau satu hari tak makan. Dia bukan tak nak makan, tapi seleranya tiada. Kalau dia telan makanan sekalipun, rasa berpasir. Entahlah, Marissa tak pasti mengapa dia berasa sebegitu.

Lantaran itu, dia turun dari katil. Meskipun lapar, tapi dia tidak ada selera mahu makan. Lebih baik dia turun ke dapur untuk membasahkan tekak. Sekurang-kurangnya, tekaknya tidak lagi perit setelah meneguk air.

Sambil menenyah mata, tombol pintu dipulas. Marissa langsung tidak perasan kehadiran Harraz yang sedang tidur di luar biliknya yang cuma beralaskan lengan dan tanpa selimut.

"Apa benda pula ni?" Kaki Harraz ditendang-tendang. Dia dah cuak. Maklumlah, keadaan masa tu agak gelap. Jadi, pandangannya terbatas. Dalam otak dah fikir yang bukan-bukan.

Lantas, dia masuk semula ke dalam bilik dan telefonnya dicapai. Flashlight dibuka. Selajur, matanya terbeliak dan mulut melongo melihat 'makhluk' di kakinya.

"Gila ke tidur kat sini? Macam rumah ni dah tak ada bilik!" Geram pula Marissa dibuatnya. Bukan dia tak tahu Harraz cuma berlakon di depannya. Konon, sanggup tidur depan bilik dia semata-mata mahu menunjuk yang diri itu ikhlas mahu memujuk. Gigih betul Harraz ni. Macamlah Marissa akan bersimpati. Pirahhh!

Ingat dia bodoh? Ingat semudah itu dia akan cair dan terpedaya dengan helah lelaki itu?

Tak! Mana mungkin hatinya akan lembut selepas melihat 'pengorbanan' Harraz itu. Bahkan, jiwanya langsung tak terusik. Dia melihat Harraz tidur dengan beralaskan lengan dan tanpa selimut yang membaluti tubuh. Ada sedikit pergerakan. Menandakan lelaki itu menggigil sejuk. Pula tu, hujan turun dengan agak lebat malam ini.

"Harraz, bangun!" kejut Marissa. Tubuh lelaki itu digoncang kuat.

Harraz terjaga. Terkebil-kebil dia memandang isterinya.

"Sayang? Sayang okey ke? Ada sakit kat mana-mana?" Banyak soalan yang ditanya. Marissa rimas mendengarnya. Bebola mata sengaja dijulingkan ke atas. Menyampah!

"Yang kau tidur kat depan bilik aku ni kenapa? Rumah ni dah tak ada bilik sampai kau menempel kat sini?" Garang Marissa bertanya. Sebal, menyampah, marah semua adalah! Macam nak ganyang-ganyang aje suaminya itu.

Harraz diam. Nafas dihela berat. Belum pernah lagi dia nampak Marissa berkasar dengannya sampai begini sekali. Panggilan wanita itu turut berubah mendadak. Kau-aku je sekarang.

"Abang... abang cuma risau kat sayang je. Abang takut sayang sakit ke apa. Nanti sayang panggil, takde yang dengar pula. Abang nak tidur kat dalam, tapi abang tahu sayang bencikan abang. Sebab tu abang tidur kat depan pintu ni." Sayu dan perlahan je suara Harraz.

Marissa mencebik bibir. Ingat sweet ke? Makin dia jaki adalah!

"Tak payahlah nak buat baik. Aku takkan termakan dengan lakonan kau, Harraz. Lagi satu, kau tak reti balik rumah kau ke? Tak malu eh duduk sini lepas apa yang kau dah buat pada aku?" Sarkastik sindiran Marissa. Keningnya dijongketkan.

Terpaku. Tiada sebarang aksara yang mampu keluar dari bibirnya kala ini. Marissa menghalau diakah?

"Abang..."

"Eh, dahlah. Tak payah nak berabang-abang sangat. Tepilah!" potong Marissa lalu menolak sikit tubuh suaminya. Dia kemudian berlalu ke dapur.

Muram saja wajah Harraz. Muka diraup perlahan. Entah apa lagi yang perlu dia lakukan untuk memujuk hati sang isteri. Marissa betul-betul dah tawar hati. Sudah tentu takkan ada peluang untuknya lagi. Memikirkan hal itu saja sudah cukup membuatkan sangkar dadanya terasa padat. Sesak.

Beberapa minit kemudian, Marissa naik ke bilik semula. Dia menjeling Harraz sekilas sebelum pintu bilik ditutup. Menonong aje dia dia berjalan ke katilnya tanpa sedikit pun menghiraukan Harraz di luar. Bantal dan selimut tidak diberi.

"Lantak kaulah. Nak sangat tidur kat luar tu kan? Ha, tidurlah!" bebelnya lalu menarik comforter sehingga ke dada. Mata dipejam sebelum dia berlayar ke alam mimpi.

•••

     "MOMMY! Tolong Hafiy dengan adik, mommy! Tolong Hafiy!"

Marissa mencelikkan matanya. Pandangnnya sedikit kabur dan pening dek terjaga secara tiba-tiba.

"Mommy, tolong Hafiy!"

Sontak, matanya meliar mencari punca suara si kecil itu. Keadaan bilik yang sedikit gelap membataskan pandangannya. Comforter diselak lalu dia turun dari katil.

"Mommy!"

"Hafiy... Hafiy kat mana, sayang? Mommy datang ni..." panggil Marissa lalu menuju ke arah bilik mandi. Kosong. Tiada siapa di dalam.

"Mommy! Hafiy kat sini! Sini, mommy!"

Badan dipusingkan. Kini, Marissa menuju ke arah luar bilik. Kelihatan seorang budak lelaki sedang melambai-lambai ke arahnya.

"Sini, mommy!" panggilnya lagi.

Dengan pantas, Marissa ke balkoni biliknya. Air mata hampir menitis tatkala wajah suci itu melemparkan senyuman kepadanya. Comel!

"Hafiy... Ni Hafiy anak mommy ke? Hafiy Mikael?" soal Marissa seolah-olah tidak percaya. Dia melutut di hadapan budak kecil itu. Wajah Hafiy diusap kasih.

"Ya, mommy. Ni Hafiy." Pipi Marissa dikucup. Hafiy tersenyum-senyum.

"Hafiy rindu mommy. Mommy tak rindu Hafiy?" Bulat matanya memandang Marissa. Terkedip-kedip mata Hafiy menunggu balasan daripada si ibu.

Lebat air mata Marissa mengalir. Kepalanya dianggukkan laju. Mana mungkin dia tidak merindui anaknya ini.

"Rindu. Mommy rindu Hafiy. Rindu sangat-sangat." Terus tubuh budak lelaki itu dibawa ke dalam pelukan. Tak tergambar rasa gembiranya tika ini. Penantian yang ditunggu-tunggu. Dia mahu berjumpa dengan anak-anaknya.

Seketika, Marissa meleraikan pelukan. Wajah Hafiy dicium bertalu-talu. Seakan melepaskan rasa rindu yang terpendam lamanya.

"Don't cry, mommy." Tangan kecilnya menyeka air mata Marissa.

"Hafiy jangan tinggalkan mommy lagi, sayang. Mommy tak boleh hidup tanpa anak-anak mommy." Sekali lagi tubuh Hafiy dipeluk. Marissa menangis sepuas-puasnya.

Lama Marissa memeluk tubuh Hafiy. Rasa tak percaya yang berdiri di hadapannya ketika ini ialah anak lelakinya, Hafiy Mikael.

"Hafiy, adik mana, sayang? Mana Medina?" Mata Marissa melingas ke serata sudut mencari anak perempuannya pula.

Tidak semena-mena, air muka Hafiy berubah keruh. Bibirnya tercebik. Tubir mata mula bergenang dengan air mata.

"Adik... adik dah takde."

Berkerut-kerut dahi Marissa.

"Adik kat mana, sayang?" soal Marissa bersama degupan jantung yang rancak mengepam darah.

"Papa... papa bunuh adik. Papa bunuh Hafiy," ngongoi Hafiy lalu jari telunjuknya dihalakan ke dalam bilik Marissa.

Dratik, Marissa memusingkan tubuhnya. Membulat mata dia melihat seorang budak perempuan yang sudah berlumuran darah terkulai di atas marmar biliknya.

"Mommy, Hafiy takut. Papa nak bunuh Hafiy... Tolong Hafiy, mommy..." sayup-sayup suara Hafiy kedengaran. Dia kemudian menghilang tanpa sempat Marissa memalingkan semula wajahnya.

"Hafiy! Hafiy!" jerit Marissa bersama esakan yang makin kuat. Matanya meliar mencari susuk tubuh anak lelakinya.

"Hafiy!"

"Sayang?" Pipi Marissa ditepuk lembut. Cuba menyedarkan isterinya yang mengigau. Air mata wanita itu mengalir deras.

"Jangan bunuh anak aku!"

"Sayang!"

Mata Marissa terbuka luas. Nafasnya berombak laju. Berpeluh-peluh dahinya seakan baru selesai marathon.

"Ris okey tak ni?" risau Harraz dibuatnya. Yalah, dia yang sedang tidur tiba-tiba saja dikejutkan dengan jeritan Marissa. Nama Hafiy terkumat-kamit disebut oleh isterinya.

Tangan Harraz ditepis. Marissa masih lagi diam. Otaknya sedang mentafsir mimpi tadi. Kenapa? Kenapa dia bermimpi yang Hafiy menangis-nangis meminta pertolongan daripadanya?

"Papa... papa bunuh adik. Papa bunuh Hafiy."

Buat sedetik berlalu, Marissa memejamkan mata. Cuba mengusir pelbagai rasa yang sedang berkecamuk ketika ini.

"Sayang?"

"Keluar." Ayat penyata berbaur arahan itu dikeluarkan. Dia tidak mengangkat wajah. Marissa semakin bencikan Harraz. Apatah lagi tubuh kaku anaknya yang berlumuran darah menerjah kotak ingatan.

"Tapi..." Harraz resah.

"Keluar. Aku tak nak tengok muka kau. Kau pembunuh!" Kepala diangkat. Matanya merah ibarat biji saga. Bengis riak wajah Marissa.

Harraz terpempan. Pembunuh? Dia digelar sebagai pembunuh? Sekejam itukah dia di mata isterinya?

"Kau tunggu apa lagi? Keluarlah!" jeritannya bergema. Bantal dicampak. Marissa menangis teresak-esak di atas katilnya. Muka disembamkan ke lutut.

"Ja.. jangan buat abang macam ni, sayang." Harraz merayu.

Tiada balasan daripada Marissa. Wanita itu masih lagi mengongoi kecil. Perlahan-lahan Harraz mengangkat punggungnya lalu melangkah keluar dari kamar isterinya. Tutup saja daun pintu, tubuh Harraz terjelopok. Dia turut sama menangis. Air mata jantannya mencurah-curah membasahi pipi.

Perih.

Sakit mahu menerima hakikat yang dirinya sudah dibenci oleh isteri sendiri. Hukuman yang terlalu berat untuk dia terima. Tercarik sekeping hatinya mendengar bicara Marissa tadi.

Pembunuh. Ya, dia digelar pembunuh. Pembunuh darah dagingnya sendiri. Walau dinafikan sekalipun, hakikat itu benar belaka. Memang dia pembunuh. Dan selayaknya dia digelar sebegitu!

Kesal.

Terkilan.

Semuanya ada.

Beribu kali dia menyesali, sudah nyata tangannya terlanjur menyakiti. Meskipun berjuta kata maaf telah diungkap berkali-kali, ia tetap tidak akan kembali seperti dulu lagi. Kerana dia jugalah yang mengkhianati dan melukai sekeping hati milik si isteri.

•••

     "LEPAS je aku dah sembuh, aku nak kau lepaskan aku. Kalau boleh, aku nak kita berpisah dengan cara yang baik tanpa perlu kita panjangkan kes ni di mahkahmah."

Harraz kaku. Dia baru saja melangkah ke ruang tamu. Tanpa sempat makanan diletakkan lagi, bicara Marissa terus menampar gegendang telinga. Hal penceraian menjadi topik mereka kala ini.

"Sayang, jom kita makan?" Senyuman cuba diukir. Ujaran isterinya bagai angin lalu. Harraz tidak mahu berbicara perkara itu dengan Marissa. Dia akan mengelak selagi ia boleh dielak. Kalau perlu diciptakan seribu alasan atau helah sekalipun, Harraz sanggup. Asalkan perkataan 'berpisah' itu tidak meniti lagi di bibir isterinya.

Marissa mendengus. Licik Harraz menukar topik. Macamlah dia tak tahu yang Harraz cuba mengelak setiap kali hal penceraian mereka dibangkitkan semula. Ergh, geram!

"Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?" soalnya semula.

"Sayang selesa ke duduk dekat sini? Tak nak masuk bilik? Kalau nak masuk bilik, abang boleh tolong papahkan. Sayang kan masih dalam pantang lagi. Stoking pakai tak? Nanti sejuk pula." Harraz cepat-cepat menukar topik.

Terketap-ketap bibir Marissa. Rasa tidak puas hati dilontarkan melalui renungan mata.

"Tak payahlah kau nak tukar topik. Sekarang ni, aku nak bincang pasal kita. Tentang hal penceraian kita. Aku dah bincang hal ni dengan mama dan papa. Mereka setuju kau lepaskan aku. Lagi cepat, lagi bagus." Marissa berkata selamba. Dia menjeling Harraz yang sudah menunduk. Seketika kemudian, terdengar keluhan yang keluar dari bibir lelaki itu.

Harraz membalas renungan Marissa. Redup pandangan yang dilemparkan. Seolah cuba menzahirkan rasa yang terpendam melalui tautan mata.

"Boleh tak kalau kita tak payah bercerai? Masalah ni kita boleh selesaikan dengan cara yang lebih baik. Cerai takkan dapat selesaikan masalah, Ris."

Jeda.

Anak mata Marissa berlari-lari dari terus ditatap oleh suaminya. Renungan itu... Renungan yang cukup menggetarkan sekeping hatinya. Lantaran itu, Marissa memalingkan wajah ke tempat lain. Tidak mahu terus khayal dengan panahan redup itu.

"Kalau dua bulan lepas kau cakap macam ni, mungkin hati aku masih boleh terima lagi. Tapi lepas apa yang kau dah buat pada aku dan anak-anak aku, bukan mudah aku nak maafkan kau. Luka yang kau toreh takkan ada ubatnya. Parut yang kau tinggalkan akan selama-lamanya berdarah." Marissa menahan getaran suara.

Luluh hati Harraz mendengarnya. Luka yang ditinggalkan memberi impak yang besar dalam diri wanita itu. Menyebabkan jiwa isterinya kini lebih keras. Susah untuk memecahkan tembok kebencian Marissa terhadapnya.

"Ris, dari sudut hati yang paling dalam, abang betul-betul nak minta maaf. Abang tahu, abang dah banyak buat salah pada Ris. Abang lukakan hati isteri abang. Abang kejam dengan Ris. Abang menyesal sangat-sangat. Ya, abang tahu Ris dah muak dengar perkataan maaf ni. Tapi percayalah sayang, abang betul-betul menyesal. Abang dah berubah. Abang janji, abang takkan layan Ris macam dulu lagi. Hukumlah abang. Pukullah abang. Buatlah apa yang Ris nak pada abang. Abang rela asalkan Ris tak minta abang lepaskan Ris. Tolong sayang, maafkan abang."

Lututnya dijatuhkan. Begitu sekali Harraz merendahkan egonya sehingga dia sanggup melutut di hadapan isterinya.

Marissa menggeleng. Susah. Terlalu susah untuk memaafkan Harraz. Hatinya sudah menjadi debu. Jiwanya tak terusik dengan rayuan lelaki itu. Malah, dia semakin marah. Bengang dengan omongan lelaki itu.

"Berubah? Kau pasti yang kau dah berubah? Secepat itu ke Harraz? Lepas apa yang kau dah buat pada aku, hari ni kau melutut dan mengaku yang kau dah berubah? Apa jaminannya, Harraz? Apa?!"

Harraz mencapai tangan isterinya.

"Bagi abang peluang. Buka peluang tu untuk abang tunjukkan pada Ris yang abang dah berubah. Tolonglah sayang, abang merayu sangat-sangat."

Marissa kancing gigi. Sakit hati mendengar bicara lelaki itu. Sontak, tangannya ditarik kasar.

"Peluang? Peluang apa lagi yang kau nak, Harraz? Dah berapa banyak peluang aku bagi dekat kau. Tapi apa kau buat? Kau sia-siakan juga!" Matanya merah menahan air mata yang bila-bila akan tumpah. Cukuplah dia menangis. Kalau boleh, dia tidak mahu menangis lagi di hadapan Harraz. Marissa tak mahu lelaki itu menganggap yang dirinya terlalu lemah. Air matanya terlalu banyak dibazirkan kerana lelaki itu. Suaminya sendiri.

"Kau pentingkan diri, Harraz. Susah sangat ke kau nak lepaskan aku? Aku dah cukup terseksa hidup dengan kau. Cukup terseksa! Sampai bila kau nak dera aku? Sampai bila kau nak sakitkan hati aku? Tak cukup apa yang kau buat sebelum ni? Atau kau belum puas lagi seksa aku?" Marissa tewas. Setitik air matanya jatuh. Dan makin lama, ia semakin lebat.

Harraz menggeleng.

"Tak... Abang cuma nak kita mulakan hidup baru. Abang nak tebus segala kesalahan abang pada Ris. Abang nak kita hidup bahagia macam dulu."

"Hidup kita takkan sama lagi macam dulu! Kau dah hancurkan semuanya, Harraz! Semuanya! Ni, kat sini dah terlalu sakit. Dah terlalu parah. Hati aku dah mati. Mati untuk kau, Harraz!" Marissa menepuk-nepuk dadanya bersama suara yang tertahan-tahan. Oktafnya makin meninggi. Hatinya bergelodak marah.

Apa lagi yang lelaki itu mahukan? Tidak puaskah Harraz menderanya? Tidak cukupkah luka yang diberikan olehnya? Mengapa susah sangat Harraz mahu melepaskan dia? Sampai bila status isteri ini harus disandang?

"Tapi Ris masih isteri abang. Ris tanggungjawab abang," ungkap Harraz. Terlalu mudah dia berkata-kata. Tidak sedar, luka yang digores sudah cukup parah buat isterinya. Ditambah lagi dengan kepentingan diri yang tiada sudahnya.

"Isteri? Tanggungjawab?" Marissa gelak. Dia kemudian berdiri. Tentangan matanya cukup menzahirkan seribu perasaannya kala ini.

"Tanggungjawab? Tanggungjawab apa yang kau maksudkan? Dua bulan kau gantung aku tak bertali. Itu yang kau kata tanggungjawab? Hei, kau sedar tak yang selama ni kau tak pernah pun jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang suami?"

Marissa kepal buku limanya.

"Isteri? Layak ke aku ni jadi isteri kau? Isteri yang dihalau oleh suaminya macam anjing kurap! Dilayan macam tiada maruah! Isteri yang kau caci! Isteri yang kau cemuh! Kau masih nak mengaku yang aku ni isteri kau? Kau tak rasa malu beristerikan perempuan keji ni?!" pekik Marissa sekuatnya.

Saat itu, guruh berdentum kuat. Hujan yang tidak berhenti dari semalam semakin lebat menyiram bumi.

"Abang tahu, sayang. Abang tahu abang dah abaikan tanggungjawab abang pada sayang. Abang hina sayang. Abang caci maki isteri abang. Sebab tu abang minta sangat Ris bagi abang peluang supaya abang dapat tebus balik segala khilaf abang pada sayang." Sebak suaranya. Harraz mengesat hujung mata yang berair.

Marissa mengemam bibirnya. Itu sajalah yang Harraz mampu ucapkan. Maaf! Maaf! Maaf! Tidak cukup lagi, diminta pula peluang yang entah ke berapa kali.

"Muak aku dengar perkataan maaf tu! Itu ajelah yang kau tahu cakap kan? Buat salah, minta maaf. Minta peluang. Bila aku maafkan kau, bila aku bagi kau peluang, apa yang kau buat? Kau ulang kesilapan yang sama! Lelaki macam kau takkan pernah berubah, Harraz! Ego dan baran dah cukup sebati dalam diri kau!"

"Bila baran kau datang, aku yang jadi mangsa kemarahan kau! Bila ego yang kau sanjung, akulah tempat kau lepaskan segala hinaan tu! Pernah kau fikir apa yang aku rasa? Pernah terlintas dalam otak kau apa yang aku hadap? Tak pernah! Sebab yang tanggung deritanya aku! Yang sakitnya aku! Sebab tu kau tak pernah rasa bersalah dan kau tetap ikutkan kata hati dan kepentingan diri kau! Tolonglah letak diri kau di tempat aku! Aku dah cukup terseksa, Harraz! Perasaan aku pada kau dah mati! Cukuplah, aku dah tak mampu nak telan seksaan yang kau bagi."

Marissa terduduk di atas sofa. Terhinjut-hinjut bahunya. Hatinya dah terlalu sakit. Jiwanya remuk! Dia tak mampu terima Harraz dalam hidupnya lagi.

Harraz terpempan. Kini jelas, isterinya sudah terlalu menderita hidup bersamanya. Ujaran wanita itu menandakan yang dirinya sudah gagal menjadi seorang suami.

"Ceraikan aku. Kalau kau seorang manusia yang ada hati perut, tolong lepaskan aku. Aku berhak untuk bahagia. Tapi kebahagian aku bukan dengan kau. Hidup kita akan lebih baik jika masing-masing buat haluan hidup sendiri. Ceraikan aku." Marissa angkat kepalanya. Mengharapkan seulas bibir itu akan melafazkan talak yang dinanti-nantikan.

Harraz kunci rapat bibirnya. Namun tak lama selepas itu, kepalanya tergeleng-geleng. Menyatakan dia tidak akan melepaskan isterinya.

"Tak, abang takkan lepaskan Ris. Selagi abang hidup, Ris akan tetap jadi isteri abang. Abang akan berusaha untuk dapatkan semula cinta Ris. Abang tak akan berputus asa," ujar Harraz, tidak mahu mengalah. Ya, memang itulah azamnya. Cinta Marissa akan ditagih semula!

Marissa bengang. Mukanya berubah tegang. Menyinga dia memandang suaminya. Turun naik nafasnya menahan gelora amarah. Tidak menunggu lama, dia berlalu dari situ dan menuju ke dapur. Seketika kemudian, dia kembali bersama sebilah pisau di tangan.

Terbeliak mata Harraz melihat pisau tersebut.

"Ris nak buat apa ni?" Jantung memalu begitu kuat. Debaran semakin terasa saat Marissa menghampirinya.

"Ambil pisau ni! Bunuh aku, Harraz! Bunuh aku! Aku lagi rela mati dari terus jadi isteri kau!" tempik Marissa. Air matanya bercucuran. Hujung mata pisau diletakkan betul-betul ke dadanya. Sebelah tangan lelaki itu digenggam.

Muka Harraz berubah merah.

"Apa yang Ris buat ni?!" herdiknya.

"Kau tunggu apa lagi? Bunuh aku! Seksa aku sampai kau puas! Itu kemahuan kau kan?!"

Mata Harraz berkaca-kaca. Muka diraup kasar sebelum dia mendekati Marissa lalu dengan sepantas kilat, pisau di tangan isterinya dirampas.

"Kenapa kau tak bunuh aku?!" Marissa benar-benar dah hilang sabar. Teresak-esak dia menangis.

"Ya Allah, apa bising-bising ni?" Muncul Datin Syarifah. Kalut dia berjalan ke arah anaknya yang sudah terduduk. Sempat dia menjeling Harraz yang kaku berdiri.

Tanpa aba-aba, Marissa memeluk tubuh Datin Syarifah. Dilepaskan kesedihannya di dalam pelukan hangat itu.

"Ris benci dia, ma! Ris tak nak tengok muka dia! Suruh dia pergi!" esakannya mendayu-dayu. Jari telunjuk menunding ke arah Harraz.

Meskipun sudah dihalau, tapi Harraz masih tidak berganjak. Malah, sekali lagi dia melutu di hadapan isterinya. Kaki Marissa dipegang.

"Maafkan abang... maafkan abang..." Harraz menangis. Dia tidak kesah kalau dia perlu merayu sekalipun.

"Pergi! Sebelum aku makin bencikan kau, lebih baik kau berambus dari sini!" pekik Marissa lalu menolak tubuh Harraz agar lelaki itu bangun. Sehingga tiba di hadapan pintu utama, Marissa menolak Harraz keluar.

"Ris, hujan dekat luar tu, sayang." Mamanya memujuk. Dia lihat menantunya yang dah basah kuyup. Tapi Harraz masih tidak pergi. Dia memandang isterinya dengan pandangan penuh sayu. Air hujan membasahi seluruh tubuh Harraz.

"Biarkan dia. Kalau dia mati sekalipun, Ris tak nak ambil tahu. Harraz dah tak ada makna dalam hidup Ris lagi."

Sebelum pintu utama ditutup, Marissa memandang suaminya sekilas. Jelas di matanya yang Harraz sedang menangis. Muka lelaki itu merah padam. Air hujan pula tidak berhenti mencurah-curah ke bumi. Rasa kasihan? Tidak ada lagi dalam kamus hidupnya! Semuanya sudah hilang. Kerana lelaki itu jugalah dirinya jadi begini.

Di luar rumah, Harraz masih statik berdiri tanpa berganjak waima satu meter sekalipun. Dibiarkan tubuhnya terus basah lencun.

"Biarkan dia. Kalau dia mati sekalipun, Ris tak nak ambil tahu. Harraz dah tak ada makna dalam hidup Ris lagi."

Terngiang-ngiang bicara isterinya tadi. Harraz pejam mata buat sedetik. Bukan rasa marah yang menghuni hati, tapi penyesalan yang tidak bersudah.

Begitu terlukanya hati seorang isteri, sehingga penawarnya tidak mampu diberikan lagi. Betapa hebatnya ego seorang suami, dan kini ia memakan semula dirinya sendiri. Ungkapan maaf tidak ada gunanya lagi. Kerana semuanya telah diakhiri dengan kekhilafan diri.

_____________

First of all, saya minta maaf sebab lambat update. Terlalu sibuk ya sejak akhir2 ni🙏

Lagi satu, mungkin selepas ini DC2 jadi slow update memandangkan saya tak lagi di Malaysia dan ini bermakna kerja semakin menimbun🤧. Kerja byk+takde masa, maka tiadalah update DC2 🙏 kalau ada, saya akan pub mcm biasa.

Btw, boleh saya minta some feedback dari pembaca DC2 tentang buku ini? Tak kesah apa2 pun, kalau ada yg tk puas hati, nak tegur, saya sangat alu-alukan. Comment lah apa2. Saya akan baca dan improve buku ni dari masa ke masa 😊

Yasmyns_Dahlia

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 33.9K 52
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
1.9M 86K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
733K 29.9K 89
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
31.3K 3.2K 15
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...