3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]

By Yasmyns_Dahlia

302K 26K 10.9K

Dua bulan hidup di bumi Ireland, cukup membuatkan Marissa merasai bahagia yang pernah hilang dahulu. Demi ana... More

PROLOGUE | DENDAM CINTA 2
BAB 1 | DENDAM CINTA 2
BAB 2 | DENDAM CINTA 2
BAB 3 | DENDAM CINTA 2
BAB 4 | DENDAM CINTA 2
BAB 5 | DENDAM CINTA 2
BAB 6 | DENDAM CINTA 2
BAB 7 | DENDAM CINTA 2
BAB 8 | DENDAM CINTA 2
BAB 9 | DENDAM CINTA 2
BAB 10 | DENDAM CINTA 2
BAB 11 | DENDAM CINTA 2
BAB 12 | DENDAM CINTA 2
BAB 13 | DENDAM CINTA 2
BAB 14 | DENDAM CINTA 2
BAB 16 | DENDAM CINTA 2
BAB 17 | DENDAM CINTA 2
BAB 18 | DENDAM CINTA 2
BAB 19 | DENDAM CINTA 2
BAB 20 | DENDAM CINTA 2
BAB 21 | DENDAM CINTA 2
BAB 22 | DENDAM CINTA 2
BAB 23 | DENDAM CINTA 2
BAB 24 | DENDAM CINTA 2
BAB 25 | DENDAM CINTA 2
BAB 26 | DENDAM CINTA 2
BAB 27 | DENDAM CINTA 2
BAB 28 | DENDAM CINTA 2
BAB 29 | DENDAM CINTA 2
BAB 30 | DENDAM CINTA 2
BAB 31 | DENDAM CINTA 2
BAB 32 | DENDAM CINTA 2
BAB 33 | DENDAM CINTA 2
BAB 34 | DENDAM CINTA 2
BAB 35 | DENDAM CINTA 2
BAB 36 | DENDAM CINTA 2
BAB 37 | DENDAM CINTA 2
BAB 38 | DENDAM CINTA 2
BAB 39 | DENDAM CINTA 2
BAB 40 | DENDAM CINTA 2
-
BAB 41 | DENDAM CINTA 2
BAB 42 | DENDAM CINTA 2
BAB 43 | DENDAM CINTA 2

BAB 15 | DENDAM CINTA 2

7.8K 808 420
By Yasmyns_Dahlia

     PETANG itu, jenazah Hafiy dan Medina akan disemadikan. Harraz menarik nafas sebelum dia masuk ke dalam kubur yang sudah digali. Dari bawah, perlahan-lahan dia menyambut jasad Hafiy. Dibuka kain kafan yang menutupi muka anaknya lalu pipi Hafiy dicium.

"Papa sayang Hafiy," ucapnya, sebak.

Kemudian, tubuh si kecil itu diletakkan ke dalam liang lahad lalu diiringkan menghadap ke arah kiblat. Harraz mengemam rapat bibirnya. Anak yang ditunggu-tunggu kehadiran ke dunia, kini telah kembali semula menghadap Sang Pencipta.

Beberapa keping papan diletak. Harraz mengambil cangkul lalu tanah ditimbus. Adam dan Dato Imran turut sama membantu meratakan tanah di atas kubur Hafiy. Selesai, Harraz masuk pula ke dalam kubur lain bersebelahan kubur Hafiy. Kini, anak perempuannya pula yang akan disemadikan.

"Papa sayang Medina," zahirnya tulus dari lubuk hati seorang bapa. Pipi Medina dicium buat kali terakhir lalu diletakkan tubuh kaku anaknya ke dalam liang lahad. Perkara yang sama dilakukan. Tanah ditimbus dengan hati yang walang.

"Selamat tinggal papa! Hafiy dengan adik pergi dulu! We love you, papa!"

Tatkala itu, gegendang telinganya disapa dengan suara kanak-kanak lelaki yang memanggilnya papa. Budak lelaki itu mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Mata Harraz meliar di kawasan tanah perkuburan itu. Mencari-cari dari mana datangnya suara manja tersebut.

"Harraz?" Adam memanggil. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan. Berkerut dahinya melihat Harraz yang seakan gelisah mencari sesuatu.

Harraz tersentak. Dia segera berpaling.

"Kau okey tak?" soal Adam.

Entah mahu mengangguk atau menggeleng. Harraz sendiri tidak pasti. Yang dia tahu, suara budak lelaki tadi masih terngiang-ngiang di halwa telinganya.

"O... okey." Harraz mengangguk. Hujung mata yang terasa berair diseka.

"Bawa bersabar. Aku tahu kau sedih atas pemergian anak-anak kau. Tapi nak atau tidak, kau kena terima ketentuan Tuhan. Percayalah, anak-anak kau dah bahagia dekat sana. Sudahlah, tu. Mari duduk. Ustaz dah nak baca talkin tu." Adam menepuk-nepuk bahu Harraz.

Lututnya kini terasa macam jeli. Lemah tatkala suara ustaz yang membaca talkin itu menyapa pendengaran. Rata-rata yang hadir di tanah perkuburan itu sudah menundukkan wajah. Timbul rasa insaf dalam diri masing-masing. Sekali gus tersedar bahawa umur bukanlah satu ukuran untuk menentukan kematian. Tidak semestinya yang tua akan pergi dahulu. Bahkan bayi yang baru lahir tak sampai lima minit pun boleh menghadap PenciptaNya bila-bila masa.

Selajur, Adam mengerling ke kiri. Kelihatan Marissa cuma menunduk dari tadi. Tanah yang merah itu ditekur tanpa kelip. Dia dapat melihat muka Marissa yang merah dan mata wanita itu turut lebam dek menangis tanpa henti. Tubuh wanita itu masih lagi lemah. Sudah ditegah agar Marissa tidak mengikuti acara pengebumian hari ini. Namun, seorang Marissa Jasmine amat keras kepala. Wanita itu berkeras mahu ke tanah perkuburan untuk melihat anak-anaknya dikebumikan.

Selesai bacaan talkin, mereka yang hadir mula meninggalkan kawan perkuburan itu. Tak putus-putus ucapan takziah yang didengarinya. Marissa menyentuh tanah yang masih merah itu. Bibirnya mencorek nipis. Dia tak pedulikan orang di sekelilingnya. Marissa leka dalam dunianya sendiri.

"Mommy! Hafiy dengan adik sayang mommy! Hafiy tunggu mommy dekat syurga! Jaga diri, mommy! Hafiy dan adik sayang mommy sangat-sangat!Bye, mommy!"

Marissa mengangkat wajah. Jelas di matanya seorang budak lelaki sedang memimpin tangan seorang budak perempuan. Marissa tidak dapat melihat wajah mereka dengan jelas dek simbahan cahaya yang kuat memancar. Budak lelaki itu dan adik perempuannya melambai tangan sebelum mereka sama-sama mengundur dan perlahan-lahan menghilang.

"Hafiy! Hafiy nak pergi mana?! Tunggu mommy, sayang!" Marissa tiba-tiba berdiri. Dia menyarungkan selipar dengan cepat. Nyilu di bahagian perut dibiarkan. Dia mahu mengejar bayang-bayang anak-anaknya!

Ahli keluarganya mula berkerut dahi mendengar suara Marissa yang tiba-tiba menjerit halus. Harraz menghampiri isterinya lalu lengan wanita itu dipegang.

"Ris, Ris nak pergi mana ni, sayang?" kalut Harraz bertanya.

"Lepaslah! Aku nak pergi dekat anak-anak aku!" Lengannya direntap. Mendengus-dengus Marissa menahan marah. Tak suka bila Harraz memegangnya.

"Hafiy? Hafiy kat mana sayang? Mommy datang ni." Marissa berjalan perlahan sambil kepalanya ke kiri ke kanan mencari anak lelakinya.

"Sayang... Bawa mengucap. Anak-anak kita dah tak ada, sayang." Harraz cuba memujuk. Sekali lagi lengan wanita itu disentuhnya sekali gus mematikan langkah sang isteri.

Marissa menoleh. Matanya merah ibarat biji saga. Bibirnya diketap kuat.

"Tipu! Anak-anak aku masih hidup! Tadi aku nampak Hafiy. Dia... dia panggil aku mommy. Harraz... Anak aku panggil aku mommy. Ya Allah dah lama aku nak dengar anak aku panggil aku dengan panggilan tu." Kalau tadi, Harraz yang memaut lengan isterinya. Kini, Marissa pula membuat perkara yang sama. Lengan sasa suaminya digoncang berkali-kali.

Harraz terdiam. Sedih hatinya melihat air mata sang isteri yang jatuh membasahi pipi mulusnya. Apatah lagi sinar mata Marissa mengharapkan yang anak-anaknya masih hidup.

"Harraz... Kita cari Hafiy ya? Aku... aku nampak dia dengan Medina kat sini tadi. Pandai Hafiy jaga adik dia, Harraz." Kelopak mata Marissa mula bergenang. Ternampak-nampak bayang kanak-kanak kecil berlari-lari di kawasan perkuburan ini.

Tanpa dapat ditahan lagi, mutiara jernih itu akhirnya jatuh juga. Harraz membawa Marissa ke dalam dakapannya. Rasa bersalah terhadap wanita itu semakin bergunung.

Dia, dialah punca mengapa Marissa jadi begini. Dia juga penyebab kematian anak-anaknya sendiri. Semuanya berpunca dari Harraz. Jika dia tidak menolak wanita itu semalam, pasti anak-anaknya masih hidup. Dan Marissa takkan jadi begini.

Seakan baru tersedar, Marissa menolak kuat tubuh Harraz. Dia merenung tajam wajah lelaki itu.

"Sebab kau anak-anak aku pergi! Lepas! Kau jangan berani nak sentuh aku! Berambus dari sini! Aku tak nak tengok lagi muka kau!" Dada Harraz ditolak kasar sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.

Harraz tergemap.

"Sayang..."

"Diam! Jangan panggil aku dengan panggilan tu!" cantas Marissa. Dia geram! Air mata yang jatuh diseka kasar. Selendang hitam yang menutupi kepalanya dibetulkan. Kemudian, Marissa berjalan meninggalkan Harraz.

"Aini, aku nak balik." Jug yang berisi air bunga disiram di atas pusara Hafiy dan Medina. Tangisannya ditahan.

"Sayang, mommy balik dulu ya? Ada masa nanti, mommy datang melawat kamu berdua," ujar Marissa dan tanpa membuang masa, kakinya diatur keluar dari kawasan perkuburan itu. Aini membuntutinya dari belakang. Tubuh kawannya dipapah berhati-hati. Marissa masih lemah. Jahitannya masih terasa ngilu menyebabkan dia berjalan agak perlahan.

Sampai saja di kereta Aini, Marissa menghentikan langkahnya. Kepala menoleh sekali lagi lalu dari jauh dia dapat melihat timbusan tanah yang merah itu.

"Bye, mommy!"

Marissa tersenyum kecil.

"Marissa."

Sontak, Marissa memalingkan wajahnya. Matanya membulat. Terkejut melihat figura tersebut. Dia amati manusia itu dari atas sehingga bawah.

"Takziah."

"Natalia?" serunya. Di belakang wanita itu sedang berdirinya Irfan. Irfan menolak perlahan kerusi roda yang diduki oleh Natalia.

"Aku bersimpati di atas kehilangan anak-anak kau," tutur Natalia. Dia mencarik senyuman nipis. Dia faham dengan pandangan Marissa itu. Pasti wanita itu pelik mengapa dia duduk di atas kerusi roda ini.

"Aku dan Irfan kemalangan selepas Harraz halau aku keluar hari tu. Kami bergaduh dalam kereta. Irfan hilang kawalan and kami accident. Kalau kau nak tanya macam mana dengan keadaan aku, apa yang kau tengah tengok sekarang ni adalah kondisi sebenar aku." Belum sempat Marissa mahu bertanya, Natalia terlebih dahulu membuka cerita.

Irfan cuma diam. Mukanya bercalar-balar namun tidak seteruk Natalia.

"Aku dah cacat. Kaki aku kudung," sambung Natalia, perlahan. Kain yang menutupi kakinya diselak.

Marissa menekup mulutnya. Tak percaya dengan apa yang dilihatnya tika ini. Benar, kedua-kedua belah kaki Natalia sudah kudung.

"Kaki aku hancur masa terlibat dalam kemalangan tu. Doktor tak ada pilihan lain selain potong kaki aku. Anak... anak aku pula keguguran." Natalia teresak. Dia menutup wajahnya sambil menangis tersedu-sedan.

Irfan mengusap bahu wanita itu. Ditenangkan Natalia yang masih menangis.

"Aku dah terima kifarah aku, Marissa. Aku hilang kaki aku. Aku hilang anak aku. Family aku pula dah buang aku lepas diaorang tahu yang aku dan Irfan ada hubungan sulit. Aku hilang tempat untuk aku bergantung, Marissa. Semuanya disebabkan dosa yang aku dah buat. Terutama sekali dosa aku pada kau."

Natalia mengangkat wajahnya. Tangan Marissa dicapai.

"Maafkan aku, Marissa. Maafkan aku. Aku tahu, aku dah banyak berdosa dengan kau. Aku aniaya kau. Aku fitnah kau. Sampai rumah tangga kau dengan Harraz musnah. Aku mengaku. Semua yang jadi berpunca daripada aku. Tolong maafkan aku, Marissa. Aku tak nak bawa dosa ni sampai ke liang lahad," rayu Natalia dan tanpa aba-aba, dia sedaya upaya turun dari kerusi roda itu. Natalia terjelopok.

"Aku minta maaf, Marissa." Kaki Marissa dipeluk. Kalau dia perlu mencium kaki wanita itu demi secebis kemaafan pun Natalia sanggup.

Tubuh Marissa kaku. Cuma air matanya saja yang mengalir. Dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Separuh hatinya masih lagi marah. Namun, dia juga seorang manusia yang mempunyai rasa belas kasihan.

"Sudahlah, Natalia. Tak payah meratap sampai macam ni." Bahu Natalia disentuh.

Marissa menggengam buku limanya. Cuba menggali sisa-sisa kekuatan.

"Aku... aku maafkan kau. Aku ikhlas maafkan kau. Kau dah tak ada dosa pada aku lagi." Tenang dan lancar Marissa berkata. Ya, dia memaafkan Natalia. Tapi, ia tidak bermaksud yang dia akan melupakan semuanya sekali. Dia juga seorang manusia biasa. Masih ada rasa marah dan kecewa. Namun, itu bukanlah alasan untuk dia menghukum wanita itu. Bahkan juga Natalia telah menerima kifarahnya. Setimpal dengan dosa yang dilakukan. Siapalah dia untuk menghukum?

"Be... betul ke ni? Kau dah maafkan aku?"

Marissa angguk kecil. Entahlah, betul ke dia ikhlas memaafkan Natalia? Atau ia cuma rasa simpati atas nasib yang menimpa diri wanita itu menyebabkan dia semudah itu memaafkan Natalia?

Tiada jawapan.

Dan dia tak mahu terima apa-apa jawapan.

"Aku maafkan kau. Walau bagai nak rak kau minta maaf, keadaan takkan sama seperti dulu. Sebab aku kesiankan kau, aku maafkan. Tapi dengan satu syarat, jangan tunjuk lagi muka kau depan aku. Aku takut satu hari nanti hati aku berbolak-balik pula. Aini, jomlah kita gerak. Aku nak balik. Badan aku letih."

Marissa membuka pintu kereta. Tidak dipedulikan lagi Natalia yang masih menangis di luar keretanya. Biarlah. Kehadiran wanita itu tidak dialu-alukan pun. Lagipun, Natalia datang semata-mata mahu meminta maaf kepadanya. Marissa dah maafkan. Jadi, antara mereka tidak ada apa-apa yang dihutangkan lagi. Begitu beku perasaannya kala ini. Dia dah cukup menderita. Maruahnya sudah dipijak. Jangan dipersoalkan kenapa dirinya berubah sedrastik ini. Semuanya disebabkan orang sekeliling yang telah menyakitinya!

•••

     MALAM itu, di rumah Dato Malik, kenduri tahlil dan bacaan Yassin diadakan buat cucu-cucunya. Kedengaran bacaan Yassin yang mendayu-dayu di luar. Marissa duduk di dalam biliknya. Dia langsung tak keluar bilik. Dia cuma duduk di atas katil sambil memeluk baju bayi yang berada di tangannya.

Sedang leka dia melayan perasaan seorang diri, pintu dikuak dari luar. Marissa mengangkat wajahnya.

"Kau nak apa?" kasar dia menyoal. Harraz kelihatan teragak-agak untuk masuk.

"Ab... abang bawa makanan ni. Sayang tak makan lagi kan?" Dulang dibawa ke meja bersebelahan katil Marissa. Sekilas, dia memandang isterinya. Mata wanita itu bengkak. Sembab dek banyak menangis.

Marissa mendengus kasar.

"Aku makan ke, tak makan ke, kau peduli apa?" Dijelingnya Harraz. Tajam.

Harraz cuba bersabar. Dia tahu Marissa masih marah. Dan dia juga sangat yakin bahwa hati wanita itu telah dipenuhi dengan api kebencian terhadap dirinya.

"Makanlah sikit. Nanti masuk angin. Abang suap ya?" Harraz mengambil tempat di sisi wanita itu. Digaul nasi kosong itu dengan ikan masak singgang.

"Mama kata ni makanan orang dalam pantang. Abang tak tahu tapi Insha-Allah abang akan belajar. Makan sayang." Sudu disuakan ke bibir Marissa. Harraz menanti isterinya untuk membuka mulut.

"Tak nak." Marissa mula degil. Dipandang pun tidak apatah lagi menjeling lauk tersebut.

"Makanlah sayang," pujuk Harraz bersungguh-sungguh.

Prang!

"Aku kat tak nak, tak naklah! Yang kau memaksa aku lagi ni kenapa? Kau ingat aku akan terpujuk ke bila kau buat baik dengan aku?!" Pinggan kaca itu ditolak sehingga ia pecah berderai. Nasi bertaburan di atas lantai.

Harraz tergamam. Dipandang nasi yang sudah berterabur itu tanpa berkelip. Tidak semena-mena, Marissa ketawa. Kuat.

"Kau ingat tak yang kau pernah lempar makanan yang aku masakkan untuk kau sebelum aku keluar dari rumah dulu? Ingat? Masa tu, hanya Tuhan je yang tahu betapa sakitnya hati aku. Sekarang ni, kau rasakan pula apa yang aku lalui dulu!" tempik Marissa. Dia terus menolak tubuh Harraz. Kemudian, dia bangun dan berdiri di depan suaminya.

Dadanya berombak laju. Turun naik menahan kemarahan yang meluap-luap.

"Kenapa? Kau terkejut tengok aku macam ni? Hei, Harraz! Aku berubah disebabkan manusia yang zalim macam kau! Kau tahu, kau dah bunuh segala rasa dalam diri aku. Yang tinggal cuma rasa benci dan dendam! Kalau dulu, aku boleh termakan dengan pujuk rayu kau. Tapi tidak untuk kali ni! Aku dah serik! Serik bagi peluang untuk lelaki yang kejam macam kau ni!"

Tatkala ini, hati Marissa sudah keras. Keras ibarat batu kerikil. Jiwanya kian mati!

"Kau nak cakap aku ni isteri derhaka? Hei, kau sedar tak yang kau tu suami dayus! Engkau ni lebih teruk dari binatang!" hambur Marissa sepuasnya.

Harraz kunci rapat bibirnya. Hatinya bagai disiat-siat. Matanya mula merah. Bila-bila masa air mata itu akan menitis. Kepalanya dari tadi menekur ke lantai.

"Kalau ikutkan hati aku, sekarang juga aku nak sumbat kau dalam penjara. Kau ingat aku tak boleh seret kau dalam lokap? Kau dera aku. Kau bunuh anak-anak aku. Bila-bila masa je aku boleh tunjuk rakaman CCTV tu pada polis. Bukti tu dah cukup untuk aku bawa kau ke muka pengadilan. Tapi aku fikirkan maruah keluarga kau. Aku tak nak mereka malu. Jadi, kau jangan cabar aku, Harraz! Aku bukan Marissa Jasmine yang dulu. Aku bukan perempuan yang akan turut segala kemahuan kau. Bukan! Aku takkan biarkan kau pijak-pijak kepala aku lagi!"

Malam itu, memang Marissa memekik habis-habisan. Lantaklah apa orang nak cakap. Buat lelaki yang bernama Harraz Daniel, nama itu sudah dipadam malah dibuang dari ruang hatinya. Memang lelaki itu pernah menghuni hatinya, tapi itu dulu. Bukan sekarang. Yang tinggal tika ini cuma rasa kosong sekosongnya.

"Abang minta maaf, Ris. Dari hujung rambut sampai hujung kaki Ris. Tolong, Ris. Ampunkan abang. Abang betul-betul minta maaf." Akhirnya, keluar juga suara Harraz.

Marissa gelak sinis.

"Aku takkan maafkan kau." Ringkas dan padat.

"Aku lupa nak cakap satu perkara. Aku nak kau ceraikan aku."

Bam!

Ibarat ada petir yang menyambar tubuh Harraz kala ini. Dia kejung. Lidahnya kelu.

"Tak... Abang tak nak berpisah dengan Ris. Abang takkan lepaskan Ris." Harraz menggeleng lalu berdiri.

Makin naik angin Marissa jadinya. Lelaki ini benar-benar mencabarnya!

"Kau tak nak lepaskan aku? Okey. Then, kau tunggulah surat dari mahkahmah. Apa kau ingat negara ni tak ada undang-udang? Aku takkan jadi bodoh lagi. Aku takkan jerat diri aku untuk hidup dengan kau. Aku lagi rela mati dari hidup bersama kau, Harraz Daniel."

Marissa melangkah ke arah pintu. Tombol pintu ditarik. Sebelum berlalu keluar, dia memusingkan badannya dan memandang lama wajah sang suami.

"Kau dengar sini baik-baik, aku takkan kembali pada lelaki yang kejam macam kau! Sampai mati pun aku takkan terima kau semula!"

Pintu bilik dihempas kuat. Marissa pergi bersama hati yang cukup pedih. Namun dia puas. Puas dapat melepaskan rasa yang terbuku di dalam hatinya.

Dan Harraz sekali lagi terduduk. Dia betul-betul terhenyak. Marissa nampak benar-benar tersakiti kerana dia jugalah yang melukai wanita itu. Perempuan yang hatinya sudah terluka pada akhirnya memang tak akan pernah sama lagi. Hati isterinya benar-benar sudah keras. Dan ia bermakna yang Marissa sudah cukup terluka. Terluka kerananya.

_________________

Ada yg tnya, DC ni berdasarkan kisah benar ke? Jawapan saya, ya. Certain part dalam every chapter memang betul2 terjadi. Even chapter 14 adalah realitinya. Cuma tknk terlalu mendedahkan apa sebenarnya yg terjadi, story line ni diubah sedikit namun isinya masih kekal. Ianya realiti. Lelaki seperti Harraz itu wujud.

Saya taknak ckp byk, takut teremosi pula nanti 😊

Teaser :

"Biarkan dia. Kalau dia mati sekalipun, Ris tak nak ambil tahu. Harraz dah tak ada makna dalam hidup Ris lagi."

Next chapter, 490 votes.

Btw, nak happy ending atau sad ending? Saja tanya even endingnya lambert lagi 🤣🤣

Yasmyns_Dahlia

Continue Reading

You'll Also Like

169K 6.6K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
3.1M 276K 90
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
130K 6K 52
Season 1 Chef Di Hati Leftenan (Dizhwar Jazib) Dia...Mera Jeevan Leftenan Dizhwar Jazib & Veera Khawla Disclaimer: All right reserved...
63.1K 5.9K 24
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...