3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]

By Yasmyns_Dahlia

301K 26K 10.9K

Dua bulan hidup di bumi Ireland, cukup membuatkan Marissa merasai bahagia yang pernah hilang dahulu. Demi ana... More

PROLOGUE | DENDAM CINTA 2
BAB 1 | DENDAM CINTA 2
BAB 2 | DENDAM CINTA 2
BAB 3 | DENDAM CINTA 2
BAB 4 | DENDAM CINTA 2
BAB 5 | DENDAM CINTA 2
BAB 6 | DENDAM CINTA 2
BAB 7 | DENDAM CINTA 2
BAB 8 | DENDAM CINTA 2
BAB 9 | DENDAM CINTA 2
BAB 10 | DENDAM CINTA 2
BAB 11 | DENDAM CINTA 2
BAB 12 | DENDAM CINTA 2
BAB 13 | DENDAM CINTA 2
BAB 15 | DENDAM CINTA 2
BAB 16 | DENDAM CINTA 2
BAB 17 | DENDAM CINTA 2
BAB 18 | DENDAM CINTA 2
BAB 19 | DENDAM CINTA 2
BAB 20 | DENDAM CINTA 2
BAB 21 | DENDAM CINTA 2
BAB 22 | DENDAM CINTA 2
BAB 23 | DENDAM CINTA 2
BAB 24 | DENDAM CINTA 2
BAB 25 | DENDAM CINTA 2
BAB 26 | DENDAM CINTA 2
BAB 27 | DENDAM CINTA 2
BAB 28 | DENDAM CINTA 2
BAB 29 | DENDAM CINTA 2
BAB 30 | DENDAM CINTA 2
BAB 31 | DENDAM CINTA 2
BAB 32 | DENDAM CINTA 2
BAB 33 | DENDAM CINTA 2
BAB 34 | DENDAM CINTA 2
BAB 35 | DENDAM CINTA 2
BAB 36 | DENDAM CINTA 2
BAB 37 | DENDAM CINTA 2
BAB 38 | DENDAM CINTA 2
BAB 39 | DENDAM CINTA 2
BAB 40 | DENDAM CINTA 2
-
BAB 41 | DENDAM CINTA 2
BAB 42 | DENDAM CINTA 2
BAB 43 | DENDAM CINTA 2

BAB 14 | DENDAM CINTA 2

7.1K 766 315
By Yasmyns_Dahlia

     SEORANG jujurawat menolak masuk sebuah katil bayi kembar ke dalam wad yang menempatkan Marissa. Mata-mata yang ada di dalam wad itu kelihatan sembab. Datin Kalsom menyentuh dadanya yang terasa ngilu. Cucu-cucunya sudah tiada! Allah... Hakikat yang terlalu perit untuk ditelan.

Harraz merasakan kakinya yang tiba-tiba longlai. Lutut mula lembik. Hampir-hampir dia terjelopok kalau tidak dikuatkan semangatnya.

Marissa menggeleng lemah. Tadi, dia hampir tumbang kerana terlalu tertekan. Namun, Marissa tidak mengalah. Semangatnya dikuatkan demi anak-anaknya. Mata menghantar katil bayi yang diletakkan di sebelah katilnya. Bayi-bayinya sudah ditutup dengan kain putih.

"Ini anak-anak puan. Mereka sepasang. Sorang lelaki dan sorang lagi perempuan." Perlahan suara jujurawat itu. Dia bersimpati di atas nasib yang menimpa Marissa. Baru je bersalin. Tapi dah diduga dengan kehilangan anak yang dikandung.

"Ma... Anak-anak Ris ma... Ris dapat sepasang, ma..." Marissa memandang Datin Syarifah. Air matanya gugur lagi. Bibirnya tercebik-cebik.

"Ya, sayang..." Datin Syarifah cuma mampu mengangguk. Sebak sungguh dia melihat keadaan Marissa tika ini. Berat ujian yang anaknya tanggung.

Marissa cuba menahan esakan. Rapuh serapuhnya jiwa dia kala ini. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa remuknya tatkala melihat anak yang dikandung pergi buat selama-lamanya. Bukan satu, malah kedua-duanya sekali.

"Nurse... Boleh sa... saya pegang anak saya?" Kabur pandangan Marissa dek air mata yang bertakung di tubir mata. Hanya menanti untuk luruh saja.

"Boleh, puan." Jururawat yang bername tag Aishah itu mengangguk kecil. Katil bayi tersebut didekatkan pada Marissa.

Harraz mendekatkan wajahnya ke dinding hospital. Ditumbuk dinding yang tidak bersalah itu berkali-kali. Melepaskan rasa terkilannya.

Perlahan-lahan Marissa mengangkat tubuh kecil anaknya. Kain putih itu diselak sedikit. Wajah si comel itu kelihatan tenang seolah-olah sedang dibuai lena. Marissa mengelap air matanya terlebih dahulu sebelum bibirnya dilabuhkan mencium pipi anaknya.

"Anak mommy..." Tak dapat ditahan lagi air matanya, akhirnya Marissa tersedu juga. Dikucup, dipeluk anaknya yang kaku seperti tidak mahu lepas.

"Ma... Sejuk pipi anak Ris ma..." Marissa mengongoi. Bahunya terhinggut-hinggut.

Aini yang berada di tepi katil Marissa tidak mampu untuk menenangkan kawan baiknya. Dia sendiri sedih melihat Marissa yang teresak.

"Hafiy Mikael... Hafiy anak mommy. Kenapa sayang tinggalkan mommy cepat sangat? Kenapa tak tunggu mommy, sayang?" Suara Marissa tenggelam dengan tangisan.

"Hafiy... Hafiy tunggu mommy dekat sana ya, sayang?" Dipeluk anaknya seerat mungkin. Dikucup dahi bayi yang bernama Hafiy itu tanpa henti.

"Ma, mama tak nak cium Hafiy? Comel betul anak Ris, ma. Tenang je wajah dia. Lepas ni Ris dah tak boleh tatap anak Ris lagi. Ris tak boleh peluk cium dia dah. Ma... Betul ke anak Ris dah tak ada? Hafiy dah tinggalkan Ris ke, ma?" tanya Marissa dengan tangisan berpanjangan.

Datin Kalsom segera menghampiri menantunya. Diusap belakang badan Marissa. Meleleh-leleh air mata Datin Kalsom tatkala wajah si comel itu menyapa kornea mata.

"Sayang... Bagi mama pegang Hafiy pula... Mama nak tengok cucu mama..." pinta Datin Kalsom, pilu.

Dahi Hafiy dicium lama sebelum diserahkan kepada Datin Kalsom. Air mata masih bertali arus. Selajur, Marissa memandang pula seorang lagi anaknya. Diangkat dan dibawa tubuh kecil itu ke dada.

"Sayang mommy..." Marissa mengucup lembut dahi anak perempuannya.

"Medina Humairah... Medina pun nak tinggalkan mommy ke, sayang? Medina ikut abang Hafiy ya? Macam mana mommy nak teruskan hidup kalau Medina dengan abang Hafiy dah tinggalkan mommy?" Comot muka Marissa dengan butiran jernih yang tak henti-henti mengalir membasahi lekuk pipinya.

"Mommy sayang anak-anak mommy. Hafiy dan Medina adalah anugerah terindah dalam hidup mommy. Walaupun sekejap sangat Tuhan pinjamkan Hafiy dan Medina, tapi mommy tetap bersyukur sebab diberi peluang untuk anak-anak mommy tumpang dalam rahim mommy. Medina dengan Hafiy tunggu mommy dekat sana ya? Mommy sayang anak mommy ni." Dahi Medina dikucup terlebih dahulu sebelum dia menyerahkan anaknya kepada Aini. Air mata dikesat lagi. Hafiy kini berada di pangkuan atoknya, Dato Imran.

Adam menjadi pemerhati. Sungguh, dia amat kasihan dengan Marissa. Berat sungguh ujian yang wanita itu tanggung. Jauh dia sudut hati Adam, dia yakin Marissa seorang yang kuat.

Tak lama selepas itu, Marissa menyentuh dadanya yang terasa mencucuk. Sakitnya bila hilang anak sendiri. Peritnya untuk menerima hakikat bahawa anak yang diusung ke sana ke sini sudah menghadap Ilahi. Marissa belum puas lagi untuk mencurahkan kasih sayangnya. Tangannya belum sempat hendak menatang mereka bagai minyak yang penuh. Nyilu di perut masih belum sembuh. Tahu-tahu, Hafiy dan Medina disahkan meninggal dunia kerana lemas dalam kandungan.

Mereka sudah cukup sifat. Tinggal lagi beberapa hari mereka akan dilahirkan. Namun kuasa Allah. Dia lebih mengetahui segala-galanya. Apa yang terjadi, pasti ada hikmah di sebaliknya. Sebagai orang Islam, kita wajib beriman kepada Qada' dan Qadar.

"Ris... Comelnya Medina ni... Muka dia sebijik ikut kau. Hafiy pun sama. Memang betul-betul anak mak ni." Aini ketawa kecil bersama tangisan. Pipi Medina dicium. Sangat tenang hatinya apabila mencium bau si bayi itu.

Marissa tersenyum kecil. Bibirnya dikemam menahan esakan yang mendayu-dayu.

"Untungnya anak-anak aku. Ramai yang saya mereka," ujar Marissa, sebak. Hafiy dan Medina digendong dari satu tangan ke tangan lain.

Sedih tatkala terngiang-ngiang semula kata-kata hinaan yang pernah anak-anaknya terima. Tohmahan yang datang dari bapa mereka sendiri. Walhal, Hafiy dan Medina ialah darah daging Harraz sendiri.

Tika ini, tak terucap rasa kesal dalam diri Harraz. Ingin sekali dia mengendong anak-anaknya itu.

"Puan, siapa bapa kepada bayi-bayi ni? Saya nak minta tandatangan di borang kematian ni," tanya jujurawat Aishah.

Marissa terkelu. Automatik dia memandang Harraz. Namun tak lama, dia melarikan pandangan ke tempat lain.

"Sa... saya. Saya bapa mereka," ujar Harraz tak semena-mena. Marissa membulatkan mata. Dia mahu mengatakan sesuatu, namun suaranya seakan disekat keluar. Cuma matanya saja yang menzahirkan segala rasa. Marah!

"Minta tandatangan di sini, encik."

Dengan tangan yang terketar-ketar, Harraz menurunkan tandatangannya. Air mata menitik di atas borang kematian tersebut. Selesai, Harraz menyerahkan semula borang kematian kepada jujurawat wanita itu.

"Ma... Harraz nak pegang anak Harraz, ma." Harraz memandang Datin Kalsom, sayu.

"Anak? Siapa anak kau, Harraz? Kau lupa ke yang kau tak pernah mengaku yang diaorang tu darah daging kau?!" marah Marissa. Matanya mencerlung tajam.

Jeda.

Harraz mati kata. Jantungnya bagai dihunus dengan belati tajam. Sungguh berat untuk menerima ujaran isterinya.

"Jangan buat abang macam ni, sayang... Hafiy dan Medina tetap anak-anak abang." Air mata Harraz menitis lagi. Hafiy yang berada di pangkuan Dato Imran dipandang hiba.

'Maafkan papa, sayang. Papa kejam dengan anak-anak papa. Hafiy dan Medina tetap anak papa.'

Marissa ketawa. Sinis bunyinya. Anak-anak? Baru sekarang Harraz nak mengaku Hafiy dan Medina ialah anak-anaknya? Kelakar.

"Kau dah gila ke, Harraz? Aku ni mana layak mengandungkan anak kau. Aku ni perempuan murah. Aku tak layak bergandingan dan hidup dengan kau, Harraz. Kau lelaki mulia. Aku perempuan kotor." Marissa melengking tinggi. Dia teresak. Tidak Marissa tipu bahawa sekeping jiwanya sudah mati. Mati dari sebarang rasa terhadap suaminya!

"Hafiy dan Medina bukan anak-anak kau. Kau tak layak jadi bapa diaorang. Aku tak izinkan kau sentuh mereka," sambung Marissa lagi. Wajahnya terus dikalihkan. Benci dia melihat muka Harraz.

Terhiris hati Harraz mendengarnya. Sampai macam tu sekali Marissa marah kepadanya?

"Tolong Ris... Jangan seksa abang macam ni... Hafiy anak abang. Medina anak abang. Bagi abang peluang untuk tatap anak-anak abang buat kali terakhir..." Harraz melutut. Wajahnya ditundukkan.

Adam menggeleng kecil. Sedikit sebanyak, terbit rasa kasihan terhadap lelaki itu. Lantas, katil Marissa dihampiri. Bibir wanita itu kelihatan pucat tidak berdarah. Rasa simpatinya semakin membuak-buak. Memang ikutkan hati, Harraz tu hendak dibunuh saja. Tapi Adam masih mengawal kemarahan. Kesabaran digali.

"Jasmine..." panggilnya perlahan.

Datin Syarifah dan Dato Malik memerhati. Mereka kenal anak mereka. Marissa kalau dah benci, sampai mati pun dia takkan terima balik orang tersebut. Meskipun orang itu ialah suaminya sendiri.

"Jasmine, awak sayang Hafiy dengan Medina kan? Awak tak nak mereka sedih kan?" Adam cuba memujuk Marissa. Walaupun Marissa membenci Harraz, tapi wanita itu tetap tak boleh menafikan kenyataan yang Harraz tetap bapa kepada anak-anaknya. Darah yang mengalir dalam tubuh si kecil itu tetap mempunyai DNA Harraz.

Marissa mengangguk lemah.

"Jadi, izinkan mereka untuk merasai kasih sayang papa dia orang walaupun sekejap. Hafiy dan Medina bukan saja perlukan kasih sayang awak, tapi juga Harraz. Walaupun cuma jasad mereka yang ada, tapi saya yakin kasih sayang seorang ayah itu akan diangkat ke atas sana. Harraz tetap papa kepada Hafiy dan Medina."

Meleleh-leleh air mata Marissa. Bicara Adam memberikan kesan ke dalam lubuk hatinya.

"Ta... tapi dia sendiri yang tak mengaku Hafiy dan Medina anak dia, Adam. Sejak dalam kandungan saya lagi Hafiy dan Medina tak dapat rasa kasih sayang seorang ayah. Layak ke Harraz tu dipanggil bapa, Adam?" Marissa mengongoi pilu.

Adam menarik nafas. Faham benar dia apa yang Marissa maksudkan. Mungkin juga wanita itu trauma. Trauma dengan sikap suaminya itu.

"Saya tahu. Saya faham apa yang awak rasa. Saya juga yang ada dalam masa-masa sukar awak. Sejak dalam kandungan lagi, Harraz tak pernah curahkan kasih sayang dia pada anak-anak awak. Tapi Jasmine, itu masa Hafiy dan Medina belum lahir. Sekarang ni, mereka dah ada kat depan mata awak walaupun yang cuma jasad mereka yang kaku. Awak tak kesian dekat Hafiy dengan Medina? Awak tak nak anak-anak awak rasa kasih sayang seorang ayah? Kesian mereka, Jasmine. Izinkan Hafiy dan Medina rasa kasih sayang papa diaorang even satu minit saja."

Mulut ditekup. Baju hospital yang tersarung pada tubuhnya dicengkam. Lama Marissa membisukan mulutnya. Bibir dikunci rapat. Yang kedengaran ketika ini hanyalah tangisannya.

"Mama, papa. Bagilah Harraz pegang Hafiy dan Medina."

Harraz menggendong tubuh Hafiy yang kaku itu ke dalam dakapannya. Air mata diseka dahulu sebelum pipi anaknya dicium lama.

"Hafiy anak papa. Maafkan papa. Maafkan papa, sayang. Papa sayang Hafiy. Papa tak bencikan Hafiy. Papa yang bersalah, sayang. Ya Allah, tergamaknya dulu aku menghina darah dagingku sendiri. Kenapa tak diambil saja nyawaku ini, Ya Allah..." Harraz teresak-esak. Kala ini, yang tinggal cuma rasa kesal yang tak berkesudahan.

Marissa sudah hilang semangat. Dia makin lemah. Apatah lagi tangisan Harraz bergema di dalam wad itu. Hatinya turut sakit. Sakit mengenang nasib anak-anaknya.

Kini, Medina pula yang dibawa ke dalam dakapan. Sama seperti tadi, Harraz akan memastikan tiada air mata yang mengalir dan barulah dicium dahi anak perempuannya pula.

"Medina anak papa. Maafkan papa, maafkan papa sayang. Papa sayang Medina sama macam papa sayang abang Hafiy. Papa kejam. Papa kejam pada Medina. Papa kejam pada abang Hafiy. Ya Allah, tak tertanggung dosaku ini, Ya Allah..."

"Sabar nak, sabar. Ingat Allah." Dato Imran menepuk bahu anaknya. Harraz kelihatan seperti orang yang hilang pertimbangan.

Marissa kepal buku limanya. Harraz ditenung tajam.

"Cukup! Pulangkan semula anak-anak aku. Air mata kau takkan dapat hidupkan Hafiy dan Medina semula!" Marissa turun dari katil. Walhal tika ini, perutnya terasa amat nyilu. Mungkin kerana dia baru saja menjalani pemedahan dan lukanya masih belum sembuh. Namun, digagahkan kaki dan badannya menghampiri Harraz. 

Harraz menggeleng. Dia belum puas mendakap anak-anaknya.

"Tolong, sayang. Bagi abang peluk diaorang dulu. Abang tak puas lagi nak dakap anak-anak abang," rayu Harraz. Dia terus memeluk erat tubuh kaku anaknya.

Terketap-ketap bibir Marissa. Sedari tadi air matanya masih tak putus mengalir. Hari ini ialah hari kedukaan buatnya. Jadi, biarlah dia menangis sepuas-puasnya.

"Untuk apa lagi, Harraz? Hafiy dan Medina dah tak ada. Yang kau peluk tu cuma jasad mereka yang kaku! Kenapa? Baru sekarang ke kau nak menyesal? Masa mereka dalam perut aku, ada kau fikir pasal diaorang? Masa kau tolak aku, ada kau fikir pasal nyawa Hafiy dengan Medina? Tak ada kan? Jadi, buat apa kau tangisi lagi pemergian diaorang? Bukan ini kemahuan kau?" tempelak Marissa. Dadanya berombak laju.

"Sudahlah, Harraz. Bagi balik anak-anak aku. Kau menangis air mata darah sekalipun, mereka takkan hidup semula! Sebab kaulah punca Hafiy dan Medina mati!" Marissa mula mengamuk. Nasib baik Aini sempat memegang kawannya. Dipujuk wanita itu agar bertenang buat seketika.

Geleng lagi. Dia enggan melepaskan Hafiy dan Medina. Makin kuat pula dia memeluk anak-anaknya.

"Abang... abang nak azankan Hafiy dengan Medina dulu," beritahunya, sebak.

"Untuk apa?! Kau ingat mereka akan dengar ke?!" tempik Marissa. Nafasnya turun naik dengan laju. Dia betul-betul marah tika ini!

Bergerak-gerak halkum Harraz.

"Untuk kali terakhir. Bagi abang azankan mereka dulu."

Terdiam Marissa dibuatnya. Dia nampak sinar mata Harraz yang penuh dengan penyesalan. Tapi untuk apa lagi lelaki itu menyesal? Semuanya dah terlambat!

Perlahan-lahan Harraz membawa anak-anaknya menjauhi mereka semua. Dia berdiri betul-betul menghadap kiblat. Dengan lafaz basmallah, Harraz mendekatkan bibirnya di telinga kanan Hafiy. Dilaungkan azan itu. Tersekat-sekat suaranya.

Selesai mengazankan dan mengiqamatkan Hafiy, tubuh kecil itu dipeluk lalu dicium buat kali terakhir.

"Papa sayang Hafiy Mikael. Sayang sangat," ucapnya lalu meletakkan tubuh Hafiy ke dalam katil bayi itu.

Kini, tubuh Medina pula diangkat. Dilakukan perkara yang sama. Diazankan lalu diiqamatkan si kecil itu.

Marissa dan yang lain-lain sebak melihatnya. Apatah lagi suara Harraz kedengaran serak. Barangkali menangis.

"Papa sayang Medina Humairah. Sayang sangat." Dahi anak perempuannya dikucup. Terpejam mata Harraz bersama air mata yang turut jatuh dari kelopak mata. Kemudian, diletakkan semula tubuh kecil Medina ke dalam katil bayi bersebelahan abangnya, Hafiy. Kain putih ditutup semula.

"Ya Allah, sampai mati aku akan pikul dosa ni. Dosa terhadap anak-anakku," bisik Harraz, perlahan.

Marissa mendekati katil anak-anaknya lalu dicium dahi mereka sepuas-puasnya. Ciuman seorang ibu buat anaknya untuk terakhir kali. Matanya makin membengkak.

"Sayang mommy... Pergilah sayang. Mommy redha Hafiy dengan Medina pergi. Hafiy, Medina tunggu mommy dekat sana ya, sayang. Doakan mommy supaya mommy kuat untuk tempuhi ujian yang berat ni. Hafiy, Hafiy jaga adik ya," esaknya sambil mengusap pipi Hafiy dan Medina.

Berderai-derai air matanya. Dikucup sekali lagi pipi anak-anaknya. Kali ini lebih lama.

"Mommy sayang Hafiy. Mommy sayang Medina. Selamat tinggal sayang. Selamat tinggal anak-anak mommy." Wajah anak-anaknya kembali ditutup. Walang sewalangnya hati dia tika ini.

Lengan Aini dipaut. Marissa hampir tumbang. Sungguh berat untuk melepaskan anak-anaknya pergi.

"Anak-anak aku dah pergi, Aini. Lepas ni aku dah tak dapat nak tatap wajah diaorang. Aku dah tak boleh cium peluk mereka."

Aini membawa Marissa ke dalam pelukan. Diusap lembut belakang badan kawannya. Berbalam-balam matanya dengan mutiara jernih itu.

'Tunggu mommy, sayang.'

________________

If this chapter is quite boring, I'm truly sorry 🙏 Saya type ni pun masa tgh busy semak laporan huhu. Hilangkan stres bak kata orang 😂

Next chapter, 480 votes.

Teaser :

"Kau dengar sini baik-baik, aku takkan kembali pada lelaki yang kejam macam kau! Sampai mati pun aku takkan terima kau semula!"

Yasmyns_Dahlia

Continue Reading

You'll Also Like

1M 45.9K 70
QASH DARREN seorang lelaki biasa yang mempunyai aura tersendiri, sederhana dan tidak suka dikenali. Dingin pada pandangan orang lain tetapi cair di t...
41.2K 4.7K 30
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
31.7K 2.6K 52
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
225K 14.9K 39
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...